Perfectionist Membuang Masa

by on April 21, 2009

Kerja yang bersifat ‘accessories’ sepatutnya kita kena bersikap berlebih kurang. Yang penting, matlamat utama tercapai dalam masa yang ada.

Idealist dan Perfectionist
Dulu saya pernah buat kerja cara idealist dan perfectionist. Semuanya nak terbaik, perfect. Kalau buat kerja, semua nak cantik dan paling baik hinggakan pada sekecil-sekecil perkara. Tapi rupa-rupanya sifat idealist dan perfectionist ni membuang masa. Nak dapat perfect, tapi ia memakan masa.

Kesilapan Dulu

Masa kendalikan sebuah persatuan di universiti dulu, saya cuba siapkan sebuah manhaj (guideline) tapi akhirnya tak siap hingga saya tamat belajar. Disebabkan terlalu banyak fikir dan mengkaji untuk dapat hasil yang perfect. Masa mula-mula masuk kerja pun begitu. Disebabkan nak buat terbaik, hasil kerja tak dapat siap dalam jangka waktu yang ditetapkan.

Capai Matlamat Utama Sudah Memadai

Sebenarnya, dalam buat kerja kita kena tahu matlamat. Asalkan matlamat utama tercapai, itu dah kira cemerlang. Semua kerja-kerja yang bersifat ‘accessories’ sepatutnya kita kena bersikap berlebih kurang. Contohnya, masa diberi cuma 3 hari. Saya sepatutnya buat apa yang terbaik untuk siap dalam tempoh 3 hari. Memang tak akan perfect, tapi ia dianggap sudah cukup perfect dalam waktu 3 hari.

Kalau bos bagi kerja contohnya, yang penting kena siap dalam waktu. Kualiti? Buatlah apa yang termampu dalam tempoh yang diberi. Itu dah memadai.

Zulkifli

Damansara Heights
21 April 2009

{ 5 comments… read them below or add one }

1 Nasran October 27, 2013 at 7:22 pm

Good tips..tq

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie October 27, 2013 at 9:42 pm

Alhamdulillah.

Reply

3 Faisz May 11, 2014 at 1:13 pm

Setuju!! Sy pun selalu pkr hal remeh temeh, hal kecil2 pabila nk buat sesuatu, akibatnya asik delay, keje jd b’tgguh n rase berat sgt keje nye, pda hal kemas stor je kot…. huhu (~_~)’

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie May 11, 2014 at 1:28 pm

🙂

Reply

5 SR June 6, 2016 at 4:28 am

Samalah mcm saya, kadang utk satu tugas mudah, saya ambil masa berhari-hari. Saya akan susun dan kemas my workplace. Bila rasa semuanya in order dan perfect, baru saya nak start mulakan something. It’s quite frustrating coz masa diambil utk start the work are much longer than the actual time to completed the work. Saya paling takut being n0t well informed abt that particular task. End up i can delayed things for m0nths just to make sure i start the work w loaded information.

Harap tuan blog boleh buat post khas utk bg tips dan cara menangani this type of positive-yet-destructive attitude ni.

Reply

Leave a Comment

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post: