MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Highway Menuju Financial Freedom Hampir Sempurna

December 3, 2024

Dengan kejayaan #SeminarRoadToFinancialFreedom Sabtu lepas (30 November 2024), maka hampir sempurnalah highway menuju #FinancialFreedom! Alhamdulillah...

Kami tahu banyak perkara untuk capai financial freedom (tak kerja pun ada duit).

Tapi kami akur yang kami tak pakar semua perkara. Kami perlukan pakar dari luar untuk bantu kami menjayakan #MisiUbahHidup1000Keluarga.

More...

Kepakaran kami selesaikan masalah kerja bertahun-tahun tapi tak ada tabungan yang cukup.

Dan kepakaran kami juga bantu penyimpan emas jana pendapatan pasif sambil menabung emas

Pakar selesaikan hutang  

Masalah hutang, kami perlukan kepakaran Tuan Zaidi Ismail, Jurutera Forensik Kewangan.

Beliau dah proven bantu lebih 5,000 keluarga yang terbelenggu dengan masalah hutang.

Bukan sahaja keluar dari masalah hutang, bahkan dari hutang tu boleh tukar jadi harta yang ada casflow (pendapatan)!

Katanya, di sebalik mampu buat hutang yang besar, setiap kita sebenarnya mampu kumpul harta dalam jumlah yang besar juga.

Kemampuan tu setiap orang dah ada. Bezanya cuma ilmu sahaja. 

Pakar pelaburan hartanah

Bagi penyimpan emas yang dah ada tabungan yang kukuh, dan kedudukan kewangan yang baik, kami tak biarkan mereka sia-sia peluang kembangkan lagi kekayaan mereka.

Lebihan dari tabungan emas yang banyak dan profil kewangan yang cantik tu, kami dapatkan kepakaran Tuan Faizul Ridzuan dan team FAR Capital bantu penyimpan emas kami (yang layak) untuk #Beli1Rumah1Tahun tanpa modal (atau modal minimum dan risiko paling rendah). InsyaAllah.

Dapat beli rumah tanpa lalui proses yang rendah dan serabut, dan kurangkan risiko besar terbeli rumah yang salah! InsyaAllah...

Pakar perlindungan kekayaan

Untuk pastikan kekayaan bertahan lama dan mengurangkan risiko jatuh terduduk di pertengahan jalan, kami mohon kepakaran Dr Boo Chin Fong bantu penyimpan emas kami dapatkan perlindungan takaful yang optimum (tak kurang dan tak terlebih) serta tak membazir membayar pelan perlindungan yang salah.

Kami tak mengalu-alukan "salesman" yang sarankan pelan takaful.

Salesman cenderung jual produk-produk yang komisyennya tinggi berbanding utamakan perlindungan sebenar yang kita perlukan.

Kami perlu nasihat jujur dari yang pakar. 

Persediaan pewarisan harta

Akhir sekali, kami jemput En Fahmi Adnan dedah kepada peserta persediaan tentang pewarisan harta.

Supaya kalau apa-apa terjadi, harta yang dah dibina dapat dinikmati oleh ahli waris dengan mudah dan adil. InsyaAllah...

Terima kasih saya ucapkan kepada En Sabri Yaacob dan En M Redzuan A Rahman bersama team #G100GoldPropertyPairingProject yang menjayakan event yang julung-julung kali diadakan.

Saya sangat yakin, sebenarnya membina RM1 juta pertama sebenarnya bukanlah sukar bila ada ilmu, circle dan mentor yang betul (proven). 

Bila dengar pakar-pakar bercakap, nak bina "RM1 juta pertama" tu macam nak cari duit RM10,000 sahaja. Ia bukanlah sukar bagi siapa yang ada keinginan kuat untuk belajar dan berusaha.

RM1 juta pertama tak terlalu sukar 

Ia bukan soal "boleh" atau "tak boleh". Tapi soal "nak" atau "tak nak" sahaja.

Bak kata Tuan Zaidi Ismail,

"Kalau lahir miskin, itu bukan salah kita. Tapi kalau mati miskin, itu salah kita". Kita yang tak cukup belajar dan berusaha.

Memanglah semuanya takdir Tuhan. Tapi takdir Tuhan tu dihujung ikhtiar kita.

Kalau lapar, jangan tunggu makanan masuk ke mulut. Pergilah berusaha sampai makanan tu dapat suap ke mulut kita.

Kalau lapar tapi tak bua apa-apa, itu bukan takdir. Tapi itu salah tadbir - sebab kita tak berusaha...

Mudah-mudahan semua peserta menjadi sebahagian daripada kejayaan "Misi Ubah Hidup 1000 Keluarga" bersama #PublicGold. InsyaAllah... 

Zulkifli
Cyberjaya
3 Disember 2024
1 Jamadil Akhir 1446H

Dihadiri oleh hampir 300 peserta termasuk dari Sabah dan Sarawak.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>