“Abang dah berumahtangga ke belum?” Tanya seorang penjual burger sambil menyiapkan burger yang saya pesan.
“Sudah. (Awak) Dah kawin ke belum?” balas saya.
“Kawin? Kawin dah banyak kali, tapi nikah belum lagi” jawab penjual burger tu sambil tersengih-sengih.
Confuse sekejap. Ungkapan yang sama pernah saya dengar dari seoran kawan. “Kawin” mengikut istilah mereka ialah “seks”.
Bukan Soal Istilah
Saya tak begitu kisah pasal istilah. Yang saya kisahkan ialah apakah benar apa yang diguraukan tadi.
Kalau dah lakukan seks tapi belum nikah, maksudnya zina.
Jawapan penjual burger tu tadi sama ertinya “Berzina dah banyak kali, tapi belum nikah lagi”. Ish… biar betul… mudah-mudahan ia cuma gurauan.
Sebenarnya, benda-benda macam ni tak boleh bergurau.
Saya pernah belajar satu kaedah motivasi iaitu “The Power of Spoken Words”. Ia mengajar saya supaya sentiasa memilih perkataan-perkataan yang terbaik dalam percakapan, dan menyebut perkara-perkara yang positif.
The Power Of Spoken Words
Kalau kita perhati, orang yang banyak terlibat dengan sales, marketing, dan customer service amat titik berat soal ni. Perkataan yang kita sebut, bukan saja beri kesan pada orang yang mendengarnya, tapi yang lebih penting kesan pada kita yang menyebutnya. Ia boleh pengaruhi PERASAAN dan FIKIRAN kita terhadap sesuatu.
Kalau kita selalu cakap kita boleh (berjaya), lama-lama hati kita akan tergerak untuk terus bertindak, dan fikiran kita sentiasa optimis untuk berjaya.
Tapi kalau selalu cakap “tak boleh”, memang confirm tak boleh. Sebab kita halang diri kita supaya “tak boleh”.
Pengaruh Zikir Terhadap Fikiran
Sebenarnya, Nabi S.A.W ada mengajar kita tentang perkara ini. Quran yang kita baca, zikir, wirid dan doa harian yang kita lafazkan tu salah satunya berfungsi mempengaruhi perasaan dan fikiran kita.
Ia boleh melentur hati supaya rasa berTuhan – rasa kehambaan, rasa mengharap, rasa berdosa dsb. Ia juga membuatkan fikiran kita sentiasa fikir tentang Allah, Rasul, dosa pahala, hari akhirat, hari pembalasan dsb.
Apa yang ada dalam perasaan (jiwa) dan fikiran kita, lambat laun akan terzahir sebagai Akhlak.
Sebab tu, kalau baca Quran, saya lebih gemar kuatkan sikit bacaan. Supaya perkataan yang keluar dari mulut, masuk semula ke telinga.
Mudah-mudahan ia lebih berkesan untuk melentur jiwa dan fikiran saya dan anak-anak serta isteri (sekiranya baca Quran di rumah). Walaupun tak begitu faham maknanya, paling kurang pun, bacaan itu tadi tersimpan dalam sub-concious mind (minda separa sedar) kami, insyaAllah.
Awasi Setiap Gurauan
Berbalik pada gurauan si penjual burger tu tadi, apakah agaknya kesan bergurau macam tu?
Kalau pun dia tak pernah berzina, perbuatan “zina” pada suatu ketika nanti akan jadi perkara biasa bagi dia. Sudah tak rasa dosa dengan zina.
Kalau tak rasa dosa dengan dosa, itu (iman) dah tahap bahaya!
Daripada bergurau benda-benda dosa, lebih baik la tak payah bergurau. Sebab kita selalu terlebih batasan dalam bergurau.
“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya.” – HR Bukhari & Muslim
[…] hari dalam solat, wirid, doa dan lain-lain ibadah. Mungkin begitulah mentor kami maksudkan “The Power of Spoken Words“. Sentiasa bercakap-cakap apa yang kita mahukan, dan tulis apakah impian dan wawasan dalam […]