Kami dalam proses berpindah ke rumah baru. Rumah yang dahulunya kami rancang untuk beli, akhir sekali kami suami isteri buat keputusan, lebih baik menyewa sahaja. Sebab bila dikira dari sudut pelaburan (jika beli dan disewakan), ianya tak berbaloi.
Rumah-rumah yang saya beli sebelum ni, kalau ansuran bank RM800, saya dapat sewakan at least sekitar RM900 – RM1,000. Ada “positive cashflow”.
Kadar Sewaan vs Ansuran Bank
Tapi ‘rumah impian’ yang kami menyewa sekarang, nilai sewaannya hanya 60% sahaja dari ansuran bank! Kalau beli, maksudnya saya terpaksa menanggung lagi 40% kalau disewakan. Ianya tak berbaloi dari sudut pelaburan.
Lebih baik menyewa dan gunakan duit yang ada untuk pelaburan.
Rumah impian kita biasanya harganya mahal. Kalau kita terlalu gopoh MEMBELI rumah impian, nanti kekayaan kita akan “tersangkut” pada rumah itu. Ia tak boleh dikembangkan lagi.
Masa saya survey rumah tu, antara pemiliknya ialah pasangan suami isteri yang saya kira berusia akhir 20-an atau awal 30-an.
Antara sebab kenapa mereka nak sewakan rumah tu sebab komitmen kewangan terlalu tinggi. Mereka terpaksa berpindah ke rumah mentua dan sewakan rumah tu untuk bayar ansuran bank. Walaupun memang berat, tapi ia terpaksa dilakukan.
Sewa atau Beli, Mana Lebih Bebaloi?
Harga rumah yang saya sewa tu sekitar RM550,000 – RM750,000. Saya kira, kalau beli rumah tu, saya menanggung ansuran bank termasuk maintenance RM3,000 – RM4,000 sebulan!
Tapi kalau menyewa, saya hanya perlu membayar RM1,500 – RM2,200 sahaja! Dan ianya fully-furnished. Itulah kadar sewaan rumah di kawasan itu hari ini.
Dari perspektif pelaburan, ianya tak berbaloi. Kalau untuk pelaburan, lebih baik beli rumah-rumah kos sederhana yang nilai sewaannya sekurang-kurangnya boleh lepas bayar ansuran bank dan maintenance rumah.
Walaupun kita berhutang untuk beli rumah, tapi hakikatnya kita tak perlu membayar hutang itu menggunakan duit poket kita. Ia dibayar dengan duit penyewa.
Beli Rumah Yang Cashflow Positif
Satu rumah yang saya beli tahun lepas, ansuran bank termasuk maintenance sekitar RM1,050 sebulan. Tapi nilai sewaan rumah tingkat 1 (rumah saya di tingkat 1) apartment itu RM1,100 – RM1,200 kalau disewakan kosong.
Kalau partly-furnish atau fully-furnish, pastinya lebih daripada itu. Kalau disewakan mengikut kepala (macam asrama), sewaannya boleh lebih RM2,000 sebulan!
Bila stesyen MRT di sebelah apartment itu siap, sahabat boleh agak sendiri apa yang berlaku kepada kadar sewaan rumah-rumah di situ. Dan boleh dikatakan kadar sewaan meningkat dari tahun ke tahun sedangkan ansuran bank ‘fixed’.
Jadi rumah-rumah begitulah baru berbaloi dibeli kalau untuk pelaburan.
Beli Rumah Sebagai ‘Mesin Duit’
Saya perhati, otai-otai hartanah beli rumah untuk dijadikan mesin-mesin duit.
Bila ada duit, mereka guna duit tu untuk duduk menyewa di mana-mana rumah impian yang kita suka. Kalau dah tak suka atau dah bosan dengan rumah tu, pindah ke rumah impian lain pulak (Jangan lupa, impian kita sentiasa berubah dari semasa ke semasa).
Duit untuk menyewa rumah impian tu, kita bayar dengan keuntungan dari duit sewaan rumah-rumah yang kita beli tu. Dan itulah yang dilakukan oleh beberapa otai hartanah yang saya kenal. Mereka memiliki berpuluh-puluh hartanah, tapi mereka duduk menyewa rumah orang lain!
Ianya pelik bagi kita, tapi tak pelik bagi jutawan hartanah...
Tak Perlu Gopoh Beli Rumah Impian
Kalau terlalu gopoh beli rumah impian, kekayaan dan kemajuan kita mungkin tersangkut, terutamanya bagi orang muda seperti saya. Kita menanggung hutang besar yang tak bagi apa-apa pulangan.
Bila hutang besar, bank takut untuk bagi pinjaman lagi. Kekayaan kita tak dapat dikembangkan lagi menggunakan duit-duit bank.
Yang kedua, bila duduk di rumah impian, kita dah tak bebas bergerak (tak mobile).
Contohnya, kita bekerja di Damansara dan beli rumah impian di Sg. Buloh. Jaraknya sekitar 15 – 20 kilometer untuk ke tempat kerja. Tiba-tiba kita dapat tawaran kerja dengan gaji yang lebih baik, tapi pejabatnya di Cyberjaya yang jaraknya 50 – 60 kilometer dari rumah.
Masa tu kita akan dilema... Dan mungkin terpaksa lepaskan peluang untuk tingkatkan kerjaya.
Rumah Jadi Penjara Kewangan
Ya lah... Nak pindah ke Cyberjaya susah sebab sayang rumah impian kita dah beli. Kalau disewakan, ianya tak boleh cover untuk bayar ansuran bank dan tambah lagi satu beban kewangan.
Itu belum cerita ianya tak sampai hati untuk disewakan sebab kita dah renovate rumah habis dekat RM100,000 guna personal loan! Oh, kita memang tak akan pindah.
Mungkin ada sebahagian kita sanggup driving 1 jam – 2 jam (termasuk jalan jem) untuk ke tempat kerja dan habis duit beratus-ratus ringgit sebulan hanya untuk petrol dan tol ke tempat kerja. Duit kita habis, masa kita habis dan badan kita pun penat. Akhir sekali, kita stress dengan kehidupan kita.
Rumah impian yang kita beli sudah bertukar menjadi penjara kewangan!
Rumah Impian Bukan Harta
Satu perkara yang kita perlu realise, rumah yang kita duduk sendiri bukanlah aset (harta) kita. Ia adalah liabiliti (beban kewangan) kita.
Jangan berbangga kalau beli rumah dahulunya RM200,000, tapi hari ni KALAU dijual harganya mencecah RM1 juta sekalipun.
Kenapa?
Walaupun harga sudah RM1 juta, kalau dijual, kita nak duduk merempat di mana? Adakah kita sanggup jual rumah tu dan duduk di rumah lebih murah yang lain? Saya rasa, majoriti kita tak sanggup jual rumah impian sebab hati kita terlalu sayang rumah itu. Ianya sangat sentimental bagi kita.
Dari sudut pelaburan, ia tak memberi apa-apa kebaikan.
Rumah Impian Terlalu Sentimental
Hari tu, masa saya beritahu anak-anak, kami akan berpindah ke rumah lebih baik.
Rumah 3 kali ganda lebih luas, pemandangan lebih cantik, fasiliti lebih baik, ada kolam renang dan taman yang luas, ada court badminton tertutup yang anak saya suka dan sekuriti lebih ketat!
Saya terkejut, anak pertama dan anak kedua saya (darjah 5 dan darjah 3) sedih dan menangis. Mereka nak tinggal di rumah lama juga. Walaupun keluasan rumah hanya 1/3 daripada rumah yang kami menyewa sekarang ini, mereka sangat sayangkan rumah tu.
Katanya, rumah tu jangan disewakan. Mereka nak datang duduk sesekali...(“,)
Harta Ahli Waris, Bukan Harta Kita
Saya rasa, bukan kanak-kanak jer macam tu, orang dewasa lebih-lebih lagi sayang.
Rumah kita sangat sentimental bagi kita. Dan bila ianya terlalu sentimental (ikatan emosi yang kuat) dengan kita, janganlah anggap ianya sebagai harta. Ia adalah beban kewangan selagi kita hidup dan membayar untuk duduk.
Hinggalah bila kita dah mati dan rumah tu dijual dan difaraidkan oleh ahli keluarga, masa tu barulah boleh dianggap sebagai harta bagi keluarga, tapi bukan lagi harta untuk kita.
Saya ingat pesan guru-guru kewangan, “liabiliti” ialah duit keluar dari poket kita. “Aset” ialah apa yang menambah duit ke poket kita.
Jadi kalau nak beli rumah untuk pelaburan, kita mesti ‘clear cut’ dari sudut itu. Asingkan antara ikatan emosi dan kiraan matematik.
Rumah Jadi Beban dan Harta
Rumah boleh jadi liabiliti (beban kewangan), dan rumah juga boleh jadi aset kepada kewangan kita.
Beli rumah untuk kediaman sendiri tak ada masalah, tapi jangan ambil kira ianya sebagai aset selagi ia tak dapat menambah kekayaan kita. Dan lebih bijak kalau rumah impian itu kita bayar hasil dari duit yang dijana dari harta-harta kita berbanding membayarnya dengan duit gaji kita.
Samada nak beli atau menyewa, ianya satu pilihan.
Samada beli atau menyewa, hakikatnya kita hanya perlu tempat untuk berteduh sahaja.
Kalau menyewa, akhir sekali kita terpaksa tinggalkan rumah itu sebab ianya bukan milik kita. Kalau beli pun sama juga. Akhir sekali rumah itu terpaksa kita tinggalkan kepada ahli waris bila kita mati.
Hakikatnya, ianya bukan milik kita juga. Ia hanya pinjaman dari Tuhan sementara umur masih ada. Tak ada yang kekal dalam hidup ini kecuali amal soleh untuk dibawa bertemu Tuhan...
Wallahu a’lam.
Zulkifli
Damansara Damai
18 Januari 2015
27 Rabiul Awwal 1436
“Banyak orang tak boleh brain dan tak boleh terima hakikat banyak jutawan zaman sekarang (macam KA) tak beli rumah hanya untuk duduk sendiri. Mereka duduk menyewa sahaja. Mereka fokus bina harta (aset), dan berpada-pada dalam mengumpul beban (liabiliti).” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 4 Februari 2024
Artikel berkaitan:
- Pertimbangan yang perlu dibuat untuk beli ataupun menyewa - FB Shara Ismail (2024)
Artikel berkaitan:
- Kumpul Emas, Miliki Hartanah
- Kenapa Banyak Jutawan Tak Beli Rumah Untuk Duduk Sendiri?
- Perbaiki Kewangan Dulu, Jangan Kelam-kabut Beli Rumah
- Rumah Pelaburan : Pertimbangkan Dua Hal Ini Sebelum Letakkan Komitmen
- 2 Kerugian Beli Rumah Paling Mampu
- Beli Hartanah Sebagai Insuran Kekayaan
- Jual Rumah, Tutup Hutang, Hati Pun Tenang...
Terima Kasih atas perkongsian tuan zul. Byk ilmu saya dapat dari blog ni. Inspirasi utk saya menulis di masa depan jika berjaya sepenuhnya aplikasikan apa yang tuan share. Semoga Allah memberkati segala usaha
Sama-sama En. Azrul. Alhamdulillah. Saya doakan Allah berkati usaha En. Azrul. Amiin ya Allah.
Assalamualaikum zul, terima kasih atas perkongsian ilmu tentang rumah. Sangat bermanfaat. Saya nak tanya pendapat zul, saya membeli rumah berharga sekitar RM100 ribu dan nilai harga semasa rumah RM450 ribu. Saya ingin menjual rumah tersebut kerana ingin membeli pula ‘rumah impian’. Adakah berbaloi?
Harap dapat membantu.
Terima kasih.
Wslm Pn. Nurul,
Alhamdulillah.
Saya tak pasti berbaloi ataupun tak. Ia bergantung kepada matlamat kewangan puan. Puan kena bandingkan dengan option yang puan ada, lepas tu baru boleh bandingkan samada ia berbaloi ataupun tak.
Contohnya, bagi orang yang nak kembangkan kekayaan dan nak jana passive income daripada rumah-rumah sewa, dengan modal RM450 tu, dia boleh beli at least 5 buah rumah kos sederhana. Daripada rumah tu, saya anggarkan at least dia boleh jana passive income RM2,000 sebulan, bahkan boleh cecah hingga RM4,000 kalau kena caranya. Ia lebih berbaloi dari beli sebuah rumah impian yang tak menjana apa-apa pendapatan.
Kalau puan memang nak dapatkan rumah impian, jual rumah tu dan beli rumah impian harga yang sama, bagi saya hasilnya sama jer. Nak kata berbaloi tidak, nak kata tak berbaloi pun tidak juga.
Wallahu a’lam.
tersedar dari lamunan… berangan memiliki rumah impian tetapi sayangnya tidak menjana pendapatan rupanya ..waaa.. terima kasih bebanyak en zul… serius entry yang membuka minda dan pengetahuan saya…masa tidak boleh berputar kembali.. tetapi blog en zul benar2 menambahkan pengetahuan saya untuk mendidik pelajar2, adik2 dan rakan2 saya,.. `:) ciknugee..
Alhamdulillah. Puji-pujian bagi Allah.
Salam ust.Zul,
Wah, saya ter tarik dengan ayat pada perenggan pertama catatan ust. :
“Rumah-rumah yang saya beli sebelum ni,..
Agak-agak, berapa biji rumah yang ust. ada yer? hihi..
Wslm En Fairuz,
Rumah-rumah bermaksud lebih dari satu. Kalau dua buah rumah pun “rumah2” juga. 🙂
Beli rumah macam beli emas untuk simpanan masa depan. InsyaAllah.
Tahniah ust.zul.
ust.zul antara guru pertama saya dlm ilmu emas & pengurusan kewangan.
moga ust.zul kaya, berjaya dan berjasa.
Tuan…
Info yang sangat baik.semenjak mengenali blog tuan ,banyak ilmu saya dan manafaatkan.alhamdulillah target tahun ini ingin menambah lagi aset hartanah.mudahan ALLAH SWT permudahkan urusan kita semua..amin…
Alhamdulillah. Puji-pujian bagi Allah.
InsyaAllah. Saya doakan Allah berkati usaha puan. Amiin ya Allah.
Saya terkesan dengan perenggan terakhir.
Terima kasih Tuan
Alhamdulillah..
Salam tuan,
Saya selalu tertunggu-tunggu entri baru.Alhamdullillah dapat baca entri tuan sekali dua hari ni 🙂
Terkesan baca entri sewa rumah vs beli rumah.Saya punyai dua buah rumah.Satu utk kediaman org tua saya dan keluarga saya sendiri.Dua dua dibawah tanggungan saya dan suami.Saya ada impian utk bebaskan diri dari liabiliti hutang rumah secepat mungkin dan berazam mahukan postive cash flow dari sumber rumah yang ada.Semoga Allah permudahkan.Amin Ya Allah.
Wslm En Elfie,
Alhamdulillah. Saya doakan Allah memberkati tuan atas usaha yang baik memuliakan orang tua. Amiin ya Allah.
assalam tuan
hanya mgikut kata hati tapi setelah membaca blog tuan saya yakin kputusan yg sya buat untk mbeli umah teras kos rendah sebagai aset. sebab saya sudah memiliki umah yg idaman. semoga tuan sekluarga sihat n dirahmati oleh Allah. wassalam
Wslm En. Ramli,
Alhamdulillah.
Terima kasih atas doa tersebut. Saya doakan Allah merahmati En Ramli sekeluarga juga, amiin ya Allah.
Salam,
En Zul,
Nak bertanya tentang ansuran “fixed” yg encik nyatakan diatas. setakat yg sy survey skrg ni semua pembiayaan rumah tak kira jenis eg bba, tawaruq etc menggunakan konsep flexi yg. Boleh encik share bank mana yg masih menawarkan konsep fixed bagi pembiayaan mereka?
Wslm Pn. Ain,
Sekarang ni boleh dikatakan semuanya tak fixed (ia variable). Tapi kadarnya boleh dikatakan konsisten. Tak banyak perubahan. Contohnya, kalau bayar ansuran bank RM1,000 sebulan, sepanjang tempoh pinjaman tu kalau naik atau turun pun tak banyak sedangkan kadar sewaan naik secara konsisten. Kalau bayar RM1,000 sebulan hari ni, 10 tahun akan datang ia tak akan naik sampai RM2,000 sebulan. Kalau naik pun saya rasa paling tinggi pun RM1,100 – RM1,200 sebulan.
Tapi berbeza dengan sewaan. Kalau hari ni RM1,000 sebulan, saya rasa 10 tahun akan datang boleh naik RM2,000 sebulan. Ianya sentiasa naik sedangkan ansuran bank tak follow kenaikan sewaan.
Wallahu a’lam.
ooo..begitu maksud en zul. terima kasih ats penjelasan
maknanya beli atau sewa..ianya ttp hutang yg x luput.betul x?
Ianya tetap perlu dibayar setiap bulan.
Salam tuan,
Saya berpendapat berlainan dr tuan. Saya sukakan cadangan tuan dimana kita beli hartanah untuk disewakan dan keuntungan pasif boleh dijana daripadanya. Akan tetapi jika hendak melaksanakan saranan begitu, bermakna rumah impian tidaklah boleh terlalu membebankan bayarannya. Oleh itu pilahan yg tepat utk rumah didiami adalah seperti flat/pangsapuri. Akan tetapi timbul pula masalah sosial kepada anak2 kita kerana pengaruh kawan sangatlah kuat. Silap langkah anak2 kita akan terjebak dgn sesuatu yg negatif. Sekadar pendapat dr saya.
Wslm En. Man,
Saya menyewa rumah yang lebih besar dari rumah yang saya miliki (membelinya). Rumah-rumah yang saya beli dan sewakan semuanya apartment kos sederhana, tetapi saya tinggal (menyewa) di rumah yang 3 kali ganda lebih luas dari rumah yang saya miliki. KAWASAN KEDIAMAN LEBIH BAIK, lebih selesa, dan fasilitinya lengkap. Pendek kata, rumah yang saya sewa tu lebih seronok untuk tinggal berbanding tinggal di rumah-rumah yang saya sewakan.
Samada sewa atau beli, keluasan dan suasana rumah tak ada beza. Kita boleh duduk RUMAH IMPIAN YANG SAMA, samada dengan membelinya atau menyewanya. Ia tetap RUMAH YANG SAMA, tapi komitmen kewangan berbeza.
Contohnya, kalau saya BELI rumah impian saya, saya perlu komitmen kewangan RM3,000 – RM4,000 sebulan untuk duduk di rumah itu. Tapi bila saya menyewa, saya cuma perlu bayar sekitar RM1,500 – RM2,000 sahaja! Bukankah dengan menyewa, kita boleh JIMAT RM1,500 – RM2,000 sebulan? Bukankan dengan penjimatan itu, kita boleh gunakan untuk manfaat keluarga yang lebih banyak?
Kita tetap DUDUK DI RUMAH YANG SAMA, tapi kita ada duit lebih RM1,500 – RM2,000 setiap bulan… Bukankah itu lebih bijak dan lebih membahagiakan keluarga?… 🙂
kalo asyik pk jimat..jimat, sampai bila kita hendak menyewa. saya rasa depend pada matlamat ssorg. kalo saya, saya tak rasa rasa selesa even murah pun sbb seolah saya membayarkan hutang orang..sedangkn saya tak dapat pape pun kalo menyewa. maybe ada rumah yg perlu kita generate income..dan ada rumah impian, yang kita rasa selagi mampu dan selesa, teruskan je lah.
Tak ada betul atau salah. Duit masing-masing, pilihan masing-masing.
Samada beli atau sewa, kita boleh duduk di rumah tu selagi kita mampu bayar. Kalau BELI dan tak mampu bayar ansuran bank, rumah tu jadi BANK PUNYA juga. Kita bayar tapi akhir sekali bukan kita punya. Sama macam menyewa juga.
Saya bercakap dalam konteks orang muda yang nak kembangkan kekayaan, ini antara strateginya. Realitinya, ramai orang muda TERBANTUT kekayaan gara-gara tak sabar membeli rumah impian. Padahal hakikatnya, kita hanya perlukan rumah untuk berteduh jer, tak kisah samada beli atau sewa. Rumah itu tetap rumah yang sama.
Jadi apa masalah kalau sekadar menyewa rumah yang kita suka i.e. rumah impian, tapi dalam masa sama, kita memiliki rumah yang boleh dijadikan “harta”? Bukankah kita memiliki rumah sendiri juga?
Terbaik la tuan..yg ni sy setuju
Perkongsian yang baik & jika dapat dipraktikkan lagi baik.
InsyaAllah.
salam en zulkifli
Saya nak minta pandangan tentang loan perumahan.
Saya amat sensitif tentang riba.
Saya bekerja di sektor awam dan had kelayakan untuk membuat pinjaman masih banyak.
Namun saya agak takut untuk buat loan kerana pernah buat personal loan & loan rumah (y saya diami skrg).
Saya juga tertarik utk membeli hartanah dan sewakan seperti y en zul sarankan dlm artikel ini.Mohon pandangan en zul,bagaimana caranya atau terdapatkah cara untuk saya membuat pinjaman perumahan tanpa terlibat dengan riba.untuk makluman en zul,saya & isteri telah membelanjakan wang simpanan uk sebyak RM45k untuk membeli rumah lelong.Saya ambil langkah ini kerana takut terlibat dengan riba jika membuat loan bank untuk membeli rumah tersebut.Alhamdulillah rumah tersbut dpt disewakan.
Harap en zul dapat membantu. Wassalam
Wslm En. Hakim,
Kalau ambil Islamic Financing, memang bebas dari riba. Banyak bank-bank yang tawarkan Islamic Financing sekarang.
Assalamualaikom wbkth En Zul,
Praktikal ke saya buat begini? Saya ada membeli sebuah rumah impian dimana bulan-bulan bayar bank sekitar RM 2,200.00. (saya bayar banyak sebab saya tak mahu berhutang lama. Loan sekitar 10 tahun sahaja sebab rumah pun duduk sendiri)
Selepas baca artikel En Zul ni, saya mula berfikir begini. Bagaimana jika saya sewakan rumah idaman tersebut (ini bukan kes tak mampu bayar ye) dan rata-rata sewa disitu bagi rumah yang siap renovate, cantik dan selesa sekitar RM 1,500.00 – 2,000.00 (kawasan banyak IPTA). Duit sewa rumah itu saya cari rumah idaman macam En Zul secara sewa dalam sekitar RM 1,000- 1,500.00 dan balance sewa rumah saya tadi saya buat simpanan.
