
Ish, mungkin fenomena ni lah yang dunia ‘bising’ tentang perubahan cuaca dunia – global warming. Kalau kat sana dah tak ada musim bunga, mungkin ada kaitan juga dengan tempat kita yang tak ada musim buah macam dulu.
Dulu saya ingat, setiap tahun mesti ada musim buah. Sejak saya darjah 5, kami sekeluarga tinggal di rumah baru dalam kebun abah seluas 4 ekar. Dalam kebun tu ada macam-macam pokok buah-buahan – dokong (duku), durian, rambutan, manggis, dan pisang.
Berkelah Dalam KebunKalau musim buah, memang kami ajak kawan-kawan datang makan buah free. Masuk kebun, petik sendiri dan makanlah setakat yang mampu. Pastu, ambiklah tapau bawa balik. Memang tak larat la kalau kami jer yang makan. Sampaikan saya sendiri pun tak berapa minat makan buah – sebab dah banyak dan biasa sangat. Pernah juga saya ajak kawan-kawan masa kat universiti datang rumah kami, panjat pokok dokong (petik buah), kutip buah durian abah dan berkelah ramai-ramai. Memang best la berkelah dalam kebun.
Akibat ‘Tangan’ ManusiaTapi itu semua kenangan dulu. 4, 5 tahun kebelakangan ni buah tak berapa menjadi. Mungkin salah satu faktornya ialah perubahan cuaca dunia yang tak menentu. Sebenarnya, Tuhan ada sebut dalam Quran bahawa kerosakkan yang berlaku pada dunia, adalah disebabkan tangan-tangan (perbuatan) manusia – yang tak menjaga alam amanah Tuhan.
“Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” [Ar-Ruum 30:41]
{ 0 comments… add one now }