Ready-Made, Cara Mudah Memulakan Bisnes

by on November 4, 2011

Post image for Ready-Made, Cara Mudah Memulakan Bisnes

Ramai juga sahabat yang tanya saya macam mana nak mulakan bisnes. Nak bisnes apa? Modal tak ada, pengalaman tak ada, dan boleh dikatakan betul-betul zero tentang bisnes. Tapi mereka betul-betul nak perbaiki tahap kewangan mereka.

So, artikel ni saya tulis khas sebagai panduan umum untuk orang baru memulakan bisnes pertama dengan cara paling mudah. InsyaAllah.

Ready-Made, Bisnes Tanpa Production

Untuk orang baru mulakan bisnes, saya syorkan buat bisnes jadi orang tengah jer dulu untuk BELAJAR asas bisnes sambil buat duit. Ambik barang dari supplier, dan hantar pada customer. Dapat untung, 100% kita yang punya.

Untuk jadi orang tengah ni, saya nampak ada 3 jenis bisnes ready made yang bagus untuk bermula disebabkan modal paling minimum dan siap dengan program BIMBINGAN iaitu:

  1. Direct selling/ MLM
  2. Ejen Takaful
  3. Ejen Unit Trust

Antara tiga (3) tu, bisnes paling mudah untuk orang baru ialah direct selling sebab semua orang boleh buat tak kira apa background sekalipun. Asalkan dia tahu kira duit, tahu guna produk, insyaAllah boleh buat bisnes direct selling.

Direct Selling Jalan Paling Terbuka

Selain tu, saya nampak 4 kelebihan bisnes direct selling (dan juga bisnes ready-made yang lain) iaitu:

  • Modal minimum, tak perlu loan.
  • Latihan tersedia, kos latihan minimum.
  • Tak ada risiko rugi.
  • Waktu dan tempat bisnes sangat fleksible.
  • Modal Minimum, Tak Perlu Loan

Bisnes direct selling ni modalnya sangat minimum. Tak perlu loan walaupun 1 sen. Kalau mula dengan modal RM500 pun dah kira besar untuk bisnes direct selling. Masa zaman sempit dulu, kami mulakan dengan modal RM400 jer.

Bisnes direct selling ni kita cuma jadi orang tengah jer. Tak payah fikir pasal production, costing, quality control, nak cari good supplier dsb. Just fokus pada marketing. Cara marketing paling mudah ialah hulur jer katalog pada kawan-kawan. Bila mereka nak produk tu, kita beli dari pembekal (direct selling company) dan hantar pada customer.

Katakanlah modal kita RM100. Sekali beli dan hantar barang untungnya RM20. Kalau 10 kali pusing duit tu, dapat untung RM200 (RM20 x 10). Untung 200%! Ia jauh lebih baik dari tunggu kenaikan gaji setahun.

Latihan Yang Tersedia, Kos Minimum

Keduanya, bisnes ready made ni dia sediakan training dengan kos yang sangat minimum. Lagi best, kita boleh dapat coach atau mentor yang akan ajar step-by-step dari kosong sampai berjaya. Kalau bisnes konvensional, kos trainingnya agak mahal dan bersifat on-off, tapi direct selling sangat murah (bahkan mungkin ada yang free!) dan bimbingannya bersifat on-going (berterusan). Kita tak akan ‘lost’ selagi kita sanggup untuk belajar, insyaAllah.

Bagi saya, training ni sangat penting bagi orang baru dalam bisnes sebab biasanya orang baru ni zero knowledge tentang bisnes. Mentaliti pun masih lagi seorang pekerja. So, kita perlukan sikit masa untuk matang dalam bisnes, untuk dapatkan ilmu dan memperbetulkan mindset tentang bisnes.

Kalau bisnes konvesional, modalnya besar dan tak ada siapa yang bagi guidance. Kalau ada guidance pun, semuanya bersifat on-off. Dapat training lebih kurang, lepas tu, “lu pikir lah sendiri”. Kalau silap langkah, kita boleh rugi besar. Dan kajian menunjukkan 90% orang buat bisnes rugi pada tahun pertama!

Sebab tu saya sangat syorkan bisnes ready made untuk orang baru… kita boleh ‘belajar’ sambil buat duit…

Dapatkan Pengalaman Bisnes Production

Bisnes ready-made ni memang senang tapi bila senang, ramai orang tak hargai bisnes macam tu. So, untuk tahu nilai sebenar bisnes ready made ni, cuba try buat bisnes yang melibatkan production sekali. At least, kita ada sikit pengalaman.

Ikut pada pengalaman kami, bisnes production ni banyak sangat hal yang nak kena fikir. Bermula dari cari idea untuk hasilkan produk, cara nak keluarkan produk, nak jaga kualiti, packaging, branding, test market, nak dapatkan good supplier yang boleh supply dengan harga terbaik secara konsisten, nak control raw material biar cukup untuk penuhi permintaan, storage, strategi marketing dsb. Pendek kata, memang banyak hal. Bagi orang baru, mungkin kalian akan rasa berat dengan bisnes macam ni.

Untung vs Tak Untung, Bukan Rugi

Ketiganya, bisnes ready made ni boleh dikatakan tak ada risiko rugi. Samada untung atau tak untung jer. Tapi tak rugi. Ada sales, ada income. Tak ada sales tak ada income, tapi tak rugi sebab kita tak ada apa-apa kos overhead macam kos gaji pekerja, sewa kedai, bayar loan dsb. Dan sebab tak ada risiko rugi jugalah orang tak pandang bisnes ni. Mungkin dia fikir bisnes yang tak ada risiko rugi ni tak ada ‘umph’… tak ada class! (“,)

Pesan Chef Li, biar kecil asalkan berhasil… Daripada besar tapi akhirnya bubar! Saya buat bisnes direct selling mula-mula dulu untungnya cuma RM100 jer sebulan. Ia lebih baik dari bisnes besar, tapi hutang keliling pinggang, kepala pening fikir 1001 masalah bisnes, dan kalau berhenti atau hilang upaya untuk teruskan bisnes, dia akan ‘MATI’ sebelum mati! Suka atau tak suka, dia perlu teruskan bisnes untuk hidup atau tanggung rugi…

Waktu Bisnes Yang Fleksible

Keempat, bisnes ready made ni fleksible. Boleh buat di mana-mana dan pada bila-bila masa. Kita boleh buat bisnes dalam celah-celah waktu yang sibuk. Buat di office boleh, di rumah (dengan jiran-jiran) boleh, bahkan masa balik kampung pun boleh buat bisnes. Pendek kata, di mana kita jumpa orang, di situlah kita boleh buat duit. Yang tak boleh buat duitnya hanya bila duduk tergolek depan TV kat rumah!… (“,)

Ada lagi beberapa kelebihan bisnes ready-made ni, tapi 4 kelebihan ni dah cukup untuk orang baru pertimbangkan bisnes ready-made untuk bermula berbanding bisnes konvensional yang perlu dibina from scratch (daripada kosong). Bisnes ni memang tak gah langsung, tapi ia cukup untuk memperbaiki tahap kewangan dan menambah kekayaan kami sekeluarga. Alhamdulillah.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Heights
18 Oktober 2011
20 Dzulkaedah 1432

Catatan #1: Senarai syarikat direct selling yang ada di Malaysia boleh cek di website Direct Selling Association of Malaysia (DSAM). Direct selling yang paling ‘dekat’ dengan kami cuma Amway, Tupperware, dan Era Edar (Salindah & Examo) jer sebab memang kami suka produk dia. Direct selling lain, sahabat kena tanya orang lain yang lebih tahu sebab mereka lebih arif dengan bisnes mereka. Untuk menilai samada sesuatu MLM tu genuine atau palsu, boleh rujuk artikel saya bertajuk “2 Petanda Asas Menilai Sesuatu MLM”.

Catatan #2: Antara bisnes ready made lain yang bagus untuk bermula ialah francais kecil-kecilan. Tapi kena ada modal lebih sikit baru boleh mula. Contohnya Burger Otai, Chicken Bob dsb.

Catatan #3: Untuk Takaful dan Unit Trust, kita perlu mahir dari sudut perancangan dan pengurusan kewangan peribadi sebab kita berperanan sebagai penasihat kewangan kepada customer. Untuk layak sebagai ejen takaful atau unit trust, kena lulus exam dia dulu. So bagi saya, takaful dan unit trust not for everyone sebagaimana direct selling yang lebih open.

Artikel berkaitan:

{ 7 comments… read them below or add one }

1 Fauzi February 15, 2012 at 8:23 am

Tahun 2012 baru baca entry ni..bgus untuk orang baru mcm saya..tq

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie February 15, 2012 at 8:38 am

Alhamdulillah Fauzi.. Puji-pujian bagi Allah… Moga Allah melapangkan rezeki Fauzi, diberikan hasanah dunia dan akhirat.. insyaAllah.

Reply

3 hamba allah February 19, 2013 at 11:48 pm

btl..org baru mmg kena baca post ni sebagai mengukuhkan foundation..ramai yg ingin buat biz,tp memikirkan modal,memikirkan nak buat biz kena bermodalkan yg banyak..satu anggapan yg silap..

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie February 21, 2013 at 4:19 am

Terima kasih tuan. Saya setuju dengan pandangan tuan.

Reply

5 haeida June 7, 2014 at 2:19 pm

saya setuju dengan pendapat tuan

Reply

6 ummi tiri September 9, 2014 at 1:13 pm

akum,maaf bertanya,apa pendapat Tuan dgn bisnes Shaklee.?

Reply

7 Mohd Zulkifli Shafie September 9, 2014 at 2:17 pm

Wslm Pn. Ummi,

Apa yang saya nampak trend bisnes Shaklee hari ni dijalankan secara sihat i.e. produk digerakkan dengan tujuannya yang sebenar. Ia satu bisnes yang bagus bagi sesiapa yang baru nak melangkah ke alam bisnes.

Reply

Leave a Comment

{ 5 trackbacks }

Previous post:

Next post: