Manfaatkan Kekuatan, Jangan Pedulikan ‘Masalah’

by on September 6, 2011

Post image for Manfaatkan Kekuatan, Jangan Pedulikan ‘Masalah’

Saya tengok, ramai juga orang yang hebat-hebat, tapi tak tahu manfaatkan kekuatan dia. Dia lebih banyak berkeluh kesah dengan kelemahan, berbanding memanfaatkan kelebihan yang Tuhan bagi. Akhirnya, dia tak ke mana. Padahal, Tuhan dah bagi pakej yang cukup untuk dia berjaya.

Kisah Budak Kampung Terer

Masa di kampus dulu, saya ada seorang sahabat pelajar terbaik sekolah luar bandar. Budak kampung, tapi terer English, iaitu subjek yang paling digeruni oleh budak-budak kampung di Kelantan macam saya. Sampaikan dia tahu dan boleh cakap English American ataupun British. Pasal grammar tu tak payah cerita, dia boleh hurai lagi bagus dari lecturer yang ajar subjek English.

Cuma kekurangan dia ialah dia lemah subjek-subjek yang saya terer iaitu subjek kira-kira macam Matematik. Kalau subjek menghafal, bahasa, management, itu semua dia score! Tapi kalau subjek Matematik, Akaun, itu giliran saya! Kalau datangnya subjek bahasa, atau perlukan menghafal, menghurai, memang saya agak kecut perut dengan dia. Tapi saya fikir, saya akan kuat dengan subjek yang saya kuat, dan yang lemah tu saya buatlah seadanya… Dan akhirnya, saya juga ‘dinobatkan’ sebagai best student untuk batch ketika tu! (Alhamdulillah…)

Kuatkan Diri Dengan Apa Yang Kita Kuat

Cuma apa yang saya kesian ialah sahabat saya tu surrender separuh jalan. Menjelang final exam semester pertama, dia jadi macam orang tak betul. Dia terlalu nak berjaya dan nak jadi terbaik dari yang terbaik, tapi saya cuma nak jadi diri saya jer. Terbaik dengan apa yang saya ada jer.

Hujung semester dia berhenti belajar sebab nak ambik STPM sebab lebih cepat boleh complete degree berbanding ambik Diploma katanya. Tapi bila fikir balik, dia silap. Dia cancel ambik STPM, dan masuk balik belajar. Final exam dia skip dan terpaksa repeat semester 1 balik, sedangkan saya dapat score 4.0 (four flat) masa semester 1!

Masa saya semester 2, dia masih di semester 1. Dia dok mengeluh sepanjang masa dengan subjek yang dia lemah sampai akhir sekali, dia jadi gila! Terpaksa berhenti belajar, masuk hospital sakit jiwa. Dan berita terakhir yang saya dapat, dia mati kemalangan masa kakaknya bawa dia merawat di Shah Alam. Dia keluar sendirian dari rumah, tapi orang jumpa mati di Nilai… Innalillahi wa inna ilaihi rooji’uun…

Bongkar Kekuatan, Jangan Pedulikan Kelemahan

Ini satu daripada banyak kisah yang saya tengok sendiri dengan mata kepala. Orang yang Tuhan bagi kelebihan, tapi dia tak ‘hargai’ dan manfaatkan kelebihan tu, sebaliknya duduk mengeluh dengan kekurangan. Sedangkan Tuhan bagi setiap orang cukup pakej untuk berjaya, cuma pakej setiap orang tu berbeza.

Saya ada ramai kawan yang terer berniaga, tapi bisnes diorang tak ke mana berbanding kami suami isteri yang memang tak pandai berbisnes asalnya. Puncanya, mereka terlalu LAYAN kelemahan. Sepanjang masa dok cakap dan mengeluh pada apa yang dia lemah.

“I tak boleh buat bisnes sebab husband/ wife tak support!”

“Saya tak boleh buat bisnes sebab ada anak-anak kecik”

“Saya tak boleh buat bisnes sebab sibuk kerja”

“Saya tak bolah buat bisnes sebab tak ada modal”

Bila kita dok fikir tentang kelemahan/ masalah, kita akan jadi lemah tapi kalau kita fokus pada apa yang kita kuat, kita akan jadi kuat… Jangan layan sangat masalah tu sebab sepanjang masa Allah akan bagi kita masalah. Nabi yang Tuhan sayang pun Tuhan bagi masalah, inikan pulak kita orang biasa…

Buat Bodoh Jer Dengan Masalah

Masalah tak akan berhenti… lepas settle satu masalah, Tuhan akan bagi masalah yang lain pulak. Masalah akan sentiasa ada sampailah kita mati sebab Tuhan dah bagi tahu, hidup ni adalah untuk Dia uji siapa yang lebih baik amalannya. Kalau kita tunggu semua masalah selesai baru nak bermula dan berjaya, alamatnya kita tak akan bermula…

Cuba cek betul-betul, siapa yang tak ada masalah?

Kita fikir orang kaya tu tak ada masalah, padahal orang kaya tu lagi banyak masalah daripada kita. Kita fikir ustaz-ustaz tak ada masalah, sedangkan mereka pun ada banyak masalah, cuma beza antara orang berjaya dengan orang biasa ialah mereka tak layan masalah. Tapi orang biasa suka layan masalah.

Ada masalah mengeluh kat facebook. Ada masalah, asyik terfikir-fikir dan mengeluh sepanjang masa. Dalam tak sedar, dia melemahkan diri sendiri dengan kelemahan sendiri. Padahal, kalau dia buat bodoh jer dengan kelemahan/ masalah, dia jadi semakin kuat. Ada masalah, cari jalan selesaikan apa termampu. Dalam masa sama, manfaatkan segala kelebihan yang Tuhan bagi.

Buat Setakat Boleh, Serahkan Pada Tuhan

Kalau ikutkan, kami pun susah nak berniaga. Orang yang ada anak 2 pun dah mengeluh tak ada masa, penat dengan kerenah anak, inikan pulak kami yang ber-anak 5! Nak hantar rumah orang bila nak keluar buat bisnes, siapa berani ambik 5 orang anak kecik sekali gus? Nak hantar dekat keluarga, keluarga pun jauh. Tapi kami buat bodoh jer dengan masalah. Buat seadanya.

Kalau nak disenaraikan masalah, kami boleh buat senarai panjang untuk masalah kami untuk tak libatkan diri dengan bisnes, tapi itu sebenarnya cara membunuh diri! Kita boleh mati sebelum mati kalau dok layan masalah…

biskut sugee suji sedap

Dalam ‘Masalah’, Najdah Untung 200%!

Bulan puasa hari tu, Najdah jual biskut raya. Semua orang ‘wonder’ macam mana Najdah boleh buat biskut sambil layan kerenah anak-anak bulan puasa. Nak kena hantar dan ambik Aisyah sekolah. Nak kena siap-siap Aisyah & Amal pergi sekolah. Nak kena keluar beli baking ingredient. Nak kena dukung Fathi dan Hifdzi sekali gus setiap kali keluar rumah. Bila bawak kereta, Hifdzi nak duduk atas riba. Kereta pulak manual, bukan automatik! Macam mana yer? (Saya pun buntu)…

Kalau ikutkan susah, memang tak berniaga la jawabnya. Tapi Najdah buat bodoh jer dengan susah. Buat apa yang boleh, mintak Tuhan tolong yang selebihnya..

Senaraikan Kekuatan, Manfaatkan Kekuatan

Akhir sekali, alhamdulillah… banyak betul rezeki Najdah dalam masa 2 minggu terakhir Ramadhan… betul-betul luar jangkaan saya. Keuntungan sebenar yang dia dapat lebih 200% dari apa yang saya jangka. Dengan duit biskut raya tu lah Najdah buat beli baju raya kami sekeluarga. Dapat pulangkan balik 100% modal asas yang saya pinjamkan dari core bisnes kami. Dapat tambahkan ‘duit poket’ untuk mentua di kampung. Beli hadiah raya untuk anak-anak sedara. Dan 1/10 dimasukkan ke dalam tabung infaq. Alhamdulillah… Duit lain tak kacau pun…

Apa yang saya nak syorkan sahabat semua ialah buat satu senarai panjang kekuatan atau kelebihan yang Allah bagi pada kalian. Then, manfaatkan kekuatan tu betul-betul… Kalau ada masalah, cari jalan keluar… buat apa yang boleh, selebihnya serah pada Tuhan. InsyaAllah, Tuhan akan lorongkan jalan keluar untuk kalian…

Manfaatkan Bisnes Untuk Mendapat Taqwa

Kejayaan sebenar kita dalam berniaga bukanlah berapa banyak duit yang kita dapat, tapi siapa kita jadi lepas lalui proses berniaga tu. Susah payah dalam berniaga tu adalah proses untuk kita jadi orang lebih baik i.e. bertaqwa… Duit tu cuma ‘reward’ atas kejayaan kita memperbaiki diri. Ia bukan kejayaan sebenar sebab duit tu akhir sekali kita akan tinggalkan, tapi diri kita inilah yang kita akan bawa balik pada Tuhan nanti… Moga dengan berniaga juga kita dapat jadi muslim dan mukmin yang lebih baik di sisi Tuhan, insyaAllah.

Wallahu a’lam…

Zulkifli
Damansara Heights
5 September 2011
7 Syawal 1432

Kesimpulan:

  • Setiap orang Tuhan bagi pekej yang cukup untuk berjaya. Tapi pakej setiap orang tu adalah berbeza.
  • Tuhan jadikan setiap orang tu hebat, tapi kehebatan setiap orang tu berbeza.
  • Selagi hidup, kita tak akan terlepas daripada masalah. Masalah adalah sebagian daripada kehidupan.
  • Kalau kita fokus pada kekuatan/ kelebihan yang kita ada, kita akan jadi kuat. Tapi kalau kita sentiasa fokus, fikir, layan kekurangan/ kelemahan yang ada, kita akan jadi lemah.
  • Semua masalah yang Tuhan bagi adalah proses untuk jadikan kita lebih baik. Selagi tak melibatkan dosa, masalah bukanlah sebenar-benar masalah.
  • Orang berjaya ialah orang yang memanfaatkan kelebihan yang Tuhan bagi, dan menjadikan setiap masalah yang datang sebagai proses untuk membentuk diri.

Artikel berkaitan:

{ 30 comments… read them below or add one }

1 Goblogz September 7, 2011 at 4:36 am

fuuhh terasa di motivasi diri baca entry ni

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie September 7, 2011 at 5:49 am

Alhamdullillah Goblogz.. puji-pujian bagi Allah. :)

Reply

3 encik kerani September 12, 2011 at 10:12 am

Blog yang sangat bagus. Salam perkenalan.

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie September 13, 2011 at 12:35 am

Alhamdulillah encik kerani berjaya, salam ukhuwwah.. :)

Reply

5 Anonymous December 28, 2011 at 5:51 pm

thanks bro..

Reply

6 Mohd Zulkifli Shafie December 29, 2011 at 4:10 pm

You are most welcome. Alhamdulillah…

Reply

7 yaya April 27, 2012 at 12:58 pm

assalamualaikum…
terima kasih..
membantu menaikkan lagi semngat saya ni …
insya-ALLAH,blajar di atas kaki sendri…

Reply

8 Mohd Zulkifli Shafie April 28, 2012 at 2:17 am

Wslm Yaya,

Alhamdulillah… puji-pujian bagi Allah… T.kasih berziarah ke blog saya yang seadanya ni..

Reply

9 Anonymous November 21, 2012 at 6:40 am

the best entry..meremang bulu roma….betul …kita kena tulis keistemawaan kita…bila kita tengok kelemahan kita jer kita jadi makin lemah…seperti dalam buku secret….law of attractions……..yusri gombak

Reply

10 Mohd Zulkifli Shafie November 21, 2012 at 7:43 am

Alhamdulillah, puji-pujian bagi Allah. Moga ianya bermanfaat untuk En. Yusri, insyaAllah.

Reply

11 nurul ain November 26, 2012 at 7:38 am

comel-comel anak en zul dan pn najdah..merekalah pembakar semangat.kan?harapan saya agar suami saya bersedia berhijrah bersama-sama saya..saya dah puas kerja makan gaji.

Reply

12 Mohd Zulkifli Shafie November 26, 2012 at 8:24 am

Tq Pn. Nurul Ain. Memang anak-anaklah pembakar semangat kami. Bagus tu, mulakan bisnes sendiri. Mulakan secara part-time dulu pun ok. Saya pun masih bekerja, tapi buat bisnes dengan full-time mentality. InsyaAllah.

Reply

13 Faisal Ghazali December 23, 2012 at 7:02 pm

True..meremang bulu roma skejap..ni bru nk reda.. 😉 alhamdulillah..artikel2 tuan memg sgt2 membantu..thx

Reply

14 Mohd Zulkifli Shafie December 26, 2012 at 6:45 am

Alhamdulillah… Puji-pujian bagi Allah. Terima kasih berziarah ke blog saya yang seadanya ni. Moga bermanfaat, insyaAllah.

Reply

15 Anonymous February 19, 2013 at 2:13 pm

Alhamdulillah dengan izin Allah akak ditakdirkan terjengah page ni.. Semoga dapat memberikan paradigma baru dalam hidup akak.. tahniah buat adik dan isteri.. terima kasih atas perkongsian..

Reply

16 Mohd Zulkifli Shafie February 19, 2013 at 11:15 pm

Alhamdulillah kak… puji-pujian bagi Allah.

Reply

17 siti hamidah October 31, 2013 at 4:00 pm

penulisan yang bagus..

Reply

18 Mohd Zulkifli Shafie October 31, 2013 at 4:27 pm

Alhamdulillah, puji-pujian bagi Allah. Terima kasih Pn. Siti Hamidah kerana berziarah ke blog ni. Moga ianya bermanfaat, insyaAllah.

Reply

19 akram April 27, 2014 at 11:11 pm

mmg betul sangat anta coret artikel ni, saya dah melalui bagaimana bile buat x tau je dengan masalah…keep up dengan bis…masalah terasa jadi bukan maslah…
alhamdulillah..tq tuan zul…artikel ni remotivate me….

Reply

20 Mohd Zulkifli Shafie April 27, 2014 at 11:48 pm

Alhamdulillah… :)

Reply

21 tyty October 31, 2014 at 8:56 pm

Baru terjumpa blog ni..mcm brtemu satu sinar..bertuahnya tuan..mnjdi insan brmanfaat utk org lain…alhamdulillah..sgt mberi inspirasi…dh hmpir sminggu sy bc artikel d blog ni stiap hari

Reply

22 Mohd Zulkifli Shafie October 31, 2014 at 9:58 pm

Alhamdulillah. Terima kasih berziarah ke blog ni. Mudah-mudahan ianya bermanfaat, insyaAllah.

Reply

23 norazmah July 19, 2016 at 9:54 pm

assalamualaikum…byk kata2 bermanfaat, memberi semangat dan ilham..boleh copy paste ka utk tatapan rakan2 yg lain d fb dll media? terima kasih

Reply

24 Mohd Zulkifli Shafie July 19, 2016 at 11:55 pm

Wslm.

Silakan Pn. Norazmah.

Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.

Reply

25 mariam kassim July 30, 2016 at 12:31 pm

Assalamualaikum Tuan Zul…..

Nak share boleh….saya suka baca blog tuan Zul..Sangat2 memberi motivasi kepada saya….

Reply

26 Mohd Zulkifli Shafie July 30, 2016 at 2:10 pm

Wslm Pn Mariam,

Alhamdulillah. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.

Reply

27 rmz September 15, 2016 at 3:53 pm

asalamualaikum dan salam sejahtera…

Terbaik….5 star.. satu perkongsian yang sangat seimbang untuk dunia dan akhirat….

terima kasih pada penulis nya…

Perkongsian ini telah memberi satu inspirasi yang secara menyeluruh…

Alhamdullillah….amin

Reply

28 Mohd Zulkifli Shafie September 16, 2016 at 7:12 am

Wslm Tuan RMZ,

Alhamdulillah. Mudah-mudahan artikel ni bermanfaat, insyaAllah.

Reply

29 Maz Aziz February 17, 2017 at 8:33 am

Assalamualaikum..

Terima kasih kerana menginfakkan nasihat yg sangat berguna disaat saya memerlukan.. Jazakallahu khaira.. Ameen…

Reply

30 Mohd Zulkifli Shafie February 18, 2017 at 7:46 am

Wslm Pn. Maz,

Alhamdulillah. Mudah-mudahan artikel ni bermanfaat, insyaAllah.

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: