MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Anak Muda, Milikilah Kereta Impian Dengan Cara Paling Bijak

Anak muda... Kalau suka kereta Honda, jangan bunuh impian tu.

Abaikan kata achik-achik yang tak mendorong kalian untuk maju.

Sebaliknya jadikan sebagai motivasi untuk bekerja lebih kuat, tingkat diri, dan binalah kekayaan secepat mungkin.

Cuma dapatkanlah kereta impian tu cara yang bijak.

More...

Bukan cara bebankan diri dengan hutang sampai 9 tahun semata-mata nak penuhi keinginan orang muda. 

Pastikan ringan membayarnya

Murid-murid saya yang muda-muda, saya sentiasa sokong impian mereka.

Kejayaan mereka sentiasa menjadi kegembiraan saya. 

Mereka menabung, ikat perut, dan kerja kuat cuma seketika. Mereka bekerja kuat bertahun-tahun juga, tapi bukanlah selama-lamanya...

Bila tiba waktunya, belilah kereta yang diimpikan tu.

Biarlah anak muda lain beli kereta sampai senak duit gaji 9 tahun. Tapi mereka beli ketika mampu bayarnya secara tunai!

Kalau nak buat loan pun, bayaran ansuran loan kereta tu tak lebih pun 10% dari gaji. Bahkan lebih smart, bayar sahaja dengan passive income tanpa sentuh duit gaji. 

Pendek kata, tak pergi kerja pun boleh bayar kereta tu.

Reward diri bila tiba waktunya

Kalau terkena musibah tak ada gaji selama 3 bulan pun dah menggelupur nak sorok kereta tu dari kena tarik (oleh bank), itu maksudnya kita belum mampu pakai kereta tu.

Pakailah apa yang ringan untuk kita membayarnya. Cukup sekadar untuk keperluan sahaja dulu.

Fokus tambah tabungan, bina harta dan lunaskan hutang satu per satu dulu.

Bila sampai waktunya, belilah dan nikmatilah hasil penat lelah selama ni.

Semua perkara yang baik-baik yang Tuhan jadikan di dunia ni adalah untuk kita nikmatinya dan syukurinya...

Katakanlah: "Siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya dan (siapa pulakah yang mengharamkan) rezeki yang baik?" 

Katakanlah: "Semuanya itu (disediakan) bagi orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia, khusus (untuk mereka saja) di hari kiamat". Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi orang-orang yang mengetahui. 

(Surah Al-A'raf 7 : 32)

Allahu a'lam.

Zulkifli
Jakarta Pusat
4 Julai 2024
27 Zulhijjah 1445H

#FinancialFreedom #MisiUbahHidup1000Keluarga

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>