Bawa anak-anak ke playground dekat Seksyen 5, Kota Damansara pagi tadi.
First time singgah playground ni, alang-alang ada urusan kat area situ.
Seingat saya, waktu umur begini, kami keluar bermain setiap hari! Sekurang-kurangnya di halaman dan keliling rumah.
Tapi bila tinggal di rumah apartment, ruang bermain untuk anak-anak sangat terhad. Bukan salah mereka kalau mereka meragam, lompat atas sofa dsb. Sebab mereka PERLU BERMAIN.
Kalau boleh, nak bawa mereka keluar bermain tiap-tiap hari. Tapi disebabkan waktu sangat terhad sekarang, cuma seminggu dua kali sahaja.
Playground di sini bersih, peralatannya agak terjaga. Alhamdulillah. Next time, boleh singgah lagi, insyaAllah.
Anak-anak perlu bermain untuk ‘hidup’.
Mereka belajar dengan bermain. Bermain, maksudnya mereka belajar.
Bakal Hafizah dan Hafiz…
Amiin… InsyaAllah… (“,)
[…] Anak-anak Perlu Bermain […]
Assalamualaikum,
Kadang2 saya tak terfikir semua ini..saya kurang ilmu berkenaan “parenting”..saya mempunyai 2 orang anak dan kadang2 saya rasakan tidak cukup kasih sayang yg saya berikan pada anak2..alhamdulillah,terima kasih kerana banyak menyedarkan saya pada perkara berkaitan anak2 dan keluarga..
Wslm En. Fadhil,
Saya pun masih banyak ilmu yang perlu saya belajar tentang parenting. Belajar satu hal, nak praktik tu lagi satu cabaran. Tapi saya percaya, cabaran dalam membesarkan anak-anak adalah cara Tuhan mendidik kita menjadi ibubapa yang lebih baik. InsyaAllah.