MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Di Malaysia, Peluang Untuk Kaya Terbuka Luas Bagi Yang Rajin!

August 14, 2023

Di Malaysia, kalau rajin dan sanggup kerja kuat, peluang untuk kaya sangat besar. Ada negara, kalau rajin belum tentu ada kerja. Kalau malas sudah tentu akan lapar.

Itulah sebab ada pendatang sanggup bertaruh nyawa untuk datang ke Malaysia.

More...

Sanggup Bertaruh Nyawa

Ketika 2 tahun terpenjara, saya sempat kenal banyak pendatang tanpa izin yang sudah berkali-kali dipenjarakan di Malaysia kerana masuk tanpa dokumen perjalanan yang sah.

Tapi mereka tak pernah serik dengan hukuman penjara!

Setiap kali dihantar pulang ke negara mereka, mereka masuk semula ke Malaysia untuk bekerja.

Katanya hidup di Malaysia senang. Peluang pekerjaan banyak. Bayaran upah yang diterima tinggi.

Sudahlah hidup senang di sini, tiap-tiap bulan mereka dapat hantar duit untuk keluarga mereka di kampung.

Mereka rasa sungguh beruntung bila dapat datang bekerja di Malaysia.

Malang Kalau Tak Kaya

Berdasarkan feedback yang saya dapat, saya boleh katakan mereka dapat menabung jauh lebih baik berbanding kebanyakan kita rakyat Malaysia...

Mungkin itulah sebab kenapa Chef Li (Dato' Dr Rusly Abdullah, penulis buku "Jutawan Senyap") sebut, "duduk di Malaysia tapi tak kaya, malang!".

Sebab di negara kita, keadaan ekonomi sangat baik. Peluang bisnes dan pekerjaan terbuka luas.

Kita cuma kena rajin sahaja...

Allahu a'lam.

Zulkifli
Cyberjaya
13 Ogos 2023
26 Muharram 1445H

Malaysia negara yang bagus. Negara yang kaya, hubungan antara kaum yang baik dalam masyarakat, peluang yang banyak, dan tempat selesa untuk orang miskin berteduh. Alhamdulillah. Sama-samalah kita jaga negara kita Malaysia. - Catatan FB

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>