MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Pelaburan Emas

Happy Bekerja, Menjadikan Kita Lebih Kaya

October 18, 2017

Pencen bukan bermaksud tak bekerja, tapi kita bebas untuk buat apa sahaja kerja yang kita suka pada bila-bila masa mengikut cara kita sendiri. Walaupun kalau tak bekerja pun kita tetap ada duit, tapi kita tetap perlu terus bekerja supaya fikiran kita terus sihat dan normal. Otak kita ni macam otot juga. Ia akan jadi lebih kuat bila ia digunakan. Kalau tak digunakan, ia makin lama makin lemah.

Sejak akhir 2013, saya pilih untuk berehat selama 2 tahun tanpa bekerja. Walaupun saya adalah dealer Public Gold, tetapi saya bekerja secara pasif pada tahun 2014 dan 2015. Pendek kata, dua (2) tahun saya tak keluar rumah. Kerja saya cuma hantar anak-anak ke sekolah, dan jemput anak-anak balik sekolah. Lepas tu, buat hal saya sendiri. Saya tak buat apa-apa seminar, dan tak keluar rumah untuk jumpa sesiapa yang berminat beli emas. Saya cuma update blog dan Facebook saya sahaja.

Hidup Terasa Bosan Tanpa Bekerja

Lepas hampir 2 tahun kehidupan begitu, hidup saya terasa bosan dan kekadang terfikir, “apalah hidup aku ni?”. Orang lain hari-hari sibuk pergi kerja, saya hanya duduk di rumah. Pergi berjalan dan melancong? Owh, saya memang bukan jenis “kaki berjalan” sana-sini. Saya jenis suka duduk rumah sahaja. Lepas berbincang dengan guru saya, saya buat keputusan untuk “kembali” bekerja, tapi kerja yang saya suka supaya hidup saya lebih bermakna berbanding hanya duduk di rumah saya.

Hari ini, selain saya dan isteri adalah dealer Public Gold yang aktif, saya juga dilantik sebagai Official Speaker Public Gold yang menyampaikan seminar secara percuma di Malaysia, Singapore dan Indonesia setiap bulan. Jadual saya kembali sibuk dan penat, tetapi bagi saya itu adalah “good tired”. Penat, tetapi ia bermakna dalam hidup saya sebab saya PILIH untuk penat. Bukan terpaksa penat seperti zaman saya bekerja makan gaji dahulu.

seminar emas public gold tawau

Alhamdulillah, saya happy dengan kehidupan begini.

Saya masih ingat pesan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi dalam satu Kursus Mukmin Profesional bersama beliau, katanya, orang yang seronok dengan kerjayanya, dia akan seronok dengan kehidupannya… Sebab, kita menggunakan “prime time” dalam hidup kita untuk buat apa yang kita suka, iaitu bekerja. Ketika badan kita sedang cergas dan bertenaga, kita buat apa yang kita suka. Lepas penat bekerja (apa yang kita suka), kita ruangkan pula saki-baki waktu untuk orang yang kita sayangi pula.

Happy Bekerja, Tiada Istilah “Office Hour”

Bayangkan kalau sebaliknya, iaitu tak suka dengan pekerjaan kita. Hari-hari terpaksa menghadap perkara yang kita tak suka. Yang kita suka hanyalah sehari sahaja dalam sebulan, iaitu pada hari gaji sahaja! Dan lebih “gila” lagi ialah, kita terpaksa buat apa yang kita tak suka (bekerja) itu lagi 30 tahun!

Saya perhati, majoriti orang yang telahpun mencapai kebebasan kewangan (iaitu kalau tak bekerja pun, mereka ada duit yang cukup) berkerja lebih kuat daripada orang kebanyakkan. Mereka bekerja siang dan malam, dan termasuk hari cuti. Tak ada istilah “waktu pejabat” dan “hari bekerja” bagi mereka. Bila-bila masa sahaja adalah waktu bekerja bagi mereka. Bila kita suka buat sesuatu pekerjaan, maka tidak perlu lagi “waktu pejabat”! Orang kebanyakkan yang menghadkan waktu bekerja mereka hanya pada waktu pejabat sebab mereka tak suka dengan pekerjaan mereka! Mereka cuma suka hari cuti dan hari gaji sahaja!

