MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Pengalaman Pertama Menjejakkan Kaki di Budapest

August 31, 2026

Tak pernah ada dalam bucket list saya untuk datang ke sini sebelum ni.

Tapi lepas pengalaman kami join #TulipCruise 2 tahun lalu di Amsterdam, Public Gold decide nak bawa achievers join river cruise.

Itulah kali pertama trigger saya pasal Budapest.

PG decide datang ke sini untuk nikmati Danube River Cruise. Ia dianggap antara river cruise paling menarik di Eropah - menyusuri bandar-bandar bersejarah antaranya Budapest, Vienna dan Bratislava, dengan pemandangan indah sepanjang Sungai Danube.

More...

 Fakta Penting dan Menarik Tentang Budapest

Bila datang ke sini, saya cuba cari fakta penting dan menarik pasal Budapest;

1️⃣ Budapest ialah bandar dua sisi — Buda di bukit, Pest (sebutannya bunyi "Pesh") di tanah rata, Danube River di tengah — dengan sejarah Kristian, Uthmaniyyah dan Empayar Austria-Hungary yang bertemu dalam satu bandar.

2️⃣ Nama "Buda" tu tak ada kena mengena dengan agama Buddha. Sebutannya hampir sama hanyalah kebetulan.

3️⃣ Budapest ialah ibu negara Hungary, antara bandar tercantik di Eropah Tengah.

4️⃣ Sungai Danube ialah sungai kedua terpanjang di Eropah yang merentasi dan menjadi sempadan 10 buah negara, termasuk membelah Budapest kepada dua bahagian — Buda dan Pest. Ia mengalir ke Laut Hitam.

5️⃣ Landmark utama Budapest ialah bangunan Parlimennya. Panjangnya kurang 1 meter berbanding panjang kapal Titanic.

6️⃣ Walaupun Hungary anggota Kesatuan Eropah (EU), mereka belum menggunakan Euro (€) sebagai mata wang rasmi. Mata wang rasmi Hungary ialah Hungarian Forint, biasanya ditulis sebagai HUF atau simbol Ft. 1,000 Ft = lebih kurang RM11–RM13.

7️⃣ Budapest pernah diperintah kerajaan Islam Uthmaniyyah. Buda jatuh kepada Empayar Uthmaniyyah pada 1541 dan kekal di bawah pemerintahan Uthmaniyyah sampai 1686.

8️⃣ Hungary (termasuk Budapest) pernah berada di bawah pemerintahan komunis di bawah Soviet. Zaman tu kebebasan beragama sangat dikawal, institusi agama ditekan oleh kerajaan.

9️⃣ Dari segi sejarah dan budaya, Hungary sangat kuat dipengaruhi agama Kristian, khususnya Roman Katolik. Pada masa yang sama, sebahagian besar penduduk Hungary hari ni tak isytiharkan pegangan agama (atau tak beragama).

Alhamdulillah, kami berada 2 hari 2 malam di Budapest. Pagi ni kami akan tinggalkan Budapest untuk ke Vienna pulak. InsyaAllah...

#PGLSBudapest2026

Zulkifli
Cyberjaya
29 Ogos 2026
16 Rabiul Awwal 1448H

Tentang Penulis

Anis Adlina

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}