Walaupun saya tahu ianya agak rugi sedikit dengan nilai bayaran bulanan saya ke bank tapi saya dapat saving sedikit. Yang pasti saya tetap memiliki rumah yang saya bagi sewa tadi dan dalam masa yang sama, ada juga saving. Apa pandangan En Zul?
Wslm Pn. Ain,
Bagus idea tu. Kalau puan dapat sewakan rumah yang dibeli tu lebih tinggi, dan dapat menyewa rumah impian yang lain, why not?
Kalau jimat RM500 sebulan, lepas 3 tahun dah jadi RM18,000! Jumlah tu cukup untuk tambah lagi pemilikan rumah kos sederhana dan disewakan. Dengan penjimatan tu, beli lagi at least 1 rumah setiap 3 tahun. Saya yakin, bila dapat menyimpan dengan baik, setiap 2 tahun boleh beli sebuah rumah untuk dijadikan mesin-mesin duit, insyaAllah.
Alhamdulillah , akhirnya saya jumpa juga artikel yang amat bermanfaat bagi merancang kewangan yang lebih efektif..Benar, realitinya golongan muda kini terburu-buru ingin memiliki rumah impian sebab memikirkan harga yang akan melambung 5-10 tahun akan datang…bila dah beli..ramai yang tersepit dan tertekan ..bayangkan gaji golongan muda lepasan ijazah starting dalam rm 2000-3000. bayar rumah dalam lingkungan rm 1500-1800. mereka terpaksa cari pendapatan lain untuk menampung kehidupan..syabas kerana artikel En Zul dapat membuka mata dan menyedarkan ramai agar bijak merancang…
Alhamdulillah. Puji-puji bagi Allah.
salam…setiap artikel tuan sgt menarik dan mengajak saya berfikir dari luar kotak….terima kasih tuan…
Wslm En. Shahrul Nizam,
Alhamdulillah. Mudah-mudahan blog ni bermanfaat, insyaAllah.
Assalam. Panduan yang saya amalkan, jika membeli rumah ataupun menyewa rumah mestilah dekat dengan Masjid atau Surau.
Saya beli rumah di Kuantan 50m dari Surau Alhamdulillah, sekarang menyewa di Nilai 20m dari surau, 300m dari Mesjid. Boleh jalan kaki je..
Bayar bank RM650 (10 tahun dulu RM554 je), sewakan RM550 disana (walaupun dah lama boleh naikkan ke RM800)
Menyewa RM400 je di sini rumah yang lebih-kurang sama (Kadar di sini – balik bukit KLIA, sewa antara RM600 hingga RM1200)
Walaupun negative cash flow tapi tak tergamak nak naikkan sewa.
Seronok dapat duduk dekat Surau. Nikmatnya menanti Azan dan kadang-kala dikejutkan Azan setiap subuh, Rahmatnya dipanggil Solat 5x sehari.
Negative Rm100+ tu malas nak berkira. Disember ini, InsyaAllah balik Kuantan – seronok juga.
Pada pandangan saya, disamping jana positif cash flow, elok juga ikut sunnah, rumah berdekatan surau/masjid sebab:
1. Bila positif cash flow – seronok dapat duit
2. Kalau ter’negatif – masih kumpul pahala kalau kita bagi sewa pada geng surau.
3. Bila dah tua, tentu tak larat @ malas memandu, nak jalan kaki je.
Begitulah, untung dunia akhirat.
Bagaimana pandangan Ustaz Zul?
Wslm. Betul. Saya setuju dengan pendapat En. Syed. Itu yang terbaik.
Salam En. Zul,
Kalau beli rumah, tapi bayaran bulanan guna dividen Tabung Haji / ASB sepenuhnya (i.e duit gaji tak digunakan untuk bayaran rumah).. Dalam situasi begini, adakah pembelian rumah masih dianggap liabiliti?
Mohon pandangan tuan 🙂
Thanks.
Wslm En Ipoi,
Beli liabiliti bukan satu masalah. Bahkan kita mesti beli liabiliti untuk keperluan. Beli liabiliti dari Dividen (passive income) tu salah satu strategi yang bagus sebab libiliti kita ditanggung oleh hasil keuntungan daripada aset yang kita miliki.
Salam Tuan Sifu,
Saya masih menyewa rumah sekarang dan berimpian nak membeli aset rumah. Saya dan Isteri merancang hendak membuat pinjaman dalam 200k untuk membeli 2 biji rumah kos rendah dan kami akan menyewakan rumah tersebut.
Dan perancangannya adalah, keuntungan daripada penyewaan itu kami gunakan untuk menyewa rumah yg ala2 rumah impian.
Soalannya adalah, adakah berbaloi untuk kami membuat pinjaman tersebut?
Syukran Kathiran Tuan .
Wslm En. Zaidi,
Kena buat kira-kira, berapa nilai sewaan yang boleh dapat berbanding ansuran bank. Kalau sewaan lebih tinggi berbanding ansuran bank, kemungkinan ianya berbaloi. Tapi kena ingat, bukan semua orang layak beli rumah kos rendah. Kalau di Selangor, pendapatan isi rumah RM3,500 ke bawah sahaja layak beli rumah tersebut.
Assalam Tuan,
Saya mempunyai 2 buah rumah yg satunya disewakan(positif cashflow) dan satu lagi saya buat rumah yg diduduki semasa saya pulang bercuti( bekerja di luar kawasan) ansuran bulanan RM 1300. Saya juga mempunyai komitmen yg lain seperti pinjaman peribadi(RM 1500/Bln) dan juga pinjaman kereta (RM 660/Bln).Walaupun saya menangung hutang seperti di atas, tetapi keadaan kewangan saya adalah POSITIF..Hutang2 ini tidak menganggu tidur saya..tapi untuk makluman Tuan saya mempunyai passive income tahunan sebanyak +- RM22K..yg dijana dari Dividen koperasi , soalan saya apakah perlu saya lakukan dgn wang tersebut samada dikumpul sehingga cukup kemudian selesaikan hutang2 diatas(bebas hutang spt mana entry tuan yg terdahulu) atau apa pendapat Tuan..mohon cadangan?
Wslm En. Ishak,
Saya tak pasti apa patut dilakukan dengan duit tu. Itu bergantung matlamat kewangan En. Ishak sendiri. Kalau saya, bebaskan diri dari hutang-hutang negatif tu adalah satu keutamaan.
Teima kasih Tuan atas respon..dalam fikiran saya pun sehaluan dgn apa yang tuan cadangkan, bebaskan diri dari hutang negatif.
TQVM..
Sama2 En Ishak.
TERBAIK KUPASANNYA….
Alhamdulillah..
Bagus jugak sekurang-kurang nya 2 manafaat yang boleh diperolehi daripada menyewa ni. 1 manafaat dari rumah yang lebih luas 2. lebihan wang tunai dari. Terima kasih Tuan Mohd Zulkifli kongsikan idea ini.
Alhamdulillah..
Saya dah beli rumah impian…memang ia dikira sbg liabiliti tetapi jika ikut keadaan saya…ia amat berbaloi.
Rumah skrg dekat dgn tempat kerja. Tak smp 5minit dah sampai. Penggunaan minyak petrol jimat giler. isi minyak 1-2kali je sebulan full tank. area pula kawasan bandar serba serbi ada. Dulu beli 400k. Skrg harga dah 1m++. Sekolah anak semua dekat dgn tempat kerja pulak tu. Alhamdulillah…
Dulu menyewa.. petrol kena isi setiap minggu full tank. Masa pl byk terbazir dgn driving dan traffic jam.
Bg saya..tidak salah membeli rumah jika ia lebih memudahkan dan mendatangkan keuntungan jangka panjang. Kini..ramai kenalan yg menyesal tak beli rumah tu dulu. 2008 semua dah berpenghuni.
Sekian.
Alhamdulillah.
Assalamualaikum Tuan. Terima kasih atas perkongsian Tuan yang sedikit sebanyak telah menjawab pertanyaan yang bercelaru di fikiran saya. Namun, ada lagi satu benda yang saya masih dalam dilema.
Saya ada rumah yang dibeli dengan harga RM115k dan sekarang harga pasaran sudah mencecah Rm250k di kawasan yang sedang membangun dengan laju. Kemungkinan harga rumah itu akan tersekat sekadar Rm250k atau maksimum Rm270k sahaja (mengikut rujukan lawyer saya).
Untuk pengetahuan Tuan, saya sekarang menyewa rumah yang lebih selesa dan besar, tetapi kadar sewa hanya Rm1,100 berbanding rumah saya yang Rm250k dan dapat disewakan dengan harga Rm1,400 walaupun rumah apartment dan kecil.
Adakah saya patut jual rumah tersebut untuk tujuan selesaikan hutang-hutang lain dan beli rumah di kawasan perumahan yang juga sedang membangun dan harga rumah boleh melonjak 2-3 kali ganda untuk tujuan disewakan atau sewakan sahaja rumah tadi?
Wslm puan,
Saya tak pasti apa yang terbaik. Ia terpulang kepada matlamat kewangan puan. Kalau puan nak jadikan rumah tu sebagai mesin duit, terus sewakan rumah tu. Tapi kalau ada komitmen kewangan lain yang perlu diselesaikan, jual pun tak ada masalah. Tapi nak cari rumah yang dapat bagi positive cashflow yang baik tak mudah.
Wallahu a’lam.
Assalamualaikum tuan.
Blog tuan mmg mmberi motivasi pd diri sy dan suami supaya utk terus hidup dibawah kmampuan walaupun kdg2 terasa nak tukar kereta atau brcuti luar negara bila lihat kawan2 buat mcm tu. Kagum dgn tuan krana sanggup brkongsi ilmu. Ilmu tuan kami cuba praktikkan. Kami juga ada mngikuti kelas tuan bri ttg ilmu hartanah. Tanpa ilmu, saya rasa mungkin akan tersilap langkah. Nyaris2 mmbeli rumah idaman yg mgkin jd pnjara bg kami. Kami brjaya mmbeli rumah subsale teres 108k ansuran rm570 sewa rm1100, lelong teres stingkat 44k ansuran rm270 sewa rm350, rumah subsale teres 120k. Positif cashflow tu kami guna utk kumpul dana full settlemen hutang kereta. Moga tuan dan keluarga dimurahkn rezeki dan sentiasa dlm perlindungan Allah.
Wslm Pn. Ika,
Alhamdulillah. Saya turut gembira dengan perkembangan positif kewangan puan dan suami. Mudah-mudahan kedudukan kewangan yang lebih baik menjadikan kita oleh yang bersyukur, insyaAllah.
artikel kena sangatlah dengan situasi saya. memang tengah nak beli rumah. baru je gatal tangan nak gi beli umah rm265k. bukan tak mampu, tp cashflow jd tight. tq tuan atas panduan.
Alhamdulillah..
As salam..
Sekadar bertanya ye? Saya pernah mendengar bahawa pinjaman bank menggunakan sistem riba dan riba itu haram. Bukankah haram hasil harta yang kita kembangkan dar pinjaman bank tadi? Mohon pencerahan..ataupun kalau boleh buat satu artikel berkenaan riba untuk kita lebih faham bagaimana sistem riba dijalankan?
Terima kasih
Wslm Puan,
Kalau buat pinjaman, pastikan ambil Islamic Financing. Ia disahkan patuh syariah oleh Majis Penasihat Shariah oleh setiap bank dan dipantau oleh BNM. Kalau ambil pinjaman konvensional, itu memang riba.
Salam tuan, satu artikel yg menarik….sebelum ini saya ingin naikkan sewa rumah kerana cashflow yg negatif tapi perasaan kesian dan emosi lebih walaupun sewa dikawasan saya itu tinggi dan terletak berhampiran pusat bandar dengan pelbagai kemudahan.Artikel ini secara langsung mengajar bagaimana menguruskan kewangan walaupun selama ini saya banyak mensubsidikan rumah tersebut.
Wslm Pn. Aniz,
Alhamdulillah..
Artikel tuan zul telah membuka minda saya ttg rumah idaman .Akhir2 ni sy dok pujuk en suami cari rumah idaman …nasib baik terbaca artikel ni….Saya dan suami kakitangan kerajaan dan tinggal di kuarters yg agak selesa . Suami akan berpindah tempat bertugas baru selepas 5 @6 thn di sesuatu tempat.Suami ada membeli 2 buah rumah ..sekarang disewakan tetapi tidak dpt positive cashflow…sy jugak ada membeli tanah di kg secara tunai dan sedikit personal loan (en suami buat).Tanah tu jadi dusun buah ..takde duit masuk jugak.Memandangkan pengalaman begitu sy dah buat keputusan tak nak beli hartanah ..sbb kekangan masa nak urus .dan sebagainya. Ok tak bajet untuk bayar pinjaman rumah tu saya beli emas..sampai masa nanti sy berhasrat nak bina rumah di kg … ..ptptn dah settle ..kereta thn dpn settle
mohon pandangan tuan …
Alhamdulillah. Mudah-mudahan artikel ni bermanfaat, insyaAllah.
Alternatif beli hartanah, puan boleh beli emas. Emas penyimpan nilai yang bagus untuk jangka panjang.
[…] Read more: http://www.mohdzulkifli.com/2015/01/beli-atau-sewa-rumah-mana-lebih-bebaloi.html#ixzz3XYNx6wPt […]
Salam en.zul…sy berusia 29 thn dan bakal mendirikn rumahtangga. Sy ingin meminta nasihat saudara berkenaan tips mengurus kewangan. Sy konsisten menyimpan duit setiap kali dpt gaji (basic sy rm2400), memiliki akaun Tbg Haji & beberapa bank lain. Sy menyimpan dlm SEMUA akaun itu (dibahagikan mengikut nilai tertentu). Dlm T.Haji sy ada lbh kurang 12K, dan dicampur dgn jumlah dlm bank2 lain, semuanya kini berjumlah lbh krg 15K.
Sy bercadang hendak berkahwin pd hujung tahun ini. Jumlah perbelanjaan (kedua2 majlis) dijangka 15K. Sy menganggarkan akan berjaya mengumpul rm5000 dlm masa 5 bulan lg (simpan 1K sebulan). Jadi mungkin sy akan memiliki dlm 20K pd masa itu, dan slps majlis, mybe akan tinggal dlm 5K.
Masalah sy:
1) Asalnya mengumpul duit utk membeli rumah, kerana dinasihatkan org supaya membeli rumah pd usia muda. Target asal, ada rumah sblm 30 thn, akan tetapi x tercapai atas sbb2 tertentu. Jadi, sy fikir, jika mengeluarkan wang dr T.Haji utk perkahwinan, LAMBATlah sy dpt beli rumah, dan jika sy menyimpan kembali wang pun, mungkin harga rumah sudah terlalu tinggi. Apa pendapat saudara?
