MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Bila Sudah Berpasangan, Benarkah Hidup Akan Lebih Bahagia?

April 1, 2025

"Tak guna beli baju baru kalau raya nanti masih single?"

Begitulah lebih kurang gurauan di medsos mengusik orang yang masih single. 

Saya tak gemar guraun begitu... Jodoh ni soal takdir. Ia tak cepat dan tak lambat... 

More...

Bahagia tak semudah itu

Setiap orang ada timing masing-masing. 

Tapi tekanan orang sekeliling menyebabkan sebagian orang bujang terlalu gopoh nak berkahwin. 

Asalkan kahwin... Tak kisah calon tu sesuai dijadikan lifetime partner ataupun tidak.

Calon 'tangkap muat' pun tak apa...

Kononnya bila dah kahwin, maka bahagialah hidup...

Yang masih single, bila tengok kawan-kawan nampak bahagia dengan pasangan, jauh di sudut hati, terasa nak juga kecapi bahagia yang sama...

Tapi realitinya, sebagai pasangan yang sudah lebih 20 tahun berumahtangga, saya fikir nak rasa bahagia dalam berumah tangga tak semudah itu... 

Tak semudah sebaik berkahwin sahaja terus bahagia!... 

Panjang lagi liku-liku yang perlu dilalui kalau nak bahagia dalam berumahtangga... 

Disangka cerah sampai ke petang... 

Pertama, banyak pasangan suami isteri yang hidupnya tak bahagia dalam fasa 5 tahun pertama berumah tangga. 

Lebih-lebih lagi dengan tekanan kewangan, dapat pulak anak baru, sesama pasangan pun masih belum saling mengenali dan memahami...

Fasa-fasa awal berumahtangga tidaklah bahagia macam yang banyak orang fikir. 

Itu belum lagi fasa bahagia. Tapi itu fasa saling mengenali, memahami dan pupuk keserasian.

Dan itulah fasa paling banyak bergaduh dan makan hati!... 

Masing-masing belum matang dan saling memahami, banyak rumahtangga yang runtuh dalam tempoh 5 - 10 tahun pertama! 

Kalau tanya saya, bilakah saya benar-benar rasa bahagia dalam berumahtangga?

Jawapan saya... Selepas 15 tahun!... 

Fasa mendirikan mahligai cinta 

15 tahun fasa kami masing-masing struggle dengan tanggungjawab... 

Kena sempurnakan tanggungjawab dulu barulah dapat kecapi bahagia...

15 tahun pertama kami struggle bina ekonomi keluarga untuk survive...

15 tahun kami stuggle belajar jadi ibubapa...

15 tahun fasa kami belajar jadi suami isteri... 

15 tahun pertama kami belajar untuk bercinta... 

Lepas 15 tahun barulah rumahtangga rasa tenang-tenang dan bahagia... 

Dan lepas 15 tahun jugalah cinta kami diuji - bilamana saya dihumban ke penjara selama 2 tahun! 

Walaupun 2 tahun kami terpisah, tapi 2 tahun itulah rumahtangga kami makin subur dan mekar... 

2 tahun itu mengajar kami saling menghargai dan saling mencintai... 

Rumahtangga reput dimakan anai-anak

Pengalaman lebih 22 tahun (sejak Mac 2003) kami berumahtangga, bahagia dalam berumahtangga tidaklah semudah apa yang dimomokkan... 

Hakikatnya banyak rumahtangga yang masih bertahan hari ni tak bahagia... 

Yang sudah hilang rasa percaya dengan pasangan... 

Yang gersang dari rasa cinta dan kasih sayang...

Yang hanya bertahan hanya kerana anak-anak... Dan takut "nanti apa orang kata" sahaja... 

Hakikatnya cinta mereka sudah mati... Rumahtangga sudah retak menanti belah sahaja...

Yang akhirnya banyak perceraian dikalangan pasangan yang sudah lanjut usia (lebih 60 tahun)... 

Bila anak-anak dah besar, itulah masanya mereka berpisah... 

Berpisah dengan penuh rasa benci yang terpendam sudah berpuluh tahun (terhadap pasangan)... 

Hinggakan ada yang tak sudi pun jeguk bekas pasangannya pada hari kematiannya!... 

Tak perlu gopoh, jangan menekan

Jadi soal jodoh ni pada saya jangan kelam-kambut...

Yang dah berkawin, tak perlulah beri tekanan kepada yang bujang... Yang bujang pula jangan kelam-kabut... 

Biarlah apa orang kata... Entah-entah yang sibuk suruh kahwin tu, rumahtangga dia sendiri pun tak bahagia!

Bahagia bukanlah soal dah berkahwin atau masih bujang. Tapi ada di dalam diri kita sendiri...

Bahagia tu bila bersyukur dengan apa yang ada dan bersabar dengan apa yang belum ada.

Yang single rasa mereka yang dah berkahwin tu bahagia sebab ada pasangan dan anak-anak. 

Yang penat sampai tahap 'burn out' dengan hal rumahtangga pula rasa yang single tu bahagia sebab tak ada beban berat yang kena tanggung, dan bebas bergerak ke sana ke mari. 

Yang dah berkahwin rasa yang single tu bahagia bila dia terperangkap dengan masalah rumahtangga berpanjangan. 

Yang single cemburu tengok yang dah berumahtangga.

Yang dah berumahtangga cemburu tengok yang single. 

Jadi di mana sebenarnya bahagia?

Bahagia ialah bagi mereka yang sentiasa bersyukur dan bersabar.

Dia sentiasa menghargai setiap nikmat yang Tuhan kurniakan. Dan bersabar dengan apa yang belum ada (atau hilang daripada dia). 

Nak rasa bahagia ketika single, pandanglah segala kelebihan yang ada pada yang masih single berbanding yang dah struggle dalam berumahtangga.

Bahagia tu ada dalam diri kita. Pada jiwa yang sentiasa bersyukur dan bersabar... InsyaAllah...

Daripada Suhaib bin Sinan r.a., bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ، إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ، وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ: إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ، فَكَانَ خَيْرًا لَهُ، وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ، فَكَانَ خَيْرًا لَهُ.

"Sungguh menakjubkan urusan orang mukmin! Sesungguhnya seluruh urusannya adalah baik, dan itu tidak dimiliki oleh siapa pun kecuali orang mukmin.

Jika dia mendapat kesenangan, dia bersyukur, maka itu baik baginya. Dan jika dia ditimpa kesusahan, dia bersabar, maka itu juga baik baginya."

(Hadis Riwayat Muslim, No. 2999; Riyadus Solihin, Hadis No. 27)

#IslahDiri 

Zulkifli
Kuala Terengganu
1 April 2025
2 Syawal 1446H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>