MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Niat Tiada ‘Khilaf’

April 28, 2009

Niat Tiada Khilaf
Amalan boleh jadi betul, boleh jadi tersalah (dengan syariat). Tapi niat mesti sentiasa betul - kerana Allah.Fiqh Solat - Muwafiq & Masbuq

Kuliah maghrib Masjid Damansara Damai malam tadi bincang pasal Fiqh Solat oleh Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir. Saya pergi sekadar menadah telinga - tak bawa pen dan buku catatan. Sekadar pergi dengar.

Tak boleh fokus sangat sebab Aisyah dan Amal ikut sekali. Amal baru 3 tahun, belum pandai duduk diam dalam majlis. Walaupun begitu, saya bawa juga untuk biasakan mereka dengan masjid dan majlis ilmu - suasana yang solehah.

Kisah Sahabat Nabi Mengejar Rakat

Dalam apa yang disampaikan oleh Ustaz tentang muwafiq dan masbuq, satu perkara yang menarik perhatian saya iaitu peristiwa di mana Nabi S.A.W menegur seorang sahabat yang ingin mengejar fadhilat takbir pertama. Sahabat tersebut sampai lewat, iaitu ketika Nabi yang mengimamkan solat berjemaah sedang rukuk.

Untuk mendapat rakaat tersebut, beliau terus rukuk sebelum masuk ke dalam saf kerana syarat mendapat rakaat bagi yang masbuq ialah dapat rukuk bersama imam. Setelah rukuk, beliau berjalan dalam solat untuk masuk ke dalam sof.

Nabi S.A.W sedar peristiwa tu dan memanggil sahabat tersebut. Nabi memuji niatnya baik untuk mendapat rakaat tetapi Nabi ingatkan jalan ulang lagi cara begitu. Beliau dapat rakaat, tetapi cara itu tak tepat.

Iktibar Dari Peristiwa

Daripada peristiwa itu, Ustaz Nizam huraikan dua iktibar yang kita boleh ambil iaitu:

 

 

    1. Pertama, Nabi memuji dulu baru menegur. Memuji dengan maksud menghargai niat dan usaha yang baik sahabat tersebut. Dan kita juga sepatutnya permurah dengan pujian, berbanding cercaan yang menjadi kebiasaan ramai orang.

 

  1.  

    Kedua, Ustaz bacakan hadis Nabi yang mafhumnya "Niat seorang mukmin itu lebih baik dari amalannya". Maksudnya, niat yang baik itu lebih utama berbanding amalan. Amalan kita boleh jadi betul (dengan syariat), dan boleh jadi tak betul terutamanya dalam hal khilaf. Tapi niat tak boleh tak betul. Ia mesti betul kerana Allah. Macam sahabat Nabi tadi, beliau buat cara begitu sebab nak dapat kelebihan rakaat, cuma amalannya tak betul dan Nabi menegur.

Bila Ustaz sentuh bab ni, saya teringat tentang pengebom bali dan yang dikatakan kumpulan militan. Jenazah-jenazah mereka yang dijatuhkan hukuman bunuh dikatakan terdapat tanda-tanda mati syahid. Foto-foto jenazah mereka yang tersenyum telah tersebar di internet.

 

Niat Tak Boleh 'Khilaf'

Pendapat para ulama' mengatakan cara mereka tak betul, tapi mungkin itulah cara yang mereka faham untuk membela Islam. Niat mereka ikhlas kerana Allah sehinggakan sanggup mengorbankan nyawa sendiri. Kalau mereka itu pengganas, tak mungkin mereka sanggup letupkan diri sendiri. Mungkin niat ikhlas mereka itu ada nilaian besar di sisi Tuhan.

 

Pokoknya, buat apapun, niat mesti betul - kerana Allah. Dan sentiasalah cari jalan supaya amalan kita tepat mengikut kehendak Allah dan Rasul. InsyaAllah.

Zulkifli
Damansara Damai
28 April 2009

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>