MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

5 Amalan Tingkatkan Nilai Kekayaan Diri

November 6, 2012

Raya Haji hari tu, sempat bersembang pasal “duit” dengan seorang sahabat karib saya, sementara tunggu makan tengahari masa program ibadah Qurban di rumah anak yatim di Gombak. Beliau seorang lawyer dan businessman. Beliau dah lalui banyak jatuh bangun dalam bisnes. Pernah satu bisnes beliau membuat collection melebihi RM1 juta hanya dalam masa beberapa tahun dan beliau pernah jatuh dalam bisnes hinggakan hampir muflis. Saya kagum dengan kekuatan jiwa beliau. Walaupun pada kira-kira saya, kewangan beliau agak ‘tenat’ sekarang, tapi dia masih cool dan teruskan aktiviti seperti biasa seolah-olah tak ada apa-apa masalah. Dia masih rajin bersedekah dan bantu orang lain macam biasa seolah-olah tak ada masalah kewangan langsung. Beliau masih terus uruskan rumah anak yatim yang beliau asaskan sendiri.

Silap Persepsi Tentang “Duit”

Antara mutiara yang saya dapat masa bersembang hari tu, katanya, ramai orang silap persepsi tentang “duit”. Walaupun kita tak pernah kata duit tu “segala-galanya”, tapi bila tak ada duit, kita rasa segala-galanya habis – rasa stress, gelisah, risau, dan rasa hilang segala-galanya. Padahal, kita masih ada segala-galanya. Kita masih ada isteri, masih ada anak-anak, masih ada tempat berteduh, badan masih sihat, masih boleh bergerak sana sini dan paling penting kita masih ada upaya untuk cari duit lagi!

Katakanlah dulu kita pandai buat kerja untuk dapat income RM5,000 sebulan, walaupun kita muflis sekalipun, kita masih ada SKILL yang membolehkan kita dapat income RM5,000 sebulan! Kalau dulu kita pandai buat sales, walaupun muflis sekalipun, kita masih ada skill untuk buat sales lagi. So, apa masalahnya kalau kita tak ada duit? Duit tu boleh cari lagi… Pokoknya ialah sejauh mana NILAI DIRI kita? Nilai diri itulah ‘harta’ yang membuatkan duit tu akan datang lagi, lagi dan lagi sebenarnya…

Nilai Diri Abdul Rahman Bin Auf

jalan kejayaanKalau kita selak sirah usahawan muslim terulung di zaman Nabi S.A.W, iaitu Abdul Rahman Bin Auf (ARBA), beliau tinggalkan segala hartanya di Mekkah masa hijrah ke Madinah. Beliau berhijrah ‘sehelai sepinggang’ dan menjadi muflis sebab semua hartanya dirampas oleh kafir Quraisy. Saya pernah ceritakan tentang beliau dalam artikel “Abdul Rahman Bin Auf, Idola Usahawan Muslim” sebelum ni.

Persoalannya, adakah Abdul Rahman jadi fakir miskin masa di Madinah? Tak, bahkan lepas 10 tahun di Madinah, Abdul Rahman kembali jadi seorang millionnaire! Dan tahun kewafatannya (tahun ke-32 hijrah), beliau adalah seorang billionnaire! Jadi, harta kekayaan sebenar kita terletak pada HARTA yang kita miliki atau pada NILAI DIRI kita sendiri?

Pastinya kekayaan tu ada dalam diri kita sendiri. Ilmu, kemahiran, pengalaman, fikiran yang positif, jiwa yang terdidik, itulah dia kekayaan kita yang sebenar. Kalau orang rampas semua harta kita sekalipun, kita akan tetap kembali kaya! Tapi si pemenang loteri menang RM1,000,000 sekalipun, tahun depan dia akan kembali miskin! Sebab nilai diri dia tu tak setara dengan RM1 juta yang dia miliki. Dia masih lagi seorang miskin….

Income Sangat “Predictable” Bila Berilmu

Sebab tu bila orang faham pasal bisnes, dia tak akan risau pasal income sebab income dalam bisnes ni sangat predictable! Ia boleh diusahakan dan kita boleh jangka hasilnya bila kita ada ilmu. Bila income sikit, kita tahu kenapa sikit. Bila income banyak, kita tahu kenapa banyak. Ia bukan ‘nasib’. Kalau nak banyak, usahakan cara banyak. Nak sikit, buat sikit-sikit.

Kekadang saya kesian bila tengok orang baru, yang belum faham pasal bisnes. Mereka fikir kejayaan tu adalah LUCK (nasib baik). Nak buat bisnes, tapi tak minat baca buku. Nak maju tapi tak minat datang seminar dan bercampur dengan orang berjaya dalam bisnes. Buat bisnes sekadar cuba-cuba, mana tahu ada rezeki agaknya… Bila bisnes tak berhasil, dia cakap bisnes tu tak bagus! Padahal bisnes tu BELUM lagi berhasil sebab nilai diri dia belum lagi meningkat! Nak buat appointment belum pandai lagi, product knowledge kurang lagi, nak present produk pun belum confident, nak ambik hati customer pun belum pandai dsb. Itulah sebenarnya yang membuatkan bisnes tu BELUM berhasil, bukan bisnes tu tak bagus. Kalau “nilai diri” dia masih di level yang sama, buat la apa bisnes sekalipun hasilnya tetap sama…

Peningkatan Nilai Diri Perlukan Masa

Bila nak tingkatkan NILAI DIRI, memang perlukan masa… Ia bukan berlaku overnight! Mungkin ada yang cepat ‘bosan’ sebab ia perlukan masa untuk berjaya dalam bisnes. Mungkin sebab tu juga ramai orang suka join bisnes ‘overnight’ yang tak payah buat apa-apa. Just klik, goyang kaki dan tunggu duit masuk dalam akaun… Oh, indahnya dunia… (“,)

KiyosakiMeningkatkan kekayaan ialah proses merubah diri, bukan merubah poket.

Kalau dia faham, dia sepatutnya dah boleh ‘hidu’ bisnes tu tak genuine, iaitu bisnes yang jenis tak perlu baca buku, tak perlu pergi seminar, tak perlu belajar dan tak perlu itu dan ini. Just join dan tunggu duit masuk. Tapi realitinya, bisnes yang tulen dan kekayaan yang sebenar tak boleh lari dari sunnatullah; perlu belajar, perlu baca buku, perlu datang seminar, perlu ada guru, perlu korbankan masa, perlukan masa untuk maju dsb sebab itulah cara sebenar yang membuatkan kita kaya. Kekayaan kita berkadar terus dengan NILAI DIRI kita yang meningkat… Kalau bisnes yang jenis semuanya “tak payah”, ucap “assalamualaikum” jer lah… (“,)

5 Amalan Tingkatkan Nilai Diri

Jadi, kalau nak kaya, saya perhati ada 5 amalan boleh meningkatkan “nilai diri” kita sekaligus meningkatkan kekayaan kita. Ia diamalkan oleh majoriti orang kaya di dunia. Dan 5 perkara ni saya amalkan dengan sabar sejak mula-mula menceburkan diri dalam dunia bisnes. Saya tahu, bisnes kami pasti berhasil satu hari nanti. Dan memang betul, amalan inilah yang membuatkan kami lebih kaya berbanding 5 tahun lepas, dan akan menjadi lebih kaya 5 tahun akan datang, insyaAllah. Antara amalannya:

  1. Membaca buku positif
  2. Mendengar CD & menonton rancangan positif
  3. Hadiri seminar, kelas, bengkel
  4. Bergaul dengan orang berjaya & positif
  5. Memelihara ibadah asas

Amalan #1 : Membaca Buku Positif

Jadikan habit suka membaca. Memang saya tak akan biarkan waktu kosong especially masa menunggu melainkan dengan membaca. Orang ramai beratur nak beli breakfast depan pejabat sambil termenung atau berborak kosong, saya manfaatkan untuk membaca buku dan bahan bacaan yang positif.

buku peningkatan diri

Saya hentikan tabiat baca akhbar sebab kandunganya boleh dikatakan 80% negatif dan tak bermanfaat. Memang dah lama saya tak baca akhbar. Saya cuma baca buku dan bahan yang boleh menjadikan masa depan saya lebih baik. Iaitu buku dan bahan bacaan berkaitan agama, kewangan, bisnes, motivasi, dan peningkatan diri. Yang lain saya tolak ketepi.

(Saya pernah ulas pasal topik ni dalam artikel “Protect Your Brain”)

Amalan #2 : Mendengar CD & Menonton Rancangan Positif

Isikan waktu kosong yang tak produktif untuk layan CD motivasi especially waktu driving. Kalau nak tengok TV, carilah rancangan yang positif seperti forum-forum agama dan motivasi. Saya memang dah lama tak tengok TV especially berita. Kalau tengok TV pun, samada nak spent masa dengan anak-anak tengok kartun ataupun tengok perlawanan bola sepak melibatkan pasukan The Red Warrior, itupun kalau pelawanan semi-final dan final jer… (“,)

CD peningkatan diri

(Saya pernah ulas pasal topik ni dalam artikel “Protect Your Brain”)

Amalan #3 : Hadiri Seminar, Kelas, Bengkel

Memang sampai hari ni saya tak pernah sunyi dari hadiri ‘function’ berkaitan bisnes dan kewangan. Boleh dikatakan at least sekali seminggu. Ia penting mengekalkan “positive energy”! Kalau lama tak join ‘function’, nanti ‘battery’ jadi ‘weak’ dan mula lah masuk benda negatif dalam kepala. Otak ni kalau tak ditanam dengan input positif, ‘lalang’ lah yang akan jadi pengganti!

