Zaman kanak-kanak dulu, aplikasi seperti Waze dan Maps, hanya boleh dilihat dalam cerita kartun. Jam tangan yang boleh jadi telefon seperti Apple Watch juga hanya boleh dilihat dalam cerita kartun. Semua teknologi tu seolah-olah sesuatu yang mustahil pada orang awam ketika itu.
Tetapi pada hari ini, ianya sudah jadi realiti dan sesuatu yang biasa bagi orang awam. Ia bukan lagi sesuatu perkara yang menghairankan kalau kita bercakap dengan jam tangan seperti Apple Watch, siap boleh nampak muka pemanggil lagi.
Ketika ianya dianggap sesuatu yang mustahil bagi orang awam, IDEA itu sebenarnya sudah jadi realiti DALAM KEPALA engineer yang mencipta alatan canggih itu. Perkara itu adalah IMPIAN bagi engineer untuk menjadikan idea itu satu realiti.
Realiti Sebelum Realiti
Begitu jugalah dengan IMPIAN HIDUP kita.
Sebelum ianya menjadi realiti di dunia realiti, ia perlu menjadi realiti dalam pemikiran kita dulu. Bila ianya sudah masuk dalam sub-concious mind, kita akan mula bekerja tanpa sedar untuk menjadikan IMPIAN itu satu realiti di DUNIA REALITI, insyaAllah.
“Believe you can and you’re halfway there” – Theodore Roosevelt
Selagi ianya belum jadi realiti dalam fikiran kita, mustahil untuk kita mencapainya.
Impian Dianggap Idea Gila
Saya masih ingat kisah 13 tahun lalu. Saya impikan “mempunyai pendapatan kukuh berjumlah 5 angka sebulan tanpa perlu keluar bekerja”. Saya mahukan FREEDOM of time.
Impian itu dianggap ‘gila’ oleh kawan-kawan rapat saya sebab gaji saya belum pun mencecah RM2,000. Untuk dapat pendapatan sebanyak itu sahaja pun, saya terpaksa keluar bekerja “pergi pagi balik petang”.
Jadi ia dianggap idea gila.
Walaupun kawan-kawan melihat idea itu sebagai idea gila (tak masuk akal), tetapi bagi saya, ia bukan idea gila. Saya sudah melihat dengan mata kepala saya sendiri mereka yang sudah mencapainya. Impian itu sudah menjadi realiti DALAM KEPALA saya walaupun kawan-kawan rapat anggap itu idea gila.
“Whatever the mind of man can conceive and believe, it can achieve” – Napoleon Hill
Makna Kejayaan Berbeza-beza
Salah seorang kawan rapat saya suruh saya lupakan idea gila itu. Itu nasihat yang jujur dari beliau untuk saya. Katanya, saya ada ada kelulusan akademik yang baik, kenapa tidak saya jadi pensyarah di universiti sahaja?
Beliau ajak saya sambung Master dan PhD, dan seterusnya menjadi pensyarah. Katanya, bila jadi pensyarah, kami boleh dapat “time freedom” mengikut definisi beliau.
Saya tetap berpegang kuat dengan IMPIAN saya itu. Time freedom bagi saya ialah mempunyai pendapatan pasif yang cukup tanpa perlu bekerja. Kalau masih perlu bekerja, paling baik yang saya boleh dapat hanya masa yang lebih fleksible, tetapi bukan “freedom” yang saya maksudkan.
Akhirnya, kami membawa halatuju hidup masing-masing.
Cabaran Mengekalkan Impian
Saya masih bekerja di syarikat swasta di Kuala Lumpur sambil mengejar impian saya, tetapi beliau menjadi pensyarah di universiti.
Ketika beliau bekerja sebagai pensyarah di sebuah universiti awam, kekadang hati saya agak tergugat bila melihat gajinya yang lebih besar berbanding gaji saya di syarikat swasta, bahkah dia mempunyai waktu kerja yang lebih fleksible berbanding kerja saya sebagai akauntan.
Bila kami berjumpa, beliau ingatkan saya secara jujur lagi sekali, lupakan idea gila saya itu. Lebih baik saya jadi pensyarah seperti beliau. Saya boleh dapat freedom juga (mengikut definisi beliau sendiri).
Jalan Kejayaan Masing-masing
Lepas 13 tahun berlalu, hari ini, beliau sudah mempunyai title Dr (PhD) dan mencapai apa yang beliau impikan.
Saya pula tak mempunyai apa-apa “title”, tetapi hari ini saya sudah capai FREEDOM yang saya impikan dahulu, yang pernah dianggap sebagai idea gila oleh kawan rapat saya itu.
Alhamdulillah. Puji-pujian bagi Allah atas nikmat ini. Hidup ini benar-benar satu pilihan… Kami masing-masing berjaya mengikut definisi kejayaan kami masing-masing…
Begin with end in mind. Mulakan perjalanan menggapai kejayaan dengan sebuah impian hidup yang besar. InsyaAllah.
Zulkifli
Damansara Damai
6 April 2017
10 Rejab 1438H
[Kredit foto : lovingonme]
Assalamualaikum Encik Zul ,
Perkongsian yang hebat.
Freedom sangat penting berbanding Title .
Bisnes sendiri lebih penting berbanding bekerja untuk bisnes orang lain yang akhirnya jika meninggalkan bisnes itu , kita tidak membawa apa-apa keluar bersama-sama dengan bisnes itu.
Itu yang saya fikirkan mendalam sejak mengenali Public Gold yang menawarkan bisnes sendiri yang hebat !
Wslm Pn. Rohaizah.
Alhamdulillah.
Betul. Akhirnya kita memiliki harga kita sendiri tu yang penting.
Determination yang kuat menjadi perangsang untuk tuan Zul berada dikedudukan sekarang. Tanniah tuan telah buktikan.
Alhamdulillah.
Salam Encik Zul
Bagaimana bila segalanya masih kabur, tetapi kita mempunyai hasrat untuk mencapai kebebasan tersebut? Seolah kita tidak pasti apa langkah seterusnya yang patut kita ambil.
Terima kasih atas pandangan Encik Zul.
Wslm Pn. Nana,
Kena cara jalan sampai kita percaya ianya boleh jadi realiti.
Antara caranya ialah baca buku dan bergaul dengan mereka yang telahpun berjaya mencapai apa yang kita impikan itu.
Terima kasih. Baca buku memang dah mulakan sejak dulu, memang banyak sangat membantu. Ya, jika nak lebih maju, kena buang sifat malu dan bergaul dengan mereka yang telah berjaya. Insya Allah, kena mulakan langkah kedua ini.
Sama-sama Pn. Nana.
InsyaAllah.
nak capai apa yg tuan zul cakap kena ada 1 step…iaitu….BERANI.
Berani untuk keluar dari zon semua org lain buat bukan biasa2.
adakalanya seseorang yg terdesak mampu keluar dari zon itu.
seperti org yg nampak hantu.kekuatan mental dan fizikanya mendadak kuat.
dia lari bagaikan seperti sudah mendapat latihan berminggu-minggu.
problemnya,keberanian seperti itu mudah hilang
Betul Tuan Skyfun.
Terima Kasih tuan, sedikit motivasi buat saya.
Alhamdulillah.
Sama-sama En. Fikhruldin.
Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.
salam ,
saya ingin bertanya , klau sy berminat untuk melabur dalam public gold bagaimana ?
kuantan .
Wslm En. Khair,
InsyaAllah saya boleh guide.
En. Khair wassap saya di 019-336 8009. Nanti saya guide mengikut matlamat dan bajet En. Khair membeli emas, insyaAllah.
Berfikir di luar kotak dan berusaha untuk mencapai ‘freedom’ adalah impian saya. Walaupun sekarang saya masih bekerja dalam sektor awam, saya sendiri mempunyai keinginan untuk mencapai bebas kewangan dan masa.
Terima kasih kepada tuan yang banyak memberi inspiarasi kepada saya 🙂
Sama-sama En. Haikal.
InsyaAllah. Mudah-mudahan Allah berkati usaha En. Haikal.
Salam tuan Zul,
Terima kasih atas perkongsian yang sgt bermanfaat. Saya bekerja di hospital, dan sering kali berhadapan dengan pesakit yang tidak mampu untuk bekerja, tapi MASIH PERLU bekerja. Tiada freedom of time. Menyedarkan saya bahawa menjana passive income sangat-sangat penting. Bukan untuk bergelar jutawan, tapi masih boleh meneruskan kehidupan apabila kudrat telah tiada.
Wslm Pn. Umie,
Terima kasih atas perkongsian pengalaman.
Betul tu, bukan untuk bergelar jutawan, tepi untuk survival hidup.
Assalamualaikum En Zul,
Terima kasih atas inspirasi En. Zul. Saya berkerja sebagai aircraft engineer. Gaji hampir mencecah 5 angka. Tapi saya tak ada freedom of time dan tak ada pasif income. Saya dah rugi 5 tahun awal pekerjaan saya kerana tidak melakukan investment..Saya sudah mulai memperbaiki cara pengurusan kewangan sejak membaca buku zero hutang..Impian untuk mencapai financial freedom dan time freedom.
Wslm En. Hafzalr,
Alhamdulillah. Mudah-mudahan artikel di blog ini bermanfaat, dan saya doakan Allah berkati usaha untuk capai financial freedom. Amiin.