2) Sy ingin tahu tips membeli rumah. Agak sesak nafas juga mendengar pengalamn rakan2 beli rumah: kos peguam @ kos dlm memulakan langkah awal membeli rumah shj sudah memakan 5-6K.
3)Sy cuma ada hutang PTPTN, yg xtau entah bila nak settle. Sy tiada kereta, cuma bermotorsikal (tapi bakal pasangan ada kereta) dan berharap the next debt i’ll make adalah utk rumah shj. Betulkah pendirian sy ini?
Harap sgt saudara dpt membantu.
Wslm En. Akmal,
1. Betul, beli rumah usia muda tu bagus. En. Akmal boleh beli rumah, tetapi kena cari rumah yang dijual BAWAH HARGA PASARAN, dan buat pinjaman lebih tinggi dari harga yang dibeli. Duit lebihan itu boleh digunakan untuk perkahwinan. Saya syorkan En. Akmal baca buku pasal pelaburan hartanah untuk lebih faham apa yang saya maksudkan tu. Saya boleh syorkan baca buku bertajuk “Wa Tak Faham” tulisan Faizul Ridzuan.
2. Untuk selesa membeli rumah, kena stand by duit dalam 10% (bagi rumah yang beli atas tangan orang) dan 5% (untuk rumah projek baru) hanya untuk kos-kos berkaitan. Dan kena sedia lagi deposit 10% sebab pinjaman maksimum cuma 90% sahaja.
3. Betul, kalau pasangan dah ada kereta sendiri, tak perlu beli kereta lagi. Pakai kereta tu sahaja.
Wallahu a’lam.
Salam Tuan,
Saya dikalangan orang yang masih ragu-ragu sama ada hendak menyewa atau membeli rumah. Artikel ini membuatkan saya berfikir dua tiga kali juga. Jadi saya ingin berkongsi pandangan saya sahaja, bagi saya yang umur nak masuk 30 an ni, kenapa nak buat rumah impian nanti dah tua, umur dah 45-50, dapat rasa duduk rumah tersebut sekejap sahaja. Baiklah saya buat rumah impian itu sekarang, dapatlah saya rasa lama sikit. Rumah impian harga berjuta, tersergam tapi hanya duduk 4 atau 5 tahun itupun dah tak berapa larat naik turun tangga. Sekadar pandangan, kita pun tak tahu bila akan mati. Terima kasih tuan.
Wslm Tuan,
Hidup ini soal pilihan.
Saya sekarang ini duduk di rumah impian tapi dengan hanya menyewa. Priority saya ialah kembangkan kekayaan ketika usia muda. Saya setuju duduk rumah impian diusia muda, tapi bukankah lebih bijak duduk di rumah impian dengan kos yang rendah (iaitu dengan cara menyewa) tapi dalam masa sama kekayaan kita dapat dikembangkan?
Bagi saya, kurang bijak kalau kita berhabis duit duduk di rumah impian tetapi kekayaan kita terbantut.
Saya sudah memiliki rumah idaman di kedah dan loan gomen masih hutang.suami pesara tentera (bersara awal) sekitar umur 45 tahun dan telah mendpt pekerjaan di melaka(petronas penapisan)kami bercadang ingin membeli rumah yg harga 260k…rumah di kedah tidak disewakan memandangkan kami tinggal disana bila pukang ke kedah..saya buntu adakah tindakan untuk membeli rumah yg beharga begitu berbaloi..memandangkan saya masih menyewa di melaka dgn kos rm 450.oo sbln..
Salam tuan,
Saya ingin mendapat pandangan pihak tuan.
Saya hendak membeli rumah semi-D single storey berharga RM370K,rumah 2nd hand, pihak bank boleh bagi loan dalam330K, bermakna saya terpaksa bayar deposit RM40K.Itu belum termasuk bayaran lawyer dan valuer company rumah.mungkin dalam RM6K jugalah.
FYI ini rumah kedua hendak di beli,dan saya berhajat untuk menyewakan sahaja,namun harga sewa sekarang sekitar RM1300.bayaran bulanan rumah itu nanti sekitar RM1800.
Saya juga berhajat untuk menjual semula selepas 7tahun nanti,adakah tindakan membeli rumah ini mendatangkan keuntungan atau kerugian? saya angarkan blh di jual lbh RM460 nanti.
Jika pihak tuan di pihak saya apa tindakan sebaiknya yang hendak dilakukan.
sekian terima kasih
Wslm En. Mady.
1. Banyak kos yang tuan perlu tanggung nanti. Saya pasti bayaran untuk kos berkaitan tu tak cukup dengan hanya RM6k. Mungkin tuan kena stand-by lagi 10% dari nilai rumah tu untuk kos berkaitan (selain RM40k tu).
2. Boleh beli tetapi tuan akan menanggung RM500 sebulan dan risiko kalau rumah itu tak ada penyewa untuk tempoh beberapa bulan. Jadi selain pertimbangkan potensi keuntungan, pertimbangkan juga risiko pelaburan.
salam tuan..
Didoakan kita semua berada dlm redha Allah selamnyann..Aminn.
Soalan saya
1) Pangsapuri kkeluasan 960sq 2nd hand market value 150k.. dijual pada harga 145k + pakej (ada penyewa bernilai +- 900 sebulan, kontrak setahun) loan bank +-800 sebulan.
Berbaloikah untuk dibeli?
2) dengan eknmi yg dijgka xmenentu atau lebih teruk.. mungkinkah ansuran bulanan bank akan meningkat dan seterusnya memberi kesan aliran cashflow? maka berbaloikah?
thank in advance tuan.
Saya suka baca entri ni. .dan entri2 lain. .tq En zul
Alhamdulillah. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.
tq atas perkongsian
Sama-sama. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.
Terima kasih atas info. Dalam kebuntuan ni Allah tunjukkan artikel ni pada saya. Alhamdulillah.
Sama-sama Pn. Nurul.
Alhamdulillah..
Salam En. Zul,
Saya nak mintak pandangan En. Zul
– Gaji bersih saya dalam 2448.00 dah tolak kereta dan takder hutang lain kecuali PTPTN yang sy bayar rm200 ratus tiap2 bulan kalau saya nak beli rumah pertama berapa harga rumah yg berpatutan yg patut saya beli dan brp loan bank yg akan sy dapat. Umur sy 32 thn.
– Saya bercadang untuk beli rumah thn depan tunggu dividen asb n tabung hj dulu. Deposit ada RM30 ribu kwsp 2 17 ribu masalah saya sekarang ni sy masih dlm dilema
1. Patut ke saya bayar hutang kereta lumpsun dulu (hutang 43 ribu) then simpan duit 2/3 thn lagi baru beli rumah so hutang tak byk sgt. Tapi rumah akan naik maybe time tu dah tak mampu. Rumah idaman saya sewa dulu tapi tak jadi milik kitala.
atau
2. Beli rumah idaman thn depan tapi saya sewakan bilik yang kosong. Tapi takut kalau ada masalah sewa dgn duit hutang kereta lagi tiap2 bulan rm550.
mohon pandangan En. Zul,
Terima kasih
Wslm Pn. Hanim,
Pasal beli rumah, saya syorkan belajar dulu ilmu-ilmu hartanah. Banyak strategi boleh digunakan, antaranya:
1. Beli rumah di bawah market value (dan mark-up loan), duit cash back tu nanti gunakan untuk bayar lump sum hutang kereta.
2. Beli rumah yang boleh disewakan dengan lebihan sewaan (berbanding ansuran bank) RM550 sebulan, dan gunakan duit lebihan tu untuk bayar ansuran kereta tu. Maksudnya, beli rumah untuk pelaburan, bukan rumah idaman.
Saya boleh syorkan puan baca buku bertajuk “Wa Tak Faham” tulisan Sdr Faizul Ridzuan.
Wallau a’lam.
Thanks En. Zul atas cadangan yg bernas.
Sama-sama puan.
Assalam…
-Alhamdulillah syukur kpd Allah SWT kerana saya & suami telah memiliki 4 buah rumah di Tawau,Sabah.
-3 buah rumah saya bagi sewa dalam RM900 sebulan.1 buah rumah lagi saya tinggal sekeluarga.
-1 rumah telah habis pembayaran dgn loan perbendaharaan pinjaman perumahan kerajaan.1 rumah lagi tinggal setahun lagi habis pembayaran dgn loan kerajaan juga.
-1 rumah lagi tinggal 10 tahun lagi pembayaran,manakala yang rumah yg ke empat saya ambil tempoh loan yang agak panjang sehingga saya pencen.
-Loan pinjanan kereta pun sudah lama habis…sekarang ini kami sekeluarga tinggal di rumah yang memang cukup selesa.Syukur kepada Allah kerana telah memudahkan segalanya dengan lancar.
-Bagi saya,tidak rugi beli rumah kerana ianya pelaburan utk masa depan dan utk anak-anak juga supaya mereka tidak payah membeli rumah lagi.
-Anak saya seramai 3 orang dan kini mereka faham betapa perlunya ‘kita mengawal duit kita sendiri dan jangan biarkan duit yang mengawal kita’.
-Semoga saya dan suami serta anak-anak sentiasa mensyukuri nikmat Allah.Sentiasa ingat pada Allah…insha-Allah semua mudah bagi kita.
Amin ya Allah.
-T.kasih En.Zulkifli…banyak info yang berguna dlm artikel ini.Semoga Allah merahmati En.Zulkifli sekeluarga.
Wslm Pn. Faridah,
Alhamdulilah. Saya turut sama gembira dengan kedudukan kewangan yang baik Pn. Faridah sekeluarga.
aslam..
saya telah berminat utk buat pelaburan. apa yang saya plan di sini. mencari rumah anggaran 100k ke bawah. dan disewakan. saya tak ada rumah impian. janji ada tempat teduh memadai. impian saya ialah, apabila umur saya 50 tahun or 55 tahun saya telah ada 2 unit rumah atau lebih dan hanya utk disewakan dan hanya menerima duit dari penyewa. apa pandangan uzt tentang impian saya ni.. tq.
Wslm puan,
Matlamat kewangan tu ok. Dan mungkin ia terlalu mudah dicapai bagi orang mudah, insyaAllah. Yang penting dapatkan ilmu dahulu. Baca buku-buku pelaburan hartanah dan hadir seminar berkaitan.
Salam encik zul,
Saya ingin meminta pandangan encik zul berkaitan pemilikan rumah. Buat masa ini saya masih memiliki rumah lagi tapi kini saya dalam proses nk mencari rumah untuk di jadikan investment memandangkan saya masih bujang dan hanya menyewa bilik sahaja sekarang. Gaji saya sekitar rm3100 kasar, bekerja di area cyberjaya dan mmpunyai komitmen kereta + ptptn sebanyak rm800.
Apa yang saya ingin dapat pendapat dari encik zul ialah saya baru sahaja berjaya dalam undian perumahan pr1ma di melaka memandangkan saya buat permohonan ketika saya belum bekerja di kl. So, dengan ini saya sekarang dalam keadaan confius yg mana saya harua utamakan, mencari rumah low cost/medium cost di area selangor kl utk buat investment atau ingin truskn dengan perumahan pr1ma..kerana saya bimbang dengan gaji saya, saya xmampu memilih kedua2 nya. Harap encik zul boleh bagi pandangan. Terima kasih
Wslm En. Zulhadi,
Compare dua option tu dengan matlamat En. Zulhadi beli rumah. Nanti baru akan tahu yang mana keputusan terbaik. Saya tak pasti apa yang terbaik untuk En. Zulhadi.
Salam Encik Zul,
Saya ingin bertanya beberapa soalan dan pandangan encik berkaitan pemilikan rumah.
1) Saya masih bujang dan belum memiliki rumah dan kini bercadang membeli rumah second or subsale low cost sebagai investment sebelum membeli rumah idaman untuk tinggal selepas berumah tangga. Jadi untuk pembelian rumah low cost subsale ni, patutkah saya menyediakan 10% utk dowpayment or 10% saya simpan untuk future pnye pembelian rumah idaman yang memerlukan downpayment? kerana terdapat beberapa skim yg menawar pmbiayaan 100% bagi pemohon yang membelirumah pertama
2) Untuk value sesuatu unit perumahan/apartment tu, macamana saya nak tahu market valuenya? Adakah saya hanya akan mengetahui semasa saya nak memohon pembiayaan rumah di bank? Perancangan saya adalah semasa viewing rumah dengan penjual, saya ingin menetapkan harga terlebih selepas berpuas hati dengan condition smasa viewing dahulu dan kemudian baru pergi memohon pembiayaan di bank2.
Harap encik dapat menjawab dan memberi pandangan berkaitan persoalan saya ini. Terima kasih.
Wslm En. Zulhadi,
Saya syorkan ambil masa baca buku-buku pelaburan hartanah dahulu sebelum membeli.
1. Umumnya, untuk beli rumah, perlu stand-by 15% daripada harga rumah tu. 10% tu tak cukup kalau rumah sub-sale. Tetapi kalau ada ilmu, mungkin boleh beli tanpa modal bahkan boleh dapatkan cash back lagi. Pokoknya, kena ada ilmu.
2. Kena semak dengan banker atau tanya anggaran dari ejen hartanah. Sebelum beli rumah, semak dulu kelayakan pinjaman dengan pihak bank. Kalau banker kata ok, baru pergi cara rumah dalam nilai yang layak tersebut.
Patutlah harga sewa mahal semacam.. penyewa yang kena bayar rupanya.. ingatkan semua tuan2 rumah dah habis bayar. saya baru ingat nak sewa rumah je sebab macam tak mampu beli, tapi bila baca artikel ni rasa sedih pulak.. sebab susah-payah bayar rupanya untuk melegakan hutang tuan rumah..
Bila dah sedih, cuma boleh teringat untuk berusaha ke syurga.. kalau tak.. maaf sebab negatif. sebab saya di pihak yang kena bayar sewa, bukan yang dapat duit sewa..
Saya juga penyewa. Menyewa kos bulannya jauh lebih murah, tak kisahlah tuan rumah dah habis bayar atau belum, tetapi bila menyewa, selalunya duit yang kita perlu keluarkan jauh lebih murah berbanding bayar ansuran bank (kalau kita beli rumah waktu sekarang). Kalau saya beli rumah yang saya sedang menyewa sekarang, saya perlu keluarkan duit 2 kali ganda dari kadar sewaan untuk bayar bank. Tuan rumah boleh sewakan harga murah sebab dia beli rumah itu sekitar 8 tahun lepas dimana harga rumah baru separuh dari harga sekarang.
Walaupun saya seorang penyewa, saya juga ada beberapa rumah yang saya beli dan sewakan.
Kos penyewa bayar lebih murah berbanding kalau dia beli rumah itu. Sebagai contohnya, saya ada sebuah rumah apartment yang FULLY-FURNISHED yang saya sewakan kepada 4 lelaki bujang. Kesemua penyewa rumah itu ialah lelaki muda yang baru mulakan kerjaya dan datang dari luar KL. Saya sewakan pada kadar RM270 satu kepala, termasuk bil elektrik + air serta rumah yang lengkap segala-galanya. Dia cuma datang bawa beg baju sahaja dan boleh terus mulakan kerja…
Jadi sebagai tuan rumah, saya telahpun MEMBERI KEMUDAHAN kepada penyewa untuk berteduh tanpa keluarkan kos & masa yang banyak.
Apa akan jadi kalau tiada tuan rumah seperti saya?
Maka penyewa-penyewa itu terpaksa sewa SEBUAH RUMAH yang KOSONG, dengan bayaran minimum RM600 – RM800 sebulan. Bukan itu sahaja, dia terpaksa keluar duit lebih banyak untuk beli perabot dan kelengkapan rumah. Dan lagi susah, dia terpaksa cari rakan serumah untuk tinggal bersama dan bayar kos sewaan. Kalau tiada rakan serumah, maka dia terpaksa bayar sewaan RM600 sebulan + bil elektrik + bil air.
Jadi dengan adanya tuan rumah seperti saya, adakah ia MENYUSAHKAN hidup penyewa atau MEMBERI KEBAIKAN kepada penyewa?
Bagi saya, tuan-tuan rumah adalah mereka yang berjasa sebab menyediakan orang ramai tempat berteduh. Yang banyak kena ANIAYA bukan penyewa, selalunya tuan rumah yang kena. Sudahlah sewa pun tak bayar, rumah pulak rosak jahannam tak dijaga dengan baik.
Wallahu a’lam.
assalam..thanks utk info tuan..
Wslm. Sama-sama En. Amir. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.
boleh call sy …ada perkara penting tntg rumah sy ingin sy tanya
Boleh. Puan sms / wassap saya dulu sebelum call (019-336 8009).
Salam..
Terimak kasih atas info2 yang berguna..saya ada soalan
1. Saya baru membeli rumah impian dgn harga 400k dan bulanan rm1700.adakah berbaloi sekiranya saya membeli 1 lg rumah dgn harga rm150k dan rumah itu disewakan?pendapatan saya dalam rm4k sebulan.tidak ada hutang kecuali kereta
2. Mana lebih berbaloi, membeli tanah @ rumah?
Wslm puan.
1. Saya tak pasti. Ia bergantung kepada matlamat kewangan puan sendiri.
2. Itu bergantung kepada matlamat kewangan puan.
Salam Tuan. Alhamdulilah sungguh bermanfaat perkongsian Tuan & juga komen2 di atas ni.
Di sini sy mempunyai 1 persoalan. Saya sangat berharap Tuan dapat memberikan buah fikiran dalam hal ini.
1) Sy & suami menetap di Pulau Pinang & harga hartanah di sini samgat lah mahal. Rumah flat / apartment 650sqf boleh mencecah harga 250-300k. Jadi selepas fikir masak2 sy & suami bercadang membeli rumah pertama kami sebuah flat agak lama & hanya 2bilik 530sqf dgn harga 97k. Kawasan agak strategik dalam pulau berdekatan jambatan ke2, airport, sekolah & lain2. Dan kami bercadang ingin menggunakan nama suami sahaja. Adakah wajar tindakan kami ini sedangkan kami sebenarnya mampu membeli rumah 250k (&mungkin lebih jika joint loan) tetapi cuma merasakan sayang mahu membayar 1k++ sebulan hnya utk sebuah pangsapuri berkemudahan biasa. Buat masa sekarang kami tinggal di rumah mentua.
Terima kasih.
Wslm Pn. Nurul,
Itu bergantung matlamat puan beli rumah.
Kalau beli untuk pelaburan, kena cek market value vs kadar sewaan vs ansuran bank. Buat perbandingan. Lepas buat kira-kira baru tahu berbaloi atau tak.
Assalamualaikum, pertamanya terima kasih atas perkongsian,saya ingin bertanya kepada tuan, suami saya bercadang ingin menjual rumah yang kami duduki sekarang rumah teres kos rendah(Beli rm80k) jual dengan harga rm240k(harga pasaran),rumah tu kami beli dah 6 tahun lepas dan suami bercadang untuk menyewa rumah lain . matlamat suami saya untuk bebas hutang dan jana kewangan dengan hasil jualan rumah tersebut suami saya ingin melangsaikan hutang dan membeli rumah lelong/kos rendah untuk pelaburan seperti yang tuan cadangkan, pada mulanya saya sangat risau sekiranya kami x layak untuk membeli apa apa rumah lagi, saya risau sekiranya yang di kejar tak dapat yang di kendong berciciran, tetapi setelah membaca artikel tuan saya rasa sedikit positif….. untuk makluman tuan saya dan suami bekerja, saya ingin meminta pendapat tuan adakah tuan bersetuju dengan cadangan suami saya? dan tuan ada sebarang pendapat lain atau cadangan lain.saya juga risau dengan keadaan ekonomi sekarang, saya perlukan sedikit pendapat daripada tuan .Ribuan terima kasih kerana sudi membaca komen saya ini…harap maklum balas daripada pihak tuan,
Wslm Pn. Yana,
Sebelum melabur dalam hartanah, saya syorkan baca dan khatamkan beberapa buku tentang hartanah dulu. Kalau nak labur dalam hartanah lelong, belajar dulu dari guru yang pakar dalam hartanah lelong. Yang paling penting dalam pelaburan ialah ilmu.
Assalamualaikum En Zul,
Maaf lari topik sedikit , saya seorang golongan muda yang sekarang ni dalam dilema sama ada hendak sewa rumah atau duduk di rumah parents dahulu. Wife dan saya kerja lain tempat. Misal kata nak hendak sewa rumah yang dekat dengan tempat kerja saya, jadi beban kepada wife. Nak berulang pun memerlukan kos petrol dan tol. Sewa di sini semua rata2 dalam lingkungan 1k dan ke atas. jadi saya memilih untuk duduk di rumah parents sebab penjimatan kos sara hidup. adakah betul pilihan ni? mohon beri pencerahan
Wslm En. Farid,
Saya prefer sewa dekat dengan tempat wife bekerja. Kita (suami) travel jauh sikit tak apa.
Duduk dengan parent bagi saya bukan pilihan yang bagus kalau hanya sebab nak jimat. Bila dah kahwin, kita perlu bina kehidupan kita sendiri. Kita perlu privasi kita sendiri untuk bina kehidupan bersama isteri.
Salam Tuan, saya ingin bertanya beberapa soalan.
Info diri saya : Berumur 30, masih bujang, anak sulung mempunyai 3 adik beradik yang seorang daripadanya masih bersekolah, saya berpendapatan bersih 1500 dan tidak mempunyai apa-apa komitmen hutang dengan bank, kami tinggal bersama ibu sahaja, ibu memiliki rumah flat kos rendah yang sudah habis dibayar, ibu ingin berpindah ke rumah lain yang lebih selesa dan menyewakan rumah sedia ada.
1. Adakah saya boleh menyewa rumah lain yang lebih selesa.?
2. Apakah contoh-contoh situasai yang sesuai dan tidak sesuai bagi saya untuk teruskan hasrat saya menyewa rumah yang lebih selesa seperti teres 2 tingkat atau rumah yang lebih besar dari rumah kami yang sedia ada.?
3. Jika pada umur saya sekarang ini, sesuaikah jika saya ingin membeli rumah pada ketika harga pasaran semasa rumah sekarang begitu mahal.?
Saya berharap Tuan dapat membantu saya dengan memberi sedikit perkongsian pendapat Tuan.
Terima Kasih, Tuan.
[…] SUMBER: MOHD ZULKIFLI […]