MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Mungkin Pahala Sabar Lebih Banyak Berbanding Pahala Ibadah

"Mungkin banyak pahala sabar berbanding pahala ibadah!..."

Beberapa hari lepas, Tuan Khairil Ashraf, junior saya masa sekolah DM saya dengan foto ni. Foto dia candid masa ketika di padang Arafah haji tahun lepas (2025). 

Ketika hampir luput waktu solat Asar, antara waktu mustajabnya doa.

Saya pun tak perasan yang dia pun pergi haji sekali tahun lepas. Dia ternampak saya masa jemaah dia mula bergerak ke Muzdalifah, dia terus snap foto ni. 

Ini waktu saat-saat akhir yang jemaah haji berlumba-lumba untuk panjatkan doa sebelum menjelang masuknya waktu solat maghrib

More...

Ujian Sabar Di Arafah

Bila ingat balik moment ni, saya rasa terkilan... Jujurnya waktu di Arafah, keadaan sangat tak selesa. Mungkin paling tak selesa sepanjang menunaikan haji. 

Duduk berhimpit-himpit dalam khemah. Ruang yang ada untuk setiap jemaah cuma sebesar liang lahad! 

Di situlah baring... Di situlah makan... Di situ jugalah solat... Sangat sempit...

Duduk tak kena... Baring pun berhimpit kena dengan kawan sebelah... Kiri-kanan, hujung kaki bersentuhan dengan kawan sekeliling... 

Kalau nak keluar pergi toilet, terpaksa langkah tempat orang lain...

Kalau duduk lama, sakit pinggang... Kalau baring lama, banyak terlelap... Tidur pun tak ada kualiti...

Duduk dalam khemah rasa terlalu sejuk dengan aircond.

Bila nak ambil angin luar kononnya nak ibadah tenang-tenang, terasa bahang panasnya macam duduk belakang enjin bas!

Kawasan luar khemah pulak berpasir... Kalau nak duduk kena cari alas kotak... Supaya kain ihram yang putih tu kurang kena kotor...

Bila fikir-fikir balik, keadaan kurang selesa membuatkan saya kurang ibadah... Mungkin banyak pahala sabar berbanding pahala ibadah! 

Duduk berdoa ni pun last-last minute!

Itulah respon saya bila ada yang tanya pengalaman kerjakan haji tahun lepas (2025).

Azam Untuk Ibadah Haji Yang Lebih Baik

Saya pergi haji dengan muassasah Tabung Haji. Saya tak pergi dengan pakej. Saya pergi haji sebab memang sampai giliran. Bukan buat rayuan... 

Walaupun pengalaman pergi dengan muassasah Tabung Haji sangat manis. Kalau berpeluang pergi lagi sekali, tentunya saya sanggup korbankan duit yang banyak demi tunaikan ibadah dengan lebih selesa, lebih baik. InsyaAllah...

👉 Sabar bersusah-susah dalam laksanakan ibadah pun pahala... Korbankan duit untuk ibadah yang lebih selesa pun pahala... InsyaAllah...

#TravelogHajiDealerPublicGold

Zulkifli
Cyberjaya 

May 2026
13 Zulkaedah 1447H

Tentang Penulis

Anis Adlina Mohd Zulkifli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}