MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Strategi Penting Berniaga Biskut Raya

Bila nak masuk Ramadhan ni, ramai yang mula edarkan sample untuk jual biskut raya terutamanya di pejabat. Masa ni akak yang buat biskut raya dah mula ambil tempahan. Najdah (isteri saya) pun jual biskut raya juga, tapi kami tak ambil tempahan. Kami jenis buat setakat mampu, dan jual apa yang ada. Alhamdulillah, raya tahun lepas, Najdah capai sasaran jualan tanpa mengganggu ibadah Ramadhan dan persiapan raya. Semuanya kami belajar dari pengalaman lepas. Biasanya kalau orang baru-baru berniaga biskut raya, akhir sekali rasa serik sebab penat. Kalau tak rancang dan urus dengan betul, memang dapat penat je lah. Bahkan kekadang tak berbaloi dengan untung. Badan penat, ibadah Ramadahan terganggu, bahkan nak balik raya pun masih kelam-kabut siapkan tempahan.

Tahun ni Najdah masih 50-50 samada nak buat biskut raya atau tak, tapi bila fikirkan permintaan regular customer, Najdah kena buat juga. Pernah satu tahun tu Najdah tak dapat buat sebab oven rosak, ramai regular customer yang terkilan. Jadi untuk membuatkan mereka happy menjelang raya tahun ni, Najdah akan buat biskut raya tahun ni, insyaAllah. (“,)

Sambil buat untuk penuhi permintaan customer, dalam masa yang sama boleh buat duit poket untuk raya. Hasil bisnes biskut raya biasanya cukup untuk persiapan raya, bahkan boleh tambah duit simpanan peribadi Najdah. Bagi ibu-ibu atau suri rumah yang nak cari duit raya, boleh explore bisnes biskut raya ni. Kalau tak pernah ada pengalaman, ini 8 tips penting yang boleh saya kongsikan berdasarkan pengalaman Najdah berniaga biskut raya;

#1 – Letak Matlamat Realistik

Najdah biasanya letak target berapa bekas yang dia mampu siapkan sendiri. Najdah tak buat besar-besaran sebab bisnes yang melibatkan production ni agak memakan masa. Kalau buat sendiri tanpa upah pekerja, kita kena bajet kapasiti kita sendiri. Tahun lepas dia berjaya siapkan 500 bekas. Jadi bila ada target, senang nak beli bahan-bahan buat biskut, dan rancang jadual nak siapkan semua biskut-biskut tu.

Bajet tu penting sebab bahan-bahan kena beli sebelum Ramadhan lagi. Kalau dah masuk Ramadhan especially dah masuk minggu kedua, banyak bahan-bahan dah out-of-stok. Siapa yang masih ambil tempahan waktu pertengahan Ramadhan, memang melilau la nak mencari bahan nanti sebab kebanyakkan kedai akan habis stok.

#2 – Ambil Tempahan atau Jual Terus?

Sejak tahun lepas, Najdah dah tak ambil tempahan. Najdah akan siapkan berapa yang dia mampu, dan jual terus. Nampak macam ekslusif pulak biskut sugee Najdah (“,). Kalau ambil tempahan, nanti penat sebab permintaan mungkin lebih daripada kemampuan sebenar dia. Bila permintaan berlebihan, nak tolak rasa tak tergamak. Bila ambil juga tempahan berlebihan, itu yang sampai tak tidur malam tu. Habis program ibadah pun terganggu.

Jadi lepas belajar pengalaman lepas, Najdah dah tak ambil tempahan. Buat apa yang mampu, dan terus jual. Alhamdulillah, semuanya habis dijual (bahkan lepas raya pun orang masih tanya) sebab kami dah estimate permintaan berdasarkan pengalaman sebelum ni. Kaedah buat dan jual terus ni senang sebab tak mengganggu ibadah Ramadhan dan tak perlu kelam-kabut last minit siapkan tempahan.

Bagi siapa yang tak pernah berniaga biskut raya sebelum ni, letak target yang realisitik. Target 100 – 200 bekas dulu pun ok untuk “test market” tahun pertama dan dapatkan pengalaman. Kalau ok, tahun kedua baru buat 500 – 1000 bekas. Kalau untung RM10 untuk satu bekas, 100 bekas dah boleh dapat RM1,000 duit raya. Ok la tu sebagai permulaan… (“,)

#3 – Fokus Satu Jenis Biskut Sahaja

Bila berniaga biskut ni, Najdah guna Single Menu Strategy sebagaimana yang disyorkan oleh Chef Li. Maksudnya, bina reputasi dengan satu produk. Najdah hanya buat Biskut Sugee sahaja. Bila fokus satu produk;

  • Kita kelihatan lebih pakar, lebih fokus. Bila existing customer fikir Sugee, dia ingatkan Najdah. Bila ingat Najdah, dia akan ingat Sugee! (“,)
  • Pengurusan stok lebih mudah. Tak perlu pening kepala hantar biskut kepada customer. Semuanya Sugee. Tak ada biskut lain. Yang kena rekod cuma akak ni nak berapa bekas. Itu jer.
  • Pengurusan bahan mentah lebih senang. Beli bahan buat Sugee sahaja. Tak perlu beli banyak bahan.
  • Senang nak buat sebab hanya satu produk sahaja. Kalau buat banyak biskut sekali, mesti penat. Tak percaya cuba tanya akak yang pernah jual banyak jenis biskut raya tu. (“,)

#4 – Pilih Biskut Yang Senang

Selain Sugee, dulu Najdah pernah jual Tart Nenas. Tart Nenas Najdah pun ada permintaan juga. Tapi bila dibandingkan dengan Tart Nenas, Suggee jauh lebih simple, lebih mudah, lebih cepat dan boleh tahan juga permintaannya. Biskut sugee cuma perlu (1) uli, (2) terap dan (3) terus bakar. Itu sahaja. Tapi kalau tart nenas; (1) siapkan jem nenas, (2) uli, (3) terap, (3) letak jem, (4) sapu telur dan (5) bakar. Sugee cuma 3 proses, sedangkan Tart Nenas 5 proses!

Maksudnya, Sugee lebih simple, lebih mudah dan jimat masa. Chef Li pernah pesan, bila nak berniaga, pilihlah produk yang mudah. Mudah sebelum, semasa, dan lepas menjual. Sebab memang ada produk yang penat untuk prepare, penat semasa menjual, dan penat mengemas selepas menjual!

#5 – Produk Untung Melepasi 100%

Dari sudut keuntungan, alhamdulillah, biskut Sugee melebihi 100% daripada kos sebenar produk tu. Pesan Chef Li, kalau nak berniaga produk makanan, pilih produk yang untung at least 100%! Kalau kosnya RM10, harga produk at least RM20. Untung itulah upah masa dan penat kita. Yang paling baik, untungnya 400% dan ke atas. Itu baru cepat pergi haji kata Chef. (“,)

Jadi siapa nak berniaga biskut raya, cuba buat kira-kira dulu kos bahan mentah untuk siapkan satu bekas biskut tu. Saya ulang lagi sekali, mesti kira berapa KOS SEBEKAS BISKUT. Jangan main agak-agak jer. Kena buat costing la sikit. Kalau untung tak sampai 100%, Chef nasihatkan cari produk lain. Takut nanti buat penat jer. Dah ramai dah orang menangis bila hadir kelas dengan Chef. Bila buat costing, untung niaga dia tak sampai pun 50%! Bahkan rugi pun ada. Patut la dapat penat jer. Orang lain “berniaga” dapat untung, tapi kita sekadar “menjual” dan dapat penat kata Chef.

#6 – Strategi Harga Mampu Milik

Masa mula-mula nak letak harga, Najdah cadangkan jual harga RM36 untuk bekas 100 biji Biskut Sugee. Katanya, ini lebih untung bagi customer. Saya setuju dengan Najdah, tapi dari sudut psikologi pembeli, strategi begitu kurang berkesan. Orang akan tanya, berapa harga sebekas? Bila bagi tahu RM36, maka secara automatiknya orang fikir ianya mahal!

Jadi berdasarkan ilmu yang saya belajar daripada Chef Li, saya syorkan Najdah cari bekas yang lebih kecil dan letak harga RM20 sebekas. Satu bekas kecil boleh muat 54 biji Suggee. Jadi customer akan fikir ianya lebih murah, bahkan dari sudut keuntungan, untungnya lebih besar! (Alhamdulillah).

#7 – Simpan Rekod Pembeli

Setiap orang yang beli dengan kita, kita mesti simpan rekod. Bila datang musim raya macam ni, Najdah dah tahu siapa regular customer dia. Jadi bila nak promote biskut tu, Najdah cuma blast mesej kepada semua regular customer.

Bila ada regular customer, Najdah tak perlu pun bagi sample. Mereka dah tahu rasa dan standard Biskut Sugee Najdah. Tahun lepas Najdah jual dalam 500 bekas tanpa bagi sample walupun sebiji biskut Sugee! (Alhamdulillah). Bahkan regular customer ni yang tolong promote secara percuma kepada kawan-kawan.

Tapi kalau first time berniaga, memang kena bagi sample. Dan pastikan sample tu mesti sama dengan biskut sebenar yang kita siapkan nanti. Jangan pulak sample sedap, tapi bila siapkan banyak tempahan, hasilnya tak sedap.

Kalau tak capai standard sebenar, Najdah tak akan deliver produk tu kepada customer. Reputasi kena jaga dengan baik. Reputasi tu adalah ASET BISNES yang sangat mahal. Biasanya kalau siapkan sesuatu batch Biskut Sugee, Najdah akan bagi saya rasa untuk pastikan ianya capai standard sebenar biskut tu. Kalau tak capai standard, biskut tu simpan jadi stok kami untuk makan-makan jer.

#8 – Baking With Love

Akhir sekali, buatlah produk terbaik dengan cara yang terbaik. Bagi kami, Biskut Sugee bukan hanya untuk dijual, tapi untuk bagi anak-anak kami makan. Apa yang customer makan, itu jugalah yang kami bagi makan kepada anak-anak kami sendiri. Kami sekeluarga memang suka Sugee yang Najdah buat. Pendek kata, sebelum Najdah boleh siapkan biskut untuk dijual, dia kena siapkan dulu ‘tempahan’ anak-anak supaya dia boleh siapkan biskut tu dengan aman dan damai . (“,)

Memang customer tak tahu apa bahan yang kita letak dalam biskut tu, dan customer tak tahu macam mana kita siapkan tempahan tu, tapi Allah Maha Tahu. Jadi pastikan produk kita bersih, suci dan halal. Jaga kebersihan dapur dan jagalah adab masa siapkan tempahan. Pendek kata, kalau customer tengok cara kita siapkan biskut tu, dia yakin untuk makan biskut tu.

Jadi, itulah tips ringkas untuk ibu-ibu yang nak buat bisnes biskut raya. Kalau tips ni berguna, alhamdulillah, puji-pujian bagi Allah. Mudah-mudahan Allah melapangkan dan memberkati rezeki kita semua, insyaAllah.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Pasir Mas
31 Mei 2014
2 Syaaban 1435

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • alhamdullilah dapat ilmu pemasaran biskut raya dari tuan,biskut raya najdah mesti sedap.pandai dia buat biskut raya.1 kelebihan bagi dia.;)

  • Alhamdulillah.. tahniah Tuan Zul dan isteri Puan Najdah… kak amat kagum dgn usaha tuan suami isteri meningkatkan ekonomi keluarga,,, kalau semua suami isteri di Malaysia ni berwawasan seperti ini, alangkah harmoni dan bahagianya rumahtangga,,.., Oh ya puan Najdah. kak nak tempah 2 bekas biskut sugee boleh tak ? nanti kak PM alamat dan bayar melalui akaun bank kalau puan setuju terima tempahan…t.k.

  • kalau kaum ibu boleh buat bisnes kecil-kecilan untuk musim raya.untuk kaum bapa apa pula? apa pandangan cik zul?

  • Alhamdulillah akhirnya dpt saya melayari blog tuan hasil dr cdgn saudara fathuri(MMR)
    Bgmana ya utk saya mengenali potensi saya dlm usaha nak memulakn perniagaan utk menjana ekonomi…
    Mohon tuan zul sudi berkongsi…

  • as salam tuan.

    nak tanya skit :

    1. wife jual kuih siap dgn reben & tag tu ke? pada harga rm20?

    2. utk cari agen tuk pasarkan kuih kita, mcm mn ye? dari segi sample. sample mereka harus beli atau beri sample dlm quantity yg kecil dari kuih yg dijual?

    tq.

    • Wslm Pn. Ryn,

      1. Kalau yang jual, reben dan tag tu tak ada. Reben dan tag tu yang kami jadikan gift. Bagi kepada keluarga dan kawan-kawan terdekat. Buah tangan untuk raya.

      2. Kami tak cari ejen, tapi memang ada customer yang offer diri untuk jadi ejen. Kami tak cari ejen sebab buat kecil-kecilan jer. Sample bagi free jer. Masa mula2 bagi sample dulu, kami jadikan biskut tu sebagai gift jer. Kalau dekat pejabat, bagi kawan-kawan makan dekat department masing-masing. Bagi sebekas yang kita jual tu untuk mereka makan ramai2 supaya mereka nampak real produk yang kita jual. Jangan niat bagi sample, tapi niat bagi kawan-kawan makan. Kalau mereka tak order pun tak apa sebab kita memang niat nak bagi makan.

  • tabarakallah..kak najdah..terima kasih..blog suami akk sangat bermanfaat..en.zul terima kasih..masyaAllah..tabarakallah..insyaa Allah..tahun ni saya akan beli oven dan jual biskut raya tahun depan..tahun depan baby dah besar skit..1 jenis ajer dulu..noted..almond crunchy atau almond london atau biskut badam rangup kesukaan arwah abah..doakan saya ya..aminn..

  • Alhamdulillah..terima kasih atas perkongsian tuan. saya dapat rasa ikhlasnya tuan berkongsi..moga murah rezeki sekeluarga. amin

  • Salam tuan..tuan memang seorang usahawan yg berwa wasan jauh..nk tanya..cmna nk kembangkan bisnes dlm bidang sulaman dan jahitan

      • Assalamualaikum.
        Saya memuji cara encik zul mengatur strategi perniagaan.wlpn secara sambilan dn kecilan tetapi ada matlamat dan marketingnya.dr segi nasihat dn tunjuk ajar saya nmpak ketulusan kamu berniaga.ini lah yg dituntut Allah.moga dgn ilmu yg dikongsi Allah memberi balasan yg baik melimpahkn lebih rezeki untuk keluarga kamu.saya mula menyedari betapa bernilainya blog ini,selama ini saya tidak terfikir strategi yg mcm ni wlwpn bisnes sy dh pesat berkembang.

  • Salam tuan zul..

    Apa pendapat tuan pada produk yg spt berikut:

    Produk yg laris
    Permintaan tinggi
    Persaingan kurang
    Keuntungan bergantung pada bahan mentah yg turun naik
    Mempunyai byk proses( agak susah nak buat)
    Perlukan kuantiti yg byk baru untung byk
    Perlukan masa dan kemahiran yg tinggi jika tidak menggunakan alatan dan mesin yang sesuai
    Semoga tuan sudi kongsi pendapat.. terima kasih

    • Wslm En Wan,

      Antara pesanan Chef Li yang saya masih ingat, pilih produk yang:

      1. Untung besar
      2. Senang sebelum (proses nak buat), semasa menjual, dan selepas menjual
      3. Bahan mentah yang senang dapat bila-bila masa. Kalau tak dapat dari main supplier, kita boleh dapatkan di kedai-kedai biasa walaupun harga sedikit mahal. Ia penting supaya bisnes kita konsisten dan merdeka.
      4. Produk biasa yang orang beli hari-hari, bukan bermusim.

      Setakat apa yang saya faham dari ciri produk yang En. Wan berbanding yang Chef Li sarankan, saya akan cari produk lain.

      Wallahu a’lam.

  • Assalamualaikum…

    Terima kasih Encik Zul. Ilmu yang sangat bermanfaat bg insan seperti saya. Tahun ini merupakan tahun pertama saya ingin mencuba untuk menjual biskut raya. Tapi saya dah terbuat pelbagai jenis. InsyaAllah tahun2 akan datang saya akan fokus kepada sejenis dua sahaja seperti yg encik sarankan. Doakan saya ya…

  • Assalamualaikum…maaf ye.hr tu saya pernah terbaca kak najdah ckp
    boleh share resepi.bila saya sms,kak najdah tak reply.bila saya whatsapp,kak najdah block saya pulak.cakap boleh share.bila mintak,xdpt pulak.boleh bawa masuk syurga ka resepi tu?

  • Akak ada kemahiran membuat kuih makmut. Rata-rata dpt feedback dr org2 yg pernah rasa kuih makmur akak sgt positif. Akak ingin mulakn berniaga kuih makmur dari rmah tapi cara pembuatannya aga rumit. Adakah berbaloi untuk akak terus niat akak?

  • Assalamualaikum.

    terima kasih di atas info yang telah en zul kongsikan.
    Saya baru mula menjual biskut raya tahun ini. Permulaan agak sukar dan kelam kabut. modal pun sedikit. saya membuat kuih atas tempahan rakan terdekat sahaja.
    nak bertanya bagaimana nak kembangkan perniagaan biskut saya walaupun musim tak raya? saya membuat biskut kacang mazola. so far saya mendapat feedback yang baik dr rakan kerana rasa yang sedap dan saiz yang agak besar.
    terima kasih

    • Wslm Pn. Lily,

      Alhamdulillah.

      Pengalaman yang bagus tu.

      Kami tak ada pengalaman berniaga biskut raya di luar musim raya. Tapi macam produk lain juga, kalau sedap dan ada permintaan berterusan, jual jer macam biasa.

  • Salam, maaf mengganggu saya cuma mahu bertanya. Adakah tuan
    cuma mengambil tempahan biskut suji hanya ketika musim perayaan? Jika saya ingin menempah untuk bukan musim perayaan bagaimana? Berapa caj dan masa untuk saya memperolehinya? Saya ingin menghadiahkan biskut suji tersebut kepada kawan yang sedang sarat mengandung. Dia terlalu mengidam biskut tersebut. Harap ada jawapan segera dari pihak tuan.
    Terima kasih.

  • Terima kasih berkongsi ilmu En Zulkifli. Kalau saya jual di shopee / lazada strateginya sama ke atau lebih rumit?

  • Assalamualaikum En. Zul. Saua lupa tanya tadi. Biskut raya ni nak kena letakkan tarikh luput dan bahan2 yang digunakan ke? Jika iye bagaimana nak kira tarikh luput tu?
    Terima kasih

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >