MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Kasih Sayang Tuhan Dalam Kesusahan. Berbahagialah…

September 23, 2023

Kita tak nak susah. Dan kita takut jatuh susah. Tapi setiap kita kena tahu, Tuhan bagi kita (ujian) kesusahan tandanya Dia sayang pada kita. Bila Dia sayang sesuatu kaum, pasti Dia akan mengujinya.

Ketika kita susah, Dia nak kita mengadu dan mengharap pada Dia.

Setiap doa dan rintihan kita kepada Dia, Dia bagi kita pahala, dan hapuskan dosa-dosa kita.

More...

Bila Dia bagi kita susah, Dia nak didik kita rasa sabar. Dia bagi pahala tanpa berkira bagi siapa yang sabar.

Kita tak akan dapat didik diri dengan rasa sabar hanya dengan baca buku, atau dengar kuliah-kuliah agama. Sabar tu perlu diuji. Rasa sabar tu akan terdidik hanya bila kita lalui kesusahan itu.

Setiap kesusahan dilimpahi kebaikan

Bila Dia bagi kita kesulitan, Dia nak paksa kita jadi pandai. 

Ketika hidup kita sulit, Dia tunjukkan kita jalan... Dia berikan kita ilmu dan hikmah yang banyak.

Bila Dia bagi musibah, Dia nak kita sedar yang kita ni hamba Dia... Setiap kesakitan, dan kesedihan kita walaupun tertusuk duri yang halus sekalipun, Dia ampunkan dosa-dosa kita...

Bila susah... Kita selalu fikir hanya kita seorang sahaja yang susah... Padahal, Nabi yang Tuhan paling sayang pun diberi susah lebih dari kita. Inikan pula kita orang biasa...

Siapa terlusuri sirah Nabi s.a.w, dia akan tahu, kehidupan Nabi susah sejak kecil sampailah saat kewafatannya.

Lahir tanpa bapa. Baru nak bermanja dengan ibunya, Tuhan tarik ibunya...

Susahnya hidup seorang Nabi

Membesar dengan datuk, duduknya pula pergi...

Dibesarkan oleh pakcik yang dia sayangi... Pakcik pula yang tak terima dakwahnya... Bahkan Tuhan tarik Pakcik dan isteri - orang paling kuat membelanya - dia saat baginda perlukan mereka!... Ditimpa kesedihan atas kesedihan...

Diancam bunuh oleh kaumnya... Dia berhijrah tinggalkan kampung halaman dengan rasa berat hati pergi ke Madinah dalam keadaan sembunyi-sembunyi...

Tiba di Madinah, baru sahaja buka kota dengan masyarakat yang baru, terpaksa hadapi peperangan demi peperangan... Musuh datang dari luar dan dalam...

Belum habis satu peperangan, disambung peperangan yang lain. Peperangan sambung menyambung kerana baginda dan umatnya sedang diancam... Bermula ancaman dari kaum musyrikin Mekah hinggalah dari kerajaan Rom (ketika baginda diambang wafat)!

Susah sampai saat kewafatannya

Di akhir hayat baginda, sakitnya luar biasa, lebih dari orang lain.

Menurut Aisyah r.a. (isterinya), 

"Aku tidak pernah jumpa lagi demam yang lebih dahsyat menimpa atas seseorang daripada demam menimpa Rasulullah" (Direkodkan oleh Al-Tirmidzi). [Rujukan - Asam Garam 2 : Romantikanya Rumah Tangga Nabi, cetakan pertama Mac 2019, halaman 245]

Bahkan ketika wafat, kesakitan baginda lebih dari orang lain.

Aisyah r.a. berkata,

"Nabi wafat dalam keadaan Baginda berada di antara dagu dan dadaku. Sejak itu, aku tidak terasa teruknya kematian yang dilalui oleh orang lain selepas menyaksikan kematian Nabi" (Direkodkan oleh Al-Bukhari) [Rujukan - Asam Garam 2 : Romantikanya Rumah Tangga Nabi, cetakan pertama Mac 2019, halaman 245]

Di sebalik kesusahan, dialah sebaik-baik manusia... Dia manusia yang Tuhan paling sayang...

Terputuslah segala kesusahan

Dunia ini benar-benar sebuah penjara... Penjara bagi orang mukmin...

Di saat hembuskan nafas terakhir, terputuslah dari segala kesusahan-kesusahan kita...

Tibalah waktu kita menikmati ganjaran dalam kehidupan yang tiada lagi kesusahan, kesakitan, dan kesedihan...

Pada hari tu, kita disibukan dengan segala kenikmatan dan kegembiraan...

"Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan" (Surah Yaasin 36 : 55)

Amiin ya rabbal 'aalamiin...

Zulkifli
Cyberjaya
23 September 2023
8 Rabiul Awal 1445H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>