MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Manifesto Pilihanraya, Kita Membayarnya!

Menara KLCC

Esok rakyat Malaysia akan mengundi untuk memberi mandat kepada kerajaan baru. Bermacam-macam manifesto yang ditawarkan oleh parti-parti yang bertanding, tetapi saya tak begitu teruja sebab janji manis itu, ada harga yang perlu kita bayar. Apa sahaja yang diberikan oleh kerajaan, itu sebenarnya dibayar oleh kita - RAKYAT. Apa sahaja janji-janji dalam manifesto parti-parti yang bertanding dalam PRU14 ini, ia sebenarnya DIBAYAR dari poket kita sendiri. Bukan dari poket parti yang bertanding! Lagi manis janji-janji itu, lagi saya risau sebab kita harus membayarnya melalui cukai, pengurangan subsidi dan sebagainya. Ia bukan percuma!

Kadar tol dah lama tak dinaikkan. Saya percaya, ia akan dinaikkan tak lama lepas PRU14 (Pilihan Raya Umum Ke-14) nanti.

Harga minyak sudah berminggu tidak disemak, saya percaya ia akan dinaikkan sebaik sahaja lepas PRU nanti.

Dah lama tak kedengaran kadar subsidi kerajaan ditarik atau dikurangkan, saya percaya akan ada subsidi dikurangkan atau ditarik sebaik sahaja lepas PRU14 nanti.

Bahkan tak mustahil, kadar GST juga akan dinaikkan!

Kerajaan baru nanti perlu buat semua itu untuk tunaikan segala manifesto yang dijanjikan untuk memenangi undi kita esok, 9 Mei 2018.

Sebahagian kecil yang terima manfaat, sebahagian besar dari kita harus membayarnya!

Itulah apa yang berlaku lepas mana-mana pilihanraya sebelum ini dari sudut kos sara hidup dan ekonomi rakyat, dan itu jugalah merisaukan saya untuk kali ini.

Ekonomi Kita Di Tangan Kita

Kenaikan sara hidup RM100 - RM200 sebulan, ia kecil bagi saya sekarang, tapi ia sangat besar bagi saya suatu ketika dahulu. Saya percaya ia terlalu besar bagi rakyat marhaen terutamanya yang hidup di bandar sekarang.

Orang kampung mungkin kurang terasa, tetapi yang akan cukup terasa ialah orang miskin di bandar. Susah-susah orang kampung, boleh juga korek ubi di belakang rumah untuk makan. Tapi susah orang miskin di bandar mahu korek apa?

Setelah mengundi 3 kali dalam pilihanraya sebelum ini, maka saya fikir kita patut berhenti mengharapkan kerajaaan. Sebaliknya binalah kekuatan ekonomi kita sendiri walau kerajaan mana sekalipun yang akan terbentuk malam esok.

Susun semula kewangan kita sendiri. Baca buku-buku kewangan, bisnes dan pelaburan. Dan manfaatkan peluang yang banyak di negara kita ini walau parti mana sekalipun memerintah.

Saya percaya, negara kita sebenarnya masih kaya dan mempunyai peluang yang banyak untuk kukuhkan ekonomi kita sendiri. Ketika ada rakyat negara lain berhempas pulas dengan kelaparan, rakyat negara kita ramai berhempas pulas dengan kegemukkan! Bahkan ada kajian menunjukkan negara kita mempunyai kadar obesiti tertinggi di kalangan negara Asia Tenggara!

Manifesto 1 Juta Celik Kewangan

Untuk menjadikan ekonomi keluarga rakyat Malaysia lebih baik, saya menulis (dan akan terus menulis) siri #BukuZeroHutang. Yang terbaru bertajuk "Misi Bebas Hutang" (Zero Hutang 2.0). Ini usaha kecil yang mampu saya lakukan selain terus berikan ilmu dan motivasi kewangan percuma di blog www.mohdzulkifli.com, FB Mohd Zulkifli Shafie dan menyampaikan seminar-seminar percuma saya melalui platform Public Gold. InsyaAllah...

cover buku misi bebas hutang zero hutang 2.0 mohd zulkifli shafie

Manifesto saya untuk #BukuMisiBebasHutang ini ialah mencelikkan 1 juta rakyat tentang kewangan. Kalaupun buku ini tidak mampu membantu menjadikan pembacanya kaya raya, tetapi saya percaya ilmu di dalam buku ini dapat membantu pembacanya keluar dari kesempitan kewangan dan bebas dari masalah hutang! InsyaAllah.

Buku ini boleh dibeli di kedai-kedai buku atau terus wassap isteri saya www.wasap.my/60199272780 (Pn Najdah Mohammed Hussain). Harganya cuma RM20. Ia harga mampu milik bagi rakyat marhaen. InsyaAllah.

Selamat mengundi.

Zulkifli
Cyberjaya
8 Mei 2018
22 Sya´ban 1439H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Saya sedang membaca buku Zero Hutang 2.0 yang baru dibeli di PBAKL 2018 Jumaat lepas. Sebahagian dah dibaca semasa dalam perjalanan pulang ke KL dari kampung semalam. Betul kata Encik Zul, yang penting susun kewangan kita sendiri.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >