MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Bebas Kewangan, 3 Hingga 5 Tahun Dari Sekarang!

Macam-macam dah belajar teknik kewangan dan kekayaan, tapi dengan peningkatan kos sara hidup lebih cepat daripada kenaikan gaji, akhirnya "bebas kewangan" hanya terbiar sebagai impian yang nampaknya mustahil untuk dicapai.

Itu apa yang pernah saya fikir suatu ketika dulu.

"Bebas Kewangan" hanyalah untuk golongan 'kayangan', bukan untuk golongan yang duit gaji cukup-cukup makan setiap bulan. Bukan untuk rakyat marhaen seperti saya.

Demi Isteri Dan Anak-anak

Tapi bila membayangkan masa depan isteri (yang hanya suri rumah tidak berpendapatan) dan anak-anak yang ramai, dan apa nasib mereka sekiranya apa-apa terjadi kepada saya, maka saya tak ada pilihan lain. Saya mesti capai "Financial Freedom".

Tak kerja pun tetap ada duit. InsyaAllah...

Saya nakkan jaminan buat isteri dan anak-anak yang saya cintai.

Maka bermacam-macamlah teknik kewangan saya belajar. Bermacam-macam bisnes yang saya buat. Dan pelbagai pengalaman jatuh bangun yang saya lalui.

Akhir sekali cita-cita "Financial Freedom" itu jadi realiti ketika usia saya 33 tahun. Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang Maha Kaya lagi Maha Pemurah.

Jalan Paling Mudah dan Pantas Untuk Bebas Kewangan

PLT Public Gold G00 Network

Mini PLT adalah program latihan bulanan khusus untuk dealer Public Gold di bawah G100 Network, iaitu network dealer terbesar dalam Public Gold. Ia menggabungkan lebih 50 Master Dealer, dan lebih 500 dealer aktif, yang memberikan servis kepada lebih 150,000 customer Public Gold.

Buat semua  follower saya, saya rasa selfish kalau saya sorokkan rahsia ini. Iaitu "bullet train" yang sudah saya bina bersama team G100 Network bagi memudahkan mencapai "Financial Freedom".

Inilah cara terpantas untuk capai Financial Freedom bagi rakyat marhaen.

Ini Bukan Hype

Saya tak suka hype!

Tapi kami sudah ada bukti hidup yang jalan kami sediakan ini adalah terbukti membantu rakyat marhaen pun boleh mencapai "Financial Freedom" dengan cara lebih cepat dan lebih mudah.

Anda boleh menonton FB Live dari dua orang mentee saya yang mengikuti saya sejak 5 tahun lalu, iaitu ketika mereka berdua masih seorang mahasiswa. Iaitu En Abdur Rahman Al-Amin, dan Dr Muaz Mahadzir.

Bahkan salah seorang daripada mereka mencapai Financial Freedom dengan pendapatan pasif melebihi RM10,000 sebulan sebelum tamat pengajian di universiti lagi!

Pencen Bukan Soal Umur, Tapi Kewangan

Jadi tak perlu tunggu 30 tahun bekerja barulah boleh "pencen".

Tak perlu berhempas pulas sampai 10 - 15 tahun untuk capai Financial Freedom. 3 - 5 tahun sudah memadai. Syaratnya, sanggup belajar dan berusaha.

Dengan platform Public Gold bersama sistem sokongan G100 Network, bukan lagi persoalan "boleh" atau "tak boleh". Tapi "nak" atau "tak nak". "Sanggup" atau "tak sanggup" untuk belajar dan berusaha sahaja.

Rahsianya, kami dedahkan dalam Core Training bulanan kami yang dinamakan Mini PLT (PG Leadership Training). Ini khusus untuk customer Public Gold di bawah G100 Network sahaja. 

"Pencen bukan soal umur, tapi soal kedudukan kewangan. Siapa yang mempunyai kewangan yang kukuh, dia boleh pencen seawal umur 20-an atau 30-an lagi" - Mohd Zulkifli Shafie 

Mohd Zulkifli Shafie
Cyberjaya
6 Jun 2021
25 Syawal 1442H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>