Manusia belajar dengan meniru.
Kita nampak motorsikal sebelah bergerak (walaupun traffic light masih merah), kita pun ikut sama. Disebabkan orang sebelah kita bergerak, kita pun bergerak sama.
Kita cenderung untuk tiru perlakuan orang di sekeliling kita sebelum berfikir. Ikut dulu baru fikir.
Dan itulah sebenarnya rahsia kejayaan McDonald's, antara francais paling berjaya di dunia.
McDonald’s manfaatkan tabiat manusia suka meniru. Franchaisee hanya perlu sediakan modal, dia akan sediakan segala-galanya, 100% sama dengan bisnes dia.
Tiru sahaja model bisnes yang sudah pun terbukti berjaya.
Tiru Senior Yang Berjaya
Saya teringat waktu zaman belajar di universiti dulu. Ketika di universiti, saya antara pelajar cemerlang di kampus tersebut. Antara rahsia kejayaan saya ialah, saya sentiasa cari senior-senior yang berjaya, dan saya belajar dari mereka.
Saya tiru mereka.
Saya belajar cara mereka belajar. Saya ambil nota-nota mereka. Bahkan sebelum masuk semesta baharu, saya sudahpun go thru nota-nota yang ditulis oleh abang senior yang dianggap berjaya.
Tiru sering digambarkan perkara buruk.
Tapi tiru yang saya maksudkan ialah itu cara yang betul, bukan tiru jawapan kawan dalam exam. Kita tiru tabiat orang berjaya.
Supaya kita fikir apa yang mereka fikir, dan buat apa yang mereka buat. InsyaAllah kita akan dapat apa yang kita dapat.
Buat Apa Orang Berjaya Buat
Dan kita jangan lupa, Allah S.W.T hantar kepada kita Nabi untuk kita tiru. Untuk copy 100% apa yang Nabi buat, supaya kita dapat apa yang Nabi dapat – ganjaran bagi orang beriman.
Dan itulah antara hikmah kenapa Tuhan hantar Nabi bukan dari kalangan malaikat yang taat 100% kepada Dia, tetapi Tuhan hantar Nabi dari kalangan manusia. Supaya apa yang Nabi buat, kita pun mampu buat.
Nak berjaya dunia akhirat, tiru Nabi s.a.w.
Nak berjaya dalam apa bidang sekalipun, tirulah orang yang sudah berjaya sebelum kita.
Itulah hukum sunnatullah pada manusia untuk berjaya dalam hidup. Iaitu manusia belajar dengan meniru…
Zulkifli
Damansara Damai
30 September 2009
Artikel berkaitan:
- Tiru, Itulah Cara Tercepat Untuk Berjaya!
- Tiada Istilah Terlambat Untuk Bermula
- Kita Adalah Apa Yang Kita Fikir
- Inilah Yang Membuatkan Kita Gembira Selamanya
- Hidup Cara Minimalist, Kurangkan Beban Dan Nikmati Hidup Yang Lebih Bahagia
- Jawatan Itu Bukan Milik Kita. Buat Dua Persediaan Ini Sebelum Terlambat!