MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Happy Jadi Doktor, Happy Jadi Dealer Emas – Kisah Dr Rohaya

August 27, 2025

Buat bisnes ketika tak perlukan bisnes. 

Bila duit bukan lagi masalah, hidup kita jadi jauh lebih tenang. 

Kita ada banyak pilihan. Kita boleh susun kehidupan ikut apa yang kita suka, ikut apa yang benar-benar bermakna untuk kita. 

Dan kisah Dr Rohaya Ahmad ni memang contoh terbaik. 

More...

Inspirasi dari kisah Dr Rohaya

Dia ni seorang doktor perubatan.

Kalau ikut rutin dulu, kerja dari pagi sampai malam. Kadang-kadang 9 pagi sampai 9 malam, balik rumah pun dah letih longlai. Lunyai... 

Dalam kepala dia waktu tu, kalau tak kerja, memang tak ada income. 

Sampai satu hari, dia terdetik... 

“Sampai bila aku nak hidup macam ni? Badan makin berumur, tenaga pun makin kurang.”

Malah dia pernah hampir eksiden masa balik dari kerja - sebab terlalu penat bekerja! 

Jumpa jalan keluar 

Masa tu lah Allah lorongkan jalan. Dia jumpa dengan Cik Shara Ismail dekat media sosial, tertarik dengan perkongsian tentang ilmu kewangan.

Dari situlah dia kenal Public Gold.

Mula-mula sekadar belajar simpan emas. Tapi lepas makin yakin, ditambah pula bila dia kenal saya secara dekat, terus melangkah jadi dealer Public Gold. 

Sekarang ni, hidup dia jadi seronok. 

Jadi doktor pun dia suka. Jadi dealer Public Gold pun dia suka. Dua-dua pun kerjaya yang mulia. 

  • Sebagai doktor – dia masih rawat pesakit, buat apa yang dia suka, dan rasa puas bila dapat bantu orang jadi sihat. 
  • Sebagai dealer Public Gold – dia dapat bantu kukuhkan kewangan melalui simpanan emas.

Pendek kata, dia happy jadi doktor. Happy juga jadi dealer. Hidup dia rasa sungguh bermakna!

Tak lagi bimbang pasal duit

Kalau dulu, cuti panjang sebulan pun dah risau sebab tak ada income.

Tapi sekarang, kalau dia terpaksa berhenti kerja sementara sebab kesihatan, dia tak risau langsung. Alhamdulillah...  

Sebab dia dah ada passive income 5 angka sebulan daripada Public Gold.

Income tu dah boleh cover active income dia sebagai doktor. 

Jadi bila pergi klinik rawat pesakit, itu semua sebab dia seronok nak kerja. Bukan sebab terpaksa cari duit untuk hidup. 

Sekarang ni, Dr Rohaya ada lebih banyak masa untuk keluarga (dan untuk diri dia sendiri).

Hidup lebih tenang

Kalau nak berehat, boleh berehat dengan tenang.

Kalau nak masuk klinik rawat pesakit, boleh masuk ikut keselesaan dia. Itu waktu dia. 

Dan yang bestnya, dia bukan sekadar hidup senang sendiri.

Dia juga bantu dealer-dealer Public Gold di bawah dia untuk dapat apa yang dia dapat hari ni;

  • Ada pendapatan kedua yang kukuh,
  • Ada tabungan yang cukup,
  • Hidup lebih tenang - sebab banyak pilihan, dan 
  • Ada masa untuk keluarga. 

Itulah sebab saya selalu pesan, buat bisnes ketika tak perlukan bisnes. 

Sediakan payung sebelum hujan

Ketika kerjaya masih stabil, cepat-cepat bina multiple source of income (MSO).

Jangan terlalu selesa bergantung pada satu sumber income.

Sebab kalau apa-apa terjadi, income backup itu lah yang akan selamatkan kita. InsyaAllah. 

Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.

Bila duit bukan lagi masalah, kita bebas pilih jalan hidup ikut apa yang kita suka. 

Hidup yang lebih bermakna untuk kita. InsyaAllah... 

Zulkifli
Cyberjaya
27 Ogos 2025
3 Rabiul Awwal 1447H

>> Coretan asal oleh Dr Rohaya Ahmad di Facebook

Screenshot

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>