MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Kami Bantu Mereka Yang Gaji Kecil, Banyak Hutang, dan Juga Yang Dah Kaya

June 11, 2021

Bukan sekadar simpan emas, dan bukan sekadar buat duit geli-geli. Itu bukan maklamat akhir kami.  

Matlamat kami ialah nak bantu mereka (customer dan dealer #PublicGold di bawah G100 Network) mencapai Ultimate Financial Freedom - tak bekerja pun ada duit.

Itulah kemuncak tertinggi bagi sesiapa yang mempunyai cita-cita tinggi untuk mencapai kejayaan dalam kewangan.

Tak Kira Apa Latar Belakang

Tak kira apa pun latarbelakang mereka, asalkan mereka sanggup untuk belajar dan berusaha, kami akan bantu. InsyaAllah.

More...

" Kami sentiasa merangka program untuk membuka jalan serta memudahkan setiap dari mereka bagi mencapai matlamat kewangan mereka".

Maka salah satu inisiatif kami ialah berkolobrasi dengan FAR Capital, iaitu pemain besar dalam bidang hartanah.

G100 bukan ejen hartanah!

Tetapi kami adalah dealer PG. Itu memang jelas. Kami langsung tak buat duit dengan kolobrasi ini.

Tetapi dengan kolobrasi ini, matlamat kami ialah memperkukuhkan kewangan dealer dan customer Public Gold yang bersama kami.

Membantu Master Dealer Kami

Permulaan kepada kolobrasi ini iailah apabila kami dapati; Master Dealer (MD) yang bersama kami mempunyai passive income yang lumayan, dan kelayakan untuk mendapatkan pinjaman bank i.e. Loan Eligibility (LE) yang tinggi.

Tetapi ia tidak dimanfaatkan secara optimum. Itu satu kerugian.

Meeting bersama Tuan Faizul Ridzuan, pengasas FAR Capital pada 3 Januari 2021 di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Terus menyimpan emas berkilo-kilo dan mensia-siakan peluang lain yang ada, bagi kami bukanlah satu tindakan yang bijak kerana mereka semua (MD) sudah pun mempunyai jumlah simpanan yang cukup dan kukuh, sekurang-kurangnya berjumlah 6 - 12 bulan gaji.

Dan mereka juga mempunyai passive income yang lumayan. Maka dengan kolobrasi ini, mereka dapat :

1. Kembangkan Kekayaan Menggunkan Duit Bank

Mengembangkan kekayaan dalam hartanah menggunakan kelayakan pinjaman i.e. Loan Eligability (LE) yang tinggi hasil pendapatan daripada bisnes PG, tanpa perlu sibuk dengan pelaburan hartanah.

Salah satu kelebihan pelaburan hartanah ialah kita dapat melabur menggunakan duit orang lain, iaitu duit pinjaman bank.

2. Dapatkan Ilmu Dan Pengalaman Daripada Pakar

Walaupun ada duit, Master Dealer (MD) kami tak ada masa untuk membuat analisis hartanah mana yang terbaik untuk dibeli. Dan yang kedua, mereka tak ada masa nak menguruskan hartanah yang dibeli.

Bagi yang tak ada pengalaman, mengurus hartanah adalah satu kerja yang merenyahkan. Apatah lagi kalau hartanah yang dibeli itu jauh dari tempat tinggal kita sendiri.

Jadi dengan kolobrasi ini, mereka hanya outsource-kan saja kepada pihak yang lebih berpengalaman, disamping mendapatkan ilmu dan pengalaman yang mahal dari FAR Capital.

Dr Ifan FAR Capital

Klik poster ini untuk menonton rakaman program ini. Khusus untuk dealer G100 Network yang layak sertai program ini sahaja.

3. Lebih Fokus Pandaikan Masyarakat Tentang Emas

Kepakaran kami ialah mendidik masyarakat tentang emas.

Dengan kolobrasi ini, kami mahu mereka (para MD) terus fokus pada kepakaran mereka iaitu memandaikan masyarakat tentang emas, dan biarkan FAR Capital uruskan hal hartanah mereka.

Duit boleh dicari, tapi masa yang hilang tidak boleh diganti.

Membantu Mereka Yang Banyak Hutang

Kedua, kami dapati sebahagian para Pre-MD (bakal Master Dealer) #PGG100Network, mempunyai jumlah hutang yang besar dan komitmen ansuran bulanan yang tinggi.

Hutang Kereta

Maka dengan bantuan FAR Capital: 

Kami bantu mereka selesaikan masalah hutang yang tinggi, dan terus perbaiki status kewangan mereka sebelum mereka mencapai level MD.

Bila mereka buat keputusan untuk bertukar kerjaya dari makan gaji kepada membina bisnes PG sepenuh masa suatu hari nanti, mereka sudah pun bersedia dari sudut kewangan.

Kami mahu Checklist Kewangan mereka sudah lengkap sebelum mereka menyerahkan surat perletakan jawatan dan menikmat hidup sebagai seorang yang bebas - Financial Freedom! 

InsyaAllah.

Membantu Mereka Yang Berpendapatan Rendah

Ketiga (dan terakhir), kami dapati sebahagian bakal MD kami adalah mereka yang berpendapatan kecil

Golongan B40. Nak beli hartanah, tapi pendapatan kecil dan bank pun tak pandang.

Maka kami susun strategi meningkatkan pendapatan mereka melalui bisnes PG. Sambil simpan emas, sambil pandaikan orang lain tentang emas.

Melalui bisnes PG, mereka boleh tingkatkan pendapatan (pasif) sebanyak RM5,000 sebulan hanya dalam masa 18 bulan (dari sekarang), dan RM10,000 sebulan dalam tempoh 3 tahun.

Syaratnya hanya satu, iaitu komited untuk belajar dan berusaha berdasarkan program yang kami susun.

Tempoh 18 bulan (untuk mendapat pendapatan RM5,000 sebulan) dan 3 tahun (untuk mendapat pendapatan RM10,000 sebulan) itu adalah sangat munasabah berdasarkan pengalaman kami sebelum ini.  

Ia tak cepat, dan tak lambat.

Yang dapat pendapatan pasif lebih RM10,000 sebulan dalam tempoh kurang 12 bulan, dan RM50,000 sebulan kurang dari 3 tahun pun kami ada rekod.

Tapi hanya untuk mereka yang betul sanggup untuk belajar dengan cepat, dan kerja gila-gila saja.

Misi 1,000 Master Dealer Menjelang 2024

Jadi bersama G100, kami bukan saja mendidik tentang simpanan emas, tetapi kami menyediakan platform paling mudah, paling murah, dan paling cepat untuk mencapai Financial Freedom.

Kami mahu 1,000 orang mencapai Financial Freedom (level Master Dealer) bersama kami menjelang tahun 2024, insyaAllah.

Itulah misi kami.

Pendek kata, mereka yang banyak hutang, kami bantu. Mereka yang berpendapatan kecil, kami bantu. Dan yang sudah kaya pun kami bantu. InsyaAllah

Itulah G100 Network.

YOUR ULTIMATE FINANCIAL FREEDOM BEGINS HERE!

G100Network 150k Customer

Pada 3 Jun 2021, lebih 150,000 telah memilih untuk menjadi customer Public Gold di bawah bimbingan G100 Network.

Terima kasih kepada lebih 150,000 customer Public Gold yang mempercayai kami.

Bagi yang nak join kami, contact mana-mana dealer Public Gold di bawah G100 Network. Ini khusus untuk mereka yang belum pernah membeli emas daripada Public Gold.

Bagi yang kenal Public Gold melalui saya dan blog ini, anda boleh mulakan simpanan emas serendah RM100 melalui Akaun Emas GAP (KLIK DI SINI UNTUK INFO) dan menjadi salah seorang dari customer di bawah network kami.

Atau terus WhatsApp saya di www.wasap.my/60193368009/NakSimpanEmasRM100 (Zulkifli).

Ambil langkah pertama sekarang.

Kemuncak Kebebasan Kewangan Anda Bermula Di Sini!

Mohd Zulkifli Shafie
Founder of G100 Network
Master Dealer of Public Gold
11 Jun 2021 / 30 Syawal 1442H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>