MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Kena Langsaikan Hutang Dulu Sebelum Tunaikan Haji!

April 1, 2025

Hutang dengan kita dia tak bayar lagi, tapi dah sibuk nak pergi umrah dan haji.

Walhal bayar hutang tu lebih utama berbanding haji. 

Itulah yang saya perhati kawan saya yang hutang dengan saya dah lebih 15 tahun. Sampai sekarang satu sen pun tak bayar. Tapi dia dah siap tunaikan umrah lagi... 

More...

Keutamaan bayar hutang berbanding haji

Samada dia tak tahu mana yang utama, yang mana yang boleh dikemudiankan. 

Atau memang buat-buat tak tahu. Sedangkan apa yang saya kenal, dia seorang yang jaga solat dan rajin pergi solat berjemaah di surau dan masjid. 

Hutang kalau tak bayar, kalau mati syahid sekali pun dosa dia tak diampunkan. 

Tapi kalau tak sempat tunaikan haji dan umrah sebab utamakan bayar hutang yang tertunggak dulu, tak ada masalah.

Sebab dia belum dikategorikan sebagai "mampu" (isitho'ah).

Kalau mati pun tak berdosa. 

Itulah apa yang saya faham berdasarkan pesanan Nabi s.a.w. ni;

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr r.a. bahawa Rasulullah ï·º bersabda:

"Orang yang mati syahid akan diampunkan segala dosanya kecuali hutangnya (yang berkait dengan hak orang lain)."

(Hadis Riwayat Muslim, no. 1886)

Zalim tangguhkan bayar hutang

Pencerahan dalam artikel terbaru oleh Mufti Selangor (Datuk Dr Anhar Opir) ni mengukuhkan lagi kefahaman saya pasal perkara ni. 

Datuk Mufti bawakan hadis ni sebagai peringatan untuk kita;

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah:

Rasulullah (ï·º) bersabda, "Menangguhkan pembayaran hutang oleh orang yang berkemampuan adalah suatu kezaliman..."

(Hadis Riwayat Bukhari, no. 2287)

Sengaja tangguhkan bayar hutang (sedangkan dia ada kemampuan untuk bayar) adalah berdosa.

Sebaliknya siapa segerakan bayar hutang, itu adalah sunnah Nabi s.a.w. dan tentunya dapat pahala. 

Sunnah Nabi s.a.w. membayar hutang

Nabi s.a.w. kalau berhutang, baginda bayar lebih awal.

Dan bayar dengan jumlah yang lebih banyak daripada jumlah yang baginda berhutang.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah:

Nabi (ï·º) berhutang seekor unta dengan usia tertentu kepada seorang lelaki yang datang menuntutnya kembali. Baginda (ï·º) memerintahkan para sahabat untuk memberikannya.

Mereka mencari unta dengan usia yang sama tetapi tidak menemui apa-apa selain seekor unta yang lebih tua setahun (lebih baik). Lalu, Nabi (ï·º) menyuruh mereka memberikannya kepada lelaki itu.

Lelaki itu pun berkata, "Engkau telah melunaskan hutangku dengan sempurna, semoga Allah membalasmu dengan kebaikan yang sempurna."

Rasulullah (ï·º) bersabda, "Sebaik-baik di antara kamu ialah orang yang melunaskan hutangnya dengan cara yang terbaik."

(Hadis Riwayat Bukhari, no. 2393)

Belum wajib haji kalau hutang tertunggak

Kalau bayar hutang menyebabkan duit tak cukup untuk pergi haji, maka belum jatuh hukum wajib lagi untuk dia tunaikan haji.

Pesan Datuk Mufti' lagi,

"Jika selepas dia membayar hutang kemudian menyebabkan dia tidak ada duit yang lain, maka dia dikira tidak mampu, maka tidak wajib untuk dia pergi menunaikan haji".

Maksudnya kalau dia mati tapi tak sempat tunaikan haji, dia tak berdosa. Dan ahli waris dia tak perlu laksanakan badal haji (ganti haji).

Tapi kalau hutang dengan bank macam mana pulak?

Adakah kena settle semua loan bank (termasuk loan rumah, loan kereta dan sebagainya) dulu baru wajib pergi haji?

Hutang dengan bank macam mana?

Hutang dengan bank tak menafikan kewajipan haji selagi mampu bayar hutang secara ansuran sebagaimana dijadualkan. 

Lagi pun, kebanyakan hutang-hutang bank tu bercagarkan aset yang kita beli tu. 

Kalau loan rumah, loan tu bercagarkan rumah tu. Kalau tak mampu bayar, bank akan tarik balik rumah dan buat lelongan. 

Sama juga dengan loan kereta. 

Bahkan apa yang lebih baik, sebahagian loan dah ada perlindungan takaful. 

Kalau tiba-tiba kita mati, pihak takaful akan buat full-settlement hutang tersebut. 

Maka selagi mampu bayar ansuran loan dengan baik, itu salah satu syarat "mampu" (istitho'ah) menunaikan haji.

Wajib urus kewangan dengan baik 

Jadi siapa yang masih ada masalah hutang dan kewangan dia masih tonggang-langgang, wajib untuk dia belajar urus kewangan dengan baik. 

Tunaikan haji "wajib". Dan kewajiban haji tu tak sempurna selagi kita tak dapat urus hutang dengan baik, maka belajar tentang kewangan dan pengurusan hutang pun hukumnya jatuh "wajib" juga.

Bukan "sunat".

Baca buku, datang kelas dan join seminar-seminar berkaitan. 

Usaha kita perbaiki dan kukuhkan kewangan kita demi sempurnakan rukun Islam ke-5 mudah-mudahan dinilai oleh Allah sebagai amal yang soleh (amal kebaikan). InsyaAllah... 

Zulkifli
Kuala Terengganu
1 April 2025
2 Syawal 1446H

Pesanan Nabi s.a.w. berkaitan melunaskan hutang

Abu Rafi' meriwayatkan bahawa Rasulullah (ï·º) pernah mengambil seekor unta muda (berusia kurang daripada enam tahun) sebagai pinjaman daripada seorang lelaki. Kemudian, unta-unta zakat dibawa kepada Baginda. Baginda pun memerintahkan Abu Rafi' supaya mengembalikan seekor unta muda kepada lelaki tersebut sebagai bayaran hutang.

Abu Rafi' kembali kepada Baginda dan berkata: "Saya tidak menemui dalam kalangan unta-unta itu melainkan yang lebih baik, iaitu unta yang berusia lebih daripada enam tahun."

Lalu, Rasulullah (ï·º) bersabda: "Berikan kepadanya, kerana sebaik-baik manusia ialah mereka yang paling baik dalam melunaskan hutangnya." 

(Hadis Riwayat Muslim, no. 1600)

Diriwayatkan daripada Abu Qatadah:

Rasulullah ï·º berdiri di hadapan para sahabat untuk menyampaikan khutbahnya, di mana Baginda memberitahu mereka bahawa jihad di jalan Allah dan keimanan kepada Allah (dengan segala sifat-Nya) adalah antara amalan yang paling utama.

Seorang lelaki bangun lalu bertanya: 

"Wahai Rasulullah, bagaimana pendapatmu jika aku terbunuh di jalan Allah, adakah dosa-dosaku akan dihapuskan?"

Rasulullah ï·º menjawab: 

"Ya, jika engkau terbunuh di jalan Allah dalam keadaan sabar, ikhlas, dan sentiasa berperang menghadap musuh tanpa berpaling daripadanya."

Kemudian Baginda bertanya lagi: 

"Apa yang engkau katakan tadi?"

Lelaki itu mengulangi pertanyaannya: 

"Wahai Rasulullah, adakah engkau berpendapat bahawa jika aku terbunuh di jalan Allah, semua dosaku akan dihapuskan?"

Rasulullah ï·º menjawab: 

"Ya, jika engkau bersabar, ikhlas, dan sentiasa menghadapi musuh tanpa berpaling daripadanya, semua kesalahanmu akan diampunkan, kecuali hutang. Jibril telah memberitahuku perkara ini."

(Hadis Riwayat Muslim, no. 1885, Riyadhus Solihin no. 217)

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>