"Kalau hidup kau susah (miskin), (cuba cek) samada kau bodoh atau kau malas!"
Tersentak dengan kata-kata Tuan Faizul Ridzuan (guru pelaburan hartanah) semasa "Seminar Road To FinancialFreedom" hari tu.
Bila saya renung balik kata-kata beliau, sebenarnya samalah apa yang saya selalu cakap sebelum ni. Cuma bahasa beliau agak direct.
More...
(Ada orang kena cakap direct baru mudah faham)
Ianya tentang ILMU dan USAHA. Kena rajin belajar dan rajin berusaha.
Ilmu ibarat kapak yang tajam
Kalau miskin, kena cari ilmu. Ilmu tu banyak...
Ilmu yang dimaksudkan tu ialah ilmu duit; ilmu buat duit, ilmu jaga duit, dan ilmu kembangkan duit.
Ilmu kena ada. Barulah duit yang banyak akan datang. Dan bila ada ilmu, barulah duit yang ada tu pun akan berkembang.
Tapi kalau tak ada ilmu, kita akan habis banyak masa dan tenaga. Ibarat mengapak dengan kapak yang tumpul...
Ia sungguh memenatkan, tapi hasilnya kurang...
Orang berilmu boleh buat duit dengan mudah. Bahkan kata-kata orang berilmu pun orang sanggup bayar harga yang mahal.
Tapi kalau tak ada ilmu, kita terpaksa jual kudrat dengan harga yang murah. Kudrat kita terbatas. Maka income (duit) kita pun akan terbatas...
Income kita dibataskan oleh kudrat dan masa (24 jam sehari) yang kita ada.
Usaha tak mengkhianati hasil
Yang kedua kena RAJIN berusaha.
Kalau hidup susah tapi hanya mengharapkan duit gaji (satu income) sahaja, maksudnya kita belum cukup bekerja keras.
Bahasa kasarnya ialah "malas"...
Kebanyakan orang kaya, mereka dah terbiasa buat banyak kerja dalam satu masa. Mereka ada 2, 3 income dalam satu masa.
Mereka kerja kuat sampai mereka tak ada cukup masa (untuk buat perkara kurang berfaedah).
Sampaikan banyak kerja-kerja yang mereka sanggup bayar orang lain untuk settlekan - sebab masa mereka sangat berharga.
Kalau kita masih ada masa untuk shopping berjam-jam setiap kali hujung minggu, ada masa layan Netflix, ada banyak masa untuk scroll medsos orang lain, ada banyak masa layan gosip dan berdebat di medsos, sebenarnya kita ada banyak masa untuk bina kekayaan.
Bezanya kita gunakan masa berharga tu dengan baiknya...
Tukar masa jadi duit
Tinggalkanlah semua yang tak berfaedah tu. Gunakan masa berharga tu untuk cari duit.
Cari ilmu duit... Dan bekerja kuatlah bina kekayaan...
Bekerja kuatlah sampai Tuhan 'kesian' kepada kita. Ibaratnya begitulah... Berusaha sampai habis akal, barulah bertawakkal (berserah kepada Tuhan)...
Memanglah semuanya takdir Tuhan. Tapi ingatlah, rahmat Tuhan tu dekat kepada orang yang rajin berusaha...
Mudah-mudahan kita semua termasuk dalam golongan mereka yang rajin berusaha... InsyaAllah...
"Tidak ada makanan yang dimakan oleh seseorang yang lebih baik daripada hasil usahanya sendiri. Sesungguhnya Nabi Daud makan dari hasil kerja tangannya sendiri."
Zulkifli
Cyberjaya
4 Disember 2024
2 Jamadil Akhir 1446H
Nak berjaya tak cukup sekadar henyak sampai lunyai (kerja keras). Tapi kena henyak dengan ilmu. Tanpa ilmu, nanti kita lunyai tapi hasilnya tak berbaloi. Ibarat mengapak guna kapak yang tumpul. Asahlah kapak dan mengapaklah bersungguh-sungguh untuk berjaya. - FB Mohd Zulkifli Shafie, 4 Disember 2024