MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Binalah Impian Merentasi Kepentingan Diri

July 29, 2011

Bina impian

Kalau ada rasa ada benda yang tak cukup dalam hidup, buatlah sesuatu.

Kalau rasa perhatian pada keluarga dan anak-anak adalah sesuatu yang BERMAKNA, buatlah sesuatu.

Kalau rasa pendidikan anak-anak sesuatu yang BERMAKNA, buatlah sesuatu.

Kalau rasa perhatian pada ibubapa sesuatu yang BERMAKNA, buatlah sesuatu.

Kalau rasa bagi sumbangan pada dakwah dan perjuangan Islam adalah sesuatu yang BERMAKNA dalam hidup, buatlah sesuatu...

Kalau rasa... Kalau rasa... Kalau rasa...

Maka BUATLAH SESUATU sebab HIDUP HANYA SEKALI. Samada kita ‘ambil risiko’ untuk dapatkan sesuatu yang BERMAKNA dalam hidup, ataupun bersiap-sedia untuk MENYESAL di hari tua sebab kita tak berusaha untuk sempurnakan sesuatu yang SANGAT BERMAKNA dalam hidup.

Bina Impian Merentasi Kepentingan Diri

Keperluan kita mungkin dah cukup, tapi macam mana keperluan ibu bapa mentua di kampung?

Keperluan kita mungkin dah cukup, tapi macam mana dengan jiran-jiran dan sahabat-sahabat kita?

Keperluan kita mungkin dah cukup, tapi macam mana keperluan fakir miskin dan anak-anak yatim yang dekat dengan kita?

Keperluan kita mungkin dah cukup, tapi macam mana keperluan dakwah, masjid, surau dan pusat tabiyyah Islam yang paling dekat dengan kita?

Nabi S.A.W ‘wawasannya’ merentasi sekadar kepentingan diri dan keluarga sendiri. Nabi banyak habiskan umur-umur hidupnya memikirkan tentang orang lain, tentang ummah. Rugilah bagi sesiapa sekadar duduk diam dan rasa “takpelah… KITA dah cukup dah... nak apa lagi?...”.

Nak jadikan diri kita supaya fikir merentasi keperluan diri, rajin-rajinlah berziarah orang susah dan kurang upaya. Rajin-rajinlah libatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan, dan jemaah-jemaah Islam. Rajin-rajinlah menjenguk nasib orang lain.

Barulah kita akan rasa “Alhamdulillah... aku dah cukup... sekarang, aku mesti buat sesuatu untuk orang lain pulak”...

Tulislah Juga Impian Untuk Orang Lain

Saya tengok betapa ibubapa dan mertua memerlukan kami. Mereka begitu seronok bila kami selalu jenguk mereka. Maka kami tulis impian kami untuk mereka.

Saya terlibat dengan Tadika Islam PASTI – pusat pendidikan awal anak-anak Islam, saya nampak kekurangan pada PASTI. Maka saya tulis impian saya untuk PASTI.

Saya terlibat dengan gerakan dakwah dan islah setempat, saya nampak ketempangannya. Maka saya tulis impian saya untuk dakwah dan perjuangan.

Saya terlibat dengan bantuan fakir miskin, saya nampak mereka benar-benar memerlukan bantuan orang yang ada upaya macam kita. Maka saya tulis impian saya untuk mereka.

Saya berziarah rumah anak-anak yatim. Saya sangat simpati dengan nasib mereka yang tak cukup kasih sayang ibubapa. Maka saya tulis impian saya untuk mereka.

“Untuk aku dan anak bini aku memang dah ‘cukup’... tapi hidup aku bukan hanya untuk aku.. Tuhan buat aku supaya aku boleh buat sesuatu juga pada orang lain”... Itulah yang saya fikir...

Buat Kerja Kita, Serahkan Tuhan Selebihnya

Kenapa perlu TULIS? 

Supaya kita sentiasa ingat, apa sebenarnya kita nak cari, nak buat. Kalau tak tulis, itu bukan IMPIAN... itu cuma angan-angan... Sekejap bersemangat, sekejap sejuk. Bila ada jer cabaran, mudah benar nak surrender...

Tapi bila kita tulis, kesannya memang berbeza. Bila lemah semangat, buka balik impian-impian yang kita tulis tu. InsyaAllah, semangat datang balik. Baru kita sedar balik, misi kita belum selesai...

Boleh capai ker semua tu?

Berjaya atau tak berjaya, itu bukan kerja kita. Itu kerja Tuhan. Jangan sibuk-sibuk dengan kerja Tuhan.

Kerja kita ialah pasang niat yang baik, usahakan apa yang termampu. Kalau kita mati sedangkan semua matlamat kita belum tercapai, sekurang-kurangnya Tuhan tahu kita benar-benar nak lakukan apa yang kita hajatkan.

Macam buat simpanan pergi haji juga lah. Dapat tak tak dapat, belum tentu. Tapi kalau kita dah buka akaun Tabung Haji, dah mendaftar pergi Haji, mudah-mudahan Allah terima niat kita untuk pergi Haji.

Tapi, macam mana kalau daftar haji pun belum, menyimpan untuk pergi haji pun belum? Apa kita nak jawab depan Tuhan sedangkan Astro boleh bayar, kereta boleh tukar baru?

Wallahu ‘alam...

Zulkifli
Damansara Damai
5 Julai 2011
4 Sya’ban 1432

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >