MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Umur 40 Tahun Bukan Lagi Waktu Mencuba-cuba

November 17, 2022

Waktu yang kritikal. 

Usia 40-an sepatutnya bukan lagi waktunya untuk mencari jalan apakah pelan persaraan terbaik. 

Sepatutnya pada usia begitu kita sudah "on-track" membina pelan persaraan kita sendiri dan mencapai #FinancialFreedom. 

Kalau siapa yang masih lagi "try & error" pada usia 40-an, ingatlah waktu untuk kita mencari dan mencuba sudah semakin singkat! 


Tidak Lagi Seperti Orang Muda

Pertama, kita kesuntukan waktu.

Kedua, fikiran dan tenaga kita tidak lagi secergas orang muda. Kalau jatuh, keupayaan kita untuk bangkit tidak lagi sekuat orang muda.

Jadi pada usia 40-an, setiap kita sepatutnya sudah ada keputusan dan pilihan sendiri, bagaimana pelan persaraan kita.

Kalau masih mencari-cari, carilah siapa yang sudah proven success dan bermentorlah dengan mereka.

Bimbingan Dari Mentor Yang Proven

Bila ada mentor, risiko kita untuk jatuh dan gagal sangat sedikit berbanding mereka yang masih mencuba-cuba sendirian pada usia begitu.

Syukur alhamdulillah. Ketika usia saya 30 tahun (pada tahun 2010), saya jumpa mentor saya En Syukor Hashim.

Saya belajar daripada pengalaman beliau cara menjana pendapatan pasif sambil menyimpan emas Public Gold.

Bila bermentorkan beliau, saya dapat jimatkan banyak masa, duit dan tenaga kerana saya dapat elakkan kesilapan-kesilapan yang beliau lakukan.

Syukur alhamdulillah. Daripada belajar daripada kesilapan sendiri, lebih baik saya belajar dari kesilapan orang lain.

Passive Income Bersama Public Gold

Melalui platform yang disediakan oleh Public Gold, saya mampu untuk pencen seawal usia 34 tahun. Saya tak perlu tunggu umur 50-an atau 60-an untuk pencen.

Kerana pencen bukan soal umur, tapi kedudukan kewangan.

Kalau kita mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh di usia muda, kenapa pilih untuk pencen di usia tua?

Zulkifli
Cyberjaya
16 November 2022
21 Rabiul Akhir 1444H

Bersama mentor saya dalam Public Gold En Syukor Hashim di Rome, Italy sempena Public Gold Leadership Seminar (PGLS) pada Oktober 2022. Bila ada guru, perjalanan kita mencapai kejayaan akan lebih cepat.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

    • Wslm En Shukri. Saya nak buat persiapan untuk pencen, pada saya bisnes Public Gold lah yang paling mudah sebab tak ada risiko rugi. Dan program latihan pun sudah disediakan. Hanya perlu kesanggupan belajar dan berusaha sahaja. Bina betul-betul bisnes dalam 3 – 5 tahun sudah cukup untuk persiapkan asas yang cukup untuk capai financial freedom, insyaAllah.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >