Tak Perlu Kesempurnaan Untuk Berjaya

by on April 18, 2011

Jangan tunggu kesempurnaan untuk berjaya. Selama-lamanya anda tak akan sempurna.
Tak perlu segala-galanya sempurna untuk ke puncak jaya!
Itulah yang saya belajar dari memerhati orang berjaya.
KES 1: Tak Pandai Cakap Omputeh
“I was very happy today!”… bercakap dengan penuh rendah diri dan semangat dihadapan lebih 5,000 audience..
Saya tersenyum sendirian… dan belajar sesuatu dari beliau..

Beliau seorang penjual durian 25 tahun yang lalu, tapi sekarang dah ada bisnes yang merentasi sempadan negara. Hari ni dia seorang millionnaire! Saya dengar dia cakap bahasa Inggeris hancur lebur. Bahasa Melayu pun hancur!… tapi dia terus bercakap dan beri inspirasi kepada ribuan audience.
KES 2: Si Miskin Memulakan Bisnes
Seorang anak muda. Bujang. Keluarganya miskin. Nak mulakan bisnes dengan modal RM63 pada 15 tahun yang lalu terpaksa pinjam dengan kawan, bayar 3 kali!
Hari ni beliau financially free! Rangkaian bisnes beliau benar-benar kukuh di Malaysia… Pendek kata kalau dia tidur 10 tahun pun, duit yang dia dapat tiap-tiap bulan tak habis-habis untuk dia guna.
Macam paip rosak kata sifu kami. Tak boleh nak tutup pilinya.
KES 3: Si Bangkrap Memulakan Bisnes
Seorang ejen insurans yang kaya raya. Jatuh bangkrap setelah kegawatan ekonomi tahun 1987. Rumah terpaksa dilelong. Sentiasa dikejar along. Anak bini terpaksa tidur di kubur Cina untuk selamat dari diculik along.
Mulakan bisnes dalam keadaan miskin. Hari ni beliau dan anak-anak adalah millionnaire!
KES 4: Tak Tahu Internet Untuk Bisnes Antarabangsa
Sifu bisnes kami dah berumur pertengahan 60-an… tak mahir internet… tak tahu facebook… tak tahu youtube… tak berapa mahir macam mana nak foward email… anda tahu bisnesnya macam mana?
Bisnes beliau sedang berkembang di India, Australia dan Vietnam!
Aduh… apa lagi yang aku tak ada untuk berjaya… saya selalu fikir sendirian… kalau dia boleh, kami suami isteri mesti boleh!
KES 5: Grammar Tak Betul
Saya ikuti blog Pok Li taukey emas. Ternampak iklan ni.
Saya tanya isteri. “Ayang cuba tengok iklan ni. Betul tak dia punya English!”.
“Erm… macam ada yang tak kena” jawab isteri saya. Saya sambung, sepatutnya “How to be financially free with Public Gold”, atau “How to Get Financial Freedom with Public Gold”, betul tak? Isteri saya setuju.
“Ayang tahu tak dari situ Abang belajar something?” saya tanya isteri.
“Apa dia Bang?”
“Orang berjaya, tak perlu perfect! Yang penting kita buat ajer. Janji sampai maksudnya, itu dah cukup!”
‘Belasah’ Saja!
Tak kisah betul ataupun tak grammar iklan Pok Li tu, tapi mesejnya sampai. Dan Pok Li seorang yang financially free biar pun tak betul grammarnya! 
Ramai orang tak boleh pergi  jauh dalam hidup sebab terlalu takut itu, dan takut ini. Nak cakap omputeh, takut salah. Nanti orang nampak bodoh. Kita fikir itu dan ini menyebabkan kita ditakuk lama.
Saya nampak, orang Cina & India bukan betul pun diorang speaking, tapi mereka main belasah jer. Yang penting, mereka cakap bahasa Inggeris, dan audience faham. That’s it!
Awas! Keajaiban akan berlaku dalam hidup anda setelah membaca buku ini! Jangan baca!
Hikmah Dari Membaca
Itulah salah satu perkara yang saya belajar diri buku The Magic of Thinking Big! Buku yang sangat bagus, dan disarankan oleh ramai orang yang berjaya hari ini. Saya jumpa mana-mana orang berjaya, boleh dikatakan majoriti mereka recommend buku tu, termasuk sifu kami! Beliau baca 20 tahun yang lalu, that’s why mereka financially free hari ini.
Itulah kuasa buku. 1001 hikmah yang boleh kita dapat bila kita membaca!
Wallahu a’lam.
Zulkifli
Damasara Heights
15 April 2011
11 Jamadil Awwal 2011
P.s. Buku “The Magic of Thinking Big” dah ada dalam versi Bahasa Melayu. Jom baca! (“,)
Artikel berkaitan: Perfectionist Membuang Masa

{ 8 comments… read them below or add one }

1 Ikhwan Sharif April 10, 2012 at 9:42 am

Terima kasih tuan kerana sudi berkongsi ilmu dan pengalaman. Saya tertarik bila tuan tulis caption untuk buku Thinking Big. Saya ada terbaca bab pertama dari buku itu dan ianya amat menarik. Cuma xberkesempatan utk mencarinya di kedai buku. Harap suatu hari nanti boleh bertemu tuan untuk dapatkan ilmu dan tips dari tuan. Terima kasih.

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie April 10, 2012 at 10:00 am

Alhamdulillah.. Puji-pujian bagi Allah… InsyaAllah Ikhwan Sharif… Salam ukhuwwah… Boleh kita duduk minum kalau datang area Damansara Damai/ Sg. Buloh, insyaAllah. Boleh kita sembang2 seadanya.. :)

Reply

3 rohaizan November 16, 2012 at 1:15 pm

Salam ader tak buku tu nak belila..rohaizan 0199199224

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie November 16, 2012 at 4:15 pm

Wslm Pn. Rohaizan,

Buku “The Magic of Thinking Big” tu ada dijual di kebanyakkan kedai buku. Di MPH dan Popular book store mesti ada. Bagus untuk bacaan.

Reply

5 Nasran October 27, 2013 at 7:23 pm

Good tips..tq

Reply

6 Mohd Zulkifli Shafie October 27, 2013 at 9:42 pm

Alhamdulillah.

Reply

7 rohaizah khamis August 1, 2017 at 11:51 am

Saya announced setiap Jumaat is our ENGLISH DAY .

ramai yang merangkak2 nak ckp BI , saya ckp try jer ckp…as long we speak BI!

Reply

8 Mohd Zulkifli Shafie August 1, 2017 at 1:57 pm

Betul tu.

Reply

Leave a Comment

{ 4 trackbacks }

Previous post:

Next post: