Bongkar & Tulis Impian Hidup, Sekarang!

by on March 31, 2010

Post image for Bongkar & Tulis Impian Hidup, Sekarang!

Pergi kerja, balik kerja. Kekadang sampai lupa kenapa kita kerja. Tulislah atas kertas, apa yang sebenarnya kita nak dalam kerjaya, malah dalam sebuah kehidupan. Kata Stephen Covey, “Begin with end in mind”. Orang berjaya, memulakan kerja mereka dengan sedar tentang matlamat akhir. Mereka tahu tujuan, dan mereka ada wawasan hidup yang selalu kita namakan sebagai “Impian”.

Memang benar. Nabi s.a.w. pun ajarkan kita supaya berimpian. Impian untuk masa depan kita, dan impian untuk masa depan ummah. Dan impian Nabi s.a.w menjangkaui kehidupan dunia. Impian Nabi s.a.w merentasi kepentingan diri. Nabi nak bawa kita berjaya di Akhirat, negeri kekal untuk semua ummat manusia. Dan apa sahaja suruhan Tuhan yang dirasakan berat oleh manusia, Nabi s.a.w sentiasa ingatkan tentang impian kita, iaitu Syurga dan hari Akhirat.

Dan modal itu jugalah para sahabat Nabi s.a.w ‘memotivasikan’ diri mereka. Pernah suatu ketika balik dari perang, para sahabat yang dalam keadaan lemah minta Nabi S.A.W “ceritakanlah kami tentang Syurga wahai Rasulullah”. Impian dan wawasan hidup para sahabat sangat jelas dan itulah pemangkin untuk mereka terus ‘bekerja’, iaitu Syurga dan hari Akhirat.

Menulis dan Menyebut-nyebut Impian

Impian tak cukup sekadar terfikir-fikir dalam kepala. Impian hidup mukmin tertulis jelas dalam Al-Quran. Dan bukan itu saja, impian itu perlu disebut-sebut berulang-ulang kali, malah berpuluh-puluh kali setiap hari dalam solat, wirid, doa dan lain-lain ibadah. Mungkin begitulah mentor kami maksudkan “The Power of Spoken Words“. Sentiasa bercakap-cakap apa yang kita mahukan, dan tulis apakah impian dan wawasan dalam hidup kita.

Dulu saya fikir, wawasan hidup tak perlu ditulis. Cukuplah sekadar terfikir-fikir dalam kepala. Tapi rupa-rupanya silap. Bila kita tulis, kesannya cukup berbeza. Bila saya tuliskan atas kertas, tulis pada bilik tidur, dan baca setiap hari, oh, kesannya memang berbeza. Saya jadi lebih serius tentang kehidupan. Dan selalu tak selesa untuk ‘berehat-rehat’ selagi ia belum jadi realiti!

Cara Kenalipasti Impian

Impian hidup sangat penting. Bila kita tahu apa yang kita cari, kita lebih mudah buat keputusan yang mana penting, dan yang mana tak penting. Yang mana segera, dan yang mana boleh ditangguhkan. Tapi saya yakin, ramai rakan-rakan kita di luar sana tak pernah luangkan masa untuk fikir dengan serius tentang apa sebenarnya mereka cari dalam hidup. Sebab tu bila ditanya, apa yang penting dalam hidup mereka, ramai yang tak dapat jawab secara pasti!

Untuk mereka yang tak pasti, apa yang mereka cari dalam hidup, mungkin soalan di bawah ini yang perlu anda tanya bila duduk sorang-sorang.

(1) Kalau hidup aku cuma tinggal enam bulan lagi, apa yang aku perlu buat, perlu persiapkan, perlu lakukan sekarang?

(2) Kalau masa dan duit bukan halangan, bagaimanakah kehidupan aku sekeluarga sekarang?

Untuk cari jawapan di atas, jangan tanya mulut & fikiran, tapi tanyalah HATI KECIL sendiri. Hati kecil yang bersih selalunya memberi jawapan yang tepat tentang apa yang kita nak dalam hidup. Orang lain tergila-gilakan kereta besar, saya tak teringin pun kereta besar. Orang lain tergila-gilakan jam berjenama, bagi saya tak ada bezanya dengan jam Q&Q yang saya beli di Mydin. Biarlah orang lain dengan impian mereka, tapi kita kena tanya hati kecil kita sendiri.

Impian Besar, Cabaran Jadi Kecil

Bila impian kita besar, cabaran jadi kecil. Impian mesti lebih besar dari cabaran. Bila ada cabaran, besarkanlah impian. Pastinya kita akan nampak cabaran adalah sebahagian proses mencapai impian kita.

Kapal terbang boleh terbang sebab cabaran angin. Tayar boleh perputar dan menggerakkan kenderaan dengan laju sebab cabaran batu-batu jalan raya yang kasar. Kita pun macam tu. Kita akan berjaya sebab adanya cabaran-cabaran. Cabaran untuk disiplinkan diri. Cabaran untuk didik diri supaya bersabar. Cabaran untuk jadi seorang yang boleh dididik (teachable). Cabaran untuk biasakan diri berkongsi kebaikan kepada orang lain. Cabaran untuk mengutamakan orang lain berbanding diri sendiri. Cabaran untuk membuang rasa takut dan segan yang bukan pada tempatnya dsb.

Cabaran, sebahagian proses mencapai impian. Impian besar, cabaran jadi kecil. Impian kecil, cabaran jadi besar.

Elakkan Kekesalan Di Hari Tua

5 secrets you must discover before you DieDulu saya seorang yang ‘penakut’, mudah lemah semangat, dan tak yakin pada diri sendiri. Tapi, syukur pada Allah, semua masalah tersebut dapat dibuang bila saya kenal pasti apa yang saya nak dalam hidup.

Saya ada terbaca satu buku yang sangat menarik bertajuk “The 5 Secrets You Must Discover Before You Die”. Buku ni benar-benar fokus tentang kehidupan. Antara nasihat orang tua-tua yang ditemuramah oleh penulis katanya, “apabila usia anda seperti saya (70an), anda lebih kesal kerana tak berusaha atasi cabaran yang menghalang anda mencapai apa yang bermakna dalam hidup anda, berbanding anda telah mencubanya”. Jadi, berbuatlah sesuatu sekarang.

Bongkar Impian Hidup Sekarang!

Nasihat saya pada rakan-rakan, kenalpasti apa yang sebenarnya yang membuatkan hidup anda benar-benar bermakna. Bongkar apa yang sebenarnya yang anda cari dalam hidup. Jangan rugikan hari-hari kita hanya dengan rutin harian dan kesibukan bekerja yang tiada kesudahan. Pergi kerja, balik kerja. Pergi kerja, balik kerja. Sedar-sedar, umur dah tua dan diambang bersara. Pada ketika itu, hidup tinggal lagi saki-baki untuk mencari sedikit erti sebelum mati.

Masa kita masih muda, masih bertenaga, berbuatlah sesuatu. Berusahalah ke arah menjadikan hidup kita lebih bermakna. Kerana hidup hanya sekali. Masa-masa yang berlalu tidak akan berulang lagi.

Kehidupan adalah satu perjalanan yang sehala. Kerana kita hidup untuk (menuju) mati…

Wallahu ‘alam.

Zulkifli
Damansara Damai
22 Mac 2010
6 Rabiul Akhir 1431

P.s. Nasihat saya, tulis impian hidup anda sekarang. Saya yakin, anda akan lebih serius tentang kehidupan anda selepas ini.

Artikel berkaitan:

{ 6 comments… read them below or add one }

1 Hazirah October 9, 2013 at 3:52 pm

Assalamualaikum.

“Ketika anda masih muda, masih bertenaga, berbuatlah sesuatu. Berusahalah ke arah menjadikan hidup anda lebih bermakna. Kerana hidup hanya sekali. Masa-masa yang akan berlalu tidak akan berulang lagi.”

– Terima kasih En Zul.
Ayat dalam perenggan terakhir ni betul-betul bagi semangat pada saya tentang keputusan yang saya buat untuk berhenti kerja sekarang bagi mencari kerja yang lebih memberi makna , tak silap.

Hidup di dunia ni sekali sahaja. Rugilah saya isikan hidup saya di dunia dengan kerja yang tak “meaningful” dan tak berminat pon nk buat.

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie October 9, 2013 at 5:49 pm

Wslm Pn. Hazirah,

Alhamdulillah. Puji-pujian bagi Allah.

Moga Allah memberkati hidup kita yang masih berbaki dan menjadikan ianya penuh bermakna, insyaAllah.

Reply

3 ali September 22, 2014 at 10:39 am

Perkongsian yang sangat bermanfaat zul. Mohon share.

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie September 22, 2014 at 11:09 am

Alhamdulillah. Silakan Ali.

Reply

5 rohaizah khamis July 4, 2017 at 12:15 pm

assalammualaikum Encik Zul ,

hari ini saya mencari2 semua artikel Encik tentang masa depan dan impian.
dan artikel ini buat air mata saya menitik .

perenggan last menyebabkan saya sebak. tak mahu pergi kerja balik kerja pergi kerja balik kerja sedar2 sudah tua dan nak bersara.

Allahuakbar!
saya akan review balik carta impian saya! saya mahu hidup saya bermakna utk diri saya , famili saya dan org keliling saya , masyarakat

terima kasih Encik Zul krn suntik semangat saya dengan posting blog ini .

moga Allah sentiasa merahmati kebaikan yang Encik kongsi ini sampai ke syurga . Amin .

Reply

6 Mohd Zulkifli Shafie July 4, 2017 at 12:42 pm

Wslm Pn. Rohaizah,

Alhamdulillah.

Mudah-mudahan artikel ini bermanfaat, insyaAllah.

Reply

Leave a Comment

{ 3 trackbacks }

Previous post:

Next post: