Jadilah Sahabat, Bukan Salesman

by on June 15, 2011

Post image for Jadilah Sahabat, Bukan Salesman

Ya, betul… Tak perlu kesempurnaan untuk berjaya!

Alhamdulillah…

Tahniah kepada sahabat yang mula berjinak-jinak dengan bisnes terutamanya sahabat saya Razani yang memulakan bisnes internetnya. Beliau adalah antara ‘penasihat’ IT saya. Ada apa masalah tentang internet, saya biasaya akan rujuk beliau dulu.

Berbakti Kepada Lebih Ramai Manusia

Teruskan usaha kalian memulakan bisnes. Manfaatkan minat, kecenderungan, ilmu dan bakat kalian untuk berbakti kepada lebih ramai manusia melalui bisnes. Saya nampak terlalu banyak jalan untuk buat duit. Siapa yang mahir internet, itu satu advantage untuk tambah pendapatan yang lebih besar.

Asalkan bisnes kita membantu, memudahkan, dan menguntungkan orang lain, insyaAllah, itu ruang yang baik untuk tambah pendapatan. Bukan sahaja pendapatan, tapi yang lebih penting ialah keseronokkan dan kepuasan hidup. Buat dengan betul dan sabar, insyaAllah kalian akan berjaya!

Bukalah Pintu Untuk Allah Lorongkan Rezeki

Bukalah sebanyak mungkin pintu untuk Allah lorongkan rezeki.

Buat dengan betul dan sabar, insyaAllah, nanti kalian akan nampak ada jer rezeki dari jalan tak disangka-sangka. Buat duit ni jadi macam pergi keluar makan jer nanti. Rasa lapar, keluar cari makan. Rasa nak duit, ‘keluar’ rumah, insyaAllah ada jer rezeki. Kekadang tak keluar rumah pun, rezeki datang sendiri. Rezeki bisnes ni jauh lebih lapang daripada menagih kenaikan gaji dan bonus hujung tahun. Itulah yang saya rasa.

Saya belum kaya. Tapi dengan bisnes, saya rasa rezeki tu lebih lapang. Tak risau bila tak ada duit sebab kita boleh control duit masuk. ‘Panggil’ jer duit, nanti duit akan ‘datang’.

Tapi sebelum dapat skill untuk ‘panggil’ duit, kena banyak belajar, banyak bersabar. Perbetulkan mindset supaya bermindsetkan peniaga. Uh, bestnya berniaga.

Bisnes Menghidupkan Persahabatan Lama

Antara yang saya suka berniaga ialah boleh dapat ramai kawan dan menghidupkan persahabatan lama. Semalam lunch dengan kawan-kawan bekas Kolej Islam di Central Market. Diorang nak tahu pasal emas untuk dijadikan sebahagin dari portfolio investmentnya. Kebetulan mereka tahu saya dealer Public Gold melalui facebook, diorang ajak la jumpa nak tahu lebih lanjut.

Minggu lepas beberapa kawan di universiti contact nak tahu pasal emas. Lama tak contact, tetiba mereka contact saya untuk tahu pasal emas. Saya guide setakat apa yang saya tahu.

Berapa untung saya dapat?

Tak payah kira lah. Kita tolong orang, Allah tolong kita… Jangan risau pada rezeki. Itu kerja Tuhan. Kerja kita ialah usaha. Jangan sibuk-sibuk dengan kerja Tuhan kata Ustaz Ahmad Faisal Abdul Hamid dalam kuliah tasaufnya.

Jadilah Sahabat, Bukan Salesman

Ramai orang ‘fobia’ buat bisnes dan takut dengan orang bisnes sebab takut hilang kawan. Tapi saya nampak, bisneslah jalan terbaik untuk menghidupkan persahabatan lama.

Apa rahsianya?

Rahsianya ialah jangan jadi salesman! Jadilah sahabat yang mahukan kebaikan pada sahabat yang lain. Bantu dan memudahkan orang lain setakat yang boleh. Kita tolong orang, Allah akan tolong kita. Sekali lagi, rezeki tu jangan risau.

Ramai orang buat bisnes hanya fikir nak dapat untung. Jumpa kawan fikir untung. Push push kawan suruh beli barang yang dia jual. Itu la ramai orang lari. Mungkin kawan kita tu beli, tapi dalam keadaan tertekan dan tak redha. Sekadar nak jaga hati kawan.

Best ker dapat untung cara macam tu? Entahlah… mungkin boleh kaya, tapi dia hilang bahagia!

Untung Sebenar Apabila Saling Meredhai

Bagi kami suami isteri, lebih baik hilang duit dari hilang kawan.

Beli apa pun dari kami, kami akan bagi money-back guarantee. Kalau rasa tak puas hati, pulang jer balik barang yang kami jual. Jangan segan silu untuk pulangkan balik.

Kalau beli cup cake, muffin, tart, choclate gift, biskut raya, vitamin atau apa sahaja yang kami jual tu tak bagus, tak puas hati, kami minta return balik barang tu walaupun dah dibuka, dimakan dsb. Kami akan return balik duit pembeli – TANPA SOAL!

Itulah jaminan kami. Keuntungan sebenar bagi kami ialah apabila wujudnya kasih sayang dan saling meredhai antara penjual dan pembeli. Bila saling meredhai, dari situlah akan datangnya kasih sayang Tuhan. Akhirat kita dapat, dunia Tuhan pakejkan sekali.

Kalau berniaga untuk duit jer, memang rugi. Sebab duit dan harta benda semua kita akan tinggalkan. Kita akan balik pada Tuhan sehelai sepinggang. Ya, sehelai sepinggang. Bila-bila masa jer Tuhan akan panggil. Tapi kalau kita cari keberkatan melalui bisnes, bisnes akan jadi harta yang kekal untuk kita nikmati di hari kehidupan yang tak mati-mati lagi – Akhirat.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Heights
7 Jun 2011
5 Rejab 1432

{ 13 comments… read them below or add one }

1 faizul October 5, 2011 at 3:18 pm

terbail zul, artikel yg baik

Reply

2 faizul October 5, 2011 at 3:21 pm

bila balik kelate, hehe boleh minum air sekali. faizul dr kuching

Reply

3 Mohd Zulkifli Shafie October 6, 2011 at 1:32 am

Alhamdulillah.. T.kasih Faizul.. nanti balik Klate insyaAllah kita boleh minum2.. plannya Raya Haji ni balik, insyaALlah.. Faizul balik bila?

Reply

4 UNITAQWA February 19, 2013 at 2:45 am

Assalamualaikum..

Terima Kasih diatas maklumat berguna ini..

Tahniah, ramainya anak di usia muda..

Saya cuma separuh je..

Reply

5 Mohd Zulkifli Shafie February 19, 2013 at 11:42 am

Wslm. Alhamdulillah…

Reply

6 noraini August 25, 2013 at 12:53 am

Sebuah artikel yg sangat menarik…menaikkan semangat untuk berniaga…thanks..berkongsi ilmu..

Reply

7 Mohd Zulkifli Shafie August 25, 2013 at 8:35 am

Alhamdulillah, puji-pujian bagi Allah.

Reply

8 ariffin,penjara sg.buloh April 5, 2014 at 10:35 am

assalamualaikum,en.zul..apa habaq, lama dh xbaca blog en.zul,alhmdulillah,makin banyak artikel yg menarik n memotivasikan diri saya, en.zul masih ingat saya x?

Reply

9 Mohd Zulkifli Shafie April 5, 2014 at 1:11 pm

Wslm En. Ariffin.

Alhamdulillah. Saya masih ingat En. Ariffin. Ada kelapangan jemput datang minum2 di Damansara Damai. :)

Reply

10 haeida June 16, 2014 at 2:50 pm

ilmu yang bermanfaat..tq

Reply

11 Mohd Zulkifli Shafie June 16, 2014 at 3:49 pm

Alhamdulillah..

Reply

12 Syuhada August 16, 2014 at 3:08 am

Assalamualaikum tuan Zul.. Saya tersesat ke sini.. Tapi.. alhamdulillah, perkongsian ilmu yang sgt berguna dri Tuan.. Tiba2 rasa suka dgn blog ni.. Sesungguhnya, rasa cemburu pn ada jgk sb sy sedar perkongsian tuan sgt bermanfaat dan tuan tidak lokek ilmu utk menjawab soalan yg diberi.. “Erti hidup pd yang memberi..”
Moga sentiasa dlm redha dan rahmat Allah sentiasa..

Reply

13 Mohd Zulkifli Shafie August 17, 2014 at 7:18 am

Wslm Pn. Syuhada,

Terima kasih berziarah ke blog ini. Alhamdulillah, mudah-mudahan ianya bermanfaat, insyaAllah.

Reply

Leave a Comment

{ 5 trackbacks }

Previous post:

Next post: