(Sambungan artikel Negara Rumah Tangga)
Membentuk keluarga sebenarnya bermula daripada memilih calon isteri. Isteri yang taat pada Allah, akan taat pada suami. Nasihat untuk sahabat yang masih bujang, pilihlah yang beragama. Walaupun kriteria tu banyak (rupa, harta, keturun dan agama), tapi Nabi S.A.W suruh utamakan agama kerana isterilah yang akan didik anak-anak jadi soleh atau sebaliknya. Tugas kita didik isteri, dan tugas isteri didik anak-anak kerana suami banyak berperanan di luar rumah – cari nafkah, dan berperanan dalam masyarakat.
Memang benar apa yang Nabi pesan tu. Saya benar-benar realise benda ni. Saya cuma ada dua hari seminggu untuk anak-anak. Lima hari lagi kebanyakkannya hilang untuk kerja dan masyarakat. Keluar (kerja) pagi, balik menjelang malam. Waktu malam pulak, kena keluar rumah kalau ada mesyuarat atau program.
Pasal fenomena terlepas pandang islah keluarga dikalangan aktivis Islam kebanyakan berlaku pada mereka yang tak ditarbiyah. Masalah kurangnya kefahaman agama. Untuk rawat masalah ni di peringkat Cawangan, Azfar (Ketua Pemuda) berpendapat, dua perkara mesti dilaksanakan;
-
mendoakan sahabat-sahabat serta keluarganya; dan
-
mengukuhkan ikatan ukhuwah sesama keluarga sahabat dengan mengadakan program yang melibatkan keluarga ahli dengan lebih kerap kerana dalam persahabatan ada bekalan (iman).
Beberapa tips lagi yang sempat kami bincangkan antaranya tentang;
-
Kombinasi doa, usaha dan tawakkal dalam membentuk keluarga;
-
Didikan ketika waktu makan bersama keluarga;
-
Memaanfaatkan minda separa sedar (sub-concious mind) anak-anak dengan menerap dan membudayakan perkara yang baik sejak kecil; dan
-
Banyak bermonolog dengan Tuhan – hati sentiasa bercakap-cakap dan merintih dengan Tuhan supaya dipelihara diri kita dan keluarga.
Meraikan Sahabat Baru
Kali ni, kami meraikan kehadiran dua sahabat yang pertama kali datang ke Halaqah Pemuda iaitu Akhi Nasir dan Akhi Syafei (Apai). Penyertaan mereka bersama kami insyaAllah akan mengukuhkan lagi gerak kerja dakwah di sini. Akhi Nasir berpengalaman kendalikan Unit Amal, manakala Apai ada ramai ‘geng’ dikalangan remaja dan belia di sini – untuk digembelingkan tenaga nanti, insyaAllah.
Zulkifli
Damansara Damai
22 April 2009
{ 2 comments… read them below or add one }
Assalamualaikum Encik ,
Saya bermohon PAdaNYA agar dpt bekerja dari rumah .. dpt tgk anak2.
Wslm Pn Rohaizah,
InsyaAllah. Saya doakan Allah berkati usaha puan dan diberikan kejayaan supaya dapat bekerja dari rumah, insyaAllah.