MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Pengalaman Perit Pelaburan Hartanah Yang Ramai Tak Tahu

August 30, 2023

"Tuan Zul... Alhamdulillah, kami dah dapat jual sebuah rumah kami yang kita bincang hari tu. Selesai jual rumah tu nanti, insyaAllah kami dapat tambahan cashflow RM1,700 sebulan!". 

Berita gembira yang saya terima tentang status kewangan sepasang murid saya, dealer Public Gold. Mereka berdua kakitangan kerajaan. Kesilapan mereka beli beberapa hartanah tanpa ilmu sebelum ni menyebabkan kewangan mereka 'berdarah' sekitar RM5,000 sebulan!

More...

Lebih kaya kalau tak melabur

Dia terpaksa tanggung rumah yang dibeli untuk pelaburan, tetapi tak dapat disewakan dengan sewaan yang berbaloi, yang menyebabkan duit mereka hangus RM5,000 sebulan.

Kalau mereka tak beli rumah-rumah tu, mereka ada duit extra RM5,000 sebulan, ataupun RM60,000 setahun. Atau boleh tambah tabungan emas 200 gram setahun tanpa sakit kepala fikir pasal rumah.

Jadi berdasarkan sedikit ilmu dan pengalaman saya, saya nasihatkan mereka jual semua hartanah-hartanah yang merugikan tersebut.

Nanti bila kewangan semakin baik, beli balik hartanah-hartanah lain yang menguntungkan dengan ilmu yang betul, di bawah bimbingan yang betul melalui program Gold-Property Pairing (GPP) yang kami sediakan.

Pelaburan yang tak sesuai untuk semua

Berdasarkan pengalaman saya dan banyak kes kerugian yang saya tengok, saya tak recommend sesiapa melabur dalam hartanah, kecuali dia dah bersedia dengan ilmu yang cukup, dan join circle pelabur hartanah yang betul.

Kalau tak, pelaburan hartanah bukan sahaja tak membuatkan dia bertambah kaya, sebaliknya cuma tambah masalah kewangan yang sedia bermasalah.

Bahkan kalau terbeli rumah yang salah, beban yang terpaksa ditanggung sangat besar untuk jangka waktu yang sangat panjang, sehingga 35 tahun! 

Mungkin rumah pelaburan itu akan jadi beban kewangan terbesar dalam hidup seseorang!

Pengalaman saya rugi dalam hartanah

Saya sendiri pernah buat kesilapan besar dalam hartanah. Saya pernah beli hartanah nilainya dekat RM1 juta. Itupun saya fikir lepas dah study cukup-cukup sebelum beli. Tapi lepas 6 tahun nilai rumah tu jatuh RM500k!

Saya rugi hampir RM500k, dan terpaksa tanggung bayaran bulan-bulan hampir RM4,000 sebulan!

Rumah yang asalnya plan nak jadikan rumah pelaburan, akhirnya kami jadikan weekend house dan rumah tamu kami. Cuma dengan keadaan kewangan kami sekarang, bayaran RM4,000 sebulan tu taklah membebankan. Alhamdulillah...

Tapi saya fikir untuk orang kebanyakan, RM4,000 sebulan tu mungkin sebulan gaji...

Jadi secara jujurnya, saya tak nasihatkan sesiapa melabur dalam hartanah, kecuali dia bersedia dengan ilmu dan join circle pelabur hartanah yang betul.

Tak seindah yang digambarkan

Sekurang-kurangnya dia kena khatam berkali-kali buku bertajuk "WTF - Wa Tak Faham : 23 Hartanah Sebelum Berumur 30" tulisan Tuan Faizul Ridzuan, guru hartanah nombor 1 Malaysia. Itu buku yang jadi rujukan utama saya sampai hari ini.

Pelaburan hartanah ni nampak cantik on paper. Tapi siapa yang pernah beli banyak rumah, dia akan faham pelaburan hartanah ni tak semudah apa yang kita fikir.

Silap hari bulan kita jadi lagi miskin dan hidup jadi lagi serabut berbanding sebelum melabur.

Yang kedua, kalau serius nak labur dalam hartanah, kena join circle yang aktif dalam hartanah.