seminar kejayaan diri

(Saya pernah ulas pasal topik ni dalam artikel “Tukar Environment, Mulakan Bisnes Sendiri”)

Amalan #4 : Bergaul Dengan Orang Berjaya & Positif

Saya selalu mencari peluang berjumpa dan bergaul dengan orang berjaya dan positif dalam apa bidang sekalipun. Bila berjumpa orang positif, kita dapat tambah energy positif. Kalau ada peluang duduk minum-minum dengan orang berjaya, itulah saat yang saya tunggu-tunggu. Banyak rahsia yang mereka tak kongsikan di pentas, akan didedahkan personally masa minum-minum. Ini biasanya sessi “meeting after meeting”.

Satu tips penting bila berjumpa orang berjaya iaitu jangan banyak bercakap, tapi kita kena banyak bertanya dan buka telinga. Dari sudut psikologinya, orang suka cerita pasal diri dia dan dia rasa dihargai kalau kita berminat nak tahu tentang dirinya. So, jangan sibuk bercerita pasal kita, tapi banyak bertanya untuk korek rahsia-rahsia kejayaan mereka…

Dinner Public Gold

(Saya pernah ulas pasal topik ni dalam artikel “Bergaul, Cara Mudah Celik Bisnes”. Dan saya pernah ulas macam mana burung Pelican yang hampir pupus sebab tak tahu memburu dapat diselamatkan hanya dengan kuasa pergaulan. Ikuti artikel “The Power of Association”)

Amalan #5 : Memelihara Ibadah Asas

Ini biasanya orang telepas pandang. Ibadah asas memang ada kena mengena dengan kejayaan kita. Ibadah dan hubungan dengan Tuhan membuatkan jiwa kita lebih tenang, fikiran kita lebih optimis, dan mengelakkan dari terjebak perkara negatif yang melalaikan. Majoriti orang berjaya di dunia ialah mereka yang ambik peduli tentang agama tak kira mereka agama apa sekalipun. Selalu suburkan jiwa dengan baca Quran setiap hari, solat berjemaah di masjid, hadir majlis ilmu setiap minggu, dan wirid ringkas setiap kali lepas solat.

masjid(Saya pernah ulas pasal ibadah asas dan kaitannya dengan emosi dan fikiran kita dalam artikel “Rehatkan Diri Dengan Ke Masjid”, “Mencari Damai di Taman Syurga” dan “Apabila Zikrullah Ditinggalkan”)

Secara kesimpulannya, apa yang membuatkan kita lebih kaya dan lebih bernilai ialah apa yang kita masukkan dalam hati dan fikiran melalui apa yang kita lihat dan dengar setiap hari. Ia akan mempengaruhi cara kita memberi respon kepada peluang dan cabaran yang ada disekeliling kita. InsyaAllah, sama-sama kita amalkan 5 perkara tersebut. Mudah-mudahkan ia akan membuatkan kita semua lebih kaya 5 tahun akan datang, insyaAllah.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
29 Oktober 2012
13 Dzulhijjah 1433

Artikel berkaitan:

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • satu perkongsian yang menarik. orang berilmu campak ke mana pun boleh ‘survive’. Cuma penghayatan pencarian ilmu memang kurang dalam masyarakat kita..apatah lagi ilmu akhirat.

  • salam…saya yusri dari gombak….tak sempat nak baca semua….tapi saya rasa encik zulkifli dah boleh buat buku motivasi dah…supaya ramai lagi yang dapat energi dalaman yaang tinggi..atau pun nilai diri yang tinggi.
    ini cuma cadangan saya jer.

  • […] Cuba tengok guru-guru bisnes, guru kewangan dan guru pelaburan sebenar, ada tak mereka tunjukkan harta mereka? Cuba perhati guru-guru seperti Robert Kiyosaki (Kewangan), Azizi Ali (Kewangan), Puan Ainon (Bisnes), Irfan Khairi (Bisnes Internet), Dr. Shah Razali (Hartanah), Tuan Faizul Ridzuan (Hartanah) dan lain-lain, pernah tak mereka “jual” produk mereka dengan tunjuk harta mereka? Tak pernah, tapi orang ramai tetap cari mereka sebab NILAI diri mereka yang sebenar. […]

  • […] Guru bisnes saya tak pernah support hasrat saya untuk berhenti kerja. Apa yang beliau mahu, bila saya serahkan surat resign, saya telah pun jadi ‘seekor helang’ yang terbang tinggi dan bebas mencari rezeki walaupun hidup di kawasan pergunungan. Bukan lagi jadi ayam daging yang terpaksa menunggu untuk diberi makan. Ia bukan soal berapa besar pendapatan sewaktu saya resign, tapi ia soal kualiti diri dan nilai sebenar diri saya. […]

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >