MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Beli Rumah Tanpa Menanggung Hutang

August 11, 2010

Tadi Nasir, sahabat saya sms minta pandangan, okay tak kalau dia beli rumah tingkat 3, di Apartment Idaman Damansara Damai dengan harga RM55,000.

Balas saya ringkas, kalau tingkat 3 dengan harga tersebut, bagi saya agak mahal. Kalau ikutkan, RM55,000 tu mungkin dah setara dengan harga pasaran, tapi bagi saya ianya mahal kalau kita nilai dari sudut pelaburan hartanah.

Saya cadangkan Nasir, kalau nak beli, beli rumah tingkat 1. Harganya mungkin sekitar RM60,000 – RM65,000. Ia masih berbaloi untuk jangka panjang sebab ia mudah disewakan.

Beli Tingkat 1 atau Ground Floor

Saya dah hampir 7 tahun tinggal di rumah apartment.

Rumah yang kami beli dan duduk sekarang, adalah rumah yang kami sewa sejak tahun 2005 lagi.

Jadi, soal penyewaan rumah apartment yang tak ada lift ni, saya rasa memang tak berbaloi beli rumah tingkat 3, 4 dan 5. Memang agak susah untuk disewakan.

Kalau dapat sewakan pun, harganya agak murah berbanding ground floor atau tingkat 1. Dan lebih tak berbaloi, biasanya penyewa tak akan bertahan lama... Tak tahan panjat tangga...

Saya pernah ada pengalaman setahun menyewa di tingkat 4! Aduh... Sungguh memenatkan.

Memang tak tahan terutamanya bila ada anak kecik. Dan lagi susah bila isteri mengandung. Hati riang ceria bila balik kerja, tapi bila panjat tangga 4 tingkat, muka jadi suram sebaik saja sampai di muka pintu! Penat...

Itu belum kes ada barang tertinggal...

Apartment kos rendah kurang sesuai untuk pelaburan (gambar hiasan).

Penyewa Low Cost Mentality

Bagi yang agak serius nak beli rumah apartment, untuk duduk dan pelaburan hartanah, seboleh-bolehnya elakkan membeli low cost apartment. Bukan faktor murah. Tapi faktor utama ialah masalah dengan penyewa yang low cost mentality!

Ini yang susah ni...

Rumah tak dijaga dengan baik, liat bayar sewa, dan mungkin kurang jaga dari sudut kebersihan.

Kalau bukan sebab penyewa sekalipun, apartment mungkin berhadapan dengan masalah maintenance. Maintenance yang tak begitu baik menyebabkan kawasan kurang bersih dan tak begitu terurus.

Biasanya, bagi siapa yang biasa duduk di apartment kos sederhana ataupun kondominium, mereka mesti tak selesa tinggal di apartment kos rendah. Antara sebabnya, persekitaran yang kurang bersih.

Pendapatan RM140 Kerana Beli Rumah

Sebelum saya buat keputusan beli rumah yang kami duduk sekarang, banyak faktor kami pertimbangkan. Beberapa buku hartanah saya baca.

Dan hasilnya alhamdulillah, kami tak menanggung ‘hutang’ pada membeli rumah.

Sebabnya, kami bayar ansuran pinjaman bank RM555. Tapi kalau kami tak tinggal di sini dan nak  disewakan, kami boleh dapat sewaan RM550 dengan mudah.

Seolah-olah kami menanggung ansuran pinjaman bank cuma RM5 sebulan!

Dan yang lagi best, majikan saya bayar subsidi faedah pinjaman perumahan RM220 sebulan!

Kalau ikut perkiraan sebenar, aliran tunai (cashflow) bersih kami setiap bulan ialah RM140 sebulan (RM220 – RM5 – RM75 maintenance fee). Kami dapat tambahan pendapatan RM140 sebulan kerana beli rumah berbanding dulu (ketika menyewa), kami hangus duit sewaan RM450 sebulan – nilai sewaan dulu.

Dan berita lebih baik ialah rumah tingkat 1 dan ground floor di apartment kami amat senang disewakan.

Biasanya, kalau penyewa keluar, paling lama kosong cuma sebulan! Melainkan tuan rumah buat keputusan untuk tak disewakan.

Hutang Tanpa Menanggung Berhutang

Em, banyak lagi kalau nak cerita pasal hartanah ni. Ciri-ciri rumah macam mana yang bagus untuk dibeli tak sempat saya kongsikan sekarang.

Apa yang paling penting, saya masih bebas dari menanggung sebarang ‘hutang’, walaupun saya membeli rumah secara hutang.

Seboleh-bolehnya, saya nak terus kekal hidup tanpa menanggung beban hutang! InsyaAllah.

Zulkifli
Damansara Heights
11 Ogos 2010
1 Ramadhan 1431

"Bebas hutang" bukan bermaksud "0 hutang". Tapi bebas dari menanggung beban hutang. Walaupun ada hutang, dia tak perlu kerja untuk bayar hutang. Sebaliknya dibayar dari passive income atau backup dengan harta yang dia miliki. - FB Mohd Zulkifli Shafie, 9 Ogos 2023

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • salam…sy ingin btnya mcm mna ye en zul beli rumah tanpa hutang?adakah maksudnya en zul beli 2 rumah dan 1 disewakan?

    • Wslm tuan,

      Dalam artikel ni, saya tunjukkan cara beli rumah tanpa menanggung hutang. Housing loan memang kena buat tapi kita tak perlu tanggung hutang. Caranya, kena beli rumah yang mudah disewakan dan installment bulanannya lebih rendah dari kadar sewa. In case kita tak nak duduk di rumah tu, kita tak ada masalah untuk bayar installment sebab ia akan dicover dengan duit sewa bulanan, bukan duit poket kita.

      Wallahu a’lam.

    • Salam Tuan Zul…
      Saya adalah graduan yg bru 3 tahun bkerja d sektor swasta..gaji 3-3.5k sbulan..umor 29 tahun..saya mula mencongak utk membeli rumah sbgai aset..masalahnya saya masih tak tau kmana hala tuju kerjaya saya..blum tentu saya akan kekal d satu tempat..psoalannya,praktikalkah jika saya guna kaedah ‘buat hutang tnpa berhutang’ spt yg tuan terangkan d ats?jika ok rumah bagaimana yg sesuai rangenye utk individu spt saya..
      Tq…

    • Salam Tuan Zul…
      Saya adalah graduan yg bru 3 tahun bkerja d sektor swasta..gaji 3-3.5k sbulan..umor 29 tahun..saya mula mencongak utk membeli rumah sbgai aset..masalahnya saya masih tak tau kmana hala tuju kerjaya saya..blum tentu saya akan kekal d satu tempat..psoalannya,praktikalkah jika saya guna kaedah ‘buat hutang tnpa berhutang’ spt yg tuan terangkan d ats?jika ok rumah bagaimana yg sesuai rangenye utk individu spt saya..
      Tq…

    • Wslm En. Faisal,

      Prisipnya, kalau memang confirm kita akan duduk di sesuatu tempat tu untuk 5 tahun akan datang, memang boleh beli rumah. Kalau tak confirm, better jangan beli rumah sebab bila dah terbeli, proses jual balik memang akan memakan masa.

      Kalau nak beli rumah juga, beli ikut ‘kriteria’ yang saya syorkan tu. Dan pastikan tuan ada kenalan yang boleh dipercayai dikawasan tu untuk tengok-tengokkan rumah tu in case tuan terpaksa berpindah. Contohnya, saya ada ramai ‘geng’ rapat di Damansara Damai. Katakanlah saya berpindah ke negeri lain, saya ada ramai geng yang boleh tolong uruskan rumah saya tu.

      Wallahu a’lam.

  • salam.saya dalam proses pembelian rumah 5 tingkat,tp rumah saya kat tingkat 4.katakan dalam 5tahun saya akan duduk situ dan selepas tu saya nak sewakan,agak2 berbaloi x?saya beli dalam rm150k.bulan2 rm 770 utk tempoh 25 tahun.

    • Wslm En Fadzly,

      Rumah tu ada lift tak? Kalau ada lift, dan mudah disewakan dengan nilai sewaan lebih kurang nilai ansuran, saya rasa ianya berbaloi sebab En. Fadzly tak ada apa-apa bebanan hutang. Wallahu a’lam.

    • Wslm En. Fadzly, bagi saya tingkat 4 tanpa lift tak bagus untuk investment. Paling tinggi pun tingkat 2 jer kalau rumah tak ada lift. Terbaiknya tingkat 1. Kalau untuk investment, saya tak beli rumah tu sebab payah dapatkan penyewa. Kalau ada penyewa pun biasanya dia tak duduk lama. Bila ada rumah lebih rendah kosong, pasti dia akan pindah ke rumah lebih rendah kat area situ. Wallahu a’lam.

  • Salam… Saya dah bagi deposit untuk sebuah rumah tingkat 4 juga harga RM57k (kos rendah) sahaja dan saya mahu pinjam 20 tahun. Kalau sewa pun maksimum RM300 saja dan kawasannya dipinggir bandar (cheng) tak jauh dari Melaka Sentral. Hati masih belum tetap dok survey2 rumah lain pulak (yang mungkin lebih dari kemampuan saya) Pn. Siti

    • Wslm Puan Siti,

      Kalau untuk investment, saya tak akan beli rumah tingkat 4 sebab biasanya susah dapat penyewa. Kalau ada penyewa pun, biasanya tak akan bertahan lama. Paling lama pun saya rasa setahun dua jer.

      So saya prefer rumah tingkat 1 atau paling tinggi tingkat 2. Ground floor pun ok, tapi biasanya rumah kos rendah area dia agak kurang terjaga.

      Wallahu a’lam.

  • salam encik zul,

    saya tertarik dgn pendapat encik zul. bole saya bertanya, saya sedang mencari satu rumah cost rendah untuk investment. dan kawasan yang saya lihat mempunya potensi ialah di damansara damai kerana dibawah 100k. adakah kawasan tersebut mendatang +ve cashflow dan mudah mencari tenant memandangkan encik zul pun ada sebuah di sana.

    • Wslm Puan Nurul,

      Saya rasa Damansara Damai good investment, tapi puan kena beli medium cost apartment baru berbaloi. Kalau beli mengikut market price, saya rasa belum dapat +ve cashflow buat masa sekarang. Mungkin 3 – 5 tahun akan datang baru +ve.

      Wallahu a’lam.

  • salam tuan zul..saya hadi..sy mohon cdgn tuan zul..sy dlm proses membeli rumah tp masih kurg 10k utk downpament..perlukah saya jual simpanan emas saya walaupun emas tgh sgt murah skrg..apa pndpt tuan zul..adakah cara lain utk saya…

    • Wslm.

      Kalau tuan beli rumah second, boleh negotiate dengan owner untuk letakkan value yang lebih tinggi dalam S&P. So, tuan boleh dapat 100% loan i.e. jumlah yang lebih besar hinggakan tak perlu downpayment. Kalau rumah baru, samada top up dengan personal loan atau jual je lah emas tu. Mudah-mudahan tuan dapat untung lebih besar dari kenaikan rumah tu nanti sebab rumah under construction biasanya cepat naik bila siap nanti, insyaAlah.

      Wallahu a’lam.

  • salam tuan….
    saya baru ter baca blog tuan….
    saya sebenarnya sedang mencari sebuah rumah range harga dalam 2ook-33ok.lokasi yang dalam perhatian ialah serdang,dengkil,bangi,puchong.
    pada pendapat tuan jenis rumah apartment atau teres yg sesuai coz wife saya lebih hendakkan teres adn saye tak kisah pulak mane2 pun same jer janji rumah,,,
    harap tuan dapat beri pandangan
    tq

    • Wslm tuan,

      Kalau nak buat investment dan nak dapat cash flow (mudah di sewakan), apartment lebih baik Kalau beli dan nak jual dalam 4 – 5 tahun akan datang, rumah teres lebih baik sebab kenaikan harga lebih cepat. Kalau beli sebab nak duduk semata-mata tanpa fikirkan investment, pilih ikut keselesaan.

      Wallahu a’lam.

  • Salam tuan,
    Sy ingin membeli rumah ke 4.
    Rumah pertama – Apt. Kos Rendah – dah abis bayar kat bank
    Rumah kedua – Teres – join loan ngan suami – masih ada pinjaman
    Rumah ketiga – Apt. Medium kos – masih ada pinjaman (loan 70% shj)

    Masalahnya sekarang sy ingin membeli rumah ke 4 (second). Adakah sy boleh mengunakan cara seperti yg tuan bg tahu pada Anonymous.

  • assalamaualaikum….

    adakah berbaloi sy membeli sebuah apartment tingkat 5 di cheras dgn harga rm72k dgn keluasan 780sqft…loan dgn bank selama 30 thn n komitmen bulanan rm350…apartment medium cost.

    cadangnya untuk tinggal disitu…tp sbb proses lawyer n loan ambil masa agak lama…sy n husband decided duk kuaterts dgn potongan gaji rm350 sebulan….

    bercadang untuk sewakan je rumah tu…dgn owner lama rumah tu disewakan dgn harga rm550…lokasi berhampiran dengan kawasan pembinaan MRT….

    mohon pandangan

  • tq..pada pendapat tuan…yang mana satu lebih ok samada terus tinggal di kuaters dgn potongan rm350 sebulan (tolak rm180 (elaun perumahan) + rm150 (elaun cola)) dan sewakan rumah di cheras

    atau

    tinggal sahaja dirumah yang dibeli n bayar rm350 installment pada bank setiap bulan….

  • salam tuan,
    saya dah survey rumah di sekitar puchong. ada dua pilihan samada rumah apartment kos rendah berharga 86k (tingkat 1) ataupun rumah apartment yg ade kolam renang, 24h security, 1 carpark, ade lift dengan harga 140k (tingkat 2). mohon pandangan tuan yang mana perlu saya pilih.
    saya perlu gunakan personal loan utk 10%.

    • Wslm Pn. Seri Iman.

      1. Kalau untuk investment, saya pilih yang mana lebih tinggi pulangannya. Senang dapat penyewa, sewanya konsisten.

      2. Untuk beli rumah kos rendah tu, puan kena cek samada puan layak ataupun tak. Isi rumah yang pendapatan lebih RM2,500 tak layak beli rumah kos rendah.

      Wallahu a’lam.

  • Salam….

    Sy amat tertarik dgn pandangan tuan dlm blog ni… sy juga dlm perancangan utk membeli apartment sbg pelaburan di area damasara damai, tasik puteri, kota damansara memandang dkt dgn rumah ibu di sg buloh.. rumah dlm harga rm60k hingga 100k. Satu soalan… adakah berbaloi membeli rumah secara tunai atau membuat pinjamn bank.. suami sy akan mendpt wang pampasan.. mmg bercdg nk beli rumah.. kalo secara tunai boleh dpt sebuah jer… kalo pinjaman boleh buat deposit utk 3 rumah… mohon pendapat tuan.. utk medpt pinjaman xde masalah krn sy penjawat awam. Terima kasih ya.

    • Wslm Pn. Norlie,

      Kalau untuk pelaburan, lebih baik manfaatkan pinjaman dan maksimumkan tempoh pinjaman supaya ansuran bulanan lebih rendah dari nilai sewaan bulanan. Bila beli apartment untuk investment, kita pentingkan aliran tunai yang positif daripada rumah tu.

      Wallahu a’lam.

  • Salam tuan,
    Saya orang muda baru belajar.
    Saya ambil personal loan untuk cadang beli rumah kos rendah.
    Loan saya sudah lulus. Bayar rm1k sebulan.
    Masalahnye sekarang, owner main tarik2 tali lambat jumpa lawyer dan prepare dokumen, owner adalah rakan sekerja saya.
    Biasanya, berapa lama owner subsale akan bersedia untuk menjual rumahnya?
    Jadi, apa yang patut sy buat? Proceed tunggu atau mencari rumah lain? Sbb keadaan ekonomi buat saya agak tertekan. Sewa rumah saya sekarang rm300 ditambah loan rm1k sebulan membuatkan saya tertekan.

    • Wslm Pn. Shafiqah,

      Proses jual beli tu memakan masa berbulan-bulan juga. Silap-silap setahun baru settle. Bayar RM1,000 sebulan tu mahal untuk beli rumah. Kalau beli rumah, paling baik maksimumkan tempoh pinjaman supaya dapat aliran tunai positif bilamana sewa lebih tinggi dari ansuran bulanan bank.

      Wallahu a’lam.

  • Salam.sy mohon pendapat en zul.sy dah beli rumah tp xsiap la dgn byrn bulanan rm8++ sbulan.skrg sy tggal di kuarters kerajaan yg selesa dan lebih besar dr rumah sendiri dgn potongan gaji rm375 sbln. Tempt sy ni agak diminati sbg destinasi memancing jd investmt dlm homestay memberangsangkn. Jd adakh lebih baik rumh tersebut sy invest atau diami sendiri.tk.

    • Wslm Pn. Sarah,

      Saya tak pasti yang mana terbaik. Bagi saya tempat tinggal mesti dekat dengan tempat kerja sebab kita boleh jimat kos masa, petrol, tol dsb. Kalau puan dah selese duduk di kuaters dan rumah yang nak beli tu memang boleh bagi good income, bagi saya lebih baik sewakan jer.

      Wallahu a’lam.

  • Salam, saya sedang menghadapi msalah pengurusan wang sejak saya mmbli rumah corner landed house di sedenak kulai dgn byran rm1k/sebulan. tujuan asal bli rumah tersebut sekadar aset pada msa depan tp memandangkan tiap bulan saya menghadapi msalah pengurusan wang jadi adakah perlu untk saya menjual rumah tersebut atau menyewakannya shj? sya msih ada hutang kereta yg berbaki setahun shj dan beberapa beban hutang yg lain cth.nya kad kredit. saya mohon pendapat En Zul.

    • Wslm Pn. Wati,

      Kalau saya di situasi Pn. Wati, saya akan sewakan rumah tu. Kalau nilai sewa tak dapat cover ansuran bank, mungkin boleh pertimbangkan sewakan rumah tu dengan fully-furnished (tapi perlu ada sedikit modal). Jalan terakhir, jual sahaja rumah tu. Manfaatkan keuntungan dari jualan rumah tu untuk settle semua hutang-hutang “jahat”. Kemudian, perbetulkan balik status kewangan dan bila semula harta.

      Wallahu a’lam.

      • salam En Zul. trima kasih atas nasihat en zul. inshaallah saya akan menyewakan shj rumah tersebut dlm pada yg sama melangsaikan beberapa hutang2 yg “jahat” itu. 🙂 namun baru2 ini saya dpt tawaran dri abg kandung saya utk menymbung byran keretanya yg berbaki 6tahun lg.(tanpa sebarang byran tambahan) dia ada mencadangkan agar menjual kereta saya yg sedia ada memndangkan kereta tersebut telah byk bg mslah. pendapat en Zul, perlukah sya menjual kereta yg sedia ada ni y hanya berbaki 1tahun utk mengambil kereta bru tersebut? atau menyimpannya shj sbb sya rasa saya mmpu utk membyr baki kereta sya itu & seterusnya menyambung byran utk kereta yg baru. betulkah nilai kereta jika semakin lama akan menurun berbanding nilai rumah?

        • Wslm Pn. Wati,

          Kereta tu bebanan kewangan. Nilainya makin susut setiap tahun. Kalau kereta tu bukan keperluan mendesak, habiskan bayar kereta tu dan tak perlu tambah kereta lagi. Fokus langsaikan semua hutang-hutang tu dulu.

  • Salam,en zul saya razali.sy nak tanya pendapat, ada kawan saya nak jual flat tingkat 4 di area bandar baru bangi dengan harga rm 63 ribu.apa pendapat tuan?..1 lg, better sy guna personal loan@ loan perumahan utk beli?

    • Wslm En. Razali,

      Saya tak pasti ok ke tak. Kalau apartment tu mudah disewakan dan boleh bagi positive cash flow, beli jer lah. Kena buat kira-kira samada berbaloi atau tak. Tapi kalau apartment tak ada lift, saya memang tak akan beli tingkat 4 sebab biasanya susah dapat penyewa. Kalau dapat penyewa pun, biasanya tak bertahan lama.

  • salam en zul.
    sy perlukan pendapat en zul. sy bercadang utk beli rumah flat kos rendah yg dilelong di bwh harga rm 20k after bid. rmh ditingkat 4 atau 5 berserta lif.sewaan di area tersebut diantara rm300-rm350.. kiraan sy..jika sy ambil loan selama 10 thn..instalment rm200 monthly..
    jika tepat tindakan sy utk beli rmh lelong tersebut..bgaimana pula jika sy mbeli 2 buah rmh lelong..di area yg sama dgn harga krg dr rm40k utk 2 buah rmh? keduanya akn disewakan…berbaloi atau perancangan sy itu krg bgs?

  • itu flat kos rendah yg dilelong bank.6++ kps jer saiz nye.kwsan rmh tu di kulai..dlm kwsn yg sdg naik… dgn semua facilities ada.. sy dgr bli rmh lelong ni leceh skit..tp kalau utk invesment sy rasa berbaloi. btl x? dlm tempoh 10 thn dh dpt 1 atau 2 buah rmh yg dh hbs byr..kalu jual blk pn dpt harga yg berganda dr yg kita invest masa beli tu…itu pendapat sy la..

    0
    satu

  • akum tuan sya nina….sya berminat membeli rumah2 bertanah seperti low cost…rumah low cost blh beli byk tak yer… tlg beri pandangan

    saya beli rumah murah hrg asal rm25k skrg dh rm60k dkt rengit…tpi tak settle2…bila search internt byk rumah2 murah hrg rm35k..dkt simpang renggam…bli nk buat homestay..or sewa bilik jer….tkut sewa 1 umh tak berjaga.

    rumah lelong beli boleh buat loan ke klau hrg rm20k

    • Wslm Pn Nina,

      Apa yang saya tahu, rumah low cost ni hanya boleh beli oleh mereka / pasangan mereka yang (1) belum pernah memiliki rumah (2) pendapatan isi rumah tak lebih RM2,500 (kalau tak silap). Kalau nak beli rumah untuk investment, kena buat kira-kira. Kalau untung, boleh beli. Itu jer.

  • Salam tuan,nk tanye.sy ade beli apartmnt ade guard,lif n swiming pool @ puncak alam uitm n under construction lg,berbaloi x invstmnt tu?

  • salam,
    Best baca blog ni..terima kasih sbb byk ilmu terutama dr segi kewangan..
    saya nak tanya, berbaloi tak buat personal loan then beli umah cash tuk investment, nama x lulus untuk buat loan rumah sbb blacklist..dlm masa yg sama personal loan tu jgk dibuat untuk byr habes hutang kereta berbaki setahun (kereta atas nama ayah) , bayar ptptn 4k, dan settle blacklist 8k..atau lps da settle blacklist melalui personal loan, baru beli rumah untuk investment guna pinjman perumahan mcm biasa? mana lebih jimat..atau ada cadangan lain..sy x pandai bab2 kewangan..terima kasih

    • Wslm Pn. Leyla,

      Beli rumah dengan personal loan secara umumnya berbaloi. Tapi puan kena belajar tentang pelaburan hartanah. Ilmu tu akan membezakan sejauh mana keuntungan yang puan dapat jana dengan pelaburan hartanah. Wallahu a’lam.

  • salam wbt..
    saya berumur 29.gaji rm3k bulan.ingin membeli rumah teres 2 tingkat berharga rm220k,saya ada simpanan lebih kurang rm100k.patut ke saya habiskan duit simpanan saya untuk duit pendahuluan rumah..ataupon simpan sahaja duit simpanan tersebut untuk buat bisnes dan pakai loan kerajaan untuk bayaran rumah…dan lagi nk tanya,elok ke maximumkan tempoh tahun pinjaman rumah….dalam hati saya ingin beli tanah dan buat rumah atas tanah tersebut,bukannya tinggal di rumah teres 2 tingkat

    • Wslm En. Arif,

      Saya tak pasti apa strategi terbaik untuk En. Arif. Kalau saya di tempat En. Arif, saya tak akan beli rumah secara cash sebab hutang rumah tu hutang baik. Saya akan memanfaatkan pinjaman sepenuhnya. Dan saya akan manfaatkan RM100k untuk beli beberapa rumah sebagai pelaburan. Dengan modal RM100k tu, bagi saya boleh beli at least 3 buah rumah untuk disewakan.

      Wallahu a’lam.

  • Slm.. tuan, sy nk tny, sy bmnat nk beli rumah flat tgkt 2 di low cost apmt bukit mewah kajang rm80k. Sewa dlm rm 450-500.Tp di mn sy nk confirmkn yg gaji lbh rm2.5k x boleh beli rumah tu? Sbb sy pnh tny agent n bank, masing2 tdk pasti status tsebut. Ada lg satu flat di hentian reko rn120k. Sewa dlm rm600. Mn lbh berbaloi?

  • Asslm.saya pn nor. Saya berminat nk beli rumah apartment.yg pertama saya ada deposit tpi nama high komitment. Bermakssud saya hanya boleh beli cash. Atau ada cadangan lain tak yg saya boleh buat. Cash di tangan dalam 70k

    • Wslm Pn. Nor,

      Saya rasa lebih baik puan manfaatkan modal RM70k tu untuk settlekan hutang-hutang lama sampai bank rasa puan ada kemampuan untuk dapatkan pinjaman untuk pelaburan hartanah. Kedudukan kewangan kena cantik sebelum melabur dangan aktif dalam hartanah.

      Wallahu a’lam.

  • Assalam en. Zul. Saya beumur 27 tahun dan mempunyai gaji bersih 3.3k. Boleh tak en. Zul berikan panduan untuk saya membeli rumah kerana saya nak sangat tp saya xde idea nak beli rumah kat mana,rumah ape & hrga rumah berapa yg terbaik tuk pembelian rumah pertama saya. Untuk pengetahuan en zul saya tiada apa2 komitmen lagi kat bank, hanya pinjaman ptptn dan takaful yg saya bayar melalui potongan gaji. Saya juga bercadang tuk kawin tahun depan. Oleh sebab itu saya sangat memerlukan panduan dn bimbingan terbaik pembelian rumah kewangan saya. Terima kasih en.zul

    • Wslm tuan,

      Saya tak pasti macam mana rumah terbaik untuk tuan. Itu bergantung matlamat kewangan dan tempat di mana tuan tinggal / bekerja. Syorkan tuan baca buku-buku hartanah. Antara yang berbaik untuk bermula, baca buku bertajuk “Wa Tak Faham” tulisan Sdr Faizul Ridzuan. Boleh cari di kedai-kedai buku.

  • Assalam Tuan zul
    Saya nak tanya apa pendapat tuan jika saya membeli apartment The Parc Tower, setapak di kawasan rampai court yang sedang dalam pembinaan sebagai rumah pertama. Adakah rumah tersebut akan menguntungkan jikalau saya ingin menjualnya semula / menyewakannya dalam masa 3-5 tahun akan datang? Adakah harganya berpatutan tuk pasaran pada masa kini.

    Terima kasih banyak2 tuan.

  • Assalam Tuan.
    Saya berminat untuk beli rumah riverdale park apartment (low cost apartment) di bukit antarabangsa.harga ditawarkan ialah rm230k, groundfloor. Saya dah x larat nak menyewa ingat nak ada rumah sendiri. Ketika ini, sya menyewa di kwasan sama tapi tgkat 3. saya agak berminat untuk beli rumah grndfloor tue. Tetapi, ada yg menyatakan rumah apartment grndfloor akan msalah kalao tetiba nanti leaking..yg jadi mangsanya ialah owner grndflr…bly bagi pndgan mngenai ini tuan?

    Dan satu lagi..sya memerlukan nsihat tuan. Gji sya dalam rm3k…n potgan kereta rm3 rtus lebih…pada pndgan tuan, mampukah sya utk bayar bulanan kalau beli rumah tersebut?

    • Wslm En. Sakini,

      1. Betul, ground floor low cost memang selalu ada masalah tu. Risiko rumah banjir dengan air singki dari rumah atas. Biasanya berpunca dari saluran ke longkang tersumbat, maka air tu naik balik keluar dari singki rumah ground floor. Rumah terbaik untuk apartment selalunya tingkat 1.

      2. Kalau dengan harga rumah tu, saya anggarkan ansuran bank dalam RM1,000 – RM1,200. En. Sakini kena nilai sendiri kemampuan sebenar.

  • Assalamualaikum En . Zulkifli. Saya nak bertanya, sy ada membeli rumah semi-D yg masih dlm pembinaan dan dijangka siap hujung tahun ni. Setiap bulan sy perlu membayar ansuran RM1780- loan dgn bank 337k utk 30 tahun. Adakah patut sy jual blk rumah tu setelah siap dan beli rumah lain secara tunai yg lebih murah? jika di tangan saya skrg ada 100k tunai? saya nk bebas hutang..

    • Wslm Pn. Azura,

      Bagi saya, beli rumah ni macam menyimpan duit jer. InsyaAllah, kekayaan kita terus meningkat dengan beli rumah. Terpulang samada puan nak jual atau nak duduk rumah tu. Ia bergantung strategi puan untuk bina kekayaan. Cuma saya secara peribadi fokus kumpul harta dulu. Saya prefer beli banyak rumah untuk disewakan. Kat mana saya nak duduk tu, saya menyewa jer mana-mana rumah yang saya suka. Kalau saya tak suka sesuatu lokasi, saya pindah ke lokasi lain. Yang penting, saya ada harta yang membolehkan saya bayar rumah yang saya duduk tanpa guna duit gaji saya.

      Saya ada kongsikan pengalaman saya dalam artikel di link http://www.mohdzulkifli.com/2012/12/2-kerugian-beli-rumah-paling-mampu.html . Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.

      • Terima kasih En . Zulkifli. Saya tgh mencari cara nak jana duit dan bayar hutang tanpa guna duit gaji. 30 tahun tu lama sgt..skrg umur saya da 34 tahun

  • assalammualaikum tuan,

    saya ingin membeli rumah pertama iatu apartment berlift dalam harga RM85k di Sikamat Seremban. Tujuan saya untuk sewakan rumah itu.

    Adakah tuan rasa itu berbaloi.

    Terima kasih.

  • Sye just mampu beli apartment tingkat 4je.. Nak beli yang tingkat 1 mahal sangat…tapi alhamdulillah ada yang menyewa..tambahan pula zaman harga barang tengah naik nie..dulu tingkat empat kat situ org sewakan dlm rm400.. Sekarang dah ada yg letak sewa sebulan rm650 untuk top floor..

  • Askom Encik Zul Sy,pn.kamisah berhasrat nk bli Uma flat skitar Kl.yg harga 40k kebwh.mslhnye,ssh nk cari Sy dicadangkn bli shja Uma lelong murah tp Sy xbrni byk mslhnye.kne cari ilmu hal Uma lelong xthu mna nk cari.mntk tunjuk ajr Encik Zul.
    Tq.

    • Wslm Pn. Kamisah,

      Memang tak mudah cari harga RM40k untuk area KL. Kalau luar bandar tu masih banyak. Rumah lelong, kena belajar dulu baru boleh beli sebab ia ada ‘sepak terajangnya’ tersendiri. Saya syorkan puan baca buku atau join mana-mana seminar hartanah untuk dapat ilmu sebelum bermula.

  • salam encik, saya nak tanya pendapat. saya dalam proses apply loan
    utk rumah apartment di bandar putra kulai johor tingkat 3 harga
    98k 885sqft , kawasan menarik dan dekat dgn pasaraya
    adakah berbaloi jika saya beli utk tinggal atau sewa. di situ
    tiada lif.

  • Salam,saya ingin membeli rumah.Ianya adalah Apartment sederhana di shah alam berdekatan politeknik shah alam.Dari segi kemudahan agak ok,berdekatan dengan kedai,mempunyai sekuriti guard,swimming pool.Saya bercadang untuk beli dan sewakan. Harga rumah adalah rm125K. Tetapi masalah utama adalah rumah tersebut di tingkat 5(tingkat teratas) dan tidak mempunyai lif.Adakah berbaloi untuk beli bagi tujuan pelaburan? p/s:ini adalah rumah pertama yang saya bercadang nak beli. Terima kasih

    • Wslm En. Basyir,

      Saya tak beli rumah paling atas. Mengikut pembacaan saya juga, pembeli orang Cina pun tak beli rumah paling atas. Selain dari penat memanjat tangga (kurang menarik minat penyewa), ia juga mungkin akan ada masalah lain seperti atap bocor dsb.

      Tapi kalau En. Basyir dapat tahu rumah kawasan memang ‘hot’, boleh jer beli. Pastikan tak lebih Market Value dan sewaannya berbaloi untuk bayar bank. Wallahu a’lam.

  • Saya berusia awal 30 an. Penjawat awam yang baru bekerja, dan berstatus BELUM TETAP dan BELUM SAH JAWATAN.

    Saya bercadang membeli rumah pertama untuk aset/pelaburan memandangkan saya dan suami tinggal berasingan dan berkemungkinan akan berpindah randah selepas ini. Saya di Melaka, suami di Klang.

    Dengan pendatapan bersih RM1000 (setelah tolak sewa 2 rumah + installment kereta+motor+perbelanjaan harian + minyak + tol + ptptn + dll), saya bercadang ingin mencari rumah flat/apartment pada harga bawah 100k menggunakan personal loan di area Seremban.

    Adakah memilih personal loan adalah satu tindakan yang bijak?

  • Salam. Tuan nak tanya.
    Rumah appartment,
    3bilik, 13985 meter square,
    Lokasi di Seremban berdekatan stadium Paroi,
    Harga ditawarkan 35k,

    Tapi disadvantage die tingkat 4.

    Adakah berbaloi utk pelaburan dgn harga itu walaupun tingkat 4 tidak bertangga

  • Assalam encik.saya nk tanye.sy ade beli apartmnt baru tingkat 4 di puncak alam dgn lif,swiming pool,dobi,n corner lot facing pool..sy bayar monthly rm650 n mntenaince rm145 per month..sy buat fully furnished n kos sy baru2 ni utk fully furnish dgn grill hmpir rm7500 n sy sgt trkejut dgn kos yg sy keluarkan n apakah rate sesuai utk letak hrga sewa..rm1000,1100 atau rm1200? Sewa ni sy include mntence fee

  • As’salam tuan part ddk rumah 4 tingkat tu sy tgh alami skrng sbb nak cut budget. (Hati riang ceria bila balik kerja, tapi bila panjat tangga 4 tingkat, muka jadi suram sebaik saja sampai di muka pintu! Penat…. Itu belum kes ada barang tertinggal…) Tapi Bila Tengok Muka Anak Jadi Ceria Balik ahhahah, Dulu masa mula kawin sewa rumah 700/month(Rumah sekarang 450) save 250, tu pon baru abis belajar. Kerja baru dapat ekonomi blm stabil. gaji dlm 2400. bila dah tolak banyak hutang gaji habuk pon x dak.
    FAIL IN MONEY MANAGEMENT

    Saya Cuma ada 1 soalan jer Tuan dalam pengalaman tuan berapa lama tempoh untuk stabil dgn pendapatan 1 tahun gaji, dan berapa lama utk dapat 1 juta pula??

    Terima Kasih

    • Wslm En. Mohd Noor,

      1. Saya dah pernah lalui pengalaman panjat tangga tu setahun… Lepas dapat rumah lebih rendah, kami sewa rumah yang lebih rendah tu. Itu pengalaman manis untuk dikenang satu hari nanti, insyaAllah.

      2. Berapa lama tempoh tu tak tentu. Setiap orang ada timing masing-masing. Tapi yang mencepatkan proses keluar dari zon kesempitan tu bergantung kepada ILMU & TINDAKAN masing-masing. Lagi cepat belajar, dan lagi rajin bertindak, insyaAllah lagi cepat mencapai kejayaan. InsyaAllah.

  • Salam En Zul

    Saya ada simpanan RM300k tetapi saya tidak ada rumah dan kenderaan. Saya tidak mempunyai pekerjaan. Saya bersara lebih awal kerana masalah kesihatan yang tidak mengizinkan. Apakah langkah sebaiknya yang perlu saya lakukan?

    1) Beli rumah ?
    2) Buat pelaburan emas?
    3) Simpan di ASB?
    4) Ceburi bidang perniagaan

    Mohon nasihat.

    Terima Kasih.

    • Wslm En. Firdaus,

      Saya tak pasti apa yang terbaik. Cuma apa yang paling penting:

      1. Duit itu mesti dipastikan selamat. Jangan dilaburkan ditempat yang berisiko.
      2. Cari peluang jana pendapatan atau labur ditempat yang dapat jana pendapatan. Kalau emas, ia tak boleh jana pendapatan. Kalau beli rumah, ia berpeluang jana pendapatan dari hasil sewaan.
      3. Pastikan perkara no. 1 dijaga betul-betul.

      Wallahu a’lam.

  • Salam en Zul

    Sye nk mintak pendapat…saya ade survey sbuah apartment medium cost di damansara damai berharga rm250k…instalment bulanan kpd bank rm1125… blum termasuk kos down paymnt yg diperolehi dprd personal loan kire2 rm416…apartment tersbut di tngkt satu..berbaloikah untuk sye bli memandangkan sewaan bermula rm850… terdapat -ve flow di situ… mcm mne sye nk menaggung -ve flow tersebut?

  • salam en.zul. sy nk tya, sy ada survey rumah flat untuk dijual. berbaloikah sy beli rumah flat 2 bilik1 tandas, area taman keramat au/setiawangsa dgn harga RM165k. pada pendapat en.zul, adakah mahal atau memg standard harga tahun ni? TQ

    • Wslm Pn. Ira,

      Puan kena belajar pilih rumah yang betul kalau untuk pelaburan. Saya syorkan puan khatamkan buku tuan Faizul Ridzuan bertajuk “Wa Tak Faham” untuk faham samada sesuatu rumah tu berbaloi atau tak untuk dibeli.

  • Salam en. Saya ada beli sebuah rumah flat kos rendah dgn nilaian 148k tetapi sudah fully renovate di Ampang. Rumah tersebut berdekatan dengan kemudahan seperti hospital, klinik, pasar dan mall (sangat dekat dengan sekolah hanya 2km). Masalah sekarang rumah tersebut level 3/tingkat 4 tanpa lif dan saya baru maklum tentang masalah rumah tinggi yang kurang laku sekiranya tanpa lif. Yang menjadi kerisauan adakah rumah tersebut laku untuk dijual/disewakan.? Andai kata saya ingin menjual? Adakah saya perlu jual dengan harga yg lebih rendah dpd market value? Tetapi saya dapat makluman daripada jiran2, rumah tersebut dibahagian hotspot. Saya sangat bingung dan keliru sekarang.

    • Wslm Pn. Hawa,

      Cara yang betul beli rumah untuk pelaburan, kena betul-betul study dulu area situ sampai puas hati. Banyak aspek yang perlu diambil kira sebelum membeli. Kalau dah beli, memang kena tanggung beban tersebut. Saya tak boleh bagi apa-apa pendapat sebab saya pun tak tahu keadaan sebenar rumah tersebut.

  • Salam tuan.

    Sy umur 27 tahun dgn bergaji bersih 2000 selepas tolak semua hutang2.. ( kereta saja )
    Sy ada niat beli rumah di damansara damai.. ground floor dgn harga 120k..
    Sy bercadang nk di jadi kan rumah sewa
    ..memandangkan rumah tg dh ada penyewa pun.. sesuai ke sy jadi kan ia asset ? Memandang kan kawasan damai tu sedan pesat membagun..akan ada MRT dan akan ada tambahan jalan sudur keluar terus ke NKVE..
    Ok ke tu ye?

    • Wslm En. Asyraf,

      Banyak faktor yang kena study sebelum beli sesebuah rumah untuk pelaburan. Saya sarankan En. Asyraf baca buku bertajuk “Wa Tak Faham” tulisan Faizul Ridzuan. Khatamkan buku tu dulu sebelum beli rumah pelaburan.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >