MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Pelaburan Emas

Sebenarnya Kita Tak Ada Masalah Kewangan

July 19, 2017

Masa gaji RM3,000 sebulan, duit belanja rasa tak cukup. Saya jamin bila gaji naik RM10,000 sebulan pun tetap tak cukup juga. Sebabnya, bila gaji meningkat, keinginan pun meningkat juga. Bila gaji dah meningkat, kereta yang dulu boleh jer kita guna bergerak ke sana ke mari, bila gaji dah naik lebih tinggi sekarang, kereta tu dah rasa tak selamat. Nak kena beli yang lebih selamat katanya…

Rumah dulu elok je boleh duduk. Bila gaji meningkat, rumah tu rasa makin sempit. Nak kena pindah ke rumah baru yang lebih luas dan lebih selesa pulak. Macam tu lah sampai bila-bila pun. Gaji memang tak akan pernah cukup. Jadi apapun tahap gaji, menyimpan tetap perlu menyimpan. Jangan harap ada duit lebih baru nak menyimpan.

Utamakan Simpanan, Ketepikan Yang Lain

Saya nak share pengalaman saya sendiri.

Masa gaji saya RM4,000 sebulan (tahun 2013), isteri saya hanyalah seorang suri rumah yang tiada pendapatan. Jadi pendapatan kami sekeluarga hanyalah RM4,000 sebulan, belum lagi tolak potongan caruman KWSP. Pendapatan tu tak lah besar bagi kami yang ada anak kecil 6 orang ketika tu. Kami pulak tinggal di KL / Selangor yang kos sara hidupnya sangat tinggi.

Walapun gaji kecil dan kos sara hidup pulak agak tinggi, tetapi saya tiada apa-apa hutang negatif (i.e. hutang yang memiskinkan kita). Bukan setakat tak ada hutang negatif, saya ada simpanan dana kecemasan minimum setahun tahun gaji. Setiap bulan, saya masih mampu terus menyimpan walapun tak banyak, alhamdulillah.

Bila “menyimpan” tu jadi keutamaan, maka yang lain tu kita akan tolak ketepi; pakai kereta 2nd hand yang habis bayar, tiada channel TV berbayar, tiada bajet untuk melancong (yang ada cuma ‘melencong’ balik kampung), duduk di rumah flat, merokok tak pernah, gaya hidup mewah macam lepak di Starbuck tak pernah kenal (masa tu), dan selalu bergerak sana sini naik motor kapcai jer. Kalau makan di luar, saya hadkan cuma ambil satu lauk dan minum air suam (atau bawa air sendiri) jer. Tabiat tu melekat sampai hari ni…

Biar Tak Bergaya, Asalkan Poket Kaya

Life-style saya memang tak ada class langsung berbanding orang lain. Memang tak ada class berbanding mereka yang kerjanya pangkat lebih rendah dari saya. Masa pangkat saya cumalah eksekutif, saya dengar kerani di pejabat saya sibuk beli casing handphone harga dekat RM100 pun hati saya rasa, “wah… banyaknya duit dia… casing saja dah dekat RM100 walaupun dia hanya kerani!”.

Walaupun kehidupan saya agak inferior waktu tu, tapi kalau ada hal emergency, alhamdulillah saya tak ada masalah dari sudut kewangan. Masa motosikal saya hilang beberapa kali; hilang sebelah pagi, sebelah petang terus keluar motosikal baru yang saya belinya secara tunai! Ya, tunai. Masa kereta saya kena sondol dengan lori, saya terus bawa ke woksyop untuk ketuk body kereta dan betulkan balik tanpa masalah untuk membayarnya.

Bukan Masalah Kewangan, Tetapi Diri Sendiri

Jadi bila saya terima macam-macam aduan masalah kewangan, selalunya pendapatan orang yang mengadu masalah kewangan tu jauh lebih baik dari saya sebelum ni. Dia bukan ada masalah kewangan, tetapi cara dia mengurus duit tu sebenarnya yang bermasalah;

  • Tak menyimpan setiap bulan dengan alasan gaji tak cukup.
  • Ambil juga pinjaman baru walaupun dah tahu tak mampu bayar.
  • Tambah komitmen kewangan yang baru walaupun dah tahu tak mampu nak tanggung.
  • Beli juga rumah walaupun tak mampu bayar dan jaraknya pun jauh hingga terpaksa habis duit petrol dan tol untuk ke tempat kerja, sedangkan sewa rumah dekat dengan tempat kerja kosnya jauh lebih murah.
  • Beli juga kereta untuk pergi kerja walaupun kos naik motosikal atau public transport jauh lebih murah. Kos bela sebuah kereta tak kurang RM1,000 sebulan.
  • Beli juga kereta mahal, walaupun kereta murah pun dah cukup untuk keperluan.
  • Semua benda nak beli secara hutang walaupun bukan keperluan yang mendesak.
  • Buat personal loan sedangkan tak tahu apa nak buat dengan duit tu. Bila dapat duit pinjaman tu, dia berbelanja macam duit bonus!
  • Perangai tak nak kalah dengan orang lain!
  • Berbelanja dan buat hutang juga semata-mata takut “nanti apa pulak orang kata”!

Ubah Diri, Bukan Sekadar Poket

Sebab itu saya percaya, tip-tip kewangan yang saya share di blog ini dan Facebook Peribadi saya selalunya sesuai untuk orang kebanyakkan sebab saya sendiri pernah lalui zaman kesempitan dan hidup di bawah paras kemiskinan selama lebih lima (5) tahun. Saya faham situasi mereka sebab saya sendiri pun pernah laluinya.

Saya percaya, setiap orang mampu mempunyai kedudukan kewangan jauh lebih baik kalau mereka sanggup ubah diri. Ubah cara berfikir dan sikap terhadap wang.

Nak jadi lebih kaya, ia bukan soal “boleh” atau “tak boleh” sebenarnya, tetapi soal “sanggup” atau “tak sanggup” ubah diri sendiri jer. Membina kekayaan bukanlah soal mengubah ‘poket’, tetapi ia mengubah diri sendiri menjadi lebih baik, insyaAllah.

Zulkifli
Damansara Damai
18 Julai 2017
24 Syawal 1428H

[Kredit foto : nowhealing]

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 6,500 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia).

  • Penjawat Awam selalu tak tahan godaan overlap Bank Rakyat. Saya rasa ni masalah utama orang Melayu selain kredit card. Priority letak tepi. macam yang Idris Jusoh bagitau, hutang PTPTN tidak dibayar tapi hutang kereta, rumah, dan lain2 boleh pulak dibuat dan dibayar.

  • Salam,

    mereka kata berbelanja tu (termasuk la berhutang) adalah rewards diri setelah penat bekerja….huhuhuhuhuhu

  • Assalamualaikum,

    Saya nak share cerita lebih kurang sama,saya masih lagi pakai motorsikal yg dibeli pada tahun 2005(EX5) ,hasil dari tabungan elaun waktu student.Kereta sekarang masih pakai yg lama ,setelah langsai loan 7 tahun..Dan saya tiada kad kredit semenjak kerja 2005 sehingga sekarang.Saya berjaya menepis godaan2 promoter kad kredit,MLM dan Kad keahlian percutian..

    Kadang2 perasaan “Peer Pressure” tu datang bila tgk jiran,saudara2,adik beradik pakai kereta baru..Bila tiba perasaan tu,sentiasa istifar & muhasabah diri..

    Setiap bulan saya simpan 40-50% gaji dan saya spend duit beli buku2 berkaitan pengurusan kewangan..Kadang2 saya cuba motivate kawan2,adik beradik supaya berjimat & membuat financial planning..
    tapi begitu susah nak motivate mereka..

  • Saya sangat setuju dengan artikel ini. Masa tahun pertama dan kedua saya mula kerja memang tak banyak tahu pasal pengurusan kewangan. Tapi untungnya saya, sejak kecil lagi saya dah diajar untuk menabung. Dan dah jadi habit sampai sekarang..

    Lepas dah beberapa tahun kerja barulah mula nak belajar selok belok kewangan yang lebih sistematik..

    Blog ini pun banyak mengajar saya cara untuk mengruskan duit dengan lebih bijak 🙂

  • salam cikzul, dulu saya tidak pandai menyimpan setiap bulan gaji habis tanpa simpanan kecemasa, tak tahu duit ke mana, tetapi slps mmbaca artikel cikzul mengenai kewanganpada tahun 2014, saya mula kenal emas, dan simpanan kecemasan, alhmdlh simpanan kecemasan saya dan suami dari kosong sudah melebihi target kami, tiga bulan ke atas. buku zero hutang, jutawan dari planet jupiter, nota jutawan menjadi inspirasi kami. cikzul teruskan menulis artikel bermanfaat, supaya terus menjadi inspirasi kepada orang lain dalam kewangan.

  • Alhamdulillah cikzul, saya terhutang budi dengan kawan saya, dia bergaji rendah berbanding saya tapi mampu hidup tanpa hutang negatif, dia yg memperkenalkan blog cikzul pd saya.

  • Assalamualaikum Tuan Zul,

    Alhamdulillah terima kasih atas sharing dan nasihat yang baik.
    Saya adalah orang yang buta kewangan dulunya, bagi saya puncanya saya sendiri tak cari ILMU & GURU yang betul. Tak ada orang guide dan tak ada ilmu nak urus kewangan sendiri.

    Lepas bekerja LIMA tahun baru saya #celikkewangan lepas saya kenal Ustazah Azah dan Tuan Zul. Lepas saya ikut nasihat-nasihat tuan, kini saya rasa lega dan menuju ke #FinancialFreedom

    Terima kasih

  • Dulu taknak belanja jangan keluar rumah. La ni dok dalam rumah pun boleh habis duit shopping online, macam mana tu. Aduiii la hai, susah tul nak control part shopping ni 🙁

  • Assalammualaikum Encik Zulkifli ,

    saya masih kekal berkasut sukan BATA ke tmpt kerja sedangkan saya dikelilingi oleh mereka yang berNIKE , berADIDAS malah berjenama lain yg saya tak pernah dengar yang harganya mahal beratus2 .

    tatkala org lain bermain KUTU nak kan sesuatu , saya mampu beli cash tapi selagi bukan jadi keperluan untuk saya , saya tidak akan beli walaupun brg itu jadi trend yg hebat skrg.

    Masalah kewangan memang kita yang cipta!
    kalau tak nak terjebak , jangan melintas parit ” kemampuan” yang menjerat diri!

  • Saya baru mula kerja fresh grads gaji rm 1200 je hihi. alhamdulillah.. buat masa ni hutang motor je dulu..

  • Info yg sangat2 bagus dan berguna! TQ Tuan. Sy juga dahulu nya la mmg boros smpi lgsg xfikir nak simpan duit. Lama kelamaan, sy mula sedar setelah bermacam2 hal emergency yg memerlukan duit ‘on the spot’, sy mula jd seorang yg mementingkan simpanan walaupun gaji tidak sebanyak mana.alhamdulillah seperti yg Tuan cerita, ape2 emergency atau pada waktu kita perlu kan duit, kita xde masalah. Sbb ada simpanan.

    Cuma sy ada mslah sikit untuk agihkan simpanan utk ‘Simpanan Emergenmcy’, ‘Simpanan Tetap’, ‘and so on.hehe masih usaha keras untuk capai ada pelbagai simpanan..

  • Alhamdulillah..artikel yg sgt b’manfaat utk diri sy…suka baca hasil tulisan En Zul..dah hampir 4 thn bebas dr credit card..bbelanja seadanya…sedang b’usaha nak hapuskn lg 1 personal loan☺..dlm masa yg sama kumpul simpanan emergency…doakan sy bjaya spt tuan zul…

  • Harga emas 2013 – 120/g
    Harga emas 2017 – 190/g

    (190/120) * 4000 = 6500
    (120/190) * 4000 = 2500

    Kuasa beli RM4000 tuan pada 2013 adalah setara dengan RM6500 pada 2017 sekarang ni. Muai tu tuan. Bolehlah di pusing situ sini..
    RM4000 kami sekarang setara dgn RM2500 pd waktu tuan tu.. Agak2 survive tak dgn anak 6..
    Just for a fair comparison.. Tak fair nak kata kami yg berboros sedangkan kami dh all out..

    BTW, terima kasih atas nasihat dan tips nya.. 🙂

    • Salam Pn. Shakila,

      1. Mana puan dapat fakta harga emas tahun 2013 RM120/gram? Saya bermula dengan emas sejak 2010, tapi saya tak pernah berpeluang beli emas pada harga serendah itu. Calculation tu tak betul.

      2. Pengiraan puan RM4,000 (2013) setara dengan RM6,500 (2017) tu bagi saya agak keterlaluan. Kalau kenaikan sebanyak tu, majoriti rakyat Malaysia akan jatuh miskin hanya dalam tempoh 5 tahun sahaja walaupun sekuat mana pun mereka bekerja. Jadi pengiraan tu sangat tak logik.

      3. Berapa ramai anak pun akan survive asalkan rajin berusaha. Setiap anak yang Allah kurniakan, Dia dah sediakan rezeki masing-masing. Pengalaman saya, kalau nak dikira duit memang tak cukup (on paper). Tapi alhamdulillah, boleh survive juga. Cuma kena hidup cara sendiri la, tak boleh ikut orang.

      4. Pada saya, beruntungnya zaman 2017 ni sebab peluang mendapat ILMU FREE (kewangan, bisnes, pelaburan) sangat banyak. Ilmu tu akan membuatkan puan jauh lebih kaya. Ketika saya dalam kesempitan 10 tahun lalu, mana ada ilmu kewangan free seperti blog ini atau lain2 blog. Terpaksa pergi baca di kedai buku. FB pun tak ada. Jadi sekarang ni nak tambah pendapatan dan jadi lebih kaya jauh lebih mudah berbanding dulu. Kalau malas buat bisnes pun, at least boleh jadi GRAB Car driver pakai kereta sendiri untuk cari duit extra. Itu semua tak pernah wujud di zaman saya hidup di bawah paras kemiskinan dulu. Puan selongkar kisah2 hidup saya dalam blog ni. Saya dah hampir 10 tahun menulis di blog ini. 2013 tu tahun akhir saya bekerja makan gaji.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >