"Tak apalah, Ayang boleh pergi ambil (luggage di KLIA2) sendiri"
Isteri saya nak pergi claim luggage yang kena tahan 2 malam di Tawau oleh AirAsia.
Tapi saya nak ikut sekali.
Dia tak bagi saya ikut sebab dia tahu saya banyak urusan bisnes nak kena settlekan.
Tapi saya ketepikan urusan lain. Saya temankan dia ke KLIA2.
More...
Suburkan cinta dengan mengada-ngada
Walaupun dia boleh uruskan sendiri, tapi dalam keadaan yang kurang menyenangkan tu (sebab luggage kena sidai disebabkan kesilapan sistem AirAsia), saya nak temankan dia pergi sekali.
Mengada-ngada nak ikut sekali...
Bagi saya, rumahtangga ni memang tempat kita mengada-mengada. Sebab dalam mengada-ngada itulah kita menyulamkan dan menyuburkan rasa cinta.
Cinta dalam rumahtangga makin gersang kalau dibiarkan dan tak disuburkan...
Banyak pasangan akhirnya hilang rasa cinta lepas bertahun-tahun berumahtangga gara-gara rasa cinta yang tak disuburkan.
Kerana cinta, yang jauh terasa dekat
Sebelum berkahwin, rasa rindu nak jumpa.
Sebelum kahwin, travel jauh ke rumah bakal pasangan pun tak rasa jauh.
Masa zaman bujang dulu, saya naik motor kapcai dari Pasir Mas ke Kuala Terengganu untuk ke program tak rasa jauh.
Walaupun saya tak pergi ke rumah bakal isteri, tapi dapat lalu jalan depan rumah dia pun rasa bersemangat.
Perjalanan hampir 200 km tu tak rasa jauh gara-gara rasa cinta.
Sebab cinta, yang berat terasa ringan. Yang jauh terasa dekat.
Bukan sekadar jasad, tapi hubungan emosi
Banyak pasangan yang makin lama makin pudar rasa cinta sebab ambil mudah.
Semuanya buat sendiri. Nak bermanja dirasakan mengada-ngada.
Walhal dalam mengada-ngada itulah suburnya rasa cinta.
Air kopi yang isteri buatkan dan hidangkan tak sama air kopi yang kita buat sendiri.
Suami picit-picitkan betis isteri tak sama dengan tukang urut tolong picitkan.
Sebab rumahtangga bukan sahaja soal hubungan dua jasad, tapi dua jiwa (emosi) yang saling menyintai.
Masing-masing ada tangki emosi mahu menyintai dan dicintai yang perlu diisi setiap hari...
Tanda kebesaran Tuhan
Rasa saling menyintai itu salah satu tanda kebesaran Tuhan bagi siapa yang berfikir...
“Dan di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah Dia (Tuhan) menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang.
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.”
Zulkifli
Cyberjaya
25 April 2025
26 Syawal 1446H

Disebabkan kesilapan sistem & SOP AirAsia, lepas 2 hari barulah dapat balik luggage isteri saya. Macam mana kesilapan tu berlaku, boleh baca catatan FB saya DI SINI.
Artikel berkaitan:
- Cinta Itu Membebaskan, Bukan Mengongkong
- Momen Paling Indah Saya Bersama Isteri
- Suami Isteri : Betapa Manisnya Hidup Bila Berjuang Bersama-sama
- Dalam Rumahtangga, Bukan Tentang Siapa Betul Siapa Salah
- Bila Sudah Berpasangan, Benarkah Hidup Akan Lebih Bahagia?
- Dalam Derita Ada Bahagia. Ajaibnya Orang Mukmin...

