Dah 5 rumah dah saya pindah, kawan saya yang seorang ni juga yang saya cari bila nak servis air-cond.
Kerja dia tip-top.
Bukan sahaja PAKAR, tapi sangat AMANAH dalam kerja.
Buat kerja betul-betul, bukan cincai...
More...
Hasil kerja yang teliti
Bila servis air-cond, dia cabut semua unit tu, tanggalkan satu per satu, bersihkan betul-betul.
Barulah dia pasang balik.
Jadual dia selalu sibuk. Pernah sekali saya panggil orang lain sebab air-cond rosak dan dia tak free, sudahlah caj lagi mahal... Kerja cincai...
Dia main sembur ikut luar dan tadah dengan plastik je. Dia tak cabut pun unit aircond tu.
Tak sampai seminggu rosak balik!
Last sekali saya panggil kawan saya ni juga. Baru selesai...
Job (rezeki) tak pernah putus
Bayaran pulak separuh harga dari harga yang saya kena ketuk sebelum tu...
Kalaulah orang bekerja macam kawan saya ni, lepas beberapa tahun buat bisnes pasang dan servis aircond dah tak perlu cari client dah.
Bayangkan saya dah duduk 5 buah rumah dalam masa 15 tahun masih gunakan servis dia.
Job dia tak pernah habis datang dari existing clients yang dah bertahun-tahun dengan dia.
Dengan kawan-kawan saya ni, saya tak pernah minta diskaun. Bahkan saya selalu ingatkan dia, caj saya ikut market rate, bukan harga kawan-kawan.
Nilai kerja dia jauh lebih baik dari orang lain yang pernah saya minta tolong servis dan repair air-cond rumah saya.
Jadilah yang pakar lagi amanah
Apa yang dapat dipelajari daripada kisah kawan saya ni;
Kalau nak dapat job (rezeki) yang tak putus-putus dalam apa juga bidang pekerjaan sekalipun, kuncinya, jadilah yang pakar lagi amanah.
Pastikan kita betul-betul mahir dalam bidang pekerjaan kita sendiri.
Dan yang paling penting, bersikap amanahlah dalama kerja-kerja yang kita lakukan. Sempurnakan tanggungjawab sebaik-baiknya kepada orang yang mempercayai kita.
Supaya kita cuma buat kerja sekali, tapi dapat 'rezeki' berkali-kali... InsyaAllah...
"Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata:
"Wahai ayah, ambillah dia (Nabi Musa a.s) menjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya orang yang bagus untuk ayah ambil sebagai pekerja ialah orang yang KUAT lagi AMANAH."

