MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Bila Kewangan Kukuh, Kerja Pun Jadi Ikhlas… Hati Rasa Puas

July 31, 2025

Kerja sebab happy, bukan sebab nak cari duit semata-mata. 

Baru-baru ni saya terbaca satu posting oleh En Azfar Saad — salah seorang kawan baik saya. Dia bekas engineer syarikat telco dan juga murid saya dalam Public Gold. 

Sekarang dia kerja sendiri (kontraktor) untuk kerja-kerja elektrikal dan internet. 

Dialah yang settlekan isu-isu internet wifi dan elektrikal untuk premis G100 di Menara Public Gold. 

Tak kejar projek, hasil kerja berkualiti

Walaupun kontraktor, dia bukan tipikal kontraktor yang sentiasa kejar projek demi projek. Tapi hasil kerja dia sentiasa memuaskan. 

Dia bukan kerja sebab terpaksa - tekanan kewangan.

Bukan sebab nak bayar hutang. 

Bukan sebab survival. 

Tapi sebab dia happy. Sebab dia suka kerja tu. 

Dan sebab kewangan dia dah stabil. Itu kuncinya... 

Bila kewangan kita dalam keadaan kukuh, kita dapat buat keputusan hidup dengan lebih tenang. 

Kita kerja bukan sebab tekanan, tapi sebab minat. Kita bekerja bukan untuk kejar duit semata-mata, tapi untuk memberi nilai.

Kita boleh pilih kerja yang kita rasa tenang dan bahagia buat. Kita boleh buat kerja dengan hati terbuka, dengan senyum, dengan ikhlas.

Hasil kerja pun jadi lebih berkualiti. 

Rasa puas bila kerja dari hati

Macam En Azfar.

Siang hari panjat bumbung, masuk tapak binaan, buat safety audit, baiki pendawaian... Tapi tetap tenang dan senyum. Sebab dia kerja dengan rasa syukur. Bukan tekanan.

Kalau dia penat sekalipun, dia penat dengan penuh rasa puas. Good tired... 

Sebab dia dah jumpa makna dalam kerja dia.

Kerja dia hari-hari tolong orang dan berikan kebaikan kepada orang ramai melalui bisnes dia - berkaitan kerja elektrikal dan simpanan emas. 

Dia tahu, bila dia tolong orang faham simpan emas, orang tu akan ada tabungan yang kukuh dan akan bebas dari beban hutang. Hidup orang tu akan berubah, insyaAllah.

Dia sendiri dapat rasa kepuasan.

Itulah kerja dari hati. Dan itu juga erti sebenar pencen.

Bukan tunggu umur 60 baru “pencen”, tapi bila kita boleh kerja dengan cara yang kita suka, dengan jiwa yang tenang — itu dah dikira pencen.

Pencen dari tekanan. Pencen dari beban fikiran.

Macam mana nak capai ke tahap tu?

Kuncinya — kukuhkan kewangan dulu. 

  • ✅ Adakan tabungan minimum 12 bulan gaji. 
  • ✅ Langsaikan semua hutang miskin.
  • ✅ Kekal menabung 30% - 50% pendapatan setiap bulan. 
  • ✅ Kumpul aset yang boleh beri pendapatan pasif - beli 1 rumah pelaburan setiap tahun.

Bila kewangan kukuh, barulah kita ada pilihan. 

Kita tak perlu buat kerja yang kita benci. Kita tak perlu pura-pura suka demi gaji setiap hujung bulan. Kita boleh pilih kerja yang kita suka, yang selari dengan jiwa kita. 

Bayangkan kalau semua orang di dunia ni kerja sebab dia suka... 

  • Guru mengajar sebab dia cinta nak mendidik.
  • Doktor merawat sebab dia ikhlas nak bantu.
  • Cleaner bekerja dengan senyum sebab dia bangga dapat bagi ruang bersih.
  • Pekerja restoran layan customer dengan hati yang lapang. 

Dunia ni akan jadi jauh lebih baik. Lebih harmoni. Lebih bahagia... 

Bukan sekadar kaya, tapi hidup bermakna

Jadi, bina kewangan kukuh bukan untuk kaya semata-mata.

Tapi supaya kita boleh hidup dengan jujur. Kerja dengan tenang. Beri manfaat kepada lebih ramai orang. 

Setiap hari kita akan lalui hidup yang sungguh bermakna.

InsyaAllah... 

Zulkifli
Cyberjaya
31 Julai 2025
5 Muharram 1447H

‘Amr ibn al-‘As berkata:

Rasulullah ﷺ mengutus orang untuk memanggilku. Baginda memerintahkan aku supaya memakai pakaian dan mengambil senjata, lalu datang kepada Baginda. Aku pun melakukannya, dan datang kepada Baginda ketika Baginda sedang berwuduk.

Baginda melihat kepadaku, kemudian menundukkan pandangannya. Setelah itu Baginda bersabda:

“Wahai ‘Amr! Aku ingin melantik kamu mengetuai satu pasukan tentera. Allah akan memberikan ganimah (harta rampasan perang) kepadamu, dan aku akan berikan bahagian yang sewajarnya daripada harta rampasan itu.”

Aku menjawab:

“Aku tidak memeluk Islam kerana ingin mengejar harta. Aku memeluk Islam kerana cintakan Islam dan agar aku dapat bersama Rasulullah ﷺ.”

Baginda bersabda:

“Wahai ‘Amr! Harta yang halal lagi baik adalah sebaik-baik harta bagi seorang lelaki yang soleh.”

- (Hadis Riwayat Imam Ahmad no. 17840)

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>