Nak berjaya, tanyalah orang yang sudah berjaya. Jangan tanya kawan-kawan ataupun jiran sebelah. Kalau dia benar-benar berjaya dalam hartanah, mungkin dia sudah berjiran dengan jutawan hartanah yang lain. Bukan dengan kita.

Melabur secara lone ranger tanpa support group yang betul sangat berisiko. Banyak perkara yang kita akan terlepas pandang, buntu dan terkejut dengan beban yang kena tanggung bila salah beli hartanah.

Pengalaman tak menarik dalam hartanah

Antara pengalaman yang tak menarik saya dalam pelaburan hartanah, antaranya;

  1. Tak faham yuran guaman dan berkaitan yang kena bayar untuk beli rumah.

    Tiba-bila dapat bil dari laywer untuk bayar itu dan ini. Mulalah korek duit sana sini. Dah la habis tabung kena korek, ditambah lagi rasa bimbang kena tipu dengan laywer. Bayar duit tapi tak faham bayaran tu untuk apa.
  2. Dapat penyewa dari neraka!

    Ini masalah biasa yang menghantui kebanyakan pemilik rumah. Sudahlah penyewa liat nak bayar, rumah kita kotor dan tak dijaga dengan elok! Pernah ada kes penyewa lelaki saya simpan perempuan dalam bilik yang saya sewakan! Aduh...
  3. Rumah yang kami beli jauh dari tempat tinggal kami.

    Jadi urusan penyewa masuk dan nak menguruskan rumah tu agak mencabar. Dalam banyak keadaan, rumah tu terpaksa dibiarkan kosong gara-gara tak ada masa nak uruskan hal sewaan dan penyewa.
  4. Tiba-tiba lawyer call minta bayar duit puluhan ribu ringgit dalam masa sebulan dua!

    Aduh... Bayaran apa pulak ni? Rupa-rupanya undang-undang baru, strata title (geran) rumah kena settlekan hanya dalam masa beberapa tahun lepas beli. Tak macam dulu yang boleh biar sampai 10 tahun tak dapat geran. Nasib baik kewangan kami tengah baik... Alhamdulillah.

Ini pengalaman saya sendiri. Sebenarnya banyak lagi pengalaman yang menakutkan yang tak diceritakan kepada orang lain. Pengalaman-pengalaman buruk dan tak menarik selalunya tak diceritakan kepada umum sebab ia memalukan! 

No body cares about your story!

Tapi kita boleh dengar pengalaman-pengalaman sebenar bila join circle hartanah. Mereka yang dah berjaya keluar dari masalah akan share kesilapan yang mereka pernah buat (sebagai pengajaran untuk yang lain). Ia tak diceritakan kepada umum.

Sebab cerita-cerita masalah ni orang tak nak dengar kecuali bila seseorang tu sudah berjaya! No body cares about your story until you win!

Jadi kalau tak ada ilmu tentang pelaburan hartanah, tak pernah khatam sekurang-kurangnya 10 buku tentang hartanah, atau tak ada support group yang boleh bantu untuk berjaya dalam pelaburan hartanah, nasihat saya baik tak payah buang duit dan masa.

Simpan duit dalam Tabung Haji atau ASB lebih baik. Atau beli sahaja emas dan simpan sendiri. Itu lebih peace of mind daripada labur dalam hartanah...

Allahu a'lam.

Zulkifli
Cyberjaya
30 Ogos 2023
13 Safar 1445H

“Ada rumah yang dibeli itu jadi HARTA. Bahkan banyak rumah yang dibeli itu jadi BEBAN. Kalau beli rumah tapi terpaksa tarah CASHFLOW dan NET WORTH kita, itu bukan harta. Tapi beban (LIABILITY)!” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 25 Disember 2022

“Banyak orang tak boleh brain dan tak boleh terima hakikat banyak jutawan zaman sekarang (macam KA) tak beli rumah hanya untuk duduk sendiri. Mereka duduk menyewa sahaja. Mereka fokus bina harta (aset), dan berpada-pada dalam mengumpul beban (liabiliti).” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 4 Februari 2024

Sesiapa yang nak labur dalam hartanah wajib baca buku ni. "WTF - Wa Tak Faham : 23 Hartanah Sebelum Berumur 30" tulisan Tuan Faizul Ridzuan.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>