MohdZulkifli.Com


Motivasi Kewangan dan Pelaburan Emas

Kita Jadi Tuan, Biar Kereta Jadi Hamba

July 25, 2017

Mereka yang pakai kereta besar belum tentu kedudukan kewangannya dah baik. Selalunya ianya melambangkan komitmen hutang yang ditanggungnya lebih besar.

Mereka yang pakai kereta biasa-biasa pulak, jangan ingat mereka orang biasa-biasa sebab ramai jer orang kaya yang saya kenal yang cuma pakai kereta biasa-biasa jer. Seorang guru kepada guru bisnes saya yang saya yakin hartanya mencecah jutaan ringgit, tapi dia bergerak ke sana ke mari pakai kereta Perodua Kelisa sahaja! Pakai kereta kecil dan biasa-biasa lebih senang bergerak katanya.

Jadi dalam bab kereta ni, kalau setakat untuk pergi kerja balik kereta yang jaraknya tak lah berapa jauh, pakai sahajalah kereta biasa-biasa. Kos ‘membela’ sebuah kereta yang biasa-biasa pun sekurang-kurangnya menghabiskan duit kita RM1,000 sebulan!

Kos Sebenar Memiliki Kereta

Bila beli sebuah kereta, kita sebenarnya hilang kemampuan menyimpan RM1,000 sebulan, terlepas peluang miliki hartanah bernilai RM200,000, dan terlepas peluang memiliki duit tunai RM100,000 dalam tempoh 5 tahun!

Melihat kepada kerugian terlepas peluang-peluang tu, maka pakai kereta biasa-biasa sahajalah buat sementara waktu. Asalkan ia boleh bawa kita bergerak daripada tempat A ke tempat B dengan selamat dan sedikit selesa, itu sudah memadai.

Hidup biasa-biasa dulu buat masa sekarang pun tak apa. Saya percaya, akhirnya kita tetap dapat memiliki kereta impian bila kedudukan kewangan kita dah cukup kukuh. Kalau tak, kereta itu hanyalah bebanan kepada kewangan kita. Tak pernah ada orang yang menyesal sebab lambat beli kereta idaman, tetapi ramai yang menyesal sebab terbeli kereta idaman terlalu awal hingga akhirnya mencekik kewangan dia setiap bulan!

Dari Myvi Kepada BMW

Kekadang saya kesian tengok orang yang berlanja terlalu besar dan gunakan masa terlalu banyak hanya untuk jaga kereta. Jaga kereta tu bagus, tapi habis duit dan habis masa yang banyak untuk kereta tu rugi. Polish la kereta Perodua Myvi hari-hari pun, ia tak akan bertukar jadi BMW! Sebaliknya kalau polish diri sendiri dengan ilmu, banyak membaca, tambah kemahiran dari semasa ke semasa, 5 hingga 10 tahun akan datang, kereta Myvi tu kita boleh tukar jadi BMW! InsyaAllah.

Sehingga sekarang, saya masih belum pakai kereta mewah walaupun kalau ikut cara orang lain, saya dah lama pakai kereta mewah. Padahal kalau saya nak beli kereta mewah, saya hanya perlu bayar separuh daripada harga kereta tu sebab Public Gold bersedia untuk bayar separuh lagi sebagai insentif kepada dealer Public Gold yang mempunyai prestasi bisnes yang bagus. Dan yang penting juga, saya tak membayarnya dengan hard-earned income, tetapi dengan passive income. Ia seolah-olah kita pakai kereta, tetapi orang lain tolong bayarkan!

public gold my dream car award car ownership fund mohd zulkifli najdah“My Dream Car Award” yang saya terima daripada Public Gold sempena Annual Recognition Night 2017 yang dibuat pada Mac 2017. Saya masih belum ‘claim’ daripada Public Gold sebab saya masih tak perlukan kereta baru. 🙂

Kereta Untuk Digunakan, Bukan Dipamer

Tetapi saya masih bagi pelbagai alasan untuk tak pakai kereta mewah. Faktor pertama, kereta saya yang usianya sudah lebih 20 tahun tu masih elok lagi. Kos maintenance pun masih rendah, dan kereta tu pun dulu saya beli secara tunai. Jadi kalau saya beli lagi satu kereta, kereta tu nanti akan rugi tersadai sebab tak pakai. Kalau jual pun rugi sebab kereta masih baik tetapi nak jual harga sangat murah. Saya percaya, kalau beli kereta baru harga RM60,000 pun masih tak boleh setanding dengan kereta saya tu dari sudut prestasi.

Faktor kedua, saya tak nak kereta baru yang mewah tu jadi beban bagi saya. Bukan setakat bebanan kewangan road tax dan insurannya mencecah 5 angka setahun, tetapi bebanan maintenancenya yang tinggi. Jadi daripada saya belanja duit yang banyak untuk perkara yang bukan keperluan tu, lebih baik saya gunakan duit yang sama untuk perkara yang lebih berfaedah. Dengan kos jaga kereta mewah yang baru tu, lebih baik saya bawa isteri dan anak-anak pergi melancong. Ada juga faedahnya daripada habiskan duit hanya untuk bela kereta yang hanya untuk sedap mata orang lain tengok sahaja!

