MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Pencapaian 600,000 Penyimpan Emas di Bawah G100 Network!

December 4, 2024

Pencapaian terbaru, secara rasminya 600,000 penyimpan emas Public Gold yang berdaftar di bawah kami, G100 Network hari ni.

Terima kasih kepada semua penyimpan emas dan dealer emas yang mempercayai kami #PGG100Network dan kepimpinan saya. 

More...

Bermula seorang diri

Kami serius berikan ilmu dan bimbingan yang betul tentang emas dan kewangan, serta membantu masyarakat untuk kaya dengan emas bersama #PublicGold.

Bukan sekadar menabung emas, tapi yang lebih penting mengukuhkan kewangan, bebas masalah hutang, membina harta hinggalah mencapai #FinancialFreedom. InsyaAllah.

2024 adalah tahun ke-14 saya mendidik masyarakat tentang emas dan kewangan.

Bermula seorang diri pada 1 Oktober 2010, hari ini sudah lebih 600k penyimpan emas dari seluruh dunia, khususnya di Asia Tenggara.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...

Saya ambil peluang ni nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang membantu atas pencapaian ni.

Saat getir 2 tahun

Terima kasih Tuan Muda Syarif Jamil (VP) yang menggalas kepimpinan saya sepanjang 2 tahun ketiadaan saya (30.10.2018 - 2020).

Tanpa kepimpinan beliau, mungkin G100 sudah lama bertitik noktah sepanjang musibah menimpa saya. 

Terima kasih seluruh committee yang ikhlas bekerja keras di belakang tabir berikan sumbangan masa, tenaga dan idea untuk membangunkan G100 sehingga ke hari ini.

Tanpa kalian semua, kita tak mampu berkembang menjadi sebuah team sebesar hari ni.

Semua jasa-jasa kalian, hanya Tuhan dapat membalasnya. 🙏🏻  

Tulang belakang kejayaan

Terima kasih kepada guru emas Malaysia En Syukor Hashim dan isteri yang bekerja keras 10 tahun 'menebas hutan' dan meninggalkan kelesaan hidup demi mengubah landskap pelaburan emas di Malaysia.

Terima kasih Mr Kenneth Cheang Chee Wah yang menjadi "guru disiplin" dan mendorong kami untuk terus meningkat dari semasa ke semasa.

Terima kasih Dato Wira Louis Ng (serta Datin Wira) yang berikan kami peluang dan sediakan plaftorm terbaik untuk penyimpan emas.

Tanpa wawasan besar dan daya kepimpinan Dato Wira, menyimpan emas di Malaysia tidaklah semudah hari ini. 🙏🏻

Dan akhir sekali, tentunya isteri saya Pn Najdah Mohammed Hussain serta seluruh ahli keluarga yang menjadi tulang belakang dan sokongan tak berbelah bahagi sehingga pencapaian kami hari ini.

Terima kasih semua. 🙏🏻

Moga Tuhan merahmati kalian semua.  

Mudah-mudahan kami (G100) akan jadi rahmat buat seluruh penyimpan emas yang serius nak kukuhkan kewangan masing-masing. Amiin...

#Misi1jutaCelikEmas

Zulkifli
Cyberjaya
3 Disember 2024
1 Jamadil Akhir 1446H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>