MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Inilah Sikap Menjadikan Seseorang Miskin dan Kekal Miskin

June 21, 2024

Jurang sebenar orang kaya dengan miskin cuma ilmu. Kecuali kalau dia miskin sebab kurang upaya atau terhalang dari akses kepada ilmu, itu lain cerita. 

Kalau sempurna segala tulang empat (4) kerat, maka siapa nak kaya, dia kena upgrade diri dengan ilmu. 

Chef hotel 5 bintang masak, orang berniaga pasar malam pun masak juga.

More...

Beza chef hotel dan tukang masak lain

Tapi kenapa orang sanggup bayar mahal untuk Chef di hotel walaupun kerja mereka sama-sama masak? 

Bahkan chef popular macam Chef Wan jadi jutawan dan kaya raya hanya dengan platform memasak! 

Kenapa tak semua yang memasak kaya macam beliau? 

Bezanya ilmu dan kemahiran dia.

Beliau ada ilmu dan kemahiran lebih dari sekadar memasak, menjadikan beliau chef selebriti paling terkenal di Malaysia.

Bila ilmu tinggi, orang sanggup bayar mahal untuk buat perkara yang sama. 

Kata-kata orang berilmu, hasil kerja orang berilmu, orang sanggup bayar mahal.

Dengan ilmu dan pengalaman Chef Wan, beliau masak makanan biasa-biasa pun orang sanggup bayar mahal. 

Langkah keluar dari kemiskinan

Langkah pertama nak keluar dari kemiskinan, pergi belajar dapatkan ilmu.

Bila kita tahu apa orang kaya tahu, dan buat apa orang kaya buat, kita pun akan dapat apa orang kaya dapat. InsyaAllah. 

Hakikatnya, miskin sebenar bukan pada harta, tapi pada sikap dan tabiat seseorang. 

Sikap dan tabiat yang diamalkan bertahun-tahun itulah yang membuatkan seseorang itu jadi miskin dan kekal miskin pada hemat guru saya. 

Kalau dapat buang sikap tu, dan ubah kepada sikap orang kaya-kaya, lama kelamaan sesiapa pun akan jadi kaya, insyaAllah.

Saya petik coretan guru saya (Ustaz Dr Ahmad Faisal Abdul Hamid) tentang kemiskinan;


Bukan kerana sedikitnya harta

Pusat zakat mendefinisi orang miskin dengan "orang yang tiada wang dan banyak keperluan". 

Pada hemat saya, miskin seseorang itu pada sikap dirinya bukan kerana sedikit harta.

Hina orang miskin kerana mereka memilih untuk terus miskin dan tidak berusaha dengan betul untuk keluar dari kemiskinan. 

Kemiskinan budi seseorang itu boleh dikenali melalui sikap hidupnya bukan pada pemilikan harta. 

7 sikap menjadikan seseorang miskin

Ada 7 perkara yang menjadikan orang itu miskin dan terus miskin.

  1. Tidak mahu belajar samada membaca atau berguru. 
  2. Banyak mencipta alasan dan bersungut dari buat kerja atau tindakan. 
  3. Suka berbelanja berbanding menabung. Gaya hidup di luar kemampuan
  4. Tidak sabar menanti hasil dari tindakannya, dia bagaikan ada tongkat Nabi Musa a.s. yang semua tindakan boleh zahir sekelip mata. 
  5. Suka berkhayal atau jalan pintas untuk mencapai sesuatu berbanding jalan sebenar dan sukar. 
  6. Suka memperlekehkan usaha orang lain sedangkan dia tidak mempunyai apa-apa kemahiran diri yang boleh dijual. 
  7. Berlebihan emosi dalam menilai sesuatu seolah-olah dia seorang sultan yang tercemar duli. 

Ya Allah, jauhkanlah aku dari sikap itu.


Coretan guru saya ni sebagai muhasabah diri saya dan sahabat pembaca. 

Mudah-mudahan kita semua bebas daripada 7 sikap miskin ini. InsyaAllah.

Zulkifli
Cyberjaya
21 Jun 2024
14 Zulhijjah 1445H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>