Kita Tuan, Biar Kereta Jadi Hamba

Faktor ketiga dan paling penting ialah, bila kita dah berbelanja duit terlalu banyak pada sebuah kereta, maka sekarang kita kena jaga kereta lebih daripada biasa. Nanti sayang kereta lebih daripada sayang isteri! Kalau kereta biasa tu tercalar dan terkemek, kita mungkin tak ada masalah. Tapi kalau kereta mahal tu isteri kita bawa dan tercalar atau terlanggar, sampai kita marah-marah isteri, maka sekarang sudah terbalik; kereta jadi tuan, kita jadi hamba!

Sepatutnya kereta tu jadi hamba untuk bawa kita bergerak ke sana sini, sekarang sudah terbalik, kita terpaksa jadi hamba untuk jaga kereta lebih daripada yang lain!

Kalau kereta itu tercalar sikit pun hati kita sudah tercalar, maka hakikatnya kita masih belum mampu pakai kereta itu walaupun kita mampu membayarnya. Jadi saya fikir, pakailah kereta mana yang kita ‘mampu’ jadi tuannya, dan lupakanlah kereta itu (buat sementara waktu) kalau kita terpaksa menjadi hamba untuk menjaganya…

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
25 Julai 2017
2 Zulkaedah 1438H

[Kredit foto : ]

About the author 

  • Betul tu.. Jangan jadi hamba kpd kereta. Dah 3 tahun saya bertangguh untuk beli kereta MPV untuk kegunaan balik kampung. Tapi bila tengok kereta sekarang yang bebas hutang dan masih elok tambahan pula tak praktikal menjadi hamba bank pula semata2 utk kegunaan balik kampung 1-2 kali setahun, saya tangguhkan dulu.

    Balik kg naik kapal terbang lebih jimat & relax. Sampai kg sewa je kereta. Kos keseluruhan dalam RM2k utk sekali balik, rasanya lebih kurang untuk 2 bulan installment MPV. Banyak boleh berjimat dari segi installment, road tax, insurans dan servis.

    Kalau setakat calar2 kecil, memang buat tak tahu je. Adatlah pakai kereta.

    Wallahualam

    • Terima kasih En. Haris atas sharing pengalaman menarik.

      Betul tu. Ramai yang beli kereta mahal untuk keperlua balik kampung yang cuma beberapa kali setahun. Sewa kereta atau naik flight je jauh lebih jimat berbanding tanggung beban hutang.

  • Salam cikzul,

    saya dan suami memiliki sebuah kereta myvi sahaja, asalnya ingin menambah kereta baru, memandangkan saya dan suami mampu untuk menambah kereta baru, tapi selepas membaca artikel cikzul mengenai “beli kereta, kesilapan biasa graduan”, kami tangguhkan dulu, bila dihitung kami boleh menambah simpanan kami dengan menangguhkan beli kereta.

    Bila ke tempat kerja, saya tumpang suami, untuk balik dari tempat kerja saya pulang awal dari suami sbb office hour kami tak sama, saya akan naik uber, jumlah bayaran uber sebulan lingkungan 180 je. Ramai kawan kawan sekerja dan ahli keluarga memandang rendah bila saya tak beli kereta, katanya rugi naik uber, bayaran uber tu baik beli kereta, hakikatnya saya dapat jimat, duit bayaran kereta, deposit beli kereta, minyak, roadtax, servis dll, semua penjimatan tu saya tukarkan kepada emas,

    alhamdulillah hasil tak beli kereta ni, simpanan kecemasan kami bertambah dari bulan ke bulan, bagi saya jangan hidup dengan kata kata orang, bukan orang bagi duit kat kita pun, jgn takut orang pandang rendah kat kita hanya kerana kereta, Hidup bawah kemampuan kita. Saya dah merasa betapa peritnya bila tiada simpanan kecemasan, sebaliknya bila simpanan kecemasan kita cukup, betapa tenangnya hidup kita.

    Subhanallah.

    • Wslm Pn. Mar,

      MasyaAllah.

      Menarik pengalaman puan ni untuk dikongsikan sebagai renungan ramai.

      Ramai tak fikir panjang bila beli kereta. Kalau konteks puan tu, puan jimat at least RM800 sebulan sebab cuma naik uber tanpa perlu ‘membela’ kereta. Dengan penjimatan tu, puan dapat tambahkan simpanan RM9,600 (RM800 x 12 bulan) setahun. Cukup 2 tahun, boleh beli sebuah hartanah bernilai sekitar RM200,000. Dalam tempoh 5 tahun, puan boleh dapat keuntungan sekitar RM100,000 kalau jual rumah tu nanti, insyaAllah.

  • Alhamdulillah cikzul, tepat kiraan cikzul, mmg sebanyak tulah kami dapat simpan spnjg tahun, target simpanan kecemasan kami dah lebih.. Insya allah mudah mudahan dapat tambah rumah atau tanah lg amin..

  • Assalamualaikum Encik Zul,

    Teringat saya pada kereta RR yang Dato Wira miliki. beliau gunakan kereta itu utk tarikan semua org datang ke PG. kereta jutaan menjadi hamba baginya.

    saya masih setia dengan MAY saya. itulah hamba itulah puteri bagi saya.
    14 tahun berbakti saya puas hati !

    kalau beli yang baru , pasti saya akan sisihkan dia. So , tak nak begitu. biarlah saya gembira tanpa komitmen pada kereta baru!

  • Tak salah untuk kita merasa sedikit guna kerwta mewah. Tapi, bila tiba masanya pakai sahajalah. Sedikit perkongsiaan, saya zaman belajar alhamdulillah mampu simpan sedikit duit ptptn sampai dapat beli kereta iswara kakak saya, dek kerana berjimat beli brg perlu shaja. Zaman bekerja pulak pakai la iswara tu samapai lebih kurang 7 tahun dah smpai sekarang, tahun kelima saya convert kereta jd ngv, save lagi bahan api ulang alik kerja. Tapi ada effect dia jadi lebih slow dan memenatkan untuk berjalan jauh. Jadi saya beli la pula kereta mewah sikit Volvo S40, dlm RM15k, betulkan akan mencecah dlm RM15k jugak (ada sikit lagi tunggu bajet tahun depan, nak bagi tiptop tahan 10-20 tahun tanpa major problem Insya Allah). Orang nmpk mcm mewah,tapi kos nk bagi tiptop kete ni lagi murah kut drpd bwli myvi.myvi pun dekat RM40k. Minyak itam dan gearbox pun stahun dlm 1000 je. Roadtax insurans (1st party lagi, ncd 2 tahun dh) dlm 900 je …Kegunaan Volvo untuk jalan jauh, @bawak mak bapak, @nak jln2 relax, xla sakit/lenguh pinggang sangat banding kete malaysia dan stengah jepun. Iswara tetap pakai utk ulang alik kerja,ok la exercise muscles skit, power hand car, sekali2 bawak volvo utk panaskan enjin..kesimpulannya, beli secondhand ldng amatlah baik,susut nilainya sgt berbaloi kalo pandai cari workshop…kesimpulan2 xkisahla barang mewah kita beli, pastikan ada tujuan, bukan utk perhiasan…ini utk orang biase macam kita la…..Kalau org kaya mungkin jadikan kereta mewah perhiasan pasal beli nak elak income tax lebih, etc jadi ukurlah tahap kita…wallahu’lam…

    • Betul.

      Memang itu juga cara saya. Banyak kerete second hand yang branded tu kosnya lebih murah kalau dikira total cost. Cuma orang berduit je boleh pakai kereta 2nd hand. Orang yang tak ada saving memang tak mampu pakai kereta second hand sebab perlukan cash yang besar sekaligus.

      Yang tak mampu beli cash, terpaksa berhutang bayar ansuran sikit-sikit walaupun total cost sebenarnya jauh lebih besar.

  • Lagi satu walaupun kita ada kereta baru, pastikan kita sayang kereta lama kita jugak seperti yg baru pasal banyak jasanya.kereta tu makhluk Allah jugak, jadi faham2lah kita…mudah2an kita sentiasa bersyukur dlm kehidupan. Janganlah jadi manusia ashik tgk atas. Tengoklah atas dan bawah sekali….seladar perkongsian…

  • Artikal yg tidak disukai bank..hihi.
    tetapi jgnlah pula seksakan diri sehingga langsung tidak mempunyai kereta semata2 kerana ingin berjimat..malah bagi sy mengelakkan membeli kereta yg murah tetapi selalu menggunakan khidmat uber bukan langkah bijak.jika alasannya untuk berjimat moto cup lebih afdal.sekadar pandangan..

  • Hai En.Zul, ini mungkin off topic sedikit.tp nak jg pandangan encik. Dalam situasi saya,tdk lama lg saya akan dipindahkan ke negeri lain atas dasar kerja. ,stakat ni saya dah ready emergency fund 3 mths salary..adakah berbaloi jika saya bawa kereta (yg masih ada loan dgn bank) ke negeri lain dan utk berbuat demikian saya harus membayar
    kos pengangkutan kargo atau pakai jer uber ulang alik kerja. sebab utama saya nak bawa kereta public transportation tak begitu baik. (ada perancangan balik hometown for good dan klu nak hantar balik kreta tu kena charge lg utk kargo).

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

    Subscribe to our newsletter now!

    >

    Sertai bersama lebih 4073 subcriber Telegram saya (di SINI), untuk sentiasa mendapat update dari saya, ilmu tentang emas dan kewangan.