MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Beli atau Sewa Kereta, Mana Lagi Berbaloi?

October 10, 2022

Bayar bulan-bulan punyalah mahal, tapi pakai cuma sesekali sahaja!

Itu kesilapan yang banyak orang buat sampai kekayaan dia ‘terbantut’ disebabkan kereta tersebut.

Bila beli sahaja satu kereta, maka hilanglah kemampuan menyimpan sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan.

More...

Kekayaan Tersangkut Gara-gara Kereta

Kalau 5 tahun, kita hilang RM60,000 (RM1,000 x 12 bulan x 5 tahun)!

Satu kereta yang kita beli, maka kita terlepas peluang memiliki hartanah bernilai RM200,000 - RM300,000. Yang mana dalam jangka waktu 5 tahun, kita terlepas peluang memiliki tunai tak kurang RM100,000 bagi siapa yang tahu!

Itu baru cerita kereta yang biasa-biasa. Belum lagi kereta-kereta yang dilihat mewah - yang kerugiannya sudah tentu berganda-ganda.

Jalan Raya Mula Sesak

Sejak pandemik semakin pulih menjelang tahun 2022 ini, kita boleh lihat jalan semakin sesak.

Pada hari bekerja, jalan-jalan di bandar sesak teruk. Kalau hujung minggu pulak, jalan-jalan keluar daripada bandar pula yang sesak.

Kalau dari KL, setiap Sabtu dan Ahad, highway Utara-Selatan sesak teruk, samada menghala ke utara mahupun ke selatan.

Tak kurang juga Highway Karak yang menghubungkan ke negeri Pantai Timur.

Program Fizikal Semakin Bertambah

Orang mula sibuk keluar bercuti dan buat program-program fizikal. ‘Balas dendam’ sebab 2 tahun berkurung...

Jadual program saya pun sudah berubah. Saya mula sibuk dengan program-program fizikal.

Nak kena travel ke sana-sana untuk hadiri program.

Untuk ke program, saya prefer ambil flight supaya dapat jimatkan masa (dan tenaga) saya. Masa saya sepatutnya fokus buat kerja yang bernilai tinggi.

Nilai Waktu Kita Per Jam

Kira-kira yang saya buat, kalau sesuatu aktiviti bisnes tu tak membantu saya dapat sejumlah hasil tertentu dalam satu jam, maka ia tak berbaloi untuk saya buat sendiri.

Lebih baik saya BELI MASA orang lain untuk buatkan untuk saya. Kos bayar orang lain lebih murah berbanding saya buat sendiri.

Jadi saya rasa tak berbaloi saya habiskan masa driving beberapa jam untuk ke tempat program.

Saya prefer ambil Grab, atau sewa kereta bersama dengan driver. At least, sepanjang perjalanan ke tempat program, saya boleh settlekan tugasan-tugasan bisnes saya secara online.

Ambil servis macam Grab atau sewa kereta bersama driver dapat jimatkan waktu bagi saya. Ia jadi rezeki bagi orang lain. Win-win, alhamdulillah.

Isteri Jadi Driver Saya

Hari tu, saya ada program di Kuantan. Ada dinner dan coaching bersama murid-murid saya di sana.

Kalau drive sendiri, waktu perjalanan 4 jam lebih. Sampai ke tempat program, badan saya mesti akan rasa penat sebab driving 4 jam lebih.

Kalau saya perlu bergerak lebih awal dan ambil waktu rehat bila sampai ke tempat program, maka waktu saya akan habis lebih banyak.

Total bukan 4 jam, tapi mungkin 8 jam (campur waktu rehat)!

Jadi kalau perlu drive, selalunya isteri saya sanggup drive untuk saya. Saya boleh rehat atau buat kerja-kerja saya sepanjang perjalanan.

Sewa Kereta Bersama Driver

Tapi kadang-kadang isteri saya pun sibuk juga. Dan tak sampai hati nak biarkan dia kelam-kabut siap-siap keluar rumah, lepas tu penat drive sendiri.

Jadi hari tu saya buat keputusan sewa sebuah Vellfire bersama dengan driver.

Untuk 2 hari perjalanan penuh dari Cyberjaya - Kuantan - Cyberjaya, jumlah yang saya perlu bayar cuma RM1,600 - all-in!

Bayaran tol, petrol, hal maintenance dan repair kereta, atau risiko kena saman speed-trap dah tak perlu fikir. Semua dah termasuk. Alhamdulillah.

Dengan bayaran tu, saya dan isteri boleh rehat sepanjang perjalanan, selesaikan tugasan-tugasan bisnes secara online, dan tak perlu fikir apa-apa lagi dah.

Manfaatkan waktu untuk buat perkara yang lebih bernilai tinggi.

Jimat RM5,000 Bila Menyewa


Itu first time saya ambil servis tu.

Saya fikir, servis macam ni sangat sesuai untuk saya. Saya perlukan servis macam ni paling banyak pun cuma 2 atau 3 kali sebulan.

Kalau 3 kali sebulan, kos bersih baru RM4,800 sebulan. Ia jauh lebih menjimatkan berbanding saya beli Vellfire (RM4,500 sebulan) + gajikan driver (RM3,000 sebulan).

Itu belum masuk kos petrol, tol, repair dan maintenance setiap tahun.

Kalau sesuatu bulan tu saya cuma gunakan servis ni hanya sekali, maka kos saya cuma RM1,600! Bersih...

Dengan hanya menyewa, saya dapat jimat sekitar RM5,000 sebulan. Daripada beli, sudah terang-terang, lebih baik saya menyewa sahaja.

Beli Mahal, Pakai Cuma Sesekali

Sepanjang mula menulis tentang kewangan sejak 2008, saya terima terlalu banyak feedback mereka yang tersilap langkah beli kereta.

Beli kereta mahal-mahal, kononnya nak gunakan untuk mudah balik kampung sekeluarga. Padahal dia perlukan kereta besar tu hanya 3 atau 4 kali setahun sahaja!

Sedangkan banyak lagi alternatif lain yang lebih murah.

Sewa kereta, naik flight, naik ETS, bahkan mungkin balik kampung naik bas eksekutif lebih berbaloi dan lebih selesa berbanding beli kereta besar dan drive sendiri!

Saya tanya driver hari tu, berapa kos nak sewa sebuah Vellfire kalau musim perayaan? Katanya sekitar RM1,000 sehari sahaja!

Itu pun harga yang mereka sudah tekan habis-habisan - sempena cuti perayaan.

Sewa Lebih Berbaloi

Kalau balik raya 5 hari, kos baru RM5,000 sekali raya. Kalau balik kampung 3 kali setahun, kos keseluruhan baru RM15,000.

Ia jauh lebih berbaloi bebanding beli sendiri.

Kos beli sendiri sudahlah mahal. Belum lagi masuk kos nak bela (repair dan maintenance) yang tak kurang mahalnya.

Dengan penjimatan tu, lebih baik guna duit tu untuk kembangkan harta (atau tutup hutang sedia ada).

Tambahkan simpanan, beli emas, dan kalau bajet besar, belilah hartanah-hartanah yang boleh memberikan cashflow positif ataupun yang ada pontensi kenaikan harga yang baik dalam tempoh 3 - 5 tahun akan datang.

Tambah Harta dan Tutup Hutang Dulu

Sebenarnya bila sudah betul-betul kaya nanti, kita tak heran lagi dengan kereta-kereta mewah tu. Kereta tu benar-benar alat untuk bergerak daripada point A ke point B dengan selamat dan selesa.

Jadi nasihat saya, tak perlulah gopoh beli kereta. Belum pernah ada sesiapa yang menyesal sebab lambat beli kereta.

Sebaliknya terlalu ramai menyesal sebab telalu gopoh beli kereta yang akhirnya mencekik kewangan sendiri dan kekayaan mereka terbantut gara-gara kereta.

Buatlah kira-kira sebelum belum beli. Jangan ikut emosi supaya tak menyesal kemudian hari...

Allahu a’lam.

Zulkifli
Cyberjaya
4 Oktober 2022
7 Rabiul Awwal 1444H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Saya setuju sangat dengan ayat Tn Zulkifli

    ‘Jadi nasihat saya, tak perlulah gopoh beli kereta. Belum pernah ada sesiapa yang menyesal sebab lambat beli kereta.’

    Terima kasih untuk ilmu Tn Zul.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >