Jangan fikir pasal duit lagi dah.
Sekarang mereka dah kaya. Lagi 10 - 20 tahun, mereka akan jadi lebih kaya.
Kekayaan mereka akan berganda-ganda kalau mereka terus buat apa yang mereka buat sekarang dengan sabar. InsyaAllah...
Itu pesanan penting saya kepada murid-murid saya dalam #G100x5GLeadersForum Jumaat lepas.
Assignment fikir untuk negara
Mereka adalah leaders.
Mereka adalah orang yang boleh saya harapkan untuk menggantikan tempat saya bila saya tiada.
Mereka bukan sahaja dah kaya. Bahkan mereka dah berjaya copy kejayaan mereka kepada orang lain.
Berdasarkan pemerhatian saya, nak copy kejayaan kepada lebih ramai orang bukan lagi satu masalah bagi mereka. InsyaAllah...
Saya suruh mereka fikir lebih besar daripada itu. Fikir wawasan lagi 10 - 20 tahun.
Bagaimana komuniti yang kami bina sekarang ni boleh berikan impak lebih besar kepada masyarakat dan kepada negara yang tercinta ni.
Bagaimana kami boleh jadikan masyarakat lebih baik dan negara kita lebih baik dengan apa yang kami ada sekarang ni.
Itu "assignment" yang saya serahkan kepada mereka untuk mereka balik dan fikir.
Sebar luas kejayaan kecil
Manfaatkan ilmu, pengalaman dan passion mereka untuk jadikan masyarakat dan negara lebih baik, walaupun cuma 1%.
17 tahun yang lalu, saya seorang anak muda yang baru sahaja bebas dari hutang. Zero hutang pada usia 27 tahun...
Ia bukanlah kejayaan besar dalam masyarakat, tapi kejayaan besar untuk saya.
Seorang anak muda yang gaji kecil, isteri cuma suri rumah yang tak berpendapatan, anak ramai dan komitmen kewangan tinggi, baru nak belajar cari extra income selain daripada duit gaji...
Dapat bebas daripada 5 hutang pada ketika tu satu kejayaan besar untuk diri saya.
Bebas hutang lepas 4 tahun 'ikat perut', ia satu kelegaan dan kejayaan besar untuk anak muda macam saya.
Daripada kejayaan dianggap kecil tu, saya mula berikan inspirasi kepada anak-anak muda yang nak hidup bebas tanpa hutang macam saya.
Maka saya share ilmu dan pengalaman saya di blog peribadi www.mohdzulkifli.com.
Dulu, misi ubah hidup 100 keluarga
Saya bukanlah pakar, tapi rata-rata yang ikut tip-tip kewangan percuma yang saya sampaikan, lepas 3 - 5 tahun, mereka pun bebas dari hutang dan selesai masalah kewangan, alhamdulillah....
Bila kenal #PublicGold, saya ada tabungan emas yang kukuh. Sekurang-kurangnya 12 bulan gaji.
Saya gunakan platform yang Public Gold sediakan untuk bantu mereka yang nak selesaikan masalah tak ada tabungan; kerja bertahun-tahun tapi tabungan kecemasan 3 bulan gaji pun tak ada.
Asbab Public Gold juga, saya capai #FinancialFreedom - tak kerja pun ada duit.
Dari situ, saya mulakan misi nak bantu ubah hidup 100 keluarga yang nak capai financial freedom macam saya. Bila misi tu hampir tercapai, saya mulakan #MisiUbahHidup1000Keluarga.
Syukur alhamdulillah, sekarang dah lebih 200 keluarga yang hidup mereka berubah...
Dan kami on track untuk capai misi ubah hidup 1000 keluarga. InsyaAllah...
Tak perlu lagi fikir pasal duit
Basically, kami dah kuasai ilmu kekayaan dan sediakan platform terbaik untuk bantu sesiapa yang nak;
- ✅ Ada tabungan kukuh sekurang-kurangnya 12 bulan gaji.
- ✅ Bebas daripada hutang miskin.
- ✅ Jana pendapatan pasif sambil menabung emas.
- ✅ Beli 1 rumah pelaburan setiap tahun sebagai aset yang menjana cashflow dan mengembangkan kekayaan tanpa sentuh duit simpanan (tanpa modal).
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Sekarang, kewangan mereka dah settle. Diri dan keluarga mereka dah settle. Mereka ada duit yang mengalir tanpa henti walaupun tak perlu bekerja...
Dengan kata lain, mereka dah tak perlu fikir lagi dah pasal duit. InsyaAllah...
Impak lagi 10 - 20 tahun akan datang
Maka inilah masanya mereka fikir apa yang lebih besar, iaitu apa kebaikan yang kami boleh bagi kepada masyarakat untuk lagi 10 - 20 tahun akan datang?
Harapan saya, kami akan jadi komuniti yang akan jadi rahmat yang besar buat masyarakat dan negara kita lagi 10 - 20 tahun akan datang.
Masa depan kita lagi 10 - 20 tahun akan datang bermula dengan keputusan yang kita buat pada hari ni...
InsyaAllah...
Zulkifli
Cyberjaya
29 Jun 2025
3 Muharram 1447H
Artikel berkaitan:
- Bila Kewangan Kukuh, Kerja Pun Jadi Ikhlas... Hati Rasa Puas
- Masa Depan Kita Di Tangan Kita, Bukan Kerajaan
- Keluar Dari Comfort Zone, Jangan Berhenti Cipta Kejayaan Baru
- Kemajuan Hidup Bermula di Luar Comfort Zone Kita
- Bisnes, Peluang Berbuat Baik Sesama Manusia
- Berbisnes Mencari Akhirat
- Para Peniaga Dibangkitkan Sebagai Orang Jahat, Kecuali Sedikit!