MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Ambil Mudah Dengan Hutang, Punca Hidup Semakin Keras!

December 10, 2024

Kalau tak mampu beli secara tunai, maksudnya kita belum mampu (beli barang tu). Tapi bila boleh buat loan dengan mudah, kita sentiasa ada dua (2) pilihan.

Samada "menabung dulu baru beli" atau "hutang dulu bayar kemudian (ansuran)". 

Pilihan ni akan menentukan masa depan kewangan kita, samada jadi kaya ataupun pokai!

More...

Siapa yang dah penat-penat menabung, takkan dia nak habiskan duit tabungan tu sekaligus. Mestilah rasa sayang (nak habiskan duit tabungan) kan?

Itulah kesan segera bila "menabung dulu baru belanja". 

Satu masa dulu, saya pun teringin sangat nak pakai kereta mewah - sama macam kebanyakan anak muda lain.

Salah satu foto yang saya letak dalam "dream chart" ialah kereta mewah yang saya suka. 

Impian nak pakai kereta mewah 

Angan-angan saya, satu hari nanti kalau dah kaya, income pun dah besar, saya nak pakai kereta mewah (dan berbelanja yang mewah-mewah). 

Tapi sampai hari ni, walaupun income saya mampu beli sebuah kereta setiap bulan secara tunai (alhamdulillah), tapi saya masih lagi tak pakai kereta mewah (yang harganya sampai RM300k - RM600k).

Saya cuma pakai kereta biasa-biasa sahaja - yang cukup sekadar keperluan.

Keinginan nak pakai kereta mewah tu saya masih simpan sebagai 'impian', walaupun saya mampu belinya secara tunai (kalau saya mahu). 

Kenapa? 

Sebab paling utama; saya rasa sayang nak habiskan duit pada perkara yang bukan benar-benar keperluan. 

Bila dah rasa susahnya menabung bertahun-tahun, kita akan rasa setiap duit kita tu sangat berharga. 

Sayang nak habiskan duit tabungan

Katakanlah kita dah penat menabung sampai RM100k, takkan nak habiskan duit tu hanya untuk sebuah kereta, kan? 

Gara-gara sebuah kereta, simpanan RM100k kita tu jadi kosong! Mestilah tak sanggup... 

Saya yakin, siapa pun akan fikir perkara sama... 

Bila kita dah penat menabung, kalau nak beli sesuatu barang, kita akan berpada-pada. Kita akan berbelanja sekadar apa yang benar-benar perlu sahaja. 

Kita lebih hargai setiap duit hasil susah payah kita menabung bertahun-tahun. 

Masa nak menabung dulu, kita terpaksa berjimat-cermat bertahun-tahun. 

Untuk pastikan tabungan cepat bertambah, kita terpaksa bekerja keras cari income tambahan, buat part-time dan kerja overtime. 

Bahkan banyak keinginan yang terpaksa kita tahan dan tangguhkan semata-mata nak cukupkan tabungan. 

Hutang dulu bayar kemudian

Maka semestinya kita akan sentiasa berpada-pada dan berkira-kira.

Tapi berbeza bagi siapa yang biasakan diri dengan hutang (bank). "Hutang dulu bayar kemudian"...

Dia tak pernah ada tabungan RM100k, dia tak tahu hargai nilai RM100k tu. Dia tak pernah rasa sakitnya kumpul duit sampai RM100k. 

Yang dia nampak cuma bayaran ansuran bank sekitar RM2,000 sebulan sahaja. Dia nampak cuma "RM2,000", bukan "RM100,000".

Dengan kemudahan loan bank, dia boleh belanjakan RM100k  dengan mudah tanpa rasa berat hati. 

Dia tak sedar, dalam 5 tahun tu dia kena bayar sampai RM120k (termasuk caj pinjaman bank)! 

Dengan kata lain, kalau dia mampu buat hutang sampai RM120k, sebenarnya dia juga mampu menabung sebanyak RM120k! 

Tapi kalau dia dah menabung sebanyak RM120k, tentunya dia tak sanggup habiskan RM120k sekaligus hanya untuk sebuah kereta! Tak akan sanggup...

Membelanjakan income masa depan

Tanpa kita sedar, kemudahan hutang yang boleh didapatkan dengan mudah hari ini membuatkan kita cenderung berbelanja berlebih-lebihan melebihi kemampuan sebenar kewangan kita... 

Tanpa rasa berat hati ambil loan beli kereta RM100k. Hanya sign satu agreement sahaja, habislah duit kita sebanyak RM100k! 

Lepas tu jadilah hamba bank bertahun-tahun - untuk bayar balik "duit masa depan" yang dah habis dibelanjakan! 

Itulah antara sebab utama kenapa makin lama bekerja, hidup terasa makin 'keras'. 

Sikap tak "menabung dulu sebelum belanja" dan ambil mudah dengan hutang, itulah puncanya ramai yang berbelanja berlebih-lebihan gunakan duit masa depan (yang belum lagi diterima)... 

Sebenarnya bukanlah hidup tu keras, tapi sikap seseorang terhadap hutang, itulah membuatkan hidup dia jadi keras...

Sebab kos sekadar untuk mengisi perut dan tempat berteduh, tidaklah sekeras mana...

Allahu a'lam...

#TipKewanganPeribadi

Zulkifli
Cyberjaya
10 Disember 2024
8 Jamadil Akhir 1445H

PELAJARAN PENTING

  1. Sikap "menabung dulu baru belanja" membuatkan kita lebih menghargai duit, berpada-pada bila berbelanja (ikut keperluan sebenar) dan sentiasa hidup di bawah kemampuan. Kesannya; sentiasa ada tabungan yang kukuh, bebas hutang dan sentiasa peace of mind!
  2. Sikap "hutang dulu bayar kemudian" membuatkan kita cenderung berbelanja berlebihan melebihi kemampuan sebenar - tanpa sedar. Kesannya; jumlah tabungan tak bertambah, tapi yang bertambah hanyalah hutang yang membuatkan hidup semakin stress (keras)!
  3. Hutang menjadikan hidup kita macam 'hamba'. Kena kerja keras bertahun-tahun, terikat dengan sesuatu pekerjaan (walaupun kita tak suka), dan terpaksa korbankan apa yang kita suka semata-mata berkhidmat kepada 'tuan' - bank pemberi hutang!

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>