MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Tip Ejen Hartanah Jimat Masa Layan Viewer Yang Salah

April 5, 2017

Dalam seminggu dua ni saya tolong family saya survey rumah yang dia nak beli di Damansara Damai. Saya tolong buat site visit untuk rumah yang dia short list.

Jenuh juga nak pilih rumah...

Apa yang saya kagum ialah kerja keras REN (Real Estate Negotiator a.k.a ejen hartanah). 

Kerja kuat tapi buang banyak masa

Saya tengok cara kerja REN, saya surender awal-awal.

Nak kena buat appointment dengan tuan rumah/ penyewa, bakal pembeli dan dia kena datang sekali ketuk pintu rumah. Semua tu kena jumpa dalam satu masa. 

Kekadang REN terpaksa datang jauh semata-mana nak view rumah tak sampai 5 minit. 

Setakat ni lepas beberapa buah rumah yang saya survey, semuanya tak berkenan mengikut kriteria pembeli.

Tapi REN sabar je melayan...

Kekadang REN tu seorang amoi. Malam-malam pun layan bakal pembeli untuk view rumah.

Cara lebih menjimatkan masa

Saya rasa REN boleh bekerja secara lebih efektif berbanding kaedah konvensional yang sangat TIME CONSUMING.

Lebih baik REN sendiri yang view rumah tu, senaraikan pros & cons (kelebihan dan kekurangan) untuk rumah tu, dan berikan pendapat peribadi mengikut perspektif bakal pembeli samada sebagai pelabur atau own stay.

Ambil foto yang lengkap dan VIDEO terus untuk setiap unit yang dia ada.

Dengan cara tu, dia dah boleh FILTER bakal pembeli yang betul.

Kalau bakal pembeli baca review yang dibuat oleh REN, dia dah boleh buat KEPUTUSAN AWAL samada unit tu patut dibuat site visit atau tidak. 

Ia menjimatkan masa SEMUA pihak, terutamanya masa penyewa yang sedang tinggal di situ. 

REN sendiri boleh ruangkan masa untuk buat perkara yang lebih bernilai tinggi...

Sekadar pandangan. 

Zulkifli
Damansara Damai
5 April 2017
8 Rejab 1438H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>