Sebenarnya itulah antara rahsia kenapa orang kaya semakin kaya. Mereka sangat suka dengan apa yang mereka usahakan. Bila suka, maka mereka akan buat yang terbaik. Dan tentunya hasilnya juga terbaik. Dan hasil “kerja baik” dan “kerja terbaik” itulah yang membuatkan duit datang kepada mereka lagi dan lagi tanpa henti.

Saya share cerita pasal Abah saya.

Terus Bekerja Walaupun Sudah Pencen

Lepas pencen, kerja Abah ialah berkebun, bertukang dan jadi pengadil atau pengurus perlawanan bola sepak. Walaupun Abah dulu pegang jawatan yang agak tinggi dalam kerajaan, tapi Abah tak segan untuk ambil upah kerja bertukang rumah orang dan berkebun di tanah orang kampung yang tak diusahakan.

Abah sangat rapat dengan orang kampung. Orang kampung kenal Abah sebagai “Ustaz Shafie” tapi saya rasa mereka tak tahu jawatan Abah dulu ketika dalam kerajaan. Mereka yang tahu jawatan Abah dalam kerajaan dulu cakap kepada orang kampung “owh, tergamak engkau suruh (upah) Ustaz Shafie tu buat kerja bertukang dan berkebun macam tu?“. Maksudnya, tergamak orang bagi upah kepada Abah (yang pernah berjawatan tinggi) untuk kerja-kerja yang mereka anggap sebagai kerja kelas rendah.

Sebenarnya, orang yang cakap macam tu, mereka tak tahu kehidupan sebenar Abah di kampung.

Abah sebenarnya sudah aktif berkebun, bertukang dan bersukan sejak dari zaman muda lagi. Diusia 69 tahun sekarang, Abah masih aktif turun padang bermain boleh sepak setiap petang dengan orang muda! Abah belum ada apa-apa penyakit kronik yang biasanya ramai orang umur 50-an dah ada. Alhamdulillah.

Kekadang orang tegur Abah, “Ustaz kuat kerja buat apa? Dengan umur Ustaz tu, baik duduk berehat je buat ibadat”. Abah jawab, “saya kerja ni supaya saya boleh makan”. Mereka ingat, Abah cakap macam tu sebab tak cukup duit untuk makan tapi hakikatnya, Abah buat kerja-kerja tu semua semata-mata sebab MINAT dan untuk jaga kesihatan.

Bekerja Sebab Minat, Bukan Duit

Pasal duit, Abah tak kisah sebab duit pencen kerajaan yang Abah terima pun dah cukup besar untuk kehidupan di kampung. Dan Abah juga ada harta yang boleh dikatakan banyak berbanding ramai orang yang duduk di kampung. Bila ambil upah, biasanya upah yang Abah ambil lebih murah dari orang lain, tetapi dengan kualiti kerja yang jauh lebih baik (sebab Abah suka dengan kerja dia)!

Jadi, kalaupun tak ada orang upah Abah buat kerja-kerja berkebun dan bertukang, Abah tetap buat kerja-kerja itu di rumah. Abah bukan jenis boleh duduk diam. Rumah Abah terletak dalam tanah kebun seluas 4 ekar. Segala alat berkebun dan bertukang penuh dalam stor Abah. Dari alat bertukang dan berkebun yang kecil sampai mesin tebang pokok pun Abah ada.

motosikal 3 roda abahTerbaru, motosikal Abah yang dah diupgrade jadi motosikal roda tiga. Motosikal tu Abah guna untuk bawa kayu-kayu besar yang Abah tebang dan angkut alat bertukang. Abah sedang rancang projek terbarunya iaitu tanam pokok kelapa. Nak tanam kelapa secara besar-besaran katanya.

Tauladan Dari Kehidupan Abah

#1 – Bila kita mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh, maka kita boleh PILIH kerjaya yang kita suka dan kita happy dengan kerja kita walaupun kerja biasa-biasa sahaja.

#2 – Bila kita happy dengan kerja kita, kita akan buat yang terbaik tanpa jemu. Tak ada lagi istilah “waktu pejabat” atau “hari cuti”. Hari-hari kita akan bekerja. Bekerja dan bermain, tak ada beza bagi kita sebab kita seronok melakukannya…

#3 – Pencen bukan soal umur, tapi soal kedudukan kewangan. Bila kita mempunyai kedudukan kewangan yang baik, kita boleh pilih kerja yang kita suka dan happy dengan kerja kita walaupun masih di usia muda. InsyaAllah.

Pilih Yang Kita Minat, Bukan Gaji

Sebenarnya, kita tak perlu jadi kaya raya dulu barulah dapat kerja yang kita suka. Kalau kita tak ada masalah kewangan (i.e. ada simpanan yang cukup, dan bebas dari hutang-hutang membebankan) pun bagi saya kita berpeluang pilih kerja yang kita suka. Dan itulah sebenarnya faktor besar mendorong kita mendapat kejayaan besar dalam apa yang kita usahakan.

Saya masih ingat pesanan pensyarah saya ketika saya masih belajar, katanya “pilih kerja yang awak suka, bukan yang gaji besar”. Ketika itu, saya tak ambil berat pesanan tersebut. Saya fikir, kerjaya terbaik ialah kerjaya yang menawarkan gaji paling tinggi!

Sebenarnya silap. Gaji yang tinggi hanya akan kita dapat bila kita dapat galas tanggungjawab yang lebih besar dengan baik. Dan mana mungkin kita dapat galasnya dengan baik kalau kita memang tak minat (atau kurang minat)?

Saya tertarik dengan satu kajian, dimana orang berjaya bukan sebab IQ yang tinggi atau disebabkan bakat. Tetapi mempunyai “grit”, iaitu daya tahan yang tinggi untuk selesaikan sesuatu usaha sampai habis. Ia bukan komitmen sebulan dua, tetapi komitmen yang bertahun-tahun lamanya. Pendek kata, bila kita betul-betul minat, barulah kita ada daya tahan untuk berikan komitmen yang panjang untuk berjaya.

[embedyt] http://www.youtube.com/watch?v=H14bBuluwB8&width=500&height=281[/embedyt]

Saya sangat tertarik dengan talk pendek ini. Kalau setiap orang diletakkan di posisi yang betul dan dibina dengan growth mindset, setiap kita akan berjaya dalam bidang masing-masing, insyaAllah.

Buat Duit Dengan Bermain

Saya ada baca buku bertajuk “Screw Work Let´s Play”, maksudnya buat duit dengan `bermain´, bukan ´bekerja´ dalam istilah yang kita selalu fahami. Buku ini bagus, tapi saya beli versi terjemahan Bahasa Melayu. Jadi agak susah faham berbanding baca terus versi asal. Nanti saya nak cari versi asal bahasa English supaya lebih cepat catch up point yang nak disampaikan untuk penulis.

buku screw work lets play pts

Edisi terjemahan bagi saya kurang bagus sebab kita baca berdasarkan apa yang fahami oleh penterjemah. Ia mungkin berbeza dengan maksud yang nak disampaikan oleh penulis asal. Tapi apa-apa pun, saya dapat beberapa point penting yang boleh saya belajar, iaitu:

#1 – Cari kerja yang kita lebih suka lakukan, bukan yang menawarkan gaji lebih besar.

#2 – Bila kita suka dengan kerja kita, kita akan buat yang terbaik dan explore kerja tu tanpa had. Kita akan jadi pakar dalam apa yang kita buat. InsyaAllah.

#3 – Bila kita jadi pakar, maka duit akan datang lebih banyak.

#4 – Bila kita sangat suka dengan kerja kita, kita sebenarnya dibayar untuk bermain, bukan bekerja.

#5 – Kalau setiap orang bekerja dalam bidang yang dia suka, maka produktiviti akan meningkat mendadak. Dunia ini akan jadi lebih baik. InsyaAllah.

#6 – Kalau nak happy dalam hidup, kita mesti happy dengan kerja kita. Buat kerja yang tak happy semata-mata kerana “gaji” sangat merugikan hidup kita. Bayangkan dalam sebulan bekerja, kesonokkan sebenar hanyalah pada hari gaji? Macam mana dengan 29 hari lagi? Lagi gila, kita terpaksa buat kerja itu untuk tempoh lagi 30 tahun!

Artikel saya ini sekadar renungan untuk diri saya sendiri dan juga sebagai panduan mendorong masa depan anak-anak. Ia penting bagi sesiapa yang nak tingkatkan kerjaya ke tahap yang lebih baik.

Mulianya Orang Bekerja

Siapa yang sedang “struggle” dengan keperluan kewangan yang mendesak, bagi saya buat apa sahaja kerjaya yang ada dulu. Dan jangan memilih-milih. Apa pun kerja kalau untuk sara hidup kita dan keluarga, selagi kerja itu halal, usaha itu sangat mulia di sisi Tuhan.

Keluar rumah membanting tulang demi nafkah keluarga itu kerja yang mulia, bahkan ia termasuk jihad di jalan Allah.

Pesan Nabi s.a.w. bermaksud:

“Apakah jihad di jalan Allah itu hanya yang terbunuh (dalam perang) sahaja? Siapa yang bekerja untuk menyara hidup orang tuanya, maka dia di jalan Allah. Siapa yang berkerja menyara keluarganya maka dia di jalan Allah. (Tetapi) siapa yang bekerja (sekadar) untuk bermewah-mewahan maka dia di jalan thaghut.” (Hadis direkodkan oleh Thabrani, Al-Mu’jam Al-Ausath).

Bagi rakan-rakan yang sedang bekerja, berbahagialah dengan kerja masing-masing. Mudah-mudahan Allah berkati usaha kerja keras itu dan dikira sebagai amal yang soleh. Amiin ya Allah.

Selamat bekerja.

Zulkifli
Damansara Damai
18 Oktober 2017
28 Muharram 1438H

[Kredit foto : gettyimages ]

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 6,500 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia).

  • Assalamualaikum Encik Zul,
    Artikel yang menarik dan jelas.

    Saya suka dengan kerja skrg dan sebagai dealer Public Gold. Tapi saya yakin kerja seperti di PG adalah lebih menarik kerana kita educate people ke arah lebih baik dan bebas masa.

    Setiap hari adalah hari Ahad.

  • Assalam en zul
    ada kesalahan ejaan sikit pada topik “Pilih Yang Kita Minat, Bukan Gaji” perenggan pertama.

    berpulang>berpeluang

    btw nice artikel

  • Alhamdulillah tuan, terima kasih atas perkongsian.. Saya gembira dengan kerja saya sekarang, dan dengan gaji pertama saya dapat beli 1gm public gold edisi terhad yang sultan tu hehe

  • Setuju sgt tuan. walaupun sy masih terkial kial dlm usia 4 series tapi sy takkan mengalah . walaupun dah suntuk masa atleast sy target by 50 sy akan capai financial freedom dgn izin allah

  • […] #5 – Bebas Kewangan – mempunyai aset yang cukup menjana passive income yang melebihi kos sara hidup. Kalau passive income yang dapat kita jana RM8,000 sebulan, tetapi kos sara hidup kita hanyalah RM6,000 sebulan, itu bermaksud kita telahpun capai tahap bebas kewangan (financially free). Bila di tahap ini, kita sudah hidup bebas tanpa perlu bekerja sebab kita telahpun menjana pendapatan daripada aset, bukan daripada pekerjaan. Walaupun begitu, majoriti mereka yang sampai ke tahap ini, mereka tetap terus bekerja atau berniaga, tetapi mereka dibayar untuk buat apa yang mereka suka. […]

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >