Dulu saya tak pernah ke luar negara – kecuali Singapura dan Thailand.
Itu pun sekadar trip dekat-dekat saja.
Tapi selepas 3 tahun bersama Public Gold, Allah rezekikan saya pengalaman pertama melancong jauh ke luar negara.
Destinasi kami waktu itu ialah Cape Town, Afrika Selatan.
More...
Jakun pertama kali
Bila kali pertama menjejakkan kaki ke bumi asing, memang banyak benda saya tak tahu. Orang kata jakun pun ya juga.
Masa tu, saya tak pernah tahu pun apa maksud “jet lag”.
Foto yang saya kongsi ni berlatarbelakangkan Table Mountain – masa itu kami baru sahaja landing di Cape Town, waktu pagi.
Sedangkan waktu Malaysia masih lagi tengah malam - sebab beza waktu dengan Cape Town ialah 6 jam.
Masa dalam flight saya kurang tidur. Bukan sebab tak selesa, tapi sebab excited sangat dapat duduk sebelah Mahaguru Emas no. 1 Malaysia, iaitu En Syukor Hashim.
Pertama kali dapat peluang duduk sebelah guru emas, memang saya gunakan sepenuhnya – tanya macam-macam soalan, minta nasihat dan ilmu.
Tahu-tahu dah sampai pagi!
Hilang kawan di airport
Sampai di airport Cape Town, saya rasa sedikit takut. Masa singgah ke tandas, tiba-tiba semua kawan hilang!
Rupa-rupanya masing-masing dah terus pergi ke bas. Terlalu excited sampai lupa ada kawan yang pergi toilet, walaupun dah pesan tunggu sebentar.
Saya keluar tandas, tengok sekeliling... Semuanya orang Afrika – berkulit hitam!
Bahasa apa mereka cakap pun saya tak faham.
Saya nak hubungi kawan-kawan, tapi masa itu saya tak tahu pun pasal roaming, apatah lagi cara nak beli simcard luar negara. Rasa macam terasing.
Alhamdulillah, akhirnya saya nampak juga kelibat kawan-kawan yang sedang berjalan menuju ke bas.
Fuh... Lega sungguh masa tu.
Setelah 12 tahun berlalu
Tahun 2013 dulu, saya hanya pergi seorang diri – tanpa isteri, dan tanpa team murid-murid saya.
Tapi insyaAllah bulan Oktober 2025 nanti (selepas 12 tahun berlalu), saya akan kembali semula ke Cape Town.
Bezanya kali ini, saya bakal bawa bersama 162 orang murid saya daripada #PGG100Network dan #5GAssociates, dalam trip #PGLSCapeTown2025.
Allahu Akbar... Besar sungguh nikmat dan perjalanan yang Allah aturkan.
Daripada seorang yang dulu ‘jakun’ ke luar negara, sekarang Allah izinkan saya bawa bersama keluarga besar G100 dan 5G Associates untuk sama-sama menikmati pengalaman indah nanti. InsyaAllah...
Bila saya renung balik; hidup ini ibarat satu perjalanan.
Bermula dari kosong
Setiap kita bermula dari kosong, serba tak tahu, bahkan rasa kerdil berbanding orang lain.
Tapi bila kita berani keluar dari zon selesa, tak berhenti menuntut ilmu, konsisten berusaha, dan sentiasa buat perkara yang betul dengan sabar - selama bertahun-tahun...
InsyaAllah Allah akan bawa kita ke tempat yang tak pernah kita bayangkan...
Selagi kita tak putus asa, terus buat baik, kejayaan cuma persoalan masa sahaja... InsyaAllah...
Zulkifli
Cyberjaya
27 Ogos 2025
3 Rabiul Awwal 1447H

Excited dapat duduk sebelah Mahaguru Emas Malaysia, En Syukor Hashim. Ini kali pertama saya dapat bersembang face to face setelah 3 tahun jadi dealer Public Gold.
Coretan FB berkaitan:
- Trip yang bermakna untuk beliau kerana berkesempatan duduk di sebelah saya - FB Syukor Hashim (2025)
- Dulu dan sekarang... Terkenang balik excitement saya 12 tahun lalu - FB (2025)