Protect Your Brain!

by on December 19, 2010

“Saya tak baca news paper, saya tak tengok berita (TV)! Saya cuma baca buku-buku motivasi dan bacaan yang membina masa depan saya. Tak payah baca la news paper (akhbar). Mengarut semua tu. Lagi-lagi Harian Metro. Kita boleh hidup nya kalau tak baca news paper pun!…”

Antara pesanan Tuan Syukor Hashim (sifu pelaburan emas Malaysia) kepada saya masa saya call dia minggu lepas untuk tanya beberapa persoalan pasal pelaburan emas.
Orang Berjaya Tak Baca Akhbar 
Saya terkejut dengan pesanan beliau. Saya fikir, mentor bisnes saya dan rakan-rakan beliau jer yang tak baca paper (akhbar). Rupa-rupanya, orang berjaya yang lain pun sama. Mungkin inilah salah satu tips untuk berjaya iaitu “Jangan baca akhbar!”
Dulu masa mentor saya pesan, saya terima jer. Tapi terfikir juga, mungkin ker mentor kami jer yang tak baca news paper? Adakah orang berjaya di luar baca news paper macam orang biasa?
Bila Tuan Syukor cakap yang dia pun memang tak baca news paper, baru saya tahu, rupa-rupanya orang yang berjaya (secara holistik), kebanyakkannya akan elakkan diri dari baca news paper sebab boleh dikatakan 80% kandungan surat khabar adalah cerita negatif dan outdated. Ia langsung tak membantu membina masa depan kita. Dengan maksud lain, orang berjaya hanya akan baca, lihat, tonton benda-benda positif jer. Mereka akan elakkan bahan bacaan dan tontonan yang tak bermanfaat. Sebabnya, mereka tak nak terdedah dan masukkan dalam fikiran dengan perkara negatif!
Protect Your Brain!
“Zul kena ingat, sekali masuk benda negatif dalam kepala, dia akan lekat sampai bila-bila. Dah tak keluar dah” kata beliau lagi.
Memang benar apa yang beliau bagi tahu tu. Saya terbaca buku bertajuk “Focus on Your DREAM” tulisan Jeffrey D. Smith pun cakap benda yang sama. Menurut penulis buku tu, minda kita ada dua. Pertama, minda sedar. Kedua minda separa sedar (subconcious mind).
Minda sedar kita membantu untuk “buat keputusan” itu dan ini. Tapi minda separa sedar, ia  akan “absorb” apa saja TANPA TAPISAN. Kalau kita masukkan perkara  negatif tiap-tiap hari, maka kita akan jadi orang yang negatif, pesimis, lemah, tak yakin pada diri, dsb.

Masukkan input positif sahaja.
Mentor saya pesan, ramai orang jaga komputer dia dengan 2, 3 jenis anti-virus. Tapi tak pernah install anti-virus untuk otak dia. Sepatutnya, otak kita pun kena ada anti-virus dan spam filter sama dengan komputer. Garbage in, garbage out. Masukkan sampah, sampah jugalah yang keluar.
Dan pesannya lagi, benda negatif ni tak perlukan kos. Semuanya boleh dapat free! Tak pernah ada seminar bertajuk “Membina Minda Negatif”. Ianya percuma sahaja dan kita boleh dapatkannya di mana-mana. Baca akhbar & majalah, tengok TV, dengar lagu, bergaul dengan kawan-kawan biasa, kebanyakkannya memberi impak negatif kalau kita tak berhati-hati. Secara tak sedar, kita boleh jadi seorang yang negatif, pesimis dsb.
Input Negatif, Boleh Dapat Free Jer!
Kalau tiap-tiap pagi masa nak pergi pejabat, saya mesti terbaca tajuk depan Harian Metro yang tergantung dekat orang jual surat khabar dekat simpang Max Value Damansara secara percuma! Tak payah beli.
Tiap-tiap pagi, apa yang masuk dalam kepala ramai orang yang lalu simpang tu ialah curi, rompak, rogol, seks, sumbang mahram, bunuh diri, dera, buang bayi dsb. Semuanya negatif. Patut la ramai orang jadi negatif… Akhbar negatif. TV pun negatif. Inilah sumber utama input yang masuk dalam kepala kita tiap-tiap hari. Input negatif.
“Zul, sekarang ni you ada dua model berjaya. Satu you punya business mentor dan satu lagi tokey emas (sifu emas). Kedua-dua buat benda yang sama – tak baca surat khabar. So, sekarang ni sapa yang you nak ikut? Nak ikut orang ramai atau nak ikut orang berjaya!?”’
Ubah mindset, ubah masa depan.

Nak Berjaya, Fikir Macam Orang Berjaya!

Sebenarnya, Tuan Syukor tegur cara saya berfikir. Selalu fikir benda negatif pasal emas. Takut kena rompak, takut risiko itu dan ini. Sentiasa lihat ‘worst case scenario’ dan menyebabkan saya jadi susah untuk bergerak.
Alhamdulillah… satu teguran yang sangat membina. Dan ini satu lagi success principle yang saya perlu kukuhkan iaitu “hentikan input negatif, masukkan input positif setiap hari!”.
Sebelum ni saya memang tak tengok TV. Saya cuma pandang TV. Kalau orang tanya saya pasal rancangan dan iklan dalam TV, minta maaf. Saya memang tak ikuti cerita dan berita TV dah lebih setahun!
Masalah yang saya payah tinggal sebelum ni ialah baca akhbar online! Harian Metro, Kosmo, antara yang saya mesti baca tiap-tiap hari. Kekadang rasa macam tak sempurna hari tu kalau tak baca akhbar online! Ish… Dah sampai ketagih berita…
Ubah Cara Berfikir, Ubah Tabiat!
Mulai hari ni, saya nak kurangkan baca online news. Mungkin satu hari nanti, saya tinggalkan terus online news, melainkan yang boleh bagi input positif. Lebih baik saya habiskan buku-buku self-help yang belum habis dibaca lagi.
Nak dapat apa yang orang berjaya dapat, kita kena fikir macam mana mereka berfikir, dan kita kena buat apa yang mereka buat. Kalau terus fikir macam ramai orang berfikir, dan buat apa yang orang ramai buat, maka kita akan terus dapat hasil apa yang orang ramai dapat!
Kalau nak berjaya, ubahlah cara berfikir, dan ubat rutin harian sampai ia bertukar menjadi TABIAT. Moga sedikit perubahan, Allah kurniakan kita semua hasanah di dunia, dan hasanah di akhirat, insya Allah.
Wallahu a’lam.
Zulkifli
Damansara Damai
1 November 2010
24 Dzulkaedah 1431

{ 4 comments… read them below or add one }

1 Anonymous January 28, 2012 at 12:22 am

Salam….saya suka artikel ni…memang lepas baca surat khabar kita jadi down dengan masalah2 masyarakat yang semakin hari semakin mengerunkan…nice writing…

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie January 30, 2012 at 3:18 am

Wslm.. Alhamdulillah.. puji-pujian bagi Allah.. Moga kita semua jadi orang yang positif dan sentiasa optimis. InsyaAllah.

Reply

3 zubli quzairov April 1, 2014 at 2:13 pm

Salam semoga Encik Zul sekeluarga dirahmati Allah. Banyak ilmu yang dapat saya belajar mengenai kewangan.Tahniah dan terima kasih mewujudkan blog ini.

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie April 15, 2014 at 12:16 pm

Wslm En. Zubli,

Terima kasih kerena berziarah ke blog ni. Mudah-mudahan ianya bermanfaat, insyaAllah.

Saya doakan Allah merahmati En. Zubli juga. Amiin ya Allah.

Reply

Leave a Comment

{ 3 trackbacks }

Previous post:

Next post: