4 Langkah Mudah Memulakan Bisnes Sendiri

by on February 3, 2013

Post image for 4 Langkah Mudah Memulakan Bisnes Sendiri

“Apa bisnes yang bagus untuk bermula? Boleh bagi cadangan tak?” Antara soalan yang susah saya jawab sebab saya pun tak pasti apa bisnes yang sesuai dengan orang bertanya. Bisnes yang terbaik untuk saya, mungkin tak sesuai untuk orang lain. Ia bergantung pada matlamat kewangan, modal, minat, kemudahan yang dia ada dsb. Cuma saya beranggapan, orang yang baru nak buat bisnes ni sekadar nak dapat extra income RM200 – RM300 sebulan buat permulaan. Itu pun  dah baik dari tunggu kenaikan gaji hujung tahun.

Sekarang ni peluang bisnes terlalu banyak. Untuk orang baru, saya selalu syorkan bermula sebagai “middle-man” jer dulu. Jadi ejen, dealer, pengedar kepada produk dan servis yang anda sendiri sangat suka dan puas hati. Bisnes konsep macam ni sangat banyak kat luar tu. Setakat nak dapat extra income RM200 – RM300 sebulan dengan modal modal minimum (hatta tanpa modal) sekalipun memang boleh. Ia mampu memperbaiki tahap kewangan kita. At least boleh tambah saving bulanan.

Kami suami isteri pun memang jadi dealer untuk banyak company yang supply produk & servis yang kami rasa memang terbaik. Bukan untuk berniaga, tapi untuk dapat harga diskaun dan memudahkan kami bantu sesiapa sahaja untuk dapatkan produk & servis  yang sama. Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air. Sambil pakai produk, why not buka ‘pintu’ untuk dibayar atas produk yang memang kita suka?

Pengalaman Nutrilite & Public Gold

Masa mula berkerja tahun 2003 dulu, kami suami isteri mula amalkan suplemen kesihatan Nutrilite (Amway). Sebab selalu beli, dan keluarga saya pun beli produk Nutrilite tu, kami register sebagai distributor (member) untuk dapat harga diskaun. Sambil seronok gunakan produk, kami dalami ilmu tentang kesihatan untuk diri sendiri dan kongsikan dengan kawan terdekat, dan alhamdulillah, hari ni kami ‘dibayar’ atas produk yang kami sendiri suka! Pendek kata, jumlah pendapatan jauh melebihi nilai produk yang kami pakai setiap bulan tanpa perlu menjual lagi (sebab kami dah ada network regular consumer yang ramai). Seolah-olah pakai produk free! Alhamdulillah…

Kuasa Prosumer

Pengeluar buat duit, pengguna belanja duit.  Why not kita buat duit sambil berbelanja?

Tahun 2010, lepas saya ‘study’ tentang pelaburan emas, saya decide untuk beli emas Public Gold dalam jumlah yang melayakkan saya jadi dealer secara automatik. Sekadar convert saving daripada Tabung Haji kepada emas. Bukan untuk berniaga emas. Tapi lepas saya lebih ‘expert’ tentang pelaburan emas, saya dapat bantu ramai kenalan untuk melabur dalam emas cara yang betul, alhamdulillah, saya dibayar komisyen yang nilai terkumpulnya jauh melepasi modal asal saya membeli emas tahun 2010 dulu! Untung lebih 100% setahun! Alhamdulillah… Daripada tunggu kenaikan harga emas, why not jana pendapatan atas emas yang tersedia ada?

Niagakan Produk Yang Anda Memang Suka

Buku Kuasa ProsumerItu hanya dua contoh macam mana Allah rezekikan kami extra income hanya dengan jadi “middle-man” tanpa modal sebenar, tanpa pening kepala fikir pasal nak hasilkan produk, tanpa perlu berhenti kerja, tanpa buat loan, tanpa kos overhead sebenar, tanpa pening kepala nak cari supplier & simpan stok dsb. Prinsipnya, sambil menyelam minum air. Ada produk yang anda suka, registerlah sebagai dealer dan bantu orang lain dapat manfaat yang sama. Tak perlu menjual, hanya berkongsi dari hati ke hati! Bila kita kongsi dari hati ke hati, kita akan buat dengan seronok tanpa “kecil hati”. Contohnya, bila saya syorkan emas Public Gold kepada pelabur, saya tahu emas Public Gold adalah yang terbaik untuk pelaburan emas di Malaysia, bukan sebab ‘poket’ saya. Kalau dia beli, dia untung. Kalau dia tak beli, saya tak rugi!

Saya tengok ramai orang masih ‘buntu’ nak buat bisnes apa. Bagi saya, mulakan dulu dengan apa yang terdekat dengan anda. Nanti dah bermula, Allah akan nampakkan banyak peluang untuk buat duit, insyaAllah. Dan hari ni saya nampak terlalu banyak ruang untuk buat duit dengan cara jadi “middleman” ni. Semuanya berkaitan dengan produk & servis yang memang saya sendiri gunakan. Terlalu banyak peluang hinggakan saya perlu buat keputusan bisnes mana yang terbaik untuk saya fokus. Bagi saya, kalau siapa rasa ‘buntu’ macam mana nak buat side income (at least untuk tambah saving bulanan) tanpa perlu kerja part-time, bagi saya dia belum nampak peluang yang memang dah tersedia sekeliling dia.

Jadi nasihat saya;

Langkah #1 : Kenalpasti Produk & Servis Terbaik

Senaraikan apa produk & servis yang anda memang pakai, memang suka, dan anda rasa ianya pilihan terbaik. Produk tu mungkin yang anda memang gunakan tiap-tiap hari di rumah! Dan lagi bagus, anda memang ceritakan produk tu kepada kenalan terdekat walaupun tak dibayar! Macam pergi tengok wayang. Anda suka movie tu, lepas balik anda ceritakan kepada kawan-kawan di pejabat walaupun pawagam tu tak bagi tiket free atas promosi percuma tu!

tips memilih produk abs

Langkah #2 : Kenalpasti Peluang & Cara Menjadi Ejen

Kenal pasti apakah ada peluang untuk anda jadi ejen. Paling baik, jadilah ejen kepada syarikat yang kenakan kos minimum (hatta tanpa kos) untuk register sebagai ejen. Pendek kata, kalau ada orang beli, anda dibayar komisyen. Kalau tak ada jualan, anda tak rugi apa-apa! No risk at all!

Dalam mencari peluang pun, jangan simply register dengan sesiapa tapi carilah introducer, dealer, distributor, atau upline yang boleh bagi bimbingan yang betul. At least dia boleh bagi bimbingan yang betul untuk anda lebih faham tentang produk dan cara niagakan produk dengan betul.

Langkah #3 : Hadiri Latihan & Jumpa Orang Berjaya

Lepas jadi ejen, jangan duduk rumah dan tergolek depan TV! Keajaiban hanya akan berlaku bila anda keluar rumah! Ruangkan masa untuk hadir ke perjumpaan yang diadakan oleh syarikat. Bukan setakat hadir, ambil peluang untuk berjumpa mereka yang telahpun berjaya. Bina hubungan yang baik dengan mereka & ‘korek’ rahsia-rahsia kejayaan mereka. Kalau anda serius untuk berjaya, Kiyosaki syorkan hadir ke semua perjumpaan mereka untuk tempoh at least 6 bulan! Itu adalah tempoh minimum untuk ‘tukar’ mindset daripada seorang pekerja kepada bisnes owner. (rujuk “Bergaul, Cara Cepat Celik Bisnes“)

Top Affiliate Bisnes Kerajaan

Minum-minum bersama otai-otai Internet Makerter Malaysia. Banyak ilmu yang saya belajar dari mereka hari tu.

Langkah #4 : Kongsikan Keseronokan Menggunakan Produk

Lepas jadi ejen, jangan duduk diam. Bagi tahu pada kawan-kawan yang anda jadi ejen syarikat. Kalau sesiapa nak dapatkan produk dan servis, anda boleh BANTU (bukan jual). Manfaatkan medium yang ada samada telefon, sms, whatsapp, facebook, twitter hatta blog sekalipun. Kongsikan kenapa anda suka dengan produk tu dan macam mana produk tu boleh jadikan hidup anda lebih baik. Jangan sekali-kali menjual. Saya ulang lagi sekali, jangan menjual. Kalau anda menjual, orang akan lari! Jadilah seorang sahabat yang nakkan kebaikan untuk sahabat yang lain…  (rujuk “Jadilah Sahabat, Bukan Salesman“)

Itulah empat (4) langkah mudah untuk memulakan bisnes sendiri. Pengalaman menjadi “middle-man” ni insyaAllah akan menjadi asas yang kukuh untuk anda memulakan bisnes yang lebih besar seperti menghasilkan produk & servis sendiri nanti, insyaAllah. Saya yakin, semua orang boleh buat bisnes simple ni. Dengan duit extra RM200 – RM300 sebulan untuk permulaan, at least anda boleh tambahkan duit simpanan tiap-tiap bulan. Ia jauh lebih berbaloi daripada anda tunggu kenaikan 3 keping dinar yang anda simpan sebagai pelaburan! Dan jangan lupa, income tu tak akan kekal RM200 kalau anda usahakan dengan sabar. Nanti Allah akan gandakan menjadi RM2,000, RM20,000 bahkan RM200,000 sekalipun! InsyaAllah.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
21 Januari 2013
9 Rabiul Awwal 1434

{ 76 comments… read them below or add one }

1 Dr SIR February 4, 2013 at 3:35 pm

Salam tuan,

terima kasih di atas perkongsian. amat membuka minda bagi yang baru bermula. sekadar nak berkongsi jika berminat untuk dapatkan buku-buku secara online sila ke http://www.stormreaders.my/sarjanailmu. Tq

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie February 4, 2013 at 11:02 pm

Wslm tuan,

Alhamdulillah, terima kasih atas perkongsian.

Reply

3 Farhan Mohamed February 5, 2013 at 4:21 am

syukran jazilan…

maklumat yang amat berguna dan bermanfaat. tahniah buat sahabat lama kerana anda telah berjaya. semoga berada dalam redha Allah sentiasa. makin banyak berkongsi ilmu makin berkat…

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie February 5, 2013 at 9:15 am

Afwan Farhan,

Ini Farhan KISAS ke? Ahlan ya akhi ke blog seadanya ni. Terima kasih atas doanya. Moga Allah memberkati anta sekeluarga. Amiin.

Reply

5 ct zuraimi February 5, 2013 at 6:07 am

salam en. zul.. saya dtg lagi. nak minta share ye. maceh.

Reply

6 Mohd Zulkifli Shafie February 5, 2013 at 9:16 am

Wslm Pn Ct,

Silakan share puan Ct. Moga bermanfaat, insyaAllah.

Reply

7 Madrasah Al-Ittihadiyah Taman MAIM Rumbia February 5, 2013 at 11:19 am

assalamualikum…

terima kasih tuan atas perkongsian ilmu tersebut…

Reply

8 Mohd Zulkifli Shafie February 6, 2013 at 12:16 am

Wslm. Alhamdulillah, puji-pujian bagi Allah.

Reply

9 Anonymous April 13, 2013 at 9:07 am

Assalamualaikum..

Best sangat blog tuan ni…sekarang saya sering ternanti2 entry baru sbb dah khatam semuanya..dan kebanyakan entry seblum ni sya baca lebih dari sekali..
Saya suka baca bila saya rasa down…sbb lepas baca blog tuan selalu rasa recharge dan bersemangat…
Kalau x keberatan blh tuan kongsi tentang amway? Serba sedikit pun jdi la..buat panduan..
Terima kasih.

Reply

10 Mohd Zulkifli Shafie April 16, 2013 at 10:15 am

Wslm,

Alhamdulillah, puji-pujian bagi Allah. Terima kasih berziarah ke blog seadanya ni. Moga bermanfaat, insyaAllah.

Amway simple bisnes. Konsep dia tukar jenama produk harian yang tuan pakai, dan recommend kepada kenalan terdekat produk yang tuan suka. Daripada beli di kedai lain yang hanya dapat produk, lebih baik tuan berbelanja di kedai yang menawarkan profit sharing macam Amway. Lagi pun produk & membership dia 100% money-back guarantee. Tak perlu risau untuk mencuba. Amway ialah satu-satunya Direct Selling company yang kerajaan ada saham di dalamnya melalui GLC. Antara pemegang saham terbesar ialah KWSP dan Tabung Haji. Untuk lebih detail, saya syorkan tuan contact saya personally. InsyaAllah saya bantu apa yang boleh.

Wallahu a’lam.

Reply

11 tarnimi July 30, 2013 at 11:52 am

Salam EN.Zulki

sekadar bertanya..sblm sya pernah direcommend oleh mmbr pasal Amway ni dan saya satu serba sedikit pasal amway..disini saya nak tanya adakah kita kena spend or beli product amway setiap bulan? sbb mmbr saya bagitahu kita mesti spend RM%#@ setiap bulan betul ker?

Reply

12 Mohd Zulkifli Shafie July 30, 2013 at 12:27 pm

Wslm tuan,

Apa yang saya tahu, Amway tak wajibkan membeli setiap bulan. Yang wajib cuma renew membership setiap tahun kalau nak terus jadi member Amway. Kalau rasa tak berbaloi jadi member, pulangkan balik beg starter kit dan Amway akan refund 100% yuran keahlian.

Kalau yang kata wajib tu, mungkin organisasi upline tu letakkan minimum target bagi sesiapa yang nak build-up bisnes. Sebab ia proses duplication untuk group tersebut, tapi bukan syarat Amway.

Wallahu a’lam.

Reply

13 anna August 18, 2013 at 11:33 am

tuan,
sy nak buat pt time online business tp sy x tau napk mula. Sy a x brpda blog jual baju tp x jln.please assist sy.

Reply

14 Mohd Zulkifli Shafie August 19, 2013 at 5:25 am

Wslm Pn. Anna,

Kalau untuk orang baru, saya rasa pakai facebook lagi cepat. Blog agak perlukan masa. Tapi untuk long-term, blog lagi bagus. Kalau puan dah ada bisnes dan nak buat jualan melalui facebook, mungkin puan boleh belajar tekniknya dari DVD Bengkel Simple Tapi Power yang di buat oleh Tuan Faisal Abdullah.

Boleh dapatkan DVD tu dari link ni; http://bit.ly/DVDstp.

Usahakan dengan sabar. InsyaAllah puan pasti berjaya.

Wallahu a’lam.

Reply

15 Nor Azrilah September 23, 2013 at 3:13 pm

Assalam,
Saya sronok baca blog En Zul. Ia menaikkan semangat saya dalam berniaga. Buat pengetahuan tuan, sy dn suami memang bekerja mkn gaji dan dalam masa yang sama kami baru saje mula berniaga jual sandwich di padang futsal…..x sangka rezeki di situ…..walau pun tersangat la kecil jumlah yg kami jual tp Alhamdulillah..permintaan harian tetap ada…..kami amat bersyukur ada extra income….

Reply

16 Mohd Zulkifli Shafie September 23, 2013 at 3:56 pm

Wslm Pn. Nor Azrilah,

Alhamdulillah. Puji-pujian bagi Allah. Syukur kepada Allah yang membuka rezeki kepada puan suami isteri. Usahakan apa yang betul dengan sabar. Moga Allah berikan kejayaan kepada puan & suami. Amiin ya Allah.

Reply

17 mohd kedah January 7, 2014 at 1:33 am

Assallammualaikum tuan…..

Terima kasih atas perkongsian ilmu yang sangat berguna…
sejak saya membaca blog ne,bnyak ilmu yang boleh diambil untuk pedoman hidup..

Saya ingin minta pendapat Tuan Zul,
saya bekerja sebagai kakitangan awam (makan gaji) dan ada buat part time untuk pendawaian elektrik 1 fasa serta servis aircond.. malangnya projek selalu putus…
promosi secara online sudah dibuat berkali2..

soalan saya> Bagaimana cara untuk saya mempromosikan servis yg saya tawarkan kpd org ramai supaya sentiasa saya ada kerja walaupun sikit..

Semoga allah menambah dan memberkati rezeki diatas keiklasan ilmu yg berikan..
Aminnn….

Reply

18 Mohd Zulkifli Shafie January 9, 2014 at 2:52 pm

Wslm En. Mohd Kedah,

Terima kasih berziarah ke blog ni. Mudah-mudahan ianya bermanfaat, insyaAllah.

Saya tak pasti apa cara terbaik sebab saya tak faham situasi sebenar bisnes tu. Tapi bagi saya zaman sekarang ni kena manfaatkan internet, terutamanya blog dan facebook. Internet ni kalau bisnes maju, memang takdan tangan nanti. Paling mudah setup facebook khas untuk bisnes wiring dan servise aircond. Saya pernah beli bateri kereta melalui google. Bila google, saya terjumpa facebook peniaga bateri yang boleh offer harga lebih murah, siap dengan free delivery sekali. Ia memang memudahkan dan menjimatkan.

