MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Perfectionist Membuang Masa

April 21, 2009

Kerja yang bersifat aksesori sepatutnya kita kena bersikap berlebih kurang. Yang penting, matlamat utama tercapai dalam masa yang ada.

Dulu saya pernah buat kerja cara idealist dan perfectionist. Semuanya nak terbaik, perfect.

Kalau buat kerja, semua nak cantik dan paling baik hinggakan pada sekecil-sekecil perkara. Tapi rupa-rupanya sifat idealist dan perfectionist ni membuang masa.

Nak dapat perfect, tapi ia memakan masa. Dan lebih malang lagi, kerja tak siap!

Mahu Terbaik, Akhirnya Terburuk!

Waktu saya diberi tanggungjawab mengendalikan sebuah persatuan di universiti dulu, saya cuba siapkan sebuah manhaj (guideline) tapi akhirnya tak siap hingga saya tamat belajar.

Disebabkan terlalu banyak fikir dan mengkaji untuk dapat hasil yang perfect.

Masa mula-mula masuk kerja pun begitu. Disebabkan nak buat terbaik, hasil kerja tak dapat siap dalam jangka waktu yang ditetapkan. 

Maka prestasi kerja saya sangat teruk!

Sebenarnya, dalam buat sesuatu kerja, kita kena tahu matlamat akhir. Asalkan matlamat utama tercapai, itu sudah pun dikira cemerlang.

Siapkan Dahulu, Adjust Kemudian

Semua kerja-kerja yang bersifat aksesori sepatutnya kita kena bersikap berlebih kurang.

Kalau sesuatu kerja itu diberi tempoh cuma 3 hari, saya sepatutnya buat apa yang terbaik untuk siap dalam tempoh 3 hari. Memang tak akan perfect, tapi ia dianggap sudah cukup perfect dalam waktu 3 hari.

Kalau bos bagi kerja contohnya, yang penting kena siap dalam waktu.

Tentang kualiti?

Buatlah apa yang termampu dalam tempoh yang diberi. Itu sudah memadai.

Sejak saya faham masalah saya ini, saya kurangkan keinginan untuk jadi yang perfect. Yang penting buat dan siapkan dulu, nanti kita sempurnakan kerja tersebut kemudian. Itupun kalau masih ada masa.

Buat sahaja dulu, nanti adjust kemudian. InsyaAllah.

Zulkifli
Damansara Heights
21 April 2009

25 Rabiul Akhir 1430H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Setuju!! Sy pun selalu pkr hal remeh temeh, hal kecil2 pabila nk buat sesuatu, akibatnya asik delay, keje jd b’tgguh n rase berat sgt keje nye, pda hal kemas stor je kot…. huhu (~_~)’

    • Samalah mcm saya, kadang utk satu tugas mudah, saya ambil masa berhari-hari. Saya akan susun dan kemas my workplace. Bila rasa semuanya in order dan perfect, baru saya nak start mulakan something. It’s quite frustrating coz masa diambil utk start the work are much longer than the actual time to completed the work. Saya paling takut being n0t well informed abt that particular task. End up i can delayed things for m0nths just to make sure i start the work w loaded information.

      Harap tuan blog boleh buat post khas utk bg tips dan cara menangani this type of positive-yet-destructive attitude ni.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >