MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

10 Checklist Kewangan Untuk Hidup Tenang dan Selesa

September 22, 2023

Dari tulisan beliaulah saya mula sedar pentingnya pengurusan kewangan peribadi. Sejak baca buku "Jutawan dari Planet Jupiter" pada tahun 2003, saya mula ambil perhatian serius apa sahaja saranan Tuan Azizi Ali.

Sudah menulis lebih 30 buah buku kewangan. Boleh dikatakan hampir kesemua buku-buku tulisan beliau saya beli dan baca. Sebagai ringkasan, ini 10 checklist kewangan yang beliau sarankan sebagai panduan untuk kita hidup tenang dan selesa;

More...

10 checklist kewangan

  1. Memiliki dana rizab sekurang-kurangnya 6 bulan belanja.
  2. Memiliki takaful hayat (insuran) bernilai sekurang-kurangnya 2 tahun pendapatan.
  3. Memiliki medical card bernilai sekurang-kurangnya RM100,000 (setahun).
  4. Memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah.
  5. Memiliki dana persaraan yang boleh menampung hidup selesa selama sekurang-kurangnya 20 tahun.
  6. Mempunyai dana pendidikan yang boleh membiayai kos pelajaran anak-anak di IPT.
  7. Melabur sekurang-kurangnya 10% net worth di dalam emas fizikal.
  8. Membayar zakat pendapatan dan zakat emas (bagi muslim).
  9. Membuat wasit dan hibah (bagi muslim).
  10. Menyelesaikan hutang besar (contoh: rumah) sebelum umur 60 tahun.

Banyak kan nak kena capai? Semua ni perlu duit yang banyak...

Pilih antara dua "susah"

Susah atau senang, kita cuma ada 2 pilihan. Samada bersusah-susah dahulu, ataupun bersusah-susah kemudian. Dua-dua pun susah!

Kita kena pilih antara dua kesusahan itu!

Kalau nak hidup selesa, tentang dan peace of mind satu hari nanti, berususah-sudahlah sekarang.

Sentiasa tambah ilmu tentang kewangan. Konsisten menabung setiap bulan. Berpada-pada dalam berhutang. Dan tentunya sentiasa berusaha untuk tingkatkan pendapatan.

Miskin di usia muda, itu pengalaman. Tapi miskin di usia tua, itu penjara kehidupan!

Bekerja kuatlah dari sekarang. Samada kita capai ataupun tidak, itu terserahkan kepada Tuhan. Tapi siapa yang berjuang untuk kebaikan, usahanya tak akan sia-sia.

Orang yang berjuang, hidupnya mulia, mati pun mulia... InsyaAllah..

Zulkifli
Cyberjaya
22 September 2023
7 Rabiul Awwal 1443H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>