Boleh cek peniaga bateri yang saya maksudkan di link ni https://www.facebook.com/pages/Bateri-Kereta-Murah/529536520409777

Wallahu a’lam.

Reply

19 Salwa January 9, 2014 at 8:32 pm

Assalamuailaikun
terima kasih ats perkongsian ilmu en zul yg begitu menarik sekali dan saya sgt seronok utk membacanya..
di sini sy nk bertanya pendapat en zul.saya sgt berminat utk mejual makanan seprti kek2, biskut, buat mee kuning, dan saya hnya menjual pada saudaranmara terdekat jew..dan sekarang saya ingin luaskan bg semua org merasa makanan yg saya jual tpi saya tak tahu lagi macam nak promosikan dan mulakan bisnes..tolong minta pendapat dr en zul..terima kasih byk2..

Reply

20 Mohd Zulkifli Shafie January 11, 2014 at 12:45 am

Wslm Pn. Salwa,

Saya syorkan puan baca buku “Menjejaki Jutawan Senyap” karangan Chef Li. Dalam buku tu Chef Li cerita kisah-kisah usahawan yang berniaga makanan secara kecil-kecilan dari rumah hingan jadi Jutawan Senyap. Mungkin Pn. Salwa boleh dapat idea di situ. Tak silap saya, buku tu boleh dapatkan dari http://www.belibukuonlin.com.my.

Wallahu a’lam.

Reply

21 azriq February 10, 2014 at 3:18 am

idea2 tk tau nk buat bisnes ape, modal kecik sgt, haha

Reply

22 Mohd Zulkifli Shafie February 10, 2014 at 8:06 am

Terlalu banyak bisnes sebenarnya. Kalau ada modal RM200 pun dah boleh mulakan bisnes hari ni.

Reply

23 aza February 24, 2014 at 4:12 pm

Salam… Berbaloi x buat personal loan, separuh byr kad kedit, selebihnya beli perak 10k

Reply

24 Mohd Zulkifli Shafie February 24, 2014 at 10:52 pm

Wslm Pn. Aza,

Kalau personal loan untuk bayar kad kredit, memang berbaloi. Beli emas & perak paling baik beli tunai. Tapi kalau nak “paksa diri” menyimpan, buat loan pun ok.

Reply

25 irene john March 27, 2014 at 9:45 am

Terima kasih untuk perkongsian ilmu yang sangat memotivasikan pada orang orang yang ingin memulakan bisnes dan mencari income lebih. Saya sangat berminat untuk memulakan perniagaan tetapi masih mencari yang sesuai dan mampu saya lakukan.

Reply

26 Mohd Zulkifli Shafie April 19, 2014 at 8:19 am

It’s ok puan. Mulakan dulu dengan apa yang ada. Jangan fikir lama sangat. Bila dah bermula, baru dapat momentum tu, insyaAllah.

Reply

27 Luna Lis April 23, 2014 at 7:42 pm

Salam…
T.kasih atas pkongsian yg sgt bguna…
Sya jg ingin mjinak2 mmulakan pniagaan mlalui online… tp tak tau bgmana caranya utk mmulakan langkah ptama…. sya sdh pun register Member HAI-O MARKETING (product beauty healthcare…) tp masih buntu bagaimana caranya utk mpkenalkan product ini mlalui FB.

Reply

28 Mohd Zulkifli Shafie April 23, 2014 at 10:46 pm

Wslm Pn. Luna,

Saya syorkan puan belajar dari senior dalam bisnes tu yang dah berjaya. Saya yakin mereka boleh tunjukkan jalan untuk puan memulakan bisnes tu.

Reply

29 azlee nordin April 25, 2014 at 4:12 pm

Sy ingin mencuba berniaga tapi tak tahu mana nak mula

Reply

30 Mohd Zulkifli Shafie April 25, 2014 at 5:27 pm

Saya syorkan En Azlee mulakan setakat apa yang tahu dulu. Sambil tu sentiasa tambah ilmu dengan membaca buku-buku bisnes.

Reply

31 ahmad yusof June 23, 2014 at 10:38 am

Assalamualaikum,
tuan ada buat public gold ke?? bagus nya boleh dikongsikan..

Reply

32 Mohd Zulkifli Shafie June 23, 2014 at 10:43 am

Wslm En. Ahmad Yusof,

Saya dealer Public Gold yang aktif. Alhamdulillah.

Reply

33 Wong February 26, 2015 at 4:57 pm

Info yang syabas. Terima kasih banyak :)

Sekiranya sesiapa memerlukan bantuan membina laman web boleh kunjung http://www.perkhidmatan-lamanweb.operion.com.my

Terima kasih

Reply

34 Haziq March 1, 2015 at 11:44 pm

assalamualaikum tuan..
first time saya bace blog tuan memang terbaik..
bole saya dapatkan no hp tuan untuk saya fahamkan tentang saham emas??
terime kasih..

Reply

35 Mohd Zulkifli Shafie March 2, 2015 at 12:07 am

Wslm En. Haziq,

Alhamdulillah.

Public Gold cuma jual beli emas fizikal, bukan saham emas. No. telefon saya En. Haziq boleh dapatkan di bahagian sebelah kanan blog ini.

Reply

36 Hairil June 8, 2015 at 2:27 pm

Assalamualaikum tuan zul,

Saya amat tertarik dgn artikel2 tuan didalam ini. Saya dlm proses memulakan online bisnes. Mohon kebenaran tuan utk mgunakan point2 penting artikel tuan untuk pkongsian ilmu dgn rakan2 saya yg lain d laman sosial.

Reply

37 Mohd Zulkifli Shafie June 8, 2015 at 7:21 pm

Wslm,

Silakan En Hairil. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.

Reply

38 JAAFAR August 24, 2015 at 11:48 am

Terima kasih atas perkongsian blok, Saya memang berminat utk memulakan perniagaan terutamanya berkenaan hartanah tetapi saya tak tahu bagaimana nak mula…. harap tuan dapat memberikan idea bagaimana nak memulakan perniagaan tersebut…

Reply

39 Mohd Zulkifli Shafie August 24, 2015 at 12:06 pm

Sama-sama. En. Jaafar kena cari mereka yang berjaya dalam bidang tersebut. Belajar dari mereka.

Reply

40 hizwan August 29, 2015 at 9:28 am

Perkongsian yang sangat berguna dan memotivasikan semangat untuk saya memulakan langkah pertama…
terima kasih En.Zul…

Reply

41 Mohd Zulkifli Shafie August 29, 2015 at 9:47 am

Alhamdulillah. Sama-sama En. Hizwan.

Reply

42 Asma September 4, 2015 at 10:38 am

As salam.seronok baca d jumpa pg ni.
Sy nk share bbrp add blog yg diberi.tq.
Ada group public gold tk.blh join utk dpt info ttg emas

Reply

43 Mohd Zulkifli Shafie September 7, 2015 at 7:10 am

Wslm Pn. Asma,

Alhamdulillah.

Semua info emas saya share di blog ini atau di facebook peribadi saya “Mohd Zulkifli Shafie”.

Reply

44 ummu khayla jual vitamin September 17, 2015 at 11:42 pm

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin..

Reply

45 Mohd Zulkifli Shafie September 18, 2015 at 6:37 am

Sama-sama puan.

Reply

46 Salina September 18, 2015 at 2:18 pm

Perkongsian yang baik. Mohon share ya Tuan. TQ

Reply

47 Mohd Zulkifli Shafie September 19, 2015 at 3:34 am

Silakan Pn. Salina. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.

Reply

48 Hisham October 15, 2015 at 8:21 pm

Terima kasih tuan untuk perkongsian. Mohon saya share kepada rakan-rakan di luar sana.

Di sini perkongsian untuk rakan-rakan

bit.ly/senibisnesstartupmeletup

Reply

49 Mohd Zulkifli Shafie October 16, 2015 at 6:22 am

Sama-sama En. Hisham.

Reply

50 Azura Zainal October 21, 2015 at 12:57 am

Terima kasih atas perkongsian yang sangat bermanfaat ni.Peluang nak menjalankan perniagaan memang banyak sekarang ni hinggakan tak tahu nak pilih yang mana satu :)..setuju dengan pendapat Tuan untuk bermula sebagai ‘orang tengah’ bagi yang baru nak mula berniaga.

Reply

51 Mohd Zulkifli Shafie October 21, 2015 at 12:59 am

Sama-sama Pn. Azura. Alhamdulillah…

Reply

52 wan October 27, 2015 at 3:56 pm

setiap perniagaan sebaik-baiknya bermula dengan perniagaan yang kecil dan teratur.salah satu elemen penting ialah daftar perniagaan dan juga akaun semasa syarikat dengan bank2 yang utama.namun untuk membuka akaun syarikat di bank2 yang utama seperti maybank dan cimb memerlukan introducer.tuan/puan boleh menghubungi saya untuk urusan introducer di talian.012-7292850 atau melawati blog saya untuk maklumat lanjut.terima kasih.

Reply

53 Syahmi Azhar October 28, 2015 at 10:24 pm

Terima kasih atas perkongsian ini tuan, mohon share ye :)

Reply

54 Mohd Zulkifli Shafie October 29, 2015 at 8:46 am

Sama-sama. Silakan En. Shahmi. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.

Reply

55 Azlan Ahmad January 14, 2016 at 9:21 pm

Abaikan kata-kata yang cuba menjatuhkan atau cuba mengecilkan usaha anda apabila berniaga dengan modal yang kecil. Tidak salah pun anda nak mencuba dalam bisnes dengan permulaan perniagaan modal kecil. Memang sudah terbukti banyak perniagaan yang bermodalkan kecil tetapi berjaya menghasilkan keuntungan yang besar.

Azlan Ahmad
http://www.usahawanminuman.com

Reply

56 Din Ranjer March 21, 2016 at 8:43 am

Alhamdulillah…. Rezeki Allah

Reply

57 mohd zamri May 5, 2016 at 2:38 pm

Salam.

Saya berminat untuk memulakan perniagaan tetapi tidak mengetahui caranya. Saya berkemahiran dalam membina laman serta menghasilkan android app. Apakah yang perlu saya lakukan dengan kemahiran yang ada ini dapat menghasilkan pendapatan buat saya.

Mohon penjelasan daripada saudara sekalian

Boleh hantar sebarang cadangan ke mohdzamri_matjusoh@yahoo.com

Reply

58 Mohd Zulkifli Shafie May 6, 2016 at 5:55 am

Wslm En. Zamri,

Perniagaan tu menyediakan produk atau servis yang boleh menjadikan hidup orang lebih baik. Buat apa pun, asalkan ianya bermanfaat dan ada permintaan, insyaAllah boleh menghasilkan pendapatan.

Reply

59 usry August 12, 2016 at 9:11 am

Satu perkongsian yang menarik.

Reply

60 Mohd Zulkifli Shafie August 12, 2016 at 9:13 am

Alhamdulillah. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.

Reply

61 Usry August 12, 2016 at 11:50 am

Terima kasih atas perkongsian ilmu. Saya juga ada buat buku untuk bantu usshawan dan bakal usahawan bina satu bisnes. Tajuk buku- Jom Bisnes!http
Boleh layari
http//:usryabdullah.blogspot.com

Reply

62 Mohamad Nazmi October 3, 2016 at 2:01 pm

Terima Kasih atas perkongsian..bole saya share kan ye utk kebaikan bersama :)

Reply

63 Mohd Zulkifli Shafie October 5, 2016 at 6:59 am

Sama-sama En. Nazmi.

Boleh, silakan share. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.

Reply

64 ilah shafie October 7, 2016 at 10:29 am

Assalam..Terima kasih utk Penulisan encik yang sangat bagus..saya tertarik Bila en sarankan mula kan dgn produk yg kita sendiri guna..alhamdulillah saya memang pengguna amway (suplement) sejak 11 tahun yg lepas lagi Dan juga pengguna produk kecantikan Mary Kay..kedua2 produk ini berkualiti tinggi..saya telah menjadi ahli utk kedua2 produk ini..team Mary Kay yg aktif Dan membantu telah saya join..sekarang saya mencari team produk amway yg boleh memberi tunjuk ajar cara bisnes produk amway pula..macamana Kalau saya nak join team encik? Ada nom contact yg boleh Sy hubungi?

Reply

65 Mohd Zulkifli Shafie October 15, 2016 at 10:44 am

Wslm Pn Ilah,

Alhamdulillah.

Kalau Amway, puan boleh contact rakan saya Ms Carmen 016-513 9342. Saya percaya dia boleh guide puan, insyaAllah.

Reply

66 eicha November 2, 2016 at 1:53 pm

Asslm…sy nk tnya..mcm mna nk lgsaikn hutg ptptn tnpa buat prnstrukturan semula,tapi sy mmg tak bkerja lagi buat masa ni.sebelum ni cuma bkja biasa yg hnya mmpu utk dri dan mk ayh shja.anggaran hutg 21k pinjaman..nk mulakan bisnes apa pun sy tak tahu..sebelum ni pernah berniaga kcil2lan..tapi akhirnya terpaksa ttup sbb xde custmer…utk mulakan online bsnesn.sy sdri x pasti mcm mna nk mulakan..

Reply

67 Mohd Zulkifli Shafie November 19, 2016 at 7:13 am

Wslm Cik Eicha,

Tak ada jalan lain, kena cari duit dan bayar sahaja hutang tu. Kalau tak ada duit, kena cari jalan cari duit dulu.

Reply

68 zulfikar awang December 14, 2016 at 2:44 pm

Saya selalu membaca blog entry dari mana-mana blogger. Tapi sejak jumpa blog tuan ni semalam, (terjumpa dalam buku ” Mudahnya Menjemput Rezeki” tulisan Fathuri Salehuddin) ianya lebih jelas apa yang diceritakan serta perkongsian ‘real’ dari blogger. Maksud saya kebanyakan penulisan tidak mendedahkan ”actual content” yang di sampaikan. (harap tidak ambil hati). hehe..

Sepertimana pembaca lain di sini, masing2 ada target especially “business”. Akan tetapi tidak ada guide or guidance untuk semua itu. Buat blog tapi tak ada gurunya, pernah beli/subscribe dan macam2 lagi cara2 buat blog or buat duit dengan internet tapi tak jadi, join program emas tak kemana sebab kena tipu program, buat MLM hangat2 tahi ayam.

Setelah baca beberapa entry (setakat komen ini di tulis), tulisan tuan ini nampak “clear” dengan apa yang di sampaikan.

Terima kasih atas perkongsian hebat ini tuan.

Reply

69 Mohd Zulkifli Shafie December 14, 2016 at 6:44 pm

Alhamdulillah. Mudah-mudahan blog ini bermanfaat, insyaAllah.

Reply

70 Norleda samad December 29, 2016 at 11:08 am

Slm en.zul..sye ingin minta pendapat en.zul bgimana nk memulakan perniagaan secara kecil kecilan dgn mempuanyai wang cuma sebyk 50k dlm simpanan…sye seorg surirumahtangga ingin mencari second income utk saving sendiri…apa yg ptt sye laku kan agr sye tdk kerugian d kemudian hari…hrp dpt penjelasan dr pihak tn

Reply

71 Mohd Zulkifli Shafie December 31, 2016 at 6:45 am

Wslm Pn. Norleda,

Mulakan dulu bisnes dengan modal RM1,000 sahaja. Belajar kembangkan duit RM1,000 jadi RM10,000 dulu.

Kalau duit tu tak dapat dikembangkan RM10,000, maka jangan sesekali sentuh baki RM49k tu sebab ia bakal lebur dalam bisnes.

Reply

72 Nur Hidayah January 1, 2017 at 9:53 pm

Assalamualaikum…saya baru bermula jadi agen produk makanan.saya tak tahu nak mulakan macam mana.boleh bagi tips tak macam mana nak jual produk makanan kat orang ramai.lokasi tumpuan orang untuk saya promote dah ada.cuma nak suruh orang beli dan mencubanya agak susah.harga tak ada masalah.saya ada buat offer sendiri….lagi bagus kalau encik share tips melalui whatsapp.just whatsapp saya 0134986383

Reply

73 Mohd Zulkifli Shafie January 3, 2017 at 4:48 pm

Wslm Pn. Nur Hidayah,

Cara paling senang untuk berjaya jadi ejen produk tu ialah belajar terus dari ejen yang berjaya. Dia lebih tahu selok belok untuk berjaya dalam bisnes tu, insyaAllah.

Reply

74 sa February 7, 2017 at 4:48 pm

Perkongsian saya sebelum ini tidak tersiar

Reply

75 Adzha March 3, 2017 at 9:20 pm

assalamualaikum tuan,kalau nak Start dlm jumlah yg sikit,nak kena beli gold bar atau dinar

Reply

76 Mohd Zulkifli Shafie March 6, 2017 at 8:26 am

Wslm En. Adzha,

Gold bar dan dinar sama je dari sudut potensi pelaburan. Item paling kecil yang Public Gold ada dan sesuai untuk simpanan / pelaburan; gold bar 1 gram.

Reply

Leave a Comment

{ 11 trackbacks }

Previous post